Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Saya amat bersyukur dan berasa gembira kerana saya dapat menyiapkan tugasan
MTE 3123 (Amalan Pentaksiran dalam Matematik) dengan jayanya. Semasa saya mendapat
soalan tugasan itu, saya tidak pasti tentang kehendak soalan yang diberikan. Dengan
penerangan pensyarah saya iaitu Pn.Haliza Ibrahim, saya memahami kehendak soalan projek
itu dan akhirnya dapat menyiapkannya sebelum tarikh serahan. Saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah saya. Beliau memberi bimbingan kepada rakan sekelas saya
dan saya apabila kami mengalami cabaran dalam proses membuat projek ini.

Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Sri Kelana
iaitu En. Muhammad Akmal Bin Amran kerana mengizinkan saya untuk menjalankan ujian
Amalan Pentaksiran dalam Matematik ini dengan baik. Tambahan pula, saya juga berterima
kasih kepada Cikgu Matematik, Tahun 4 Musytari iaitu Pn Amira Binti Muhammad Alif kerana
memberi tunjuk ajar kepada saya semasa menjalankan ujian ini.

Secara tidak langsung, tugasan projek ini telah membantu saya untuk bersedia lebih
awal untuk menghadapi peperiksaan dan menyediakan diri saya untuk menjadi seorang guru
mahir. Saya akan terus belajar dan belajar agar saya dapa menjadi seorang guru yang
berkualiti tinggi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai