Anda di halaman 1dari 9

KOLEKSI

KISAH
TRANSISI2017
ARNAB YANG PEMALAS

Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat.

Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab


dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-
sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat
sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada
tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat
dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya.
Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan
kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita
akan buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat


sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata
tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak
masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai
menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu,
hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat
berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok
kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini
sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan
sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

TRANSISI2017
KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya


merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana
kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh
kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur
sekandang.

"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu


disisihkan.

Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar
tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan
akan dipakaikan gelang merah.

Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat


orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala
dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu
tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi.

Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar


itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di
sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi


kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

TRANSISI2017
KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat


bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie
pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering
mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan
Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-
kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan-
jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor
singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat


idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di
hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding
dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik
Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke
sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,
kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi,
kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali
menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik
kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah
dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah.
Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi
makanan singa.

TRANSISI2017
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama


Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain,
Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan
itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony
akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan
jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,


Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok
dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah
Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor
jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba
mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada
jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit
Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

TRANSISI2017
BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru


sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang
Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan
bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka


mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya.

Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya.


Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si
ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa
ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi
pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi
bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya.

Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana.


Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa,
gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan
akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang
Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu


melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular
pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.

Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua


yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda
kacak itu? Putera dari manakah gerangannya?

Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan


memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya akan hajat
Bujang Terboyoi.

TRANSISI2017
Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik
kasihan melihat mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea
rah sepasang suami isteri,pekerja istana.

Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi


membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan
mereka pakaian yang indah-indah. Dia member mereka makan
makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-
gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat
cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera
Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi.


Ampunkanlah saya ibu dan ayah, kata Bujang Terboyoi dengan
terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis
kegembiraan.

Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila


sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

TRANSISI2017
KISAH NABI YUSOF

Nabi Yusuf adalah putra Nabi Yaqub AS, saudaranya berjumlah


sebelas orang. Sejak kecil Yusuf telah menunjukkan sikap yang
terpuji, ia anak yang taat dan patuh kepada orang tuanya. Oleh
karena itu, ayahnya lebih menyayangi Yusuf dari pada saudaranya
yang lain sehingga menyebabkan iri saudaranya dan timbullah niat
jahat di hati mereka. Saudara-saudaranya ingin membuang dan
membunuh Yusuf, pada suatu hari mereka berkata kepada Ayahnya,
kami akan mengajak Yusuf bermain dan berburu tetapi Ayahnya
melarang. Percayalah Ayah, kami akan menjaga Yusuf dan dengan
senang hati Yusuf mau mengikuti saudara-saudaranya ke hutan.
Saudara-saudaranya sepakat untuk membunuh Yusuf, akan tetapi ada
yang mengusulkan supaya Yusuf dibuang saja ke dalam sumur.

Akhirnya, Yusuf dimasukkan ke dalam sumur. Allah SWT melindungi


Yusuf di dalam sumur itu dan ia ditolong oleh rombongan kafilah yang
sedang menimba air. Yusuf dijual kepada seorang menteri di Kerajaan
Mesir. Pada keluarga ini Yusuf tumbuh menjadi pemuda yang cerdas,
tampan, berbudi dan berakhlak baik.

Selama ikut keluarga ini, Yusuf diperlakukan sangat baik oleh istri
menteri Mesir. Istri menteri Mesir itu bernama Zulaikha. Pada suatu
hari ia melaporkan kepada suaminya. Zulaikha memfitnah bahwa
Yusuf telah berbuat jahat kepadanya dan akhirnya Yusuf dimasukkan
ke dalam penjara beberapa tahun lamanya. Yusuf sebenarnya tidak
bersalah.

Pada suatu hari Raja Mesir bermimpi yang aneh, ia melihat tujuh ekor
sapi betina yang gemuk-gemuk dan ketujuh sapi betina itu dimakan
oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus. Untuk mengetahui arti
mimpi itu, Raja Mesir mengumpulkan para penafsir mimpi. Akan
tetapi, para penafsir mimpi itu tidak ada yang dapat menjelaskan
tentang arti mimpi Raja Mesir tersebut. Yusuf yang sedang dipenjara

TRANSISI2017
menerangkan arti mimpi Raja tersebut dan Yusuf berkatam, bahwa
Negeri Mesir akan menjadi makmur selama tujuh tahun, kemudian
akan mengalami musim kekeringan selama tujuh tahun pula. Yusuf
menyarankan agar rakyat menghemat bahan makanan dan
menyimpannya. Dengan demikian, pada musim paceklik tiba Kerajaan
Mesir tidak mengalami kelaparan.

Raja Mesir puas atas penjelasannya dan kemudian Yusuf dibebaskan


dari penjara. Yusuf diangkat menjadi pegawai di Kerajaan Mesir.
Karena kepandaian dan kecerdasan Yusuf diangkat menjadi Menteri.
Allah SWT memuliahkan Yusuf menjadi Menteri dan Rasul.
Mendengar Yusuf menjadi Menteri dan Nabi, keluarganya sangat
senang dan berangkatlah Nabi Yaqub dan anak-anaknya ke Mesir.

Nabi Yusuf menyambutnya dengan senang hati. Nabi Yusuf


memaafkan semua saudara-saudaranya yang pernah menganiayanya.
Nabi Yusuf seorang Nabi yang memiliki kesabaran yang luar biasa.
Akhirnya semua keluarganya tinggal di Mesir.
Mukjizat Nabi Yusuf adalah :
1. Ahli menafsirkan segala mimpi.
2. Bajunya dapat menyembuhkan mata bapaknya yang buta dengan
diusapkan diwajahnya.
3. Memiliki wajah yang sangat tampan dan berakhlak yang mulia

TRANSISI2017

Anda mungkin juga menyukai