Pengenalan
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang
menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf
kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang
dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu
getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.
Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga
bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap
sebagai ubat yang memulihkan
Kajian-Kajian Lepas:
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa muzik klasik karya Mozart misalnya boleh
digunakan untuk mengurangkan penderitaan pesakit (mengurangkan tekanan).
Perubahan dari segi kognitif, sosial dan emosi mampu dicapai melalui teknik muzik tertentu.
Malah kini terdapat seramai 6,000-10,000 pakar terapi muzik terlatih di seluruh dunia dan
sedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat terutama yang menghadapi trauma,
gangguan emosi, terencat akal, ketegangan, penyakit kanser dan juga kecacatan fizikal.
Teknik Penafsiran Klinikal Khusus- melalui teknik ini, pakar terapi akan menjalankan
program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan
alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat
persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi. Gegaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap
yang berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda manusia. Sekiranya
getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik
boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terdapat 7 sistem kalenjar dalam badan manusia, tujuh warna dalam spektrum dan tujuh
nota dalam skala muzik. Setiap warna dan setiap nota mempunyai satu getaran atau tahap
tenaga yang unik yang merangsang pusat tenaga pada minda dalam caranya yang unik,
rangsangan yang sama ini akan disusuli ke dalam tubuh kita. Apabila kita terdedah pada
getaran-getaran ini, neuroendokrin dan sistem imunasi kita akan diperkukuhkan dan
disucikan. Pusat keseronokan dalam otak kita juga memberikan rangsangan untuk
merembeskan endorfin, iaitu penenang kesakitan semulajadi badan.
Tekanan hidup selalunya akan menyebabkan himpitan antara kalenjar-kalenjar thymus dan
ini mengakibatkan pengurangan tenaga dalam tubuh seseorang. Dengan menggunakan
terapi muzik untuk merangsang dan meningkatkan fungsi kalenjar-kalenjar thymus, kita
akan mengalami sejenis kepuasan mengalir ke semua deria kita sekaligus meringankan
tekanan.
Kelebihan terapi muzik kepada murid bermasalah kesihatan