Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK BANDAR EASTER
Felda Bukit Easter,
81907 Kota Tinggi,
Johor Darul Takzim. No.Tel:07-8926462

Ruj. Kami : JBA 3047/600-2/6/1


Tarikh : 4 JANUARI 2017

Kepada,

IBU BAPA/PENJAGA
MURID SK BANDAR EASTER

Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN 1 MURID 1 RIM KERTAS A4

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah ingin memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menyumbang 1 rim
kertas A4 bagi seorang anak jagaan yang bersekolah di SK Bandar Easter. Sumbangan adalah
secara sukarela dan tiada paksaan dalam hal ini.

3. Tujuan sumbangan ini adalah untuk mengurangkan beban perbelanjaan membeli kertas
pihak sekolah untuk kegunaan murid sepanjang sesi persekolahan tahun ini. Dengan pengurangan
belanja ini diharap peruntukan sedia ada dapat disalurkan ke perbelanjaan yang lebih penting
untuk keselesaan murid.

4. Sumbangan kertas A4 boleh disalurkan terus kepada En Mohd Sobirin bin Mohd
Azehar selaku Setiausaha PIBG SK Bandar Easter.

Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(ZAINI B. ISMAIL)