Anda di halaman 1dari 10

SMK PUCHONG PERDANA

KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELAB FOTOGRAFI
KE TAMAN RAMA-RAMA DAN KL CITY GALLERY
25 MAC 2017

PN. NORHAYATI BT ZAKARIYA


[1 FEBUARI 2017]
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KELAB FOTOGRAFI KE DAN KUALA LUMPUR CITY
GALLERY
25 MAC 2017
_______________________________________________________________

1. PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar bagi ahli-ahli Kelab Fotografi ke Taman Rama-Rama
dan KL City Gallery Kuala Lumpur terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3
orang guru penasihat Kelab Fotografi. Matlamat Kelab Fotografi adalah
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam bidang
fotografi, seterusnya dapat membantu untuk menghasilkan imej-imej yang
menarik dan berkualiti.

Dalam usaha mencapai matlamat ini, Kelab Fotografi mengambil inisiatif


untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang
menarik dan sesuai dengan bidang fotografi. Oleh yang demikian, Taman
Rama-Rama dan KL City Gallery Kuala Lumpur menjadi destinasi pilihan
kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh memberikan
pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang fotografi sepanjang
tempoh lawatan ini.

Di samping itu, pihak kami juga menjalankan pertandingan fotografi di


antara ahli-ahli Kelab Fotografi untuk dua kategori, warna dan hitam putih
semasa lawatan itu berjalan. Hasil gambar yang terbaik akan kami
paparkan sebagai kegiatan Kelab Fotografi dan kami juga berhasrat untuk
mengadakan pameran persembahan hasil kerja yang terbaik semasa Hari
Apresiasi Ko-Kurikulum kelak.

2. OBJEKTIF LAWATAN
2.1Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada
pelajar dalam bidang fotografi
2.2Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan
untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif
dalam merebut peluang kerjaya dalam bidang ini
2.3Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang
fotografi.

3. PELAKSANAAN LAWATAN
Tarikh : 25 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi 3.00 petang
Tempat : Taman Rama-Rama dan KL City Gallery Kuala Lumpur

4. SASARAN
Ahli-ahli Kelab Fotografi SMK Puchong Perdana
Pelajar = 30 orang

Guru Penasihat = 3 orang

Fasilitator = 1 orang
En. Ezry bin Abdul Rahman
Jurugambar Professional

Jumlah Peserta = 34 orang

5. TENTATIF LAWATAN
7.00 pagi - Berkumpul di sekolah dan sarapan
8.00 - Bertolak ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
8.45 - Taklimat Ringkas Fasilitator Tentang Kategori Warna
9.00 - Mengambil gambar di Taman Rama-Rama
10.00 - Penyerahan gambar untuk diadili untuk Kategori Warna
11.00 - Bertolak ke KL City Gallery
11.30 - Taklimat Ringkas Fasilitator Tentang kategori Black and
White
12.00 tgh- Makan tengahari
12.45 - Mengambil gambar di sekitar KL City Gallery
1.45 ptg - Penyerahan gambar untuk diadili untuk Kategori Hitam
Putih
2.30 - Pengambilan Gambar Kumpulan dan pulang ke
Puchong

6. SUMBER KEWANGAN
7.1 Yuran pelajar RM 30.00 X 30 orang = RM 900.00
7.2 Sumbangan Ko-Kurikulum
i) Pengangkutan (Bas Sekolah) = RM 450.00
ii) Fasilitator (1 orang) = RM 150.00

Jumlah = RM 1500.00

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Sewa bas = RM 450.00
8.2 Makan dan minum RM 15.00 X 34 orang = RM
510.00
8.3 Anggaran tiket masuk RM 11.00 X 33 orang = RM
363.00
8.4 Lain-lain belanja (lanyard dan tag) =RM 27.00
8.5 Saguhati fasilitator = RM 150.00

Jumlah = RM 1,500.00
8. JADUAL PELAKSANAAN

BI TARIKH PERKARA TINDAKAN


L
1 1 Febuari Penyediaan kertas konsep untuk Pn. Norhayati
2017 lawatan dan pertandingan
2 6 Febuari Penyerahan kertas konsep untuk Pn. Norhayati
2017 ditandatangan oleh pentadbir
3 7 Febuari Mengisi borang kebenaran lawatan Pn. Norhayati
2017 ke PPD Petaling Perdana
4 10 Mac Pengesahan tempahan bas Pn. Maizura
2017
5 10 Mac Menyediakan borang kebenaran Pn. Noor
2017 ibubapa dan penjaga Fitrizawati
6 20 Mac Penempahan sarapan dan makanan Pn. Noor
2017 tengahari Fitrizawati
Pn. Maizura
7 21 Mac Menyiapkan lanyard untuk Pn. Maizura
2017 digunakan semasa lawatan
8 22 Mac Taklimat Lawatan Pn. Norhayati
2017
9 25 Mac Bertolak ke Kuala Lumpur Semua guru
2017

9. PENUTUP
Oleh itu, Kelab Fotografi berharap agar segala usaha dan perancangan
yang dilakukan untuk menjayakan program lawatan sambil belajar ke
Kuala Lumpur ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-
pihak yang terlibat dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat berjalan
dengan lancar. Semoga dengan adanya lawatan ini dapat memberi
manfaat kepada pelajar-pelajar di samping membuka ruang yang lebih
luas kepada pelajar dalam bidang fotografi ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


Disahkan oleh:

( Norhayati Zakariya) ( En. Mohammad bin Ismail)


(En. Md Zin bin Jaafar)
Guru Penasihat Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pengetua
__________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ANTARA
AHLI KELAB FOTOGRAFI
2017
_________________________________________

25 MAC 2017

PN. NORHAYATI BT ZAKARIYA


[1 FEBUARI 2017]
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG PERDANA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ANTARA AHLI KELAB
FOTOGRAFI
_______________________________________________________________

1. PENDAHULUAN
Kelab Fotografi akan menjalankan pertandingan fotografi secara dalaman
semasa lawatan sambil belajar dijalankan pada 25 Mac kelak.
Pertandingan akan dijalankan di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan KL
City Gallery.
Pertandingan ini akan adanya dua kategori iatu kategori warna dijalankan
di Taman Rama-Rama dan kategori hitam dan putih di KL City Gallery.
Terdapat dua tema yang berbeza iaitu kategori fotografi warna dan
kategori fotografi hitam putih.
Pemenang akan dipilih oleh juri-juri khas terdiri daripada jurugambar
professional dan guru-guru pentadbir.

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN
a. Memberikan peluang kepada ahli untuk mempraktik apa yang
mereka belajar tentang fotografi
b. Mencungkil bakat ahli-ahli kelab fotografi
c. Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang
fotografi.
d. Memberi peluang bagi pelajar untuk mempamerkan hasil terbaik
mereka.

3. PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Tarikh : 25 Mac 2017 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi 2.30 petang
Tempat : Taman Rama-Rama dan KL City Gallery Kuala Lumpur

4. ATURCARA PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan diadakan di kedua-dua lokasi yang akan dilawati
iaitu Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur City Gallery.
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori:

Kategori Warna Kategori Hitam & Putih


Tema : Alam Sekitar Tema : Bandaraya
Lokasi: Taman Rama-Rama Kuala Lokasi: Kuala Lumpur City Gallery
Lumpur

Peserta akan diberikan taklimat ringkas sebelum mereka memulakan


pertandingan.
Mereka akan diberikan masa selama satu jam untuk mengambil gambar di
lokasi berikut.
Mereka perlu menyerahkan SATU hasil terbaik mereka untuk setiap
kategori pada urusetia pertandingan.
Hasil kerja mereka akan diadili oleh jurugambar professional dan pihak
pentadbir.
Hadiah untuk setiap kategori terdiri daripada:
i) Juara
ii) Tempat Ke-dua
iii) Tempat Ke-tiga
iv) Saguhati
v) Saguhati
vi) Anugerah Khas
Selain daripada itu, setiap peserta yang menyertai pertandingan akan
menerima sijil penyertaan.
Hasil terbaik mereka akan dicetak dan dipamerkan untuk Hari Apresiasi
Ko-Kurikulum sebagai pengiktirafan untuk hasil kerja mereka.

5. SASARAN
Ahli-ahli Kelab Fotografi yang mengikuti lawatan ini.

6. SUMBER KEWANGAN
Sumbangan Ko-Kurikulum
i. Trofi/ Plaque Untuk Pemenang 14 x RM15.00 =
RM210.00
ii. Penghargaan Untuk Hakim Professional =
RM100.00
Jumlah = RM310.00
j. PENUTUP
Pihak kami berharap agar cadangan dari pihak kami diluluskan dan kami
dapat menjalankan kegiatan kami dengan lancar. Kerjasama dan sokongan
dari pihak tuan amat kami hargai.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


Disahkan oleh:



( Norhayati Zakariya) ( En. Mohammad bin Ismail)
(En. Md Zin bin Jaafar)
Guru Penasihat Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pengetua