Anda di halaman 1dari 9

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu
berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta
berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya
dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International
Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada
empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran
reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian
diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini
juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan
mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata
diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan
melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan
mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia
ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah
mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya
sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara
yang mereka pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat
signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir
ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran
ini semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun
guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang
terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk
menerapkan KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT
semasa proses PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk
mengaplikasi, menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan
semula fakta atau hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

2.1 Perbandingan Teori Berkaitan KBAR dan KBAT Dalam Matematik

Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Lower-order thinking (LOT) is often characterized Characterized higher-order thinking (HOT) as non-
by the recall of information or the application of algorithmic.
concepts or knowledge to familiar situations and Resnick (1987)
contexts. Resnick (1987)

LOT tasks requires a student to recall a fact, The use of complex, non-algorithmic thinking to
perform a simple operation, or solve a familiar type solve a task in which there is not a predictable, well-
of problem. It does not require the student to work rehearsed approach or pathway explicitly suggested
outside the familiar Schmalz (1973) by the task, task instruction, or a worked out
example. Stein and Lane (1996)

LOT is involved when students are solving tasks HOT as solving tasks where no algorithm has been
where the solution requires applying a well-known taught, where justification or explanation are
algorithm, often with no justification, explanation, required, and where more than one solution may be
or proof required, and where only a single correct possible. Senk, et al (1997)
answer is possible.
Senk, Beckman, & Thompson (1997)

LOT as solving tasks while working in familiar HOT involves solving tasks where an algorithm has
situations and contexts; or, applying algorithms not been taught or using known algorithms while
already familiar to the student. Thompson (2008) working in unfamiliar contexts or situations.
Thompson (2008)

Jadual 1

1.0 PERBEZAAN ANTARA MASALAH RUTIN DAN BUKAN RUTIN

Secara umum, masalah boleh diklasifikasikan sebagai masalah rutin dan masalah bukan rutin. Masalah
rutin hanya memerlukan beberapa prosedur seperti operasi aritmetik untuk mendapatkan penyelesaian.

Sebaliknya, jika situasi masalah itu tidak boleh diselesaikan mengikut kaedah pengiraan biasa maka ia
dikenali sebagai masalah bukan rutin. Dalam situasi seperti itu, pelajar meneroka cara penyelesaian yang
lebih mendalam untuk menyelesaikan masalah tersebut.

3.1 Masalah Rutin

Masalah rutin merupakan masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam
menyelesaikannya. Dalam menyelesaikan masalah rutin, kita hanya perlu memahami masalah, memilih
operasi yang sesuai serta mengaplikasikan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur
penyelesaiannya adalah sudah kita ketahui. Ketika menyelesaikan masalah rutin, kita perlu
mengenalpasti

1. Apakah soalan yang perlu dijawab

2. Fakta-fakta atau nombor yang perlu digunakan

3. Operasi-operasi yang perlu digunakan

4. Anggaran nilai penyelesaian

Masalah rutin memberi kesan seperti berikut kepada kita:

a. Memberi latihan dalam mengingat fakta-fakta asas dan langkah- langkah yang berurutan

b. Mempertingkat kemahiran-kemahiran dalam operasi asas

c. Memberi peluang untuk berfikir tentang perkaitan antara sesuatu operasi dan
aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.
Contoh-Contoh Soalan Rutin

Contoh 1 :

Ali makan 2 keping roti. 5 minit kemudian, dia makan 1 keping lagi roti. Berapa banyak keping roti Ali
makan kesemuanya?

Contoh 2:

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70.
Berapakah jumlah wang yang dibayar oleh Maria?

Contoh 3 :

Cari perimeter segi empat tepat yang mempunyai panjang 8 meter dan lebar 17 meter.

Contoh 4 :

Cari panjang sebuah segi empat tepat yang mempunyai luas 48 meter persegi dan lebar 6 meter.

3.2 Masalah Bukan Rutin

Masalah bukan rutin merupakan masalah yang memerlukan proses-proses yang lebih tinggi dalam
menyelesaikan masalah berbanding masalah rutin. Untuk mencari penyelesaian dalam masalah bukan
rutin adalah bergantung kepada kebolehan menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah
bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur penyelesaian masalah bukan
rutin tidak kita ketahui. Masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang
memerlukan proses pemikiran yang berbeza.

Antara kesan positif dalam mengaplikasikan masalah bukan rutin ialah seperti berikut:

1. Dapat mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah

2. Memberi peluang untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah


penyelesaian masalah serta meningkatkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik

3. Dapat menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

4. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis.

Contoh-contoh soalan bukan rutin

Contoh 1 :

Maria membeli sekotak susu dengan harga RM1.55 dan sebungkus biskut dengan harga RM1.70. Dia
memberikan RM4.00 kepada jurujual. Berapakah bilangan syiling yang diterima oleh Maria sekiranya
jurujual itu memberikannya beberapa syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen?

Terangkan jawapan anda?


Contoh 2 :

Mamat ingin membina pagar bagi reban ayam yang berbentuk segi empat. Dia mempunyai 20 meter
wayar pagar.

1. Apakah saiz segi empat yang boleh beliau hasilkan?


2. Bentuk manakah yang terbaik

Contoh 3 :

Antara nombor-nombor berikut, nombor yang mana berbeza? Mengapa?

23, 20, 15, 25

Contoh 4 :

Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada rakannya dengan harga RM240. Dia
telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu.

Berapakah harga kos basikal tersebut ?

3.3 Nota Aktiviti

Perbincangan kumpulan kecil dijalankan secara berpasangan. Tugasan yang diberikan adalah
menukarkan soalan rutin (KBAR) kepada soalan bukan rutin (KBAT).

Soalan-soalan rutin yang dikemukakan adalah seperti berikut :

1. RM 210 RM 30 =
2. Rajah menunjukkan sebuah segi empat tepat

84= ?

Kira luas, dalam cm, segi empat tepat tersebut.

Pelbagai jenis soalan akan diberikan oleh peserta. Perbincangan akan dilakukan bagi menentukan
soalan-soalan yang dikemukakan adalah bukan rutin atau tidak.

Cadangan jawapan :

1. Pak Ali mempunyai wang sebanyak RM210. Dia memberikan wang tersebut kepada Chong
dan Raju. Raju menerima RM30 kurang daripada Chong.
Berapakah jumlah wang yang diterima oleh Chong?

Jelaskan bagaimana anda mendapat jawapan?

1. Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu
rangka segi empat dengan luas yang maksimum.

Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

2.0 KEPELBAGAIAN STRATEGI DALAM PENYELESAIAN MASALAH

Strategi juga merujuk kepada prosedur yang akan membantu anda untuk memilih pengetahuan dan
kemahiran yang digunakan di semua langkah penyelesaian masalah. Strategi yang dipilih harus fleksibel
agar dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah. Berikut adalah beberapa strategi yang
boleh digunakan.

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Justeru,
pembelajaran dan pengajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif
dan merentasi keseluruhan kurikulum. Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi
penekanan sewajarnya supaya murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah secara berkesan.
Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut :

Memahami dan mentafsirkan masalah

Merancang strategi penyelesaian

Melaksanakan strategi

Menyemak semula penyelesaian

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah


penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan
aktiviti pembelajaran untuk membina kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang
berasaskan aktiviti manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan
dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang
boleh dipertimbangkan :

Cuba jaya / teka uji

1. Membina senarai / jadual / carta yang sesuai


2. Mengenal pasti kemungkinan

3. Menggunakan algebra

4. Mengenal pasti pola

5. Melukis gambarajah
6. Guna Kaedah Unitari

7. Guna Model

8. Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

10. Guna rumus

11. Guna analogi / perbandingan

12. Lakonan / ujikaji

13. Mempermudahkan masalah

14. Membuat anggaran

15. Mental arimetik

4.1 Strategi : (Cuba jaya / Mengenal pasti kemungkinan / Melukis gambarajah / Guna rumus)

Contoh soalan yang diberikan ini mempunyai pelbagai strategi penyelesaian masalah.

Contoh Soalan:

Johan ingin menggunakan seutas dawai yang panjangnya 24 cm untuk membentuk satu rangka
segiempat dengan luas yang maksimum. Apakah panjang dan lebar bentuk segi empat itu?

Penyelesaian :

Melukis gambarajah

Lukis atau lakar seberapa banyak gambarajah bentuk segi empat. Cuba letakkan nombor pada setiap sisi
sehinggaberjaya menemui perimeter yang berjumlah

24 cm. Kemudian, gunakan kemungkinan kemungkinan nombor lain yang difikirkan sesuai. Seterusnya,
gunakan rumus luas segi empat untuk mencari luas maksimum segi empat tersebut dengan mendarab
panjang dan lebar. Akhirnya, padanan nombor yang sesuai dan munasabah akan ditemui bersesuaian
dengan kehendak soalan tersebut iaitu seperti gambarajah di bawah.

Bentuk-bentuk yang berkemungkinan :


Jawapannya ialah 6 cm x 6 cm = 36 cm. Jawapan ini dipilih kerana bentuk itu mempunyai luas maksima
jika dibandingkan dengan bentuk yang lain.

4.2 Strategi : (Guna Kaedah Unitari / Guna rumus / Guna algebra dan Melukis
gambarajah)

Contoh Soalan :

Ali telah membeli sebuah basikal dan kemudian menjualnya kepada John dengan harga RM 240. Dia
telah mendapat keuntungan sebanyak 20% selepas menjual basikal itu. Berapakah harga kos basikal
tersebut?

Penyelesaian :

i) Guna Kaedah Unitari

Untung = 20%

Harga Jual = RM 240 (100% +20%)

Harga Kos = (100%)

Oleh itu, 120% = RM 240

1% =?
Cari nilai 1% terlebih dahulu.

RM 240 120 = RM 2

Oleh itu, 1% = RM 2

Harga Kos = RM 2 100

= RM 200
Share this:

Twitter
Facebook23

Google

Leave a Reply