Anda di halaman 1dari 2

Cotton Soft Japanese Cheesecake tu berlubang dek kerana dikorek anak bertuah.

First time buat menjadi dengan jayanya.

Bahan A :
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur size A
1 sudu besar jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung gandum
20g tepung jagung

** butter & cream cheese biarkan pada suhu bilik

Bahan B :
140g gula kastor
6 biji putih telur
3/4 sudu kecik jus lemon

Cara-cara:

Step I : Utk adunan A:


Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2
dengan whisk sehingga sebati.
Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
Kemudian, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dgn tepung
gandum, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan
creamcheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu)

Step II : Utk adunan B:


Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2
(foamy).
Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).

Step III :
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu &
kacau smpai sebati.

Sediakan loyang bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwh dan keliling &
dialas dgn kertas baking.
Tuang adunan kedalam loyang. Bakar dalam selama 1jam dgn cara au bain-
marie (waterbath), pada suhu 160

Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air
panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air
panas.
Bakar hingga masak, off suis oven dan renggangkan pintu oven sedikit dan
biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun
mendadak.

Anda mungkin juga menyukai