Anda di halaman 1dari 5

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TAHUN 4- 6

Simpulan Bahasa :

1. Air muka rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan


2. Air tangan hasil kerja tangan seseorang
3. Anak buah pengikut / rakyat/orang yang termasuk dalam sesuatu
keluarga
4. Anak bujang- anak lelaki yang belum berkahwin
5. Anak didik pengikut seseorang pemimpin yang diasuh sendiri oleh
pemimpin itu.
6. Anak jati -
7. Anak tunggal-
8. Ayam tambatan orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau
perlawanan
9. Berhati walang bersedih, hiba,dukacita,gelisah, suram
10. Besar hati bangga dan gembira
11. Buah fikiran - pendapat
12. Bulat hati lurus hati / bersungguh-sungguh
13. Bulat kata sudah mencapai kata sepakat
14. Hati terbuka perasaan senang hati untuk menerima sesuatu
15. Kera sumbang orang yang hidup dengan mengasingkan diri
16. Langkah seribu melarikan diri dengan sekuat-kuat hati kerana
ketakutan
17. Lapang dada perasaaan sabar /berasa senang
18. Lupa daratan tidak tahu mengenang budi dan kebaikan orang
terhadap dirinya
19. Membawa diri menjauhkan diri/ mengembara
20. Memerah keringat bekerja keras
21. Menabur bakti membuat jasa
22. Menambat hati menarik dan memikat perasaan
23. Menara gading tempat yang mempunyai kedudukan yang tinggi
seperti universiti
24. Menghulur tangan memberi pertolongan
25. Murah hati suka memberi bantuan
26. Orang berada orang kaya
27. Otak cair - pandai
28. Pasang telinga mendengar dengan teliti
29. Permata hati orang kesayangan
30. Rambang mata rasa sukar untuk memilih sesuatu yang berada
dalam sesuatu kumpulan yang banyak
31. Sekangkang kera tanah yang sedikita dan tidak luas
32. Tanah air Negara tempat kelahiran
33. Tangan terbuka sedia menerima kedatangan seseorang dengan
sukacita / orang yang bermurah hati atau suka menolong orang lain
34. Tergerak hati -
35. Titik peluh hasil usaha atau kerja yang dibuat oleh seseorang
tanpa bantuan orang lain.
36. Tulang empat kerat kegiatan melakukan sesuatu pekerjaan
dengan menggunakan tenaga fizikal

Perumpaman :

1. Bagai aur dengan tebing hidup bekerjasama dan bermuafakat


2. Bagai bulan jatuh ke riba mendapat untung yang besar
3. Bagai dihiris sembilu sangat pedih rasa dihati
4. Bagai kacang lupakan kulit tidak mengenang jasa dan budi orang lain
5. Bagai menatang minyak yang penuh memelihara seseorang dengan
penuh kasih sayang
6. Bagai tikus jatuh ke beras mendapat rezeki yang melimpah ruah/
banyak

Bandingan Semacam :

1. Bijak seperti pendita


2. Cantik seperti bidadari
3. Nipis seperti kertas

Pepatah :

1. Alah membeli menang memakai biar membeli dengan harga yang mahal
asalkan barang itu tahan lama

2. Alang-alang berdakwat biar hitam- buatlah sesuatu itu dengan


bersungguh-sungguh hingga berhasil

3. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya sesuatu itu mengikut asalnya, anak


mengikut baka ibu bapanya.
4. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul betapa susah kita
melihat penderitaan orang lain, susah lagi orang yang menanggungnya

5. Gunung sama didaki, lurah sama dituruni-susah senang bersama-sama

6. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing- sikap bekerjasama dalm


membuat sesuatu perkara

7. Berpantang maut sebelum ajal

8. Biar putih tulang , jangan putih mata-lebih baik mati daripada tidak
dapat apa yang diidamkan

9. Buang yang keruh, ambil yang jernih -berdamai dan melupakan


pertelingkahan

10. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat


kata sepakat diperoleh dengan bermesyuarat atau berunding

11. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan jika ada azam , apa-
apa yang dihajati boleh tercapai

12. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung ikutlah peraturan dan
adat resam tempat kita menetap

13. Enggang sama enggang , pipit sama pipit- berkawan hendaklah


sama taraf atau sama status.

14. Hanya jauhari mengenal manikam orang yang pandai sahaja


dapat melakukan penilaian dengan tepat.

15. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama


orang yang baik meninggalkan nama baik dan orang yang jahat akan
meninggalkan nama yang jahat pula setelah meninggal dunia nanti.
2. Orang yang berjasa kepada Negara akan tetap dikenang sehingga bila-
bila, walaupun telah lama meninggal dunia
16. Hilang di mata di hati jangan walaupun tinggal berjauhan dengan
saudara mara atau sahabat handai, tetapi hendaklah selalu mengenangkan
mereka.

17. Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,lebih


baik negeri sendiri walaupun kaya dan senang di negeri orang, lebih
baiklah di negeri sendiri

18. Jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas

19. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang pendapatan
yang cukup untuk hidup sahaja dan jika tidak bekerja tidak dapat makan.

20. Melentur buluh biarlah dari rebungnya melatih atau mendidik


anak hendaklah sejak kecil kerana jika sudah besar susah hendak
mendidiknya.

21. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa


apabila orang berbudi kepada kita perlulah dibalas dengan bahasa yang
baik.

22. Selagi hayat dikandung badan selama masih hidup

23. Sesal dahulu pendapatan- berfikirlah dengan teliti sebelum


melakukan sesuatu supaya tidak timbul kesal akibat perbuatan itu.

24. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas adat atau sesuatu yang
tetap dengan keutuhannya

25.Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
sesuatu kejayaan tidak akan diperolehi sekiranya tidak berusaha

26.Yang bulat datang bergolek,yang pipih datang melayang seseorang


yang bertuah akan mendapat tuah dengan mudah

27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung -


Kata-kata hikmah

1. Bersatu teguh, bercerai roboh


2. Malang tidak berbau
3. Muafakat membawa berkat
4. Pelihara yang lama, pelajari yang baru

Slogan

1. Bahasa jiwa bangsa


2. Bangsa membaca bangsa berjaya
3. Minda sihat, emosi stabil
4. Pandu cermat, jiwa selamat
5. Perpaduan teras kejayaan
6. Utamakan barangan buatan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai