Anda di halaman 1dari 7

Jenis-jenis Pendekatan Bimbingan

a. Jenis-jenis pendekatan bimbingan yang boleh digunakan untuk


membantu murid-murid yang bermasalah.

i. Pendekatan Perkembangan

Menurut Shertzer dan Stone (1981) merujuk kauseling secara


individu sebagai proses interaksi yang menyediakan hubungan bermakna
di antara diri dengan persekitaran dan menghasilkan pencapaian
matlamat serta mewujudkan nilai-nilai untuk tingkah laku pada masa
kelak.

Tujuan utama peringkat perkembangan dalam pendekatan


bimbingan ialah untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk
mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Seterusnya, satu program
pendidikan bimbingan perkembangan yang tipikal berfokus kepada
kompetensi-kompetensi di mana semua murid dapat membangun untuk
mencapai kejayaan kendiri dan membuat sumbangan kepada
masyarakat. Selain itu, pendekatan ini juga boleh membantu peserta didik
dalam mengembangkan kemampuan atau potensi yang dimiliki dengan
memberikan kesempatan yang seluas-luasnya untuk memperoleh
pengetahuan, keterampilan, dan pengalaman yang diperlukan dalam
hidupnya.
i. Pendekatan Pencegahan

Tujuannya adalah untuk mencegah murid-murid daripada


menghadapi masalah penyesuaian dan lain-lain masalah berkaitan
sebelum mereka menjadi sangat serius. Kaunselor bimbingan melibatkan
diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan
komprehensif dengan menggunakan stategi-strategi berikut: intervensi
awal dan memberikan respon dengan serta merta kepada murid-murid
yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu
pembelajaran mereka.

Untuk menoling mencapai matlamat-matlamat bimbingan


pencegahan, kaunselor perlu menggunakan strategi-strategi yang
menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang
dihadapi oleh klien; bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan;
konsultasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa dan merekomendasikan
masalah klien kepada pakar-pakar lain dan ibu bapa.

ii. Pendekatan Pemulihan

Bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan


kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuannya, bimbingan pemulihan
ialah untuk menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk
membantumurid-murid yang mempunyai masalah dalam proses
pendidikan. Tujuan sampingannya ialah juga untuk mengurangkan
masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah.

Kaunselor merancang aktiviti-aktiviti kelab; menstrukturkan rancangan


pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid; pengajaran
pemulihan. Pengajaran pemulihan termasuk tugasan-tugasan kendiri,
penggunaan masa individu dan sesi-sesi bimbingan dan kaunseling.
Sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik
yang rendah, dia mesti diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam
pengajaran pemulihan.

Aspek-aspek penting dalam proses bimbingan pemulihan ialah:


membekalkan kemahiran belajar; menyiasat dan menyemak kehadiran
murid-murid ke sekolah; meningkatkan ilmu kendiri; membincang
kemungkinan untuk pendikan masa depan; dan membincang profesion,
kerjaya dan kehidupan bekerja.

iii. Pendekatan Krisis

Pendekatan ini dapat membantu kaunselor untuk menolong klien


untuk mengendalikan krisis atau situasi kritial atau kejadian-kejadian yang
berlaku dalam kehidupan mereka. Sebuah krisis didefinisikan sebagai
satu situasi atau kejadian di mana seorang individu merasai tertekan atau
mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam satu situasi.

Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kematian


seperti kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan atau ketamatan
sesuatu perhubungan persahabata. Pada masa ini, seorang individu akan
mengalami pelbagai perasaan dan setiap individu mempunyai respon
yang berbeza kepada sesuatu krisis. Adalah sangat biasa untuk murid-
murid merasai takut, bimbang atau sedih pada masa yang sama. Murid-
murid yang mempunyai krisis mental mungkin menunjukkan cirri-ciri yang
tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun
perkataan untuk membina ayat dengan tepat, membaca dengan kadar
lambat, tidak boleh membaca langsung dan jangkamasa penumpuan
perhatian murid-murid semasa guru mengajar adalah terlalu singkat.
Tujuan utama kaunseling krisis ialah seperti berikut mengurangkan
kesakitan emosi, menentukan bahawa individu dalam krisis rasa selamat,
dan membantu membentuk satu rancangan untuk mengendalikan krisis
tersebut.

Kemahiran-Kemahiran Komunikasi Interpersonal

b. Kemahiran-kemahiran komunikasi interpersonal yang perlu


diperoleh oleh seseorang guru bimbingan dan kaunseling.

i. Membina Perhubungan

Perhubungan yang sihat membenarkan ekspresi keindividuan dan


mengeluarkan yang paling baik antara kaunselor dan klien dan juga
mempromosikan pertumbuhan kendiri.

Kaunselor perlu menunjukkan empati dalam semua perhubungan


dengan klien-klien. Empati merujuk kepada percubaan oleh kaunselor
untuk memahami kefahaman tersebut balik kepada klien. Melalui empati,
kaunselor berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memahami
implikasi kejadian atau masalah-masalah murid mereka.

Kaunselor perlu menunjukan keikhlasan, rasa hormat dan penerimaan


kepada semua murid dalam keadaan sediakala mereka dan bukan
kerana mereka adalah baik dan rajin. Penerimaan berlaku melalui
menghormati murid-murid untuk keunikan dan keindividuan mereka serta
dengan memberikan perhatian kepada perasaan mereka.
ii. Memberikan Perhatian

Kaunselor boleh merasa dengan murid-murid dan melihat sesuatu


masalah melalui persektif murid-murid. Kaunselor juga boleh
menunjukan minat secara peramah dengan senyuman mesra kepada
semua klien.

Kaunselor hendak berkomunikasi semua respon klien dengan


empati, berkosing perasaan dan pengalaman klien dengan sesuai dan
menilai perasaan dan pendapat orang lain.
Dalam aspek memberikan perhatian, seorang kaunselor juga perlu
menunjukkan cirri-ciri selalu jelas dan spesifik; mengambil , masa
untuk membuat refleksi tentang masalah klien; berfokus kepada
tindakan, perasaan dan sikap klien; dan rela untuk bertolak ansur dan
juga untuk mencari jalan penyelesaian yang paling memuaskan antara
kaunselor dan klien.

iii. Mendengar Secara Aktif

Seorang kaunselor perlu memegang balik tanggapan kendiri


supaya dia menjadi lebih terbuka untuk memberi masa dan galakkan
untuk mendengar pesanan sebenar klien. Kaunselor hendak bersedia
untuk mendengar; tidak member perhatian kepada fikiran dan masalah
orang lain; dan mencari makna dalam apa seseorang klien itu berkata.

Kaunselor perlu member perhatian kepada dua-dua pesanan


verbal dan tingkah laku bukan verbal kliennya. Semasa seorang
klien marah kaunselor perlu menggalakkan klien untuk bercakap, yakni
untuk melafazkan kesemua perasaan marah. Kaunselor cuba
menjalinkan komunikasi positif dengan klien yang marah. Seterusnya,
kaunselor mengulangi apa klien memperkatakan beberapa kali dan
memerlukan kemahiran mendengar secara aktif. Kaunselor perlu
bertanya pelbagai soalan untuk menggalak klien untuk mengulangi apa
yang dia ingin mengatakan.

iv. Menggunakan Bahasa Yang Sesuai

Kaunselor pasti menggunakan bahasa yang sesuai bila berhadapan


dengan klien. Selain itu, kaunselor juga memastikan ibu bapa klien
diberitahu dalam bahasa yang mereka memahami mengenai
pencapaian akademik dan perancangan masa depan murid-murid.

Bahasa kaunselor mesti konsisten atau kongruen dengan


segala tindakan beliau. Sebagai contoh, Jika seorang kaunselor
mengatakan, Saya sangat gembira untuk bercakap dengan kamu,
nada suara beliau dan pergerakan badannya mestu menyampaikan
positif tersebut semasa menerima kliennya.

v. Memahami Pergerakan Badan

Kesedaran visual merupakan satu aspek penting dalam


pergerakan badan. Kesedaran visual melibatkan membaca pergerakan
badan klien menggunakan isyarat bukan verbal seperti ekspresi
muka dan postur. Ini juga merangkumi pandangan , pandangan keliru,
anggukan kepala, kesilapan dan penegasan suara dalam sesi soal
jawap antara kaunselor dengan klien.

Kemahiran-kemahiran bukan verbal yang lain ialah seperti


tingkah laku, ekspresi muka, kontak mata, orientasi, sentuhan dan
kedekatan dengan klien merupakan cara-cara komunikasi yang
penting apabila kaunselor-kaunselor mengendalikan satu sesi
kaunseling yang berkesan. Mereka mesti memastikan yang mereka
nampak tidak tegang kepada klien mereka. Mereka juga perlu selesa
dan menggunakan kontak mata dengan lebih kerap dengan klien-klien.

Jika kaunselor menunjukkan muka yang serius atau ekspresi


bosan, klien-klien mungkin tidak berminat untuk menerangkan dengan
lanjut atau berkomunikasi dengan kaunselor. Lain-lain bentuk
pergerakan badan bongkok, membuat bunyi dengan jari kaki atau
tangan, bermain dengan tangan atau rambut mereka yang boleh
membuat klien-klien rasa tidak selesa.

http://www.kpwkm.gov.my/ppk/index.php?
option=com_content&view=article&id=16&Itemid=29

Anda mungkin juga menyukai