Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negari Cina
Tembikar Cina zaman akhir Neolithic pula berwarna hitam dan berkilat
Tembikar Dinasti Chou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan
tembikarnya.
Seni Tembaga
Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas
bejana-bejana telah dilakukan.
Catan
Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas telap dakwat
Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur
ugama Budha, Taoism dan Confucianism
Ciri2 catan
Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat
Di gua-gua Tung Huang, Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua
tersebut. Arca-arca diperbuat daripad tanah liat yang diwarnakan, batu dan
tembaga
Seni kaligraf
Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang
ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura
Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana
tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama.
Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa
(pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung
Senibina
Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila
Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking
Ciri2 Senibina
Catan lanskap
- Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni
catan China.
- Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air.
- Sejarah catan China berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.
Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang
membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan
Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat
menterjemahkan falsafahnya melalui catan
-Konsep Yin dan Yang menjadi teras kepada catan lanskap China iaitu
keseimbangan dengan yang melalui perlambangan kabus, air, awan, burung dan
lembah.
Monokrom: penggunaan cat air dengan ton warna yang terhad begi mendapatkan
impak mendalam
Ton dan suasana: Chi Yun Sheng Tungn ton yang memberi suasana yang ghairah
dan dinamik
Struktur dan sapuan berus: Sapuan awal berus memberi pengertian - dibuat
secara spontan dan simbol kepada alam semula jadi
Kesesuaian lukisan dengan objek: Walaupun lukisan tidak sama dengan objek
sebenar tetapi perlu ada persamaan dalaman
Falsafah Seni
Falsafah taosime
Feng Shui .
- elemen-elemen semulajadi seperti bumi , air , api dan tanah di mana kesemuanya
menjadi keseimbangan ekosistem alam. dan sesuatu yang positif.
Kesusasteraan
Sun tsu (awal kurun ke-4 SM) telah mengarang buku The Art of The War yang
menyentuh tentang strategi peperangan. Banyak kajian dan karya telah dihasilkan
pada zaman Dinasti Han. Tokoh penting yang hidup pada zaman Dinasti Han ialah
Ssu Ma Chien yang juga dikenali sebagai Bapa Sejarah China.
Puisi juga mendapa tempat di negara China. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 M)
penyair-penyair agungnya mendapat sanjungan yang tinggi di negara China jika
dibandingkan pada zaman-zaman yang lain. Antara penyair yang terkenal ialah Tu
Fu dan Li Po. Nada puisi ialah kesayuan dan kegembiraan.
Pada zaman Dinasti Yuan bidang novel berkembang dengan pesat dan setengah-
setengah novel telah mencapai kepada tahap mutu yang tinggi walaupun pada
mulanya tidak dianggap sebagai kesusasteraan dalam erti kata yang sebenar.
Seni bina
Dalam bidang ini China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina
semasa Dinasti Chin. Semasa Dinasti Chou lagi, beberapa buah negeri di bahagian
utara negeri China telah membina tembok-tembok yang panjang untuk
mempertahankan negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti
telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok
besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam
jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM. Tembok Besar China yang
panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7
keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di
samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan
sepasukan tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui
pembinaan istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.
Ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed,
gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua.
Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk
mengukir patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-
pengukirnya yang mahir.
Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang
seiring dengan perkembangan seni lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak
memainkan peranan. Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-
kuil. Patung-patung yang masyhur ialah Lung-men, Buddha batu yang dikelilingi
oleh patung-patung Bodhisattvas, samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian
dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung
keagamaan itu dengan membuat patung-patung berbentuik kuda dengan ukiran-
ukirannya sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan
sifat kepahlawanan China.
Seni Lukis
Lukisan dilukis pada kain sutera, tembikar dan sampang. Ia biasanya terdiri
daripada potret manusia, gambar-gambar yang berlatarbelakangkan cerita-cerita
metos dan peristiwa-peristiwa yang benar-benar berlaku. Seni lukis yang mula-mula
sekali dihasilkan adalah dari orang-orang Buddha yang kemudian berkembang ke
arah keduniaan. Pada zaman Dinasti Tang muncul pelukis teragung iaitu Wu Tao
Yuan yang juga merupakan seorang sami Buddha. Dengan beberapa garis, dia telah
dapat meletakkan satu lukisan yang bermutu tinggi di kanvas lukisannya. Seni lukis
mencapai kemajuan sebenar pada zaman Sung. Dua orang pelukis terkenal zaman
ini ialah Kuo His dan Mi Fei. Pada zaman Dinasti Han, banyak lukisan potret
dihasilkan. Tembok dihiasi dengan catan fresco menggambarkan tokoh terkemuka
seperti ahli falsafah, raja-raja, negarawan. Kedatangan agama Buddha memberi
motif baru dalam seni lukis. Corak lukisan lebih kepada gambar pemandangan
seperti sungai, gunung ganang. Batu-batu dan salji.
Muzik
Alat muzik tradisional China ialah seruling buluh kerana buluh banyak di negara
China.Kedatangan orang Mongol membawa satu lagi alat muzik iaitu hu-Chin atau
kecapi Mongol yang dmainkan secara menggesek (seperti menggesek biola).Dinasti
Yuan telah memberi satu sumbangan kepada perkembangan muzik China iaitu
sumbangan irama lagu yang baru dengan gabungan lagu dan kecapi.
Nyanyian China seolah-olah mendapat ilham dari bangsawan Eropah apabila pada
tahun 720 seorang daripada maharaja Dinasti Tang telah mengasaskan Kolej Pear
Garden di perkarangan istananya. Beratus-ratus pelajar muda diberi latihan. Kolej
ini meletakkan asas dalam latihan wayang bangsawan orang China. Lagu
memainkan peranan penting dalam keseluruhan bangsawan. Diolog diucapkan
berasingan dari persembahan.
Drama
Telah menjadi kebiasaan bahawa drama China disertakan dengan muzik. Terdapat
juga drama komidi yang berunsur sindiran atau teguran terhadap maharaja. Watak
dalam drama China melaungkan riwayat hidupnya, pemikirannya dan pekerjaannya
pada babak pertama. Dari segi dasar, cara ini sama seperti korus orang Greek.
Teater
Kaligraf
Sistem tulisan Shang adalah sistem tulisan Cina yang terawal di negara China.
Mereka juga menggunakan tulisan bergambar yang melambangkan sesuatu objek.
Orang China juga menggunakan tulisan simbol untuk menggambarkan idea abstrak
atau kompleks. Terdapat 3000 simbol pada zaman Dinasti Shang. Tulisan berbentuki
simbol dikenali sebagai ideogramatau ideografik. Tulisan ideografik ini menjadi
asas kepada tulisan Cina sekarang.. Pada zaman Dinasti Shang jurutulis
menggunakan berus atau kayu runcing untuk menulis. Tulisan diguris di atas
kepingan buluh, kulit siput, tulang,kulit kura-kura, batu jed, gangsa, kayu, tembikar
dan sutera. Kepingan-kepingan buluh yang telah ditulis itu diikat untuk menjadi
sebuah buku. Tulisan penting kerana ia boleh menjadi alat untuk memelihara
perpaduan negara