GTP2016 PDF
GTP2016 PDF
Legal Notice
Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik ini adalah tepat pada
masa ianya diterbitkan.
Inisiatif Kerajaan
(TIMELINE)
2009
o Julai 2009: Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)
2010
o Klinik 1Malaysia
o Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M)
o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)
o Program Susu 1Malaysia
o Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia
2011
o Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
o Transformasi Kedai Runcit (TUKAR)
o Menu Rakyat 1Malaysia
o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
o Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
o Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia (KIR1M)
2012
o Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1Malaysia
o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
o Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1M)
o Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)
o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
o Rawatan Perubatan Percuma Bagi Warga Emas
o Kad Keistimewaan 1Malaysia
o Inisiatif Kembali Ke Sekolah
o Interaktif Tuisyen 1Malaysia (i-TR1M)
o Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)
o Pusat Transformasi Bandar (UTC)
o Kedai Kain 1Malaysia(KK1M)
o Kad Diskaun Pelajar 1Malaysia
2013
o Pasar Bergerak 1Malaysia
o Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
FASA Pertama
Fasa pertama GTP yang bermula pada tahun 2010 hasil pengenalan Bidang Keberhasilan Utama
Negara dan Kementerian (NKRA dan MKRA). Sebagai pembukaan kepada keseluruhan GTP,
matlamat serta merta GTP adalah untuk menangkap penurunan dalam NKRA dan menyemai
benih ke atas perubahan pemikiran yang akan menjadi asas kepada program transformasi yang
seterusnya.
GTP 1.0 juga memainkan peranan penting dalam membantu Kerajaan mengukur keberkesanan
terhadap pendekatan yang disasarkan, dan membantu kami untuk lebih memahami bagaimana
cara terbaik untuk mencapai sasaran bagi keseluruhan GTP. Petunjuk Prestasi Utama Negara
(NKPI) boleh diukur daripada GTP 1.0, sasaran setiap NKRA, telah diperkenalkan untuk
membantu mengukur kejayaan setiap inisiatif itu dengan menyediakan piawaian sebenar dan
boleh diukur untuk menilai kejayaan bagi setiap fasa.
FASA Kedua
Hampir semua akaun, program perintis GTP 1.0 adalah satu kejayaan cemerlang berdasarkan
daripada hasilnya yang telah dilaporkan. GTP 2.0 yang secara rasminya bermula pada 2013,
menyasarkan untuk memperdalamkan dan meningkatkan inisiatif transformasi yang dimulakan
pada fasa pertama. GTP 2.0 akan meluaskan dan meningkatkan inisiatif-inisiatif dalam GTP 1.0
yang terbukti berkesan dan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru yang akan meneruskan lagi
arus perubahan.
Perubahan secara beransur-ansur dalam tumpuan GTP adalah penting untuk proses
tranformasi ini yang membenarkan setiap pihak berkepentingan untuk membina asas yang baik
bagi setiap langkah perjalanannya. Langkah-langkah ini juga dinilai serentak untuk memastikan
keberkesanan atau menukar strategi bagi menghadapi cabaran baru.
Inisiatif Kerajaan
(*HighLight Fasa 1 Fasa 3)
PR1MA
o Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA)
o Ia disasarkan terutamanya kepada golongan berpendapatan pertengahan yang tidak
mampu memiliki rumah yang mahal, tetapi pada masa yang sama, mereka tidak layak
untuk memohon skim perumahan kos rendah.
o Permohonan hanya dibenarkan untuk bakal pemilik rumah yang memohon untuk kali
pertama
o Terbuka kepada individu/keluarga dengan pendapatan isi rumah (suami dan
isteri)bulanan antara RM2,500 RM7,500 tidak kira sama ada mereka sedang bertugas
di sektor kerajaan, sektor swasta atau bekerja sendiri.
o Pemohon dan pasangan TIDAK BOLEH memiliki lebih dari satu hartanah
o Para pemohon yang berjaya, layak untuk menerima pinjaman 105% (tambahan lima
peratus adalah untuk perlindungan insurans dan yuran undang-undang) daripada harga
rumah dan tempoh pinjaman maksimum 30 tahun.
o Namun, para pemohon tidak dibenarkan menjual rumah mereka dalam tempoh 10
tahun pertama. Mereka juga mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem. Bagi
menyokong inisiatif itu, Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia telah ditubuhkan
bagi merancang dan menyelaras projek di bawah program PR1MA
o BR1M 2.0, pemberian diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas
dengan jumlah pendapatan kasar RN2,000 sebulan. Pembelian RM250 untuk golongan
ini.
o Permohonan melalui borang yang diedarkan melalui Jabatan Pembangunan
Persekutuan dan cawangan-cawangannya, kaunter perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam
Negeri(LHDN), dan agensi-agensi kerajaan negeri
BR1M 3.0
o Keluarga eKasih - RM1,050
o Keluarga Bawah RM3,000 ke bawah - RM1,000
o Keluarga RM3,001 ke RM4,000 - RM800
o Bujang - RM400
BB1M
o Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M)
o Baucar buku RM200
o Khas untuk pelajar institusi pengajian awam dan swasta termasuk Tingkatan 6, Pusat
Matrikulasi dan institusi pengajian tinggi
1AZAM
o Akhiri Zaman Miskin (1AZAM)
o Usaha mewujudkan peluang ekonomi yang meningkatkan keupayaan produktiviti isi
rumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat membebaskan diri daripada
belenggu kemiskinan dan mampu memperoleh pendapatan dengan usaha sendiri.
o Rujuk NKRA LIH
KAR1SMA
o Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA)
o Bantuan kewangan untuk kanak-kanak, warga emas dan OKU
KR1M
o Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
o Menyediakan barangan pengguna asas dengan harga 40% lebih murah
o Menyalurkan produk 1Malaysia kepada kedai runcit FELDA
o Memperluas produk 1Malaysia kepada kedai serbaneka dan stesen minyak
KIR1M
o Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia
o Unjuran daripada KR1M dengan konsep yang sama pada asas harga ikan 40% lebih
murah
o Ikan-ikan terpilih sahaja seperti kembong dan bawal
o Setakat April 2012, hanya sebuah KIR1M beroperasi di Setiawangsa
Klinik 1Malaysia
o Kos rawatan serendah RM1 kepada rakyat Malaysia
o Kos rawatan percuma kepada warga emas
o Sebanyak 100 klinik 1Malaysia dilancarkan di seluruh Negara (50 buah pada tahun 2012)
eKasih
o Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat (eKasih)
o Diigunakan oleh agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin
o Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara dalam talian (on-line)
dengan memberikan maklumat asas
o Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi terhadap semua kes
yang didaftarkan di portal
o Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih
LINUS
o Inisiatif Prasekolah dan Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS)
o Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan standard asas pendidikan negara dengan
memastikan bahawa setiap kanak-kanak memperoleh pendidikan awal serta berpeluang
untuk menjadi individu yang celik huruf dan angka menjelang tahun ketiga
persekolahannya
SBT
o Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
o Matlamat untuk mengenal pasti 100 SBT pada tahun 2012
o Sekolah yang beraspirasi dan mempunyai potensi tinggi untuk menjadi SBT diberi
bimbingan oleh kementerian melalui Program Handholding untuk melonjakkan
sekolah tersebut setaraf dengan sekolah pada peringkat antarabangsa.
o Semua sekolah yang berhasrat menjadi SBT perlu memastikan mereka tergolong dalam
sekolah berprestasi tertinggi di seluruh negara dan berada dalam Band 1 dalam ranking
Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.
o Selain itu, sekolah tersebut perlu memenuhi kriteria ketat instrumen Annex Sekolah
Berprestasi Tinggi, yang menguji etos, perwatakan, alumni dan jalinan dan jaringan
antarabangsa setiap sekolah.
NKRA Jenayah
NKRA Rasuah
NKRA Pendidikan
NKRA LIH
Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah diumumkan pada Julai
2009 oleh Dato Najib Tun Razak
Inisiatif 1AZAM (peruntukan latihan dan pembiayaan)
o AZAM Tani
Aktiviti pertanian dan asas tani
Golonagn miskin luar Bandar melibatkan diri dalam perniagaan asas tani
(ternakan ayam iti dan akuakultur)
o AZAM Niaga
Perniagaan kecil-kecilan
Menggalakkan program keusahawanan perniagaan kecil (Gerai kecil, kedai
runcit, catering)
o AZAM Khidmat
Perkhidmatan (bekerja sendiri)
Menggalakkan perniagaan kecil inovatif (mencuci kereta, memotong rumput,
pusat jagaan harian kanak-kanak dan orang tua etc)
o AZAM KERJA
Pemadanan/penempatan pekerjaan
Mendapatkan prospek kerja untuk golongan miskin (pembantu rumah, atendan
pam minyak, pengawal keselamatan, kelasi kapal dan pekerja restoran makanan
segera (KFC etc)
o AZAM Sabah
AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja
o AZAM Sarawak
AZAM Tani, Khidmat, Niaga, Kerja
Insurans 1AZAM
o Pada tahun 2011, lebih 500,000 ahli isi rumah miskin telah dapat menikmati kemudahan
skim perlindungan insurans 1AZAM yang diuruskan oleh Allianz Insurance.
o Hanya mereka yang berdaftar dengan sistem eKasih Jabatan Perdana Menteri yang
layak menyertai skim ini.
o Skim ini sah untuk tempoh 12 bulan bermula dari 1 Januari hinga 31 Disember 2011,
merangkumi perlindungan untuk kematian dan keilatan kekal.
Antara pencapaian NKRA LIH ini (setakat tahun 2011);
o Penyertaan 63,147 isi rumah miskin dalam program 1AZAM
o 317,359 atau 96% kes tertunggak berkaitan dengan verifikasi eKasih berjaya diproses
o 1,100 orang usahawan wanita dimajukan
NKRA UTP
o Pelancaran 35 tren empat gerabak untuk sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya
yang berupaya menggandakan kapasiti penumpang harian kepada 258,156 pada tahun
2011 daripada 254,745 penumpang pada tahun 2010.
o Peningkatan bilangan penumpang rel LRT Kelana Jaya sebanyak 18%
o Sehingga Mac 2011, Terminal Bersepadu Selatan (dikenali juga sebagai Integrated
Transport Terminal Bandar Tasik Selatan atau ITT BTS) telah beroperasi sepenuhnya. ITT
BTS ini berjaya membantu mengurangkan kesesakan bandar raya Kuala Lumpur dengan
mengalihkan 500 bas ekspres dari arah selatan tanah air memasuki pusat bandar (CBD)
o Pengubahsuaian dan naik taraf Hentian Puduraya kepada Pudu Sentral menawarkan
kemudahan moden bertaraf dunia
o Pengenalan tiga lagi laluan Bus Expressway Transit (BET) untuk memendekkan masa
perjalanan bas di tiga laluan utama
o Tiket perjalanan yang lancar menerusi New Bus Ticketing System (NBTS) baharu
merentas semua bas RapidKL yang diperkenalkan oleh Syarikat Prasarana Nasional
Berhad (Prasarana)
o Penumpang LRT juga dapat menikmati perjalanan yang lancar hasil pelaksanaan Kutipan
Tambang Automatik (AFC) melalui Sistem Tiket Bersepadu RapidKL di LRT aliran Kelana
Jaya dan Ampang. Sistem AFC yang baharu ini membolehkan penggunaan satu tiket bagi
perjalanan ke semua destinasi LRT RapidKL berkuat kuasa mulai 28 November 2011
NKRA RBI
NKRA COL
Cost of Living untuk menyara kos sara hidup. Diperkenalkan pada Julai 2011
Fokus utama NKRA COL
o Menyediakan langkah segera meringankan beban
o Mengurangkan kos pengangkutan
o Mengurangkan kos makanan
o Menyediakan perumahan dengan harga berpatutan dan berkualiti
Lebih 5.2 juta isi rumah mendapat manfaat BR1M berupa bantuan kewangan one-off (bayaran
sekali sahaja) sebanyak RM500. Sebanyak RM2.6 bilion yang diperuntukkan untuk program ini
Di bawah inisiatif Kembali Ke Sekolah, kira-kira 5.3 juta pelajar rendah dan menengah
menerima bantuan RM100. Sebanyak RM530 juta diperuntukkan.
Yuran sekolah kerajaan dimansuhkan bermula sesi persekolahan tahun ini (2012). Buat julung-
julung kalinya dalam sejarah negara, pendidikan awam adalah percuma
Inisiatif BB1M (baucar buku RM200), kira-kira 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam
dan swasta tempatan, aliran matrikulasi dan Tingkatan 6 meraih manfaat. Sebanyak RM260 juta
diperuntukkan
Klinik 1Malaysia diwujudkan memberi rawatan hampir percuma kepada semua rakyat.Bayaran
RM1 untuk rawatan manakala warga emas pula layak mendapat rawatan percuma
Dengan pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), rakyat Malaysia kini mampu membeli
barangan runcit pada harga penjimatan sebanyak 30-40% lebih rendah berbanding dengan
harga pasaran
Melalui pelancaran program Menu Rakyat 1Malaysia, rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan
sarapan dan makan tengah hari dengan harga yang berpatutan melalui pakej sarapan pagi yang
ditetapkan pada kadar standard sebanyak RM2 dan RM4 untuk makan tengah hari