Anda di halaman 1dari 42

IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT

TEKNOLOGI ELEKTRIK & ELEKTRONIK


(RBT 2107)

FUNGSI KOMPONEN
DALAM LITAR

Disediakan oleh:
PISMP 4 RBT 1
KHAMALIEANA ROSLAN
NURULHASANAH HUSSIN
ROZIANA ISMAIL
MOHAMAD HELMI YASO
MOHAMAD AZRI HAZIQ OTHMAN
Nama, simbol dan fungsi UMUM
komponen elektronik
KOMPONEN ELEKTRONIK

SIMBOL
PERINTANG TETAP

FUNGSI
- Untuk mengawal pengaliran arus dan
mendapatkan susutan voltan dalam litar

- Digunakan pada radio, televisyen dan


amplifier.
- Unit sukatan diukur dalam ohm
KOD WARNA PERINTANG
TETAP

Jalur Jalur Jalur Jalur


pertama kedua ketiga keempat

KOD WARNA
Hitam 0 Kod Warna Jalur Keempat
Perang 1
Emas 5%
Merah 2
Perak 10%
Jingga 3
Tiada warna 20%
Kuning 4
Hijau 5
Biru 6
Unggu 7
Kelabu 8
Putih 9
KOD WARNA
Hitam 0
Perang 1
Merah 2 Hanya Pada Mu Jiwa Ku
Jingga 3 Hancur Berderai Untuk
Kuning 4 Kekasih Pertama
Hijau 5
Biru 6 Haji Pak Mat Jiran Kita
Unggu 7
Hidup Berkebun Ubi Kayu
Kelabu 8
Putih 9 Putih
CONTOH MENGIRA NILAI RINTANGAN

MERAH PERANG BIRU PERAK


2 1 6
NILAI RINTANGANNYA HAD TERIMA
2 1 000000 OHM PERAK = 10%
21000 K 21000000 X 10%
21 M = 2100000 OHM
= 2100 K
= 2.1 M
PERINTANG BOLEH LARAS

FUNGSI
- Mengawal jumlah arus
yang mengalir dalam
litar
- Digunakan pada radio,
televisyen, kipas angin
dan ketuhar

Simbol - Nilai rintangannya


dapat dilaraskan dari 0
hingga nilai
maksimumnya.
DIOD PEMANCAR CAHAYA
( L.E.D. )
FUNGSI
- Sebagai penunjuk saja

- Bercahaya apabila
adanya arus mengalir
melaluinya.

- Arus mengalir pada satu


arah sahaja.

- Digunakan dalam alat


elektronik sebagai lampu
penunjuk, alat hi-fi,
lampu disko.
KAPASITOR
Kapasitor
Elektrolitik

SIMBOL

Kapasitor
Seramik

-Untuk menyimpan dan membuang cas elektrik


-Sebagai penstabil voltan dalam litar
TRANSISTOR

c c
b b

e e

NPN PNP
FUNGSI
- Untuk meninggikan voltan, arus dan kuasa
serta sebagai suis kawalan

- Digunakan pada radio, televisyen,


komputer dan sebagainya
PERINTANG PEKA CAHAYA

FUNGSI
- Sebagai perintang boleh ubah
- Nilai rintangan bergantung kepada
cahaya yang diterima

- Nilai rintangan menjadi rendah


apabila didedahkan kepada cahaya

- Digunakan dalam alat-alat elektronik


kendalian cahaya, spt kamera
automatik, lampu malam automatik dsb
Buzer
Buzer
Buzer menghasilkan bunyi
apabila disambungkan ke
Elektromagnet
punca bekalan dan
digunakan sebagai
penggera.

Wayar penghubung pada


buzer biasanya dalam kod
warna hitam (negatif) dan
merah (positif). Jika
sambungannya salah, ia Piezo
simbol
tidak akan berfungsi.
PEMBESAR SUARA
FUNGSI
-Menukarkan gelombang
elektrik kepada gelombang
bunyi

-Dilabelkan dengan nilai


impedans dan kadaran kuasa

-Nilai impedans dalam unit


ohm dan kadaran kuasa dalam
unit watt SIMBOL
Suis Tekan Tutup
Mengalirkan arus elektrik
apabila ditekan dan
berhenti apabila punat
dilepaskan.
Suis Tekan Buka

Memutuskan aliran arus


apabila punat ditekan dan
menyambung semula
bekalan arus apabila punat
dilepaskan.
Suis Togel

Digunakan untuk membuka


dan memutuskan arus.
Dikenali sebagai suis satu
kutub satu arah. (SPST)
FUNGSI TRANSISTOR
SEBAGAI PENGUAT
Penguat ialah satu proses menguatkan isyarat AU.
Contohnya, jika bunyi daripada radio kurang jelas,
bunyi tersebut akan dikuatkan. Litar yang
digunakan untuk proses penguatan isyarat
sebagai penguat.
Sifat utama litar penguat ialah mempunyai
gandaan iaitu nisbah nilai keluaran terhadap nilai
masukan. Terdapat tiga jenis gandaan penguat
iaitu gandaan voltan, gandaan arus dan gandaan
kuasa.
Jenis-jenis gandaan
Jenis gandaan Simbol

Voltan Av
Arus Ai
Kuasa Ap

Jenis tatarajah Gandaan Gandaan arus, Gandaan Perbandingan fasa isyarat


voltan, Av AI kuasa, A p masukan dan keluaran

Pemancar 100 1000 100 1000 Melebihi 1000 Isyarat keluaran berbeza fasa
sepunya 180 dengan isyarat masukan

Pemungut Lebih kurang 1 100 1000 100 1000 Isyarat keluaran sama dengan
sepunya isyarat masukan
Tapak sepunya 100 1000 Kurang 100 1000 Isyarat keluaran sefasa dengan
daripada 1 isyarat masukan
Satu contoh penguat kuasa ialah penguat
audio yang digunakan untuk menguatkan
isyarat dalam julat frekuensi dari 20Hz ke
20kHz.
Contoh bentuk fizikal transistor kuasa adalah
seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Setiap
transistor kuasa mempunyai kadaran maksimum
yang berbeza. Kadaran maksimum bagi satu
contoh transistor kuasa ditunjukkan dalam
lampiran data dalam rajah.

Jadual: Kadaran maksimum bagi satu contoh


transistor kuasa.

Arus pemungut maksimum (mengalir


berterusan) = 1c(mak) 15 mA
Voltan pemungut pemancar
maksimum = VCE(mak) 400 V
Kuasa lesapan maksimum = Pd(mak) 175 W
FUNGSI PEMUAT (KAPASITOR)
Pemuat ialah suatu alat penyimpan tenaga elektrik
yang boleh mengecas dan menyahcas. Seperti
perintang, pemuat ialah salah satu daripada komponen
elektronik penting yang terdiri daripada dua pengalir
yang diasingkan oleh satu penebat yang dinamakan
dielektrik. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara,
wax terpadat seramik, mika, atau kertas terpadat
dengan elektrolit yang berkimia.
Fungsi pemuat dalam litar penapis
Biasanya komponen penapis ialah pemuat.Jika
didapati penapis pintas ia akan memutuskan fius
pelindung. Pemuat yang terbuka boleh memberi
kesan gangguan riak di keluaran.Jika beban
dikeluaran memerlukan arus yang agak tinggi
seperti amplifier kuasa audio, ia boleh
membuatkan voltan keluaran berayunan atau
motoboting atau humming. Selain dari pintas
dan terbuka, penapis kerap juga berlaku bocor.
Ini akan menyebabkan arus tidak stabil.
1 level voltan at tanpa penapis
2 level voltan at dengan penapis
FUNGSI DIOD DALAM LITAR PENERUS
Rajah A menunjukkan litar penerus setengah
gelombang. Bekalan 230 V AU dibekalkan kepada
bahagian utama pengubah. Bahagian sekunder
pengubah akan membekalkan voltan V dengan
nilai maksimun V yang diperlukan kepada diod
penerus.
Pada kitar masukan positif, dengan kekutuban
bekalan seperti dalam Rajah b (i), diod dipincang
ke depan. Arus mengalir di dalam beban pada
arah yang ditunjukkan dan menghasilkan
gelombang keluaran seperti dalam rajah.
Pada kitar masukan negatif, dengan kekutuban
voltan bekalan seperti dalam Rajah b (ii), diod
dipincang balikan. Tiada arus mengalir dalam
diod dan tiada voltan diperoleh merentasi beban,
R.Dengan menggunakan hukum kirchhoff, V V V,
dengan V ialah voltan merentasi diod. I = 0 kerana
pincang balikan. Oleh itu, V = VD. Voltan
maksimum merentasi diod adalah Vmaks. Bagi
menghalang diod daripada rosak, nilai puncak
voltan bekalan mestilah tidak melebihi kadaran
voltan puncak balikan. PIV bagi diod.
Rajah C menunjukkan gelombang keluaran yang
diperoleh merentasi beban RL jika voltan keluaran
maksimum dari pengubah ialah Vmaks. Perhatikan,
voltan keluaran tidak bertukar kekutuban kerana
voltan ini ialah voltan AT berdenyut. Frekuensinya
sama dengan frekuensi punca voltan.
LITAR PENERUS GELOMBANG PENUH

Litar penerus gelombang penuh menghasilkan


voltan riak pada kedua dua litar positif dan
negatif pada masukan. Litar penerus
gelombang penuh terbahagi kepada dua jenis
iaitu penerus gelombang penuh dua diod dan
penerus titi.
LITAR PENERUS GELOMBANG PENUH
DUA DIOD
Rajah A menunjukkan litar penerus gelombang
penuh dua diod serta gelombang keluarannya.
Pengubah membekalkan voltan masukkan, V2
kepada penerus gelombang penuh. Bagi
pengubah sadap tengah, voltan pada separuh
lilitan sadap tengah (A ke O) adalah separuh
daripada voltan di antara A dan B. Jika voltan di
antara A dan B adalah Vmaks, voltan sekunder
di antara A dan O adalah Vmaks/2.

Rajah A menunjukkan litar penerus gelombang


penuh dua diod serta gelombang keluarannya.
Pengubah membekalkan voltan masukkan, V2
kepada penerus gelombang penuh. Bagi pengubah
sadap tengah, voltan pada separuh lilitan sadap
tengah (A ke O) adalah separuh daripada voltan di
antara A dan B. Jika voltan di antara A dan B adalah
Vmaks, voltan sekunder di antara A dan O adalah
Vmaks/2.

PENERUS TITI
Rajah c menunjukkan litar bekaqlan kuasa
penerus gelombang penuh dengan empat
diod atau lebih dikenali sebagai penerus titi.
Apabila voltan AU dibekalkan ke penerus titi,
pada kadar masukan positif kekutuban voltan
bekalan adalah seperti ditunjukkan dalam
rajah d. Diod D1 dan D3 dipincang ke depan
manakala diod D2 dan D4 dipincang balikan.
Arus mengalir dalam beban RL mempunyai
nilai Vmaks 2VD
Pada kitar masukan negatif, kekutuban voltan
bekalan adalah seperti ditunjukkan dalam
rajah e. Diod D2 dan D4 dipincang balikan.
Perhatikan arah arus melalui RL adalah sehala.
Voltan keluaran bagi kedua dua diperoleh
merentasi beban RL adalah seperti dalam
rajah f dengan nilai Vmaks 2VD.
SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai