Anda di halaman 1dari 5

Kesan kepekatan larutan bahan tindak balas ke atas kadar tindak

balas

Tujuan:
Mengkaji kesan kepekatan larutan natrium tiosulfat ke atas kadar
tindak balas.

Pernyataan masalah:
Bagaimanakah kepekatan larutan natrium tiosulfat mempengaruhi
kadar tindak balas?

Hipotesis:
Semakin pekat larutan natrium tiosulfat, semakin singkat masa yang
diambil untuk tanda x tidak kelihatan.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Kepekatan larutan natrium tiosulfat
(b) bergerak balas: Masa yang diambil untuk tanda x tidak
kelihatan.
(c) dimalarkan: Isipadu asid sulfurik.

Radas:
Silinder penyukat 50 cm3 dan 10cm3, kelalang kon 100 cm3, jam
randik

Bahan:
Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, asid sulfurik 1.0 mol dm-3, air
suling, kertas putih yang bertanda x di bahagian tengah.

Prosedur:
1.) 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm3 dan dituang ke dalam
sebuah kelalang kon.
2.) Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas putih yang
bertanda x di bahagian tengah.
3.) 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 disukat dengan silinder penyukat
10 cm3.
4.) Dengan cepat dan cermat, asid sulfurik dituangkan ke dalam
kelalng kon yang berisi larutan natrium tiosulfat. Pada masa yang
sama, jam randik dimulakan.
5.) Campuran dalam kelalang kon digoncang perlahan-lahan.
Kelalang kon kemudian diletakkan semula ke atas kertas putih.
6.) Tanda x dipandang secara tegak dari atas menerusi larutan.
7.) Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda x tidak kelihatan.
8.) Masa, t yang diperlukan untuk tanda x tidak kelihatan
direkodkan.
9.) Langkah 1 hingga 8 diulangi sebanyak empat kali dengan
mencairkan larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm -3 dengan isi padu
air suling.

Keputusan
Set Eksperimen I II III IV V
Isipadu padu larutan natrium
tiosulfat 0.2 mol dm-3, V1 (cm3)
Isipadu air suling (cm3)
Jumlah isi padu larutan
campuran, V2 (cm3)
Isi padu asid sulfurik 1.0 mol
dm-3
Kepekatan larutan natrium
tiosulfat yang bertindak balas,
M2 (mol dm-3)
Formula: M2 =M1V1 = 0.2 x V1
V2 V2
Masa yang diambil, t (s) untuk
x tidak kelihatan.

1
Masa (s-1)

Rajah
Kesan suhu ke atas kadar tindak balas

Tujuan
Mengkaji kesan suhu atas kadar tindak balas.

Pernyataan masalah
Bagaimanakah suhu larutan natrium tiosulfat mempengraruhi
kadar tindak balas?

Hipotesis
Semakin tinggi suhu larutan natrium tiosulfat, semakin singkat
masa yang diambil untuk tanda x tidak kelihatan.

Pemboleh ubah:
(a) dimanipulasikan: Suhu larutan natrium tiosulfat.
(b) dimalarkan: Saiz kelalang kon.
(c) bergerak balas: Masa yang diambil untuk tanda x tidak
kelihatan.

Radas
Silinder penyukat 50 cm3, kelalang kon 100 cm3, silinder penyukat
10 cm3,, jam randik, thermometer, penunu Bunsen, kasa dawai,
tungku kaki tiga.

Bahan
Larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, asid silfurik 1.0 mol dm-3,
kertas putih yang bertanda x di bahagian tengah.

Prosedur
1. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 disukat dengan
menggunakan silinder penyukat 50 cm3 dan dituang ke dalam
sebuah kelalang kon.
2. Suhu larutan diukur dengan menggunakan thermometer.
3. Kelalang kon diletakkan di atas sekeping kertas putih yang
bertanda x di bahagian tengah.
4. 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3 disukat dengan silinder
penyukat 10cm3.
5. Dengan cepat dan cermat, asid sulfurik dituang ke dalam
kelalang kon yang berisi larutan natrium tiosulfat. Pada masa
yang sama, jam randik dimulakan.
6. Campiran dalam kelalangkon digoncang beberapa kali. Kelalang
kon kemudian diletakkan semula ke atas kertas putih.
7. Tanda x dipandang secara tegak dari atas menerusi larutan.
8. Jam randik dihentikan sebaik sahaja tanda x tidak kelihatan .
9. Masa, t yang diperlukan untuk tanda x tidak kelihatan
direkodkan.
10. Kelalang kon tadi dibersihkan.
11. 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm -3 disukat
dengan menggunakan silinder penyukat 50 cm 3 dan dituang ke
dalam kelalang kon yang sama.
12. Kandungan kelalang kon dipanaskan dengan perlahan-lahan
sehingga suhu larutan mencapai 35oC.
13. Kelalang kon diletakkan di atas kertas putih yang bertanda
x di bahangian tengah. Dengan serta-merta, 5 cm 3 asid
sulfurik 1.0 mol dm-3 ditambahkan ke dalam kelalang kon. Pada
masa yang sama, jam randik dimulakan.
14. Masa,t yang diperlukan untuk tanda x tidak kelihatan
direkodkan.
15. Langkah 10 hingga 14 diulang dengan menggunakan 50
cm larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3, pada suhu 40oC,
3

45oC, dan 50oC.


16. Keputusan eksperimen direkodkan.

Keputusan

Set Suhu (oC) Masa, t (s) 1/Masa (s-1)


I
II
III
IV
V

Rajah