Anda di halaman 1dari 59

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia


penyelidikan tindakan ini, Cik.Foo Lay Kuan di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar
dan bimbingan yang baik dari segi buah fikiran, Tenaga dan kelengkapan bagi
memastikan penyelidikan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa dan ahli keluarga saya
yang telah memberi sokongan moral kepada saya supaya saya dapat melaksanakan
penyelidikan tindakan ini dengan lebih lancar.

Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan sekuliah yang banyak menyumbang


idea bernas mahupun kritikan membina. Bantuan mereka telah melancarkan lagi
urusan dan kerja penyelidik di samping memberi semangat untuk menghasilkan
penyelidikan ini. Tidak dilupakan juga kepada warga sekolah yang telah memberi
sokongan padu kepada penyelidik untuk menjalankan penyelidikan di sekolah tersebut.
Sesungguhnya segala bantuan yang diberikan amat besar nilainya untuk membantu
penyelidik menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu
secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan penyelidikan ini. Tanpa
kerjasama dari semua pihak, adalah sukar untuk penyelidik menyiapkan tugasan ini.

Penyelidik berharap agar hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua
individu yang memerlukan sama ada sebagai bahan rujukan ataupun digunakan dalam
kajian-kajian seterusnya. Sekian terima kasih.

1
KEBERKESANAAN PETA PEMIKIRAN I-Think JENIS PETA BUIH (BUBBLE MAP)
MENINGKATKAN MINAT DAN MENINGKATKAN PRESTASI MURID-MURID BAGI
TOPIK TENAGA

ABSTRAK

Kajian tindakan ini akan dilaksanakan bertujuan mengukur keberkesanaan peta


pemikiran i-Think jenis peta buih (bubble map) dalam meningkatkan minat dan
meningkatkan prestasi murid-murid bagi topik Tenaga. Sampel kajian akan
dilaksanakan di sebuah Sekolah di Seberang Perai Selatan Pulau Pinang. Penyelidik
akan memilih 34 responden dari Tahun 5 Pintar. Tindakan kajian ini menggunakan
kaedah peta pemikiran i-Think jenis peta buih (bubble map) sebagai pemboleh ubah
tidak bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian
ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal
selidik untuk melihat tahap perspektif responden terhadap penggunaan peta pemikiran
i-Think jenis peta buih (bubble map), dan temu bual guru dan murid-murid. Seramai 34
responden akan dipilih untuk membuat dua set ujian dan soal selidik. 5 responden akan
dipilih untuk sesi temu bual. Data yang diperoleh daripada praujian dan pascaujian
dianalisis dengan mengira peratus dan nilai min kemudian diterjemahkan dalam bentuk
carta bar. Borang soal selidik akan digunakan untuk mengumpul data bagi aspek minat
murid. Data dari borang soal selidik pula dianalisis dengan mengira frekuensi dan
peratus yang dipersembahkan dalam bentuk jadual. Frekuensi, peratus, min dan
sisihan piawai untuk semua item dalam Borang Soal Selidik akan dikira dengan
menggunakan perisian Microsoft Excel. Kenaikan nilai min akan menunjukkan bahawa
penggunaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih ini akan meningkatkan prestasi dan
minat murid-murid. Cadangan penyelidikan ini akan memberikan implikasi yang positif
terhadap prestasi dan minat murid-murid dalam Sains. Penyemakan data dilakukan
dengan menggunakan triangulasi data untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan
keputusan kajian ini.

KANDUNGAN
2
Muka surat
Penghargaan
i
Abstrak ii
Kandungan iii
Senarai Jadual iv
Senarai Rajah v
Senarai Lampiran vi

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 4
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 6

2.0 FOKUS KAJIAN 8


2.1 Isu kajian 8
2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 12

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN 18

4.0 KUMPULAN SASARAN 19

5.0 TINDAKAN YANG AKAN DIAJALANKAN 20

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA 26


6.1 Praujian dan Pasca Ujian 26
6.2 Borang soal selidik 27
6.3 Temu bual 30
Rujukan 31

3
Lampiran

SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat


1 Bilangan responden mengikut jantina 19

2 Tindakan yang akan dijalankan 22

3 Langkah-langkah penggunaan kaedah peta pemikiran 23


i-Think jenis peta buih

4
4 Kedudukan nombor soalan dalam praujian dan 26
pascaujian

5 Skala Likert 4 Mata 28

6 kaedah pengumpulan data dan analisis data 29


berdasarkan soalan kajian

SENARAI RAJAH

Rajah Muka surat

1 Model Stephen Kemmis 20

2 Peta pemikiran i-Think jenis peta buih 24

5
SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN MUKA SURAT


A Praujian 34
B Pascaujian 42
C Skema ujian 50
D Boran Soal Selidik 52
E Temu bual 54

6
TAJUK

KEBERKESANAAN PETA PEMIKIRAN I-Think JENIS PETA BUIH (BUBBLE MAP)


DALAM MENINGKATKAN MINAT DAN MENINGKATKAN PRESTASI MURID-MURID
BAGI TOPIK TENAGA

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk meningkatkan


kemampuan intelek pelajar berfikir secara kritis dan kreatif dan ianya adalah selari
dengan penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Penghasilan idea-
idea baru oleh pelajar dapat dilakukan apabila pelajar dapat berfikir secara kritis dan
kreatif dengan mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK)
yang diterapkan oleh guru di dalam proses pengajaran mereka. Proses ini dapat
dijalankan dengan menerapkan kepada pelajar-pelajar melalui soalan-soalan beraras
tinggi dan kaedah penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran yang

7
berkesan. Jenis-jenis kemahiran berfikir terdapat dalam pelbagai aliran pemikiran dan
pandangan. Kemahiran berfikir ini dapat dibahagikan kepada dua jenis secara amnya
iaitu KBKK.

Di dalam mata pelajaran Sains Sekolah Rendah, terdapat banyak kemahiran-


kemahiran berfikir yang telah disenaraikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dilaksanakan di dalam proses pengajaran guru
di dalam atau luar kelas bagi meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Mata pelajaran
Sains mengandungi banyak idea yang abstrak serta konsep yang kadangkala sukar
difahami. Konsep ini amat penting untuk mencorakkan daya pemikiran dan membentuk
daya intelektual pelajar. Namun, pelajar tidak akan memahami sesuatu konsep jika
tidak mengetahui maksud atau fakta Sains tertentu. Fakta mempunyai kaitan dengan
konsep kerana fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk,
membina dan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000). Memandangkan
pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses
berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar
menguasai konsep dalam mata pelajaran Sains adalah wajar dilakukan oleh para guru
Sains. Bagi mengendalikan kehidupan seharian dengan penuh sistematik, para pelajar
memerlukan kemahiran asas secara teori dan praktikal yang diperturunkan oleh para
guru mata pelajaran Sains.

Proses pengajaran guru mengikut huraian sukatan mata pelajaran Sains


hendaklah dilakukan dalam pelbagai bentuk aktiviti dan kerja amali seperti membuat
projek, tunjuk cara, lawatan, main peranan dan sebagainya. Namun, adakah kesemua
guru telah diberikan latihan yang secukupnya dari segi penerapan pengaplikasian
KBKK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Sains
merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan
berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan
pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam
membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan
budaya Sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti adalah insan yang

8
mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam
segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Peta pemikiran i-Think merupakan suatu lakaran grafik pemikiran individu yang
membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekod maklumat atau peristiwa,
merancang aktiviti dan membuat sesuatu persembahan dan sebagainya. Ia adalah alat
berkesan yang mendorongkan pemikiran kreatif dan kritis. Selain itu, bentuk peta
pemikiran i-Think juga berbagai-bagai bergantung kepada kreativiti seseorang individu
tersebut. Tiga elemen di dalam bidang Sains iaitu pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sains.
Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang mempunyai rangka konsep bagi
menyediakan pelajar memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran Sains
adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran Sains dengan
memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai-nilai murni yang diterima di persekitaran
budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam
mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan
perkembangan dunia Sains dan teknologi. Oleh itu, pelajar harus membina pemahaman
yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. Bagi membina pemahaman yang
lebih dalam tentang sesuatu topik dalam Sains penggunaan peta pemikiran i-Think
amat membantu.

Penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata


pelajaran Sains adalah satu teknik pengajaran yang sangat sesuai. Hal ini kerana
penggunaan peta konsep akan dapat membantu pelajar lebih fokus, boleh membuat
intepretasi dan lebih mudah memahami topik Penggunaan Peta Konsep yang dipelajari.
Pendapat ini selaras dengan pandangan Abdul Rahim (2000) tentang penggunaan peta
konsep yang dilihat dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan
daya ingatan, dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya
boleh dihuraikan dengan baik. Oleh hal yang demikian, penggunaan peta konsep
sebagai satu teknik pengajaran Sains secara tidak langsung akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.

9
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran

Pengalaman yang diperoleh setelah berpraktikum selama tiga bulan membantu


penyelidik mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalanakan dan membuka minda penyelidik tentang realiti situasi
pembelajaran di sekolah pada masa kini. Pendedahan secara langsung semasa
berpraktikum memberi penyelidik ruang untuk memahami dan membantu murid
menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi mereka. Semasa berpraktikum,
penyelidik mengajar tahap dua iaitu tahun lima. Pelbagai masalah dan ragam murid
dapat diperhatikan sepanjang sesi latihan praktikum yang lepas.

Antara masalah yang dihadapi oleh penyelidik semasa menjalani praktikum ialah
murid tahun lima adalah mengalami kesukaran dalam memahami tajuk Tenaga dan
mereka beranggap topik ini adalah sukar untuk dipelajari dan keadaan ini menyebabkan
penglibatan murid kurang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik
juga dapat mengenalpasti hampir 50 peratus daripada bilangan murid dalam kelas
tersebut tidak dapat menjawab soalan dalam lembaran kerja dengan betul dan
kebanyakan masa guru dikehendaki membincangkan jawapan bersama-sama dengan
murid. Keadaan ini menyebabkan guru tidak boleh mengukur tahap penguasaan murid-

10
murid. Di sini menunjukkan bahawa murid berkenaan tidak berminat untuk mempelajari
topik Tenaga, maka prestasi akademik murid juga merosot.

Sepanjang tempoh pengajaran yang lalu, penyelidik sering kali berhadapan


dengan masalah murid bersikap tidak memberi perhatian serta tidak menunjukkan
minat di dalam kelas. Murid-murid ini bukan sahaja tidak mahu terlibat secara langsung
dalam sebarang aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, malah mereka juga tidak pernah
menjawab sebarang soalan kepada guru dan penyelidik berasa murid-murid tersebut
mempunyai kekeliruan terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru semasa
pembelajaran subjek Sains sedang berlangsung.

Selain itu, semasa guru bertanya balik konsep Sains yang disampaikan, murid-
murid tidak memberi jawapan serta bergantung kepada jawapan daripada guru.
Keadaan ini membuatkan guru tidak dapat mencapai hasil pembelajarannya lalu
keadaan ini tidak meningkatkan prestasi murid. Masalah lain yang dikenalpasti adalah
murid kurang berminat untuk menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
Ramai dalam kalangan murid kerap memberikan jawapan yang kurang tepat dan tidak
lengkap, menghantar lembaran kerja yang belum disiapkan sepenuhnya serta meniru
jawapan rakan. Hal ini menyebabkan guru sukar untuk mengesan dengan tepat sejauh
mana murid dapat memahami topik yang diajar di dalam kelas melalui lembaran kerja
yang dijawab oleh murid. Ada juga murid-murid yang tidak langsung menjawab
lembaran kerja dan menunggu jawapan guru.

Himpunan masalah di atas menyebabkan pencapaian murid dalam subjek Sains


berada pada tahap yang rendah. Murid kurang bermotivasi untuk meningkatkan
prestasi mereka dan sekaligus mengurangkan minat mereka terhadap subjek Sains.
Justeru itu, penyelidik bercadang menggunakan i-Think (bubble map) untuk membantu
mereka memahami konsep yang diajar. Peta i-Think juga menggalakan murid-murid
berfikir secara kreatif dan memberi peluang kepada murid untuk mengambil bahagian
secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Integrasi pelbagai aktiviti dalam
penggunaan peta pemikiran i-Think juga dapat menarik minat, meningkatkan
kefahaman seterusnya meningkatkan prestasi murid dalam subjek Sains.

11
1.3 Refleksi nilai pendidikan

Kaedah tradisional atau ia dikenali sebagai kaedah Chalk and Talk, luas
digunakan kerana kaedah ini merupakan kaedah yang paling senang dirancang dan
dilaksanakan. Semasa menjalankan praktikum saya perhatikan kebanyakkan guru
mengaplikasikan kaedah ini semasa mengajar matapelajaran Sains. Pengkaji juga ingin
menggunakan kaedah ini bagi mengenalpasti keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matapelajaran Sains. Walaubagaimanapun, pengkaji mengenal
pasti kaedah ini tidak menarik dsan tidak mendatangkan kesan kepada murid-murid.
Murid-murid tidak memberikan fokus dan mudah hilangkan konsentrasi mereka
terhadap matapelajaran Sains. Murid-murid menjadi kurang berdisiplin di dalam bilik
darjah kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian. Oleh sebab itu, mereka
akan membuat kacau apabila proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Hal ini tidak sepatutnya dipandang rendah dan remeh kerana Sains merupakan
matapelajaran yang sangat penting. Sains adalah matapelajaran yang perlu difahami
secara mendalam kerana ia memerlukan daya pemikiran yang tinggi dan kritis.
Ketidakupayaan murid untuk memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas akan
mendorong kepada kegagalan murid di dalam kelas sekali gus akan mempengaruhi
prestasi akademik mereka. Ini kerana guru yang mengajar mata pelajaran Sains tidak
dapat memberikan satu pengalaman yang bermakna untuk memastikan mereka terus

12
meminati mata pelajaran Sains. Kesannya adalah kepada murid-murid yang mana
mereka merasakan mata pelajaran Sains ini tidak menarik dan seterusnya akan
mengurangkan nilai persaingan dalam diri mereka dalam meningkatkan prestasi dan
untuk bersaing dalam arena akademik.

Justeru itu, melalui penggunaan peta pemikiran I-Think ini dapat membantu
murid-murid untuk meminati mata pelajaran Sains dan sekali gus dapat membantu
dalam meningkatkan prestasi mereka bagi mata pelajaran Sains. Peta pemikiran I-
Think jenis peta buih yang digunakan dapat meningkatkan kefahaman dan secara tidak
langsung, murid dapat meningkatkan keyakinan diri sendiri. Dengan adanya keyakinan
diri, murid akan terus berusaha untuk belajar dan meningkatkan prestasi mereka.
Mereka tidak akan bersikap berputus asa sekiranya mereka menghadapi pelbagai
masalah. Penggunaan peta pemikiran dapat mempersembahkan fakta-fakta Sains
dengan cara yang lebih mudah dan ringkas. Oleh sedemikian, murid-murid ada
keyakinan atas diri sendiri untuk meningkatkan kefahaman terhadap matapelajaran
Sains.

Selain itu, penggunaan peta pemikiran I-Think memupuk sikap ingin tahu tentang
Sains fizikal. Hal ini kerana, peta pemikiran I-Think dapat menyimpulkan fakta-fakta
Sains dengan cara yang lebih ringkas dan mudah dirujuk. Dengan adanya cara ini,
murid-murid tidak berasa bosan terhadap matapelajaran Sains dan terus menunjukkan
sifat ingin tahu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dua nilai ini amat penting
untuk dipupuk diri dalam diri murid di zaman global ini. Ia adalah kerana untuk
menyediakan murid dengan pelbagai ilmu dan akan dapat membantu mereka dalam
meningkatkan kompentensi diri dalam dunia yang serba canggih ini. Melalui
penggunaan kaedah ini, sekurang-kurangnya akan dapat membantu murid untuk
belajar melalui pelbagai kaedah yang lebih menarik berbanding kaedah tradisional yang
sering digunakan di sekolah.

13
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu kajian

Kajian tindakan yang akan dijalankan ini berfokuskan kepada keberkesanaan


peta pemikiran i-Think jenis peta buih (bubble map) dalam meningkatkan minat dan
meningkatkan prestasi murid-murid bagi topik Tenaga. Bagi penyelidik terdapat
beberapa masalah yang menjadi punca kepada masalah murid tahun 5 Pintar yang
tidak memberi fokus dan prestasi mereka juga tidak memuaskan dalam matapelajaran
Sains. Salah satu sebabnya ialah gaya pengajaran guru yang lebih berpusatkan guru.
Ini menjadikan peranan murid di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi
pasif. Apabila peranan murid-murid di dalam kelas dipandang perkara yang remeh,
murid-murid tidak menunjukkan minat dan tidak memberi fokus semasa guru mengajar.
Jika perakara ini tidak diselesaikan prestasi murid-murid akan merosot dari segi
akademik. Ini sekali gus dapat memberi kesqan kepada prestasi akademik turut
menjejaskan keyakinan mereka di dalam mata pelajaran Sains. Bukan sekadar prestasi
mereka turun dalam matapelajaran Sains di peringkat sekolah malahan di peringkat
daerah dan juga di peringkat kebangsaan.

Hasil dapatan daripada Kajian Penilaian Murid Antarabangasa (PISA) yang telah
dikeluarkan pada tahun 2012 menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tangga yang
ke-53 bagi mata pelajaran Sains dibelakang Vietnam. Keputusan ini amat mengejutkan
14
semua pihak. Masalah ini berpunca daripada murid yang kurang faham akan apa yang
telah diajar dalam mata pelajaran Sains. Ini menunjukkan bahawa pentingnya untuk
meningkatkan kefahaman murid-murid dalam mata pelajaran Sains bagi meningkatkan
prestasi mereka. Menurut Razhiyah (2006), setiap kanak-kanak mempunyai cara
belajar mereka yang tersendiri. Walaupun mereka masih lagi kanak-kanak, cara mereka
menguasai sesuatu perkara adalah berbeza. Perkara ini dapat di buktikan dengan teori
Howard Gardner (1983).

Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu
berdasarkan uijan IQ adalah terlalu terhad. Justeru, beliau telah mengemukakan 8 jenis
kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan
manusia. Oleh sedemikian, guru-guru di sekolah harus mengenalpasti kecerdasan
murid-murid sebelum mengajar mata pelajaran Sains. Perkara ini secara tidak
langsung, meningkatkan prestasi murid-murid. Jika guru menggunakan kaedah
berpusatkan guru tanpa mengetahui minat murid ia tidak akan memberi kesan terhadap
mana-mana pihak. Jika guru hanya berfokuskan kepada buku teks semasa mengajar ia
tidak efektif kepada murid-murid. Guru harus menggunakan cara yang lebih mudah
semasa mengajar supaya murid-murid faham akan topik yang mereka belajar dalam
mata pelajaran Sains.

Guru juga boleh menyediakan peta pemikiran I-Think sebagai bahan bantu
belajar semasa mengajar supaya murid-murid dapat memahami fakta Sains dengan
cara yang lebih mudah dan ringkas. Hal ini kerana, ada segelintir murid-murid yang
tidak minat akan nota padat dan mereka tidak faham akan apa yang sepatutnya ada
dalam nota tersebut. Jika mereka dibekalkan dengan peta pemikiran I-Think mereka
hanya fokus kepada isi-isi yang penting. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan
kefahaman dan mengasahkan kreativiti minda murid-murid. Jika guru tidak dapat
menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang tidak dapat memenuhi cara
belajar murid, implikasinya adalah murid akan berasa bosan dan menganggap mata
pelajaran Sains ini sukar untuk mereka fahami. Ini akan menyebabkan mereka tidak
dapat mengaitkan isi pelajaran Sains dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan
seharian mereka. Di samping itu juga murid-murid tidak dapat membuat perkaitan

15
antara pengetahuan baru dan pengetahuan sedia ada mereka. Kesannya, murid akan
merasa bosan dan akan menjadi semakin lemah dalam matapelajaran Sains.

Oleh yang demikian, penyelidik akan menjalankan satu penyelidikan tindakan


berkaitan keberkesanaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih (bubble map)
meningkatkan minat dan meningkatkan prestasi murid-murid bagi topik Tenaga. Peta
pemikiran i-Think adalah satu alat sesuai untuk menyelesaikan pelbagai masalah.
Walaupun kaedah tradisional diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
setiap masalah memerlukan alat yang bersesuaian untuk mengatasinya dalam bilik
darjah. Pengajaran dan pembelajaran memerlukan pendekatan yang berlainan untuk
suaikan dengan tajuk dan tahap murid. Penyelidik mengenal pasti peta pemikiran i-
Think adalah alat yang sangat sesuai menjadi alat untuk meningkatkan minat dan
prestasi murid-murid. Hal ini kerana, peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang
disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Peta pemikiran i-Think digunakan
secara sangat spesifik kepada mengikut unit ataupun topik. Peta pemikiran i-Think
digunakan kerana ia dibina berdasarkan lapan kemahiran kognitif. Kemahiran kognitif
merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan
mengingat. Ia melibatkan aktiviti mental seperti mengingat, merancang, mencipta,
menyelesaikan masalah dan berimaginasi. Oleh kerana kognitif diberi keutamaan
dalam peta pemikiran i-Think, penyelidik berharap penggunaan peta i-Think dapat
memberi kesan yang baik dalam prestasi murid-murid.

Selain itu, pembelajaran melalui peta pemikiran i-Think akan menjadi


pembelajaran lebih bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan
pengetahuan sedia ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan
perkaitan dan perhubungan di antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini,
pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu
matapelajaran akan meningkat. Dengan adanya peta pemikiran, murid dan pelajar
mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan bijak. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar
sekolah. Di samping itu, mereka dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan

16
inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan
sempit. Seterusnya, ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk memberi hujah
membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberi pandangan
dan kritik.

Menurut Nor Azura binti Mohd Zaki (2008), penggunaan unsur grafik dan warna
dapat menarik minat perhatian pelajarnya. Unsur ini penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana dapat meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu konsep
Sains. Antara kegunaan peta pemikiran i-Think ialah murid dapat mencatat nota,
mencatat isi penting daripada teks atau bahan yang dibaca, perancangan dalam
membuat laporan, membuat sinopsis dan membuat persembahan hasil perbincangan
dan sumbang saran. Banyak kebaikan peta pemikiran i-Think dalam proses
pembelajaran iaitu ia mudah diingati kepada pembuat peta pemikiran, dapat dibaca
dengan mudah, mudah memahami sesuatu konsep serta dapat membantu membentuk
gambaran mental daripada perkara yang didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan. Kajian
yang dibuat oleh Mohd Zamri bin Ibrahim (2009), beliau cuba mengalihkan perhatian
pelajarnya supaya dapat menguasai tajuk pengajaran yang diajar dan cuba
mengaplikasi pengetahuan menggunakan peta pemikiran dan borang grafik sebagai
satu cara mencatat nota dan memudahkan proses menyimpan maklumat dan
mengingatkan kembali. Baginya, kemahiran belajar secara berkesan meningkatkan
prestasi dalam semua mata pelajaran.

Walaupun peta pemikiran mempunyai lapan jenis peta, kajian tindakan ini hanya
meliputi dengan peta buih. Hal ini kerana, penyelidik memilih topik Tenaga dalam
soalan kajian. Jika perhatikan dalam topik Tenaga, ia banyak mengandungi unsur-unsur
yang perlu dikelaskan ataupun fakta-fakta yang perlu menerangkan sifatnya. Penyelidik
berharap hanya peta buih sangat sesuai untuk mengajar topik Tenaga kepada murid-
murid Tahun Lima Pintar. Bukan sahaja itu, murid-murid juga melengkapkan peta buih
ini dengan gambar-gambar yang bersesuain dengan topik. Penggunaan grafik dan
gambar akan meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Sains. Contohnya,
sumber Tenaga terdiri daripada matahari, air, dan angin. Murid-murid boleh melukis

17
gambar-gambar dalam bulatan-bulatan yang berada di sekeliling peta buih. Peta buih
akan meningkatkan minat murid-murid untuk terus belajar.

Secara kesimpulanya, peta buih digunakan untuk memperkaya kebolehan murid


bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian. Peta Buih melibatkan proses pemikiran yang menerangkan
kualiti seperti terangkan, jelaskan, gunakan 5 pancaindera untuk menerangkan sesuatu,
kualiti, sifat, dan ciri-ciri. Penyelidik berharap penggunaan peta pemikiran jenis peta
buih akan meningkatkan minat dan prestasi murid-murid Tahun Lima dalam mata
pelajaran Sains bagi topik Tenaga.

2.2 Tinjauan Literature Berkaitan Isu Kajian

Penyelidikan tindakan yang telah dijalnkan adalah berfokuskan kepada


keberkesanaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih (bubble map) dalam
meningkatkan minat dan meningkatkan prestasi murid-murid dalam matapelajaran
Sains bagi topik Tenaga.

Segala benda dalam alam sekitar berkaitan dengan Sains. Sains adalah kajian
terhadap fenomena alam semula jadi dan harus dipelajari dengan berinteraksi secara
langsung dengan alam semula jadi itu sendiri. Menurut Aziz Nordin & Lin Hui Ling
(2011), melalui pendidikan Sains, pelajar dapat diolah agar mereka mampu mengetahui
kepentingan Sains dan kecenderungan yang lebih mendalam dalam bidang Sains,
sentiasa berpersepsi positif, bertanggungjawab, bijaksana serta celik Sains dan
teknologi. Kebolehan menulis dan membaca secara saintifik juga penting untuk terus
hidup dalam dunia berteknologi tinggi. Oleh itu, Sains perlu dikuasai oleh murid-murid
agar mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam kehidupan yang
semakin berteraskan kepada Sains dan teknologi demi meningkatkan mutu kehidupan
manusia sejagat. Oleh sedemikian, mata pelajaran Sains perlu diajar dengan cara yang
efektif supaya murid-murid dapat meningkatkan mutu kehidupan pada masa akan
datang. Kebanyakkan murid-murid berasa mata pelajaran Sains adalah sangat susah
untuk belajar dan tidak ada minat untuk belajar Sains.

18
Dalam Laporan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2006, didapati
kefahaman Matematik dan Sains pelajar-pelajar merosot. UMNO Johor mendakwa
pelajar luar bandar kini hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan semenjak
bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003.
Wakil Johor, Senator Dr. Mohd Puad Zarkashi yang mendedahkan hasil kajiannya,
berkata kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran itu semakin merosot dan
keputusan peperiksaan pula menurun (Berita Harian, 2006). Dapatan kajian Simpson
dan Oliver (1990) pula menunjukkan sikap dan motivasi murid-murid terhadap Sains
telah menurun. Motivasi menurun kerana tiada ada minat untuk belajar Sains di
sekolah. Minat perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid untuk memastikan prestasi
Sains tidak menurun secara mendadak. Minat merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi hasil dan proses belajar pada setiap orang. Dengan adanya minat
seseorang akan aktif dalam belajar. Menurut M.Arifin (1987), minat bukanlah suatu sifat
suatu sifat yang dapat dibawa sejak lahir, namun minat dapat berubah, dibangkitkan
dan dipelihara. Minat juga berkait rapat dengan motivasi dalaman. Kenworthy (dalam
Noraini 2008) mengatakan bahawa pembelajaran yang berkesan wujud jika ada minat
dalam kalangan murid-murid dan salah satu daripada cara menimbulkan minat murid-
murid ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik.
Hadiah Senin (1997), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi
prestasi pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sejarah yang dilakukan
terhadap 250 orang pelajar termasuk pelajar Melayu, Cina dan India dari lima buah
sekolah di Batu Pahat Johor mendapati bahawa murid-murid yang baik pencapaiannya
dalam mata pelajaran Sejarah adalah murid-murid yang mempunyai minat terhadap
mata pelajaran tersebut. Menurut Woolfolk (1998) mendefinisikan minat dan usaha
merupakan aspek yang dikatakan telah mempengaruhi kejayaan pembelajaran
seseorang.

Dapatan kajian-kajian ini, menunjukkan bahawa minat dalam mata pelajaran


akan meningkatkan pencapaian seseorang murid. Jika mempunyai minat untuk belajar,
murid-murid menunjukkan sikap yang baik semasa belajar dan ia akan meningkatkan
prestasi. Prestasi secara umumnya bermaksud kejayaan atau kegagalan murid-murid
bagi satu-satu ujian, peperiksaan dalam sekolah atau peperiksaan piawai yang
19
direkabentuk, ditadbir, diberi markah dan diinterpretasikan oleh pakar-pakar dalam
bidang tersebut khasnya untuk penilaian di sesebuah negara. Biasanya prestasi ini
dinyatakan dalam skor mentah, gred dan pangkat untuk satu-satu subjek ataupun
keseluruhan kursus (Raha, 1991). Bagi meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata
pelajaran Sains, kemahiran berfikir perlu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kemahiran berfikir boleh didefinasikan sebagai menggunakan
minda untuk melahirkan idea-idea yang bernas, membuat keputusan, dan
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan
Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi.
Kemahiran menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional,
adil dan saksama (PPK, 1999). Murid akan bersedia untuk berfikir dan memberikan
idea apabila diberikan rangsangan untuk berfikir.

Bagi meningkatkan kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam kalangan murid-murid guru harus menggunakan pelbagai alat berfikir yang
efektif. Terdapat banyak alat berfikir yang boleh di gunakan antaranya Edward De Bono
6 Thinking Hats, peta Minda (Tony Buzan), diagram Tulang Ikan, Analisis SWOT dan
peta pemikiran i-Think. Menurut Hailim (2013), i-Think bermaksud innovative thinking
(Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan
kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif,
kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah
sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Menurut
David Hyerle (1993), peta pemikiran i-Think adalah alat berfikir yang dipersembahkan
dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna dan difahami
merentasi kurikulum. Penyelidik-penyelidik dari Negara-negara yang lain telah
menjalankan kajian terhadap bagaimana peta pemikiran i-Think memberi kesan ke atas
prestasi murid-murid.

Menurut Holzman (2004), dibuktikan bahawa sekolah rendah yang mempunyai


murid-murid berprestasi lemah menunjukkan perubahan yang dramatik dalam prestasi
mereke setelah implementasikan i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

20
Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan. Iaitu jenis bulatan, buih, buih
berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta alir pelbagai, dan peta titi. Peta
pemikiran i-Think mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan jika dipraktikkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan kajian yang dijalan oleh Laura
(2011), peta pemikiran telah berjaya meningkatkan keupayaan pelajar untuk
membanding beza sebanyak 69%. Beliau juga menyatakan bahawa peta pemikiran
telah dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar. Kajian
yang dijalankan oleh Morgan-Janes (2009) mendapati bahawa peta pemikiran
merupakan alat yang sangat berguna untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Menurut Yeager, C. (2007) pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya


perubahan sikap murid selepas menggunakan peta pemikiran i-Think dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan
manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang dan tulisan
atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di dalam
minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji,
proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data
yang telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat
menarik minat dan memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta
minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah satu daripada kaedah pembelajaran
yang boleh diaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran. Perubahan yang
diharapkan pada murid adalah meningkatkan daya kreatif. Menurut PPK, (1999)
kemahiran kreatif merangkumi aspek-aspek menjana idea, menghubungkaitkan,
membuat gambaran mental dan juga mereka cipta. Melalui peta pemikiran i-Think
murid-murid dapat menjanakan idea untuk menghubungkaitkan idea-idea dalam satu
urutan yang sistematik. Hal ini meningkatkan daya kreativiti mereka.

Menurut Torrance (1988) adalah amat sukar atau mustahil untuk memberikan
satu definisi yang benar-benar tepat tentang daya kreativiti. Ini adalah kerana ciri-ciri
kreativiti itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia
termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan (Torrance 1988).
Tambah beliau lagi, sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar

21
untuk mengungkapkannya dalam bentuk kata-kata. Selain dari itu menurut Isaksen
(1987) pula, kesukaran untuk memberikan satu definisi kreativiti yang tepat mempunyai
kaitan dengan sifat kreativiti itu sendiri yang saling bergantungan antara disiplin atau
bidang. Tambah Isaksen (1987) lagi, tiada satu disiplin pun yang boleh mendakwa
bahawa hanya disiplin itu sahaja yang berhak untuk mengkaji kreativiti. Menurut
pembacaan-pembacaan ini penyelidik berpendapat daya kreativiti amat penting kepada
seseorang murid untuk meningkatkan minat dan prestasi dalam mata pelajaran Sains.

Bukan sekadar itu, Menurut Yeager, C. (2007) pula aplikasian i-Think dalam
proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan murid-murid menunjukkan minat
terhadap pembelajaran. Pengaruh minat yang tinggi terhadap mata pelajaran tertentu
juga mempengaruhi tahap prestasi murid. Dalam kajian Quek (2006), juga didapati
bahawa minat mempunyai pengaruh yang positif kepada prestasi murid dalam mata
pelajaran Matematik. Ini dapat dilihat daripada kesungguhan dan usaha yang dilakukan
oleh murid semasa mempelajari mata pelajaran Matematik tersebut. Murid yang
mempunyai minat yang tinggi akan sentiasa berusaha dan rajin meningkatkan diri.
Dengan erti kata yang lain, kepuasan mereka akan hanya dapat dicapai apabila mereka
mempelajari mata pelajaran Matematik dan memahaminya. Menurut Omardin (1996),
minat menrupakan suatu perkara penting sebagai pendorong kepada murid untuk
bergiat cergas dalam aktiviti pembelajaran. Ismail (1992) menyokong pernyataan
tersebut dengan menyatakan minat terhadap sesuatu perkara atau aktviti akan
mendorong seseorang murid meneroka dengan lebih jauh. Oleh itu, jelaslah bahawa
penggunaan peta pemikiran i-Think memang memberi kesan yang begitu efektif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Ada juga pembacaan yang membuktikan bahawa penggunaan peta i-Think


dapat meningkatkan kefahaman murid (Yeager, 2007). Kefahaman konsep amat
penting dalam mata pelajaran Sains untuk mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan
seharian. Murid-murid yang tidak dapat menguasai konsepnya menganggap
matapelajaran itu sukar. Menurut Gagne (1970), pembelajran konsep dalam pendidikan
formal adalah amat penting. Pembelajaran berlaku sekiranya pelajar-pelajar dapat
menguasai konsep yang diajar. (It will be difficult to emphasize the importance of

22
concept learning for formal education. The acquisition of concepts is what makes
learning possible). Beliau juga menyatakan bahawa pembentukan konsep dalam
pemikiran pelajar juga merupakan suatu proses yang memakan masa dan kompleks.
Oleh itu, penyelidik bercadang untuk menggunakan peta pemikiran i-Think dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan konsep Sains dengan cara
yang lebih ringkas dan mudah. Walaupun lapan jenis peta i-Think digunakan dalam sesi
pengajaran, penyelidik bercadang untuk memilih salah satu peta pemikiran i-Think
untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik bercadang
untuk menggunakan peta buih (bubble map) sebagai salah satu alat pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan minat dan prestasi murid-murid tahun Lima dalam
mata pelajaran Sains topik Tenaga.

Menurut Steve, peta buih adalah kaedah prapenulisan yang boleh membantu
murid-murid memberi tumpuan kepada topik, menghasilkan idea-idea tentang topik, dan
membentuk maklumat sokongan berkaitan dengan topik yang hendak mereka belajar.
Menurut beliau juga, peta buih membolehkan murid-murid meneroka topik Sains
daripada pelbagai aspek, boleh mengaitkan isi-isi penting dalam satu peta, dan
memberi keutamaan kepada daya berfikir. Peta pemikiran i-Think jenis buih (bubble
map) bukan sekadar menggunakan perkataan dalamnya malahan boleh juga
menggunakan gambar-gambar sebagai simbol kepada konsep Sains yang telah belajar.
Menurut Steve, juga murid-murid boleh menggunakan peta buih untuk membangunkan
idea-idea tentang topik, menumpukan fikiran terhadap kata kunci, dan dapat menulis isi-
isi penting secara teratur. Peta buih selalunya digunakan untuk menerangkan kata sifat
(describing qualities). Pembacaan-pembacaan di atas membuktikan bahawa peta buih
dapat membantu murid-murid untuk mengingat kata kunci daripada nota padat. Kajian
oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan
kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah
dengan menyedari gaya pembelajarannya. Oleh itu, penyelidik bercadang untuk
mengetahui gaya pembelajaran murid-murid dengan menggunakan peta pemikiran i-
Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik berharap penggunaan
peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan minat dan prestasi murid dalam mata
pelajaran Sains.
23
Secara kesimpulanya, Menurut Hyerle (2000), peta pemikiran i-Think dapat
mengubah persepsi dan harapan guru. Beliau mendapati bahawa peta pemikiran i-
Think menjadi alat yang dapat meningkatkan kemahiran kognitif pelajar, iaitu
mendefinisikan konsep, menerangkan, mengenal pasti, mengkategori dan menyusun
maklumat, menyusun, banding beza, sebab dan akibat, menganalisa dan membuat
keputusan. Melalui peta pemikiran, guru dan pelajar dapat berkomunikasi secara
berkesan. Akhirnya, murid-murid akan memperoleh minat terhadap mata pelajaran
Sains, ia akan meningkatkan prestasi murid-murid secara tidak langsung.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a. Untuk mengenal pasti sama ada penggunaan peta pemikiran i-Think dapat
meningkatkan minat murid Tahun lima dalam pembelajaran topik Tenaga.

b. Untuk mengetahui sama ada penggunaan Jadual peta pemikiran i-Think


dapat meningkatkan prestasi murid Tahun Empat dalam pembelajaran topik
Tenaga.

3.2 Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

a. Bolehkah penggunaan peta pemikiran i-Think (bubble map) dapat


meningkatkan prestasi murid Tahun Lima dalam pembelajaran Topik
Tenaga?

b. Adakah penggunaan peta pemikiran i-Think (bubble map) dapat


meningkatkan prestasi murid Tahun Lima dalam pembelajaran topik Tenaga?

24
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini akan dijalankan ke atas murid kelas Tahun lima di sebuah sekolah di
daerah Seberang Perai Selatan yang terletak dalam negeri Pulau Pinang. Sekolah ini
terletak di kawasan pinggir bandar dan sebahagian besar murid berasal dari keluarga
yang berpendapatan sederhana. Sekolah ini terdapat 4 buah kelas bagi tahun lima iaitu
5 Gemilang, 5 Bestari, 5 Pintar dan 5 Amanah. Sekolah ini merupakan sekolah kluster
cemerlang. Penyelidik akan memilih 33 orang responden yang terdiri daripada 13 orang
murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Kumpulan yang dipilih ini adalah daripada
pelbagai kaum seperti kaum Melayu dan kaum India. Prestasi kumpulan responden
yang dipilih ini juga dari kalangan sederhana dan lemah. Daripada 33 responden hanya
5 yang dipilih untuk ditemu bual dan pemilihan dilakukan secara rawak bagi
menentukan keberkesanan kaedah kajian. Manakala bagi soal selidik, borang soal
selidik akan diedarkan kepada semua murid Tahun Lima iaitu seramai 33 orang.
Praujian dan pasca ujian akan diberikan kepada 33 orang responden yang dipilih dan
diambil kira untuk tujuan analisis data. Responden ini dipilih kerana mereka sangat
lemah dalam topik Tenaga. Soalan yang dikemukan berkaitan dengan Tenaga tidak
dapat dijawab oleh mereka. Jika mereka diberi satu suasana pembelajaran yang
menarik dan mudah mereka akan dapat menguasai konsep tersebut.

Jadual 1

Bilangan responden mengikut jantina

Jantina Kekerapan Peratus


Lelaki 13 39.40
Perempuan 20 60.60
Jumlah 33 100

25
5.0 TINDAKAN YANG AKAN DIJALANKAN

Model Stephen Kemmis (dalam Mansor & Said, 2014) telah diaplikasikan dalam
penyelidikan tindakan ini. Model Stephen Kemmis bermula dengan guru menjalankan
refleksi ke atas satu isu pengajaran dan pembellajaran yang hendak ditangani.
Seterusnya guru itu akan menyediakan satu pelan tindakan yang sesuai untuk
mengatasi masalah itu. Kemiduannya, guru tersebut melaksanakan pelan yang
dirancangakan. Guru perlulah memerhatikan kemajuan tindakan yang dijalankan dan
akhrinya satu refleksi dibuat atas pemerhatian itu. Keseluruhan pelaksanaan ini
disifatkan sebagai Gelungan Pertama. Jika masalah masih belum diatasi, Gelungan
Kedua akan dimulakan dengan proses-proses yang sama. Setiap lingkaran proses
terdiri daripada empat peringkat iaitu peringkat perancangan, tindakan, pemerhatian,
dan merefleksi. Rajah 1 menunkukkan Model Stephen Kemmis.

Rajah 1 : Model Stephen Kemmis

26
5.1 Peringkat perancangan

Pada peringkat perancangan, penyelidik akan merangka satu perancangan


tindakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan minat dan prestasi murid-murid
yang menjadi fokus utama penyelidik di mana penyelidikan tindakan yang akan
dijalankan adalah menggunakan peta pemikiran i-Think jenis peta buih untuk
meningkatkan minat dan prestasi murid-murid dalam topik Tenaga tahun lima. Hal ini
demikian kerana pengakaji telah mendapati bahawa murid-murid tahun 5 Pintar tidak
dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh penyelidik. Selain itu,
penyelidik juga perhatikan bahawa murid-murid kurang aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran kadang-kala, murid-murid berasa mengantuk di dalam kelas.

5.2 Peringkat tindakan

Tindakan akan dijalankan selama empat minggu. Pada minggu pertama, praujian
akan diberikan kepada murid-murid. Murid-murid akan diberi masa selama 30 minit
untuk menyelesaikan semua soalan dalam praujian. Pada minggu kedua, peta i-Think
(bubble map) akan digunakan dalam proses pdp kepada murid-murid. Penerangan-
penerangan berkaitan dengan peta i-Think akan diberikan kepada murid-murid.
Semasa menggunakan peta pemikiran i-Think, penyelidik menerangkan kelebihan
penggunaan (bubble map) dalam mata pelajaran Sains. Selain itu, murid-murid diberi
semangat untuk menggunakan peta pemikiran i-Think dalam nota-nota mereka. Pada
minggu ketiga, pascaujian akan diberikan kepada murid-murid. Murid-murid akan diberi
30 minit untuk mmenyelesaikan semua soalan dalam pascaujian. Pada minggu
keempat, Borang Soal Selidik akan diedarkan kepada 34 orang murid tahun lima Pintar.
Masa selama 15 minit akan diberikan kepada murid-murid untuk menjawab 8 soalan
yang dikemukan dalam Borang Soal Selidik. Tindakan yang akan dijalankan
diringkaskan dalam jadual 2.

27
Jadual 2

Tindakan yang akan dijalankan

Minggu Tindakan

Minggu pertama Praujian akan dijalankan. Skor akan


dicatat dalam jadual. Nilai min juga akan
dikira. Skor dan nilai min akan
dipersembahkan dalam bentuk graf bar.

Minggu kedua Peta pemikiran i-Think akan digunakan


dalam pdp kepada murid-murid tahun 5
Pintar supaya memahami konsep Sains
dengan mudah.

Minggu ketiga Pasca ujian akan dijalankan. Skor


pascaujian akan dicatatkan dalam jadual.
Nilai min juga akan akan dikira. Skor dan
nilai min akan dipersembah dalam bentuk
graf bar. Perbandingan antara skor dan
nilai min Praujian dan Pascaujian akan
dijalankan untuk mengetahui kesan peta
pemikiran i-Think ke atas prestasi murid-
murid Tahun Lima.
Minggu keempat Borang Soal Selidik akan diedarkan. Min
setiap item dalam Borang soal selidik akan
dikira dan satu rumusan akan ditulis.

Penyelidik akan menyediakan peta pemikiran i-Think jenis peta buih bagi topik Tenaga.
Murid-murid dibawa ke makmal Sains setiap kali mereka ada mata pelajaran Sains bagi
memberi situasi yang kondusif. Semasa mengajar peta pemikiran i-Think jenis peta
buih, penyelidik akan membuat penerangan bagaimana dan cara menggunakan peta
buih tersebut. Murid-murid diberi masa untuk tanya soalan ataupun mengemukakan
28
masalah tentang peta buih jika ada. Hal ini kerana, mengelakkan kesalah ataupun
miskonsepsi murid-murid terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih.

5.3 Penggunaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih untuk meningkatkan minat
dan prestasi murid-murid Tahun Lima Pintar dalam topik Tenaga

Jadual 3 di bawah merupakan langkah-langkah penggunaan kaedah peta pemikiran i-


Think jenis peta buih yang akan dijalankan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Jadual 3

Langkah-langkah penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think jenis peta buih

Langkah Perkara
Langkah 1 Memberitahu murid-murid tentang tajuk
pengajaran dan pembelajaran hari tersebut
Langkah 2 Melaksanakan permainan stesen
Langkah 3 Memberi penerangan konsep Sains hari
dan cara membina peta pemikiran i-Think
jenis peta buih
Langkah 4 Memberitahu murid supaya merumuskan
konsep Sains dalam peta pemikiran i-Think
jenis peta buih
Langkah 5 Imbas kembali pengajaran dan
pembelajaran hari tersebut.
Langkah 6 Membuat kesimpulan

Penyelidik akan memberitahu murid-murid tentang tajuk pengajaran dan


pembelajaran melalui fasa set induksi yang menarik. Hal ini kerana, murid-murid dapat
bersedia. Penyelidik akan melaksanakan permainan stesen untuk meningkatkan minjat
terhadap topik. Fasa ini dilaksanakan secara kumpulan. Murid-murid bergerak dalam
29
kumpulan mengikut stesen-stesen yang akan disediakan oleh penyelidik. Murid-murid
akan mengumpul data dan menjawab soalan di setiap stesen untuk mengetahui
sumber-sumber Tenaga dan juga bentuk Tenaga. Setakat ini, murid-murid hanya
mengetahui fakta tentang topik secara tidak teratur tanpa bimbingan guru. Selepas itu,
penyelidik menerangkan topik secara mendalam bagi meningkatkan kefahaman dan
membetulkan miskonsepsi murid-murid. Penyelidik juga memperkenalkan peta
pemikiran i-Think jenis buih sebelum meminta murid-murid membina pta tersebut. Hal
ini kerana, murid-murid tidak dipraktikkan dengan peta pemikiran dalam proses
penagajaran dan pembelajaran sebelum ini. Penjelasan yang amat baik akan
disampaikan oleh penyelidik kepada murid-murid.

Peta buih digunakan untuk mewujudkan hubungan antara idea-idea tentang


topik. Pusat peta buih mewakili topik dan buih-buih di sekitarnya menunjukkan idea-idea
yang berkaitan dengan topik tersebut. Garisan yang dibina menunjukkan hubungan
antara topik dengan idea-ideanya. Bukan sahaja perkataan, gambar juga digunakan
untuk membina peta pemikiran i-Think jenis peta buih. Penyelidik menerangan secara
mendalam dan terperinci kerana murid-murid tahun lima Pintar adalah lemah dan
mereka kurang memahami penjelasan dan soalan yang diberi. Pada permulaanya, peta
pemikiran i-Think jenis peta buih diberikan kepada murid-murid. Rajah 2 menunjukkan
peta pemikiran i-Think jenis peta buih.

Rajah 2 Peta pemikiran i-Think jenis peta buih.

Murid-murid diberi masa untuk merumuskan konsep Sains yang akan belajar
dengan menggunakan peta pemikiran i-Think jenis peta buih. Murid-murid akan menulis
isi-isi penting dalam peta buih. Ini akan meningkatkan daya ingatan mereka. Apabila
daya ingatan amat baik dan mempunyai kefahaman yang tinggi prestasi murid-murid

30
akan meningkat. Setelah proses ini, penyelidik akan memilih beberapa murid-murid
untuk membentangkan hasil mereka. Penyelidik akan membetulkan hasil murid-murid
jika ada kesalahan fakta ataupun kesalahan penterjemahan idea dalam peta buih.
Soalan-soalan akan ditanya supaya mengukuhkan kefahaman murid-murid. Penyelidik
sekali lagi, memilih murid-murid untuk menyatakan idea-idea penting yang ditulis dalam
peta buih. Murid yang dapat memberi jawapan yang betul mendapat peneguhan supaya
meningkatkan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

5.4 Peringkat pemerhatian

Dalam peringkat pemerhatian, Min praujian dan pascaujian akan dikira dan
perbandingan Min dibuat untuk mengetahui keberkesanaan penggunaan peta
pemikiran i-Think jenis peta buih dalam meningkatkan minat dan prestasi murid-murid
Tahun Lima dalam topik Tenaga. Peratus, Min dan Sisihan Piawai setiap item dalam
Borang Soal Selidik juga akan dikira.

5.5 Peringkat merefleksi

Penyelidik akan membuat refleksi dengan melihat keputusan kajian tindakan


yang akan menggunakan keadah peta pemikiran i-Think jenis peta buih untuk
meningkatkan minat dan prestasi murid-murid Tahun Lima bagi topik Tenaga.

6.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA

Sepanjang tempoh kajian, praujian, pascaujian, borang soal selidik akan


digunakan untuk pengumpulan data. Temu bual juga akan diadakan untuk mengumpul
data kajian ini.
31
6.1 Praujian dan pascaujian

Ujian merupakan suatu instrument atau alat yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat responden sebelum, semasa mahupun selepas pengajaran. Ujian sering
digunakan untuk mendapatkan hasil bagi tujuan penialaian terhadap pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Ujian dilakukan untuk memastikan penialain terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Dalam tindakan kajian ini, praujian dan pascaujian digunakan untuk
mengumpulkan maklumat bagi menguji keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-
Think (bubble map) kepada murid-murid tahun Lima dalam mata pelajaran Sains.
Praujian merupakan ujian yang akan diberikan kepada murid untuk mendapatkan
maklumat mengenai prestasi awal murid terhadap tajuk Tenaga. Pascaujian pula akan
diberikan kepada murid setelah selesai beberapa sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan peta pemikiran i-Think. Praujian dan pascaujian akan mengandungi
kandungan dan bilangan item yang sama iaitu 10 soalan objektif 3 subjektif , tetapi
susunan setiap item adalah tidak sama lagi bagi mengelakkan murid menghafal
jawapan terlebih dahulu. Jadual 4 menunjukkan kedudukan nombor soalan Praujian
dan Pascaujian.

Jadual 4 Kedudukan nombor soalan dalam praujian dan pascaujian

Ujian Kedudukan nombor soalan

Pra 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Pasca 5 3 1 2 4 7 8 10 9 6

Markah praujian dan pasca ujian dikira menggunakan peratus.

Bilangan soalan
X 100
Peratus =
Jumlah bilangan soalan

32
Keputusan praujian dan pascaujian akan dibanding beza dan dianalisis untuk
mendapat min dan sisihan piawai. Nilai Min akan dikira dengan menggunakan rumus
Min, iaitu :
Jumlah semua skor
Min = Jumlah responden

Peratus dan nilai Min yang akan diperoleh dipersembahkan dalam bentuk graf.
Peningkatan yang berlaku dalam nilai min akan secara kuantitatif bagi menunjukkan
sama ada penggunaan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan prestasi murid
terhadap topik Tenaga.

6.2 Soal selidik

Selain itu, kaedah soal selidik juga akan digunakan dalam tindakan kajian ini.
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk lisan. Ia merupakan
satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis
yang dapat menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik akan dibina dengan
kenyataan-kenyataan yang ringkas dan mudah difahami. Borang soal selidik akan
diedarkan kepada kumpulan sasaran untuk melihat respon murid terhadap strategi yang
dilaksanakan. Borang soal selidik akan dibina menggunakan skala likert 4-mata. Jadual
5 menunjukkan kod mata setiap skala.

Jadual 5

Skala Likert 4 Mata

Skala Pernytaan

33
1 Sangat tidak Setuju (STS)
2 Tidak setuju (TS)
3 Setuju (S)
4 Sangat setuju (ss)

Borang ini akan mengandungi dua bahagian di mana bahagian pertama menguji
minat responden terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Kedua
ialah menguji minat responden terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
akan dilaksanakan dengan menggunakan peta pemikiran i-Think jenis peta buih (bubble
map) dijalankan. Soal selidik ini digunakan dalam kaijian ini terutamanya untuk
mengukur minat responden terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses
pengajaran dan pembelajran dan juga persepsi murid tentang penggunaan peta i-Think
(bubble map) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap item dalam Borang
Soal Selidik akan dianalisis dengan menggunakan Analisis Deskriptif. Frekuensi, Min,
Ssihan Piawai dan Peratus akan dikira pada setiap item dalam Borang Soal Selidik.
Nilai min akan dikira dengan menggunakan rumus Min, iaitu:

Jumlah semua skor


Min =
Jumlah responden

Nilai Min dikira supaya penyelidik dapat membuat perbandingan dan kesimpulan
tentang sesuatu set data yang diperolehi. Nilai sisihan piawai juga akan dikira dengan
menggunakan rumus sisihan piawai, iaitu,

Sisihan piawai telah dikira untuk mendapatkan satu gambaran tentang serakan taburan
pencapaian responden dalam Borang Soal Selidik. Nilai sisihan piawai yang rendah

34
menunjukkan markah adalah bersifat homogenous, iaitu perbezaan markah terendah
dengan markah tertinggi adalah kecil manakala nilai sisihan piawai yang tinggi besar
menunjukkan bahawa markah heterogenous, iaitu perbezaan antara markah terendah
dan markah tertinggi adalah besar. Jadual 6 di bawah meringkaskan kaedah
pengumpulan data dan analisis data.

Jadual 6

Kaedah pengumpulan data dan analisis data berdasarkan soalan kajian

Soalan kajian Kaedah pengumpulan Kaedah analisis data


data
Bolehkah penggunaan Praujian dan pascaujian Mencari peratus dan nilai
peta pemikiran i-Think jenis min
peta buih dapat
meningkatkan prestasi
murid Tahun Lima dalam
pembelajaran Topik
Tenaga?

Adakah penggunaan peta Borang Soal Selidik Mencari nilai Min dan
pemikiran i-Think jenis peta Sisihan Piawai
buih dapat meningkatkan
prestasi murid Tahun Lima
dalam pembelajaran topik
Tenaga?

6.3 Temu bual

Akhirnya, kaedah temu bual akan dijalankan terhadap lima orang responden
yang akan dipilih secara rawak. Sebanyak tujuh item akan disediakan dan disoalkan
kepada kumpulan sasaran. Temu bual yang ditadbir akan ditranskrip dan data dianalisis
secara kualitatif dengan mengenal pasti kategori dan tema. Kaedah temu bual dipilih
sebagai kaeah pengumpulan data dalam kajian ini kerana teknik temu bual tidak
35
berstruktur, individu yang ditemu bual dapat memberi maklum balas yang anjal (Robson
2011). Manakala dalam temu bual, responden adalah bebas untuk bercakap apa sahaja
bagi topik temu bual yang luas, dengan sedikit pertanyaan dari pengkaji (Robson 2011).
Selain itu, teknik temu bual terbuka menawar kelebihan iaitu boleh menghasil jawapan
yang tidak dijangka (Robson2011). Oleh itu, senang bagi penyelidik untuk membanding
beza pernyataan responden terhadap keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-
Think dalam mata pelajaran Sains. Hasil responden membantu penyelidik untuk
mengetahui adakah penggunaan peta pemikiran membawa kesan terhadap minat dan
prestasi murid-murid.

RUJUKAN

Abdul Rahim. (2000). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mata pelajaran Sains
tingkatan 1. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan UKM

36
Arifin. (1987). Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta sejarah-Bab 1
Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan.Jabatan Pendidikan Perak.
hlm, 87 99.

Aziz Nordin & Lin Hui Ling. (2011). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan teori, analisis&
interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Berita Harian (2006). Laporan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO: Kefahaman


Matematik, Sains Merosot. Kuala Lumpur: Berita Harian Sdn. Bhd.

Buzan, T. (2003). Official website of Mind Maping. Diperoleh dari http://www.ThinkBuzan.com

Gardner, H. (1983). Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh dari https://www.teori-kecerdasan-


pelbagai.org/files/AH_maps.pdf

Hadiah Senin (1997).Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar dalam


mata pelajaran Sejarah. Kuala Lumpur : Fakulti Pendidikan UKM

Hailim (2013). i- Think. Diperoleh dari http://www.cikguhailmi.com/2013/11/i-think-


kemahiran-berfikir-secara-kreatif-kritis-dan-inovatif.html

Holzman, S. (2004). Thinking maps: strategy-based learning for English Language learners
(and others!). Diperolehi dari https://www.scoe.org/files/AH_maps.pdf

Hyerle, D. (1993). Types of Mind Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps
Incorporated.

Hyerle. D. (2000). Thinking maps: visual tools for activating habits of mind. In A. L. Inquiry-
Based Science Education for Fifth-Grade Students. US : Franklin Pierce.

Hyerle, D. & Yeager, C. ( 2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps
Incorporated.

Isaksen. (1987). Psikologi umum. Yogyakarta : Fak. Psikologi UGM.

37
Ismail. (1992). Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan Murid tahun 4
dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian TindakanGuru. Institut Perguruan
Perlis 133-145

Janes, M. (2009). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam matapelajaan Sains di


kalangan pelajar tingkatan satu. Projek Penyelidikan Program SarjanaFakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Laura (2011). Penggunaan peta minda untuk meningkatkan daya mengingat dan minat
mengulang kaji bagi pelajar tahun 4 dalam topik pembiakan tumbuhan. Dalam
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan / lestari 2012, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun.

Mohd Zamri Bin Ibrahim. (2009). Meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk landskap
menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan
Sains Pertanian Tingkatan 3. Jurnal Penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Tahun
2009, 124-132.

Nor Azura binti Mohd Zaki. (2008). Menerangkan konsep istilah penging dalam mata pelajaran
Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 dengan motivasi My Aura Map. Jurnal Penyelidikan
Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah Tahun 2008, 89-98.

Noraini Omar. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Lima. Jurnal Pendidikan, Institut Pendidikan Guru
Tun Abdul Razak, Malaysia.

Omardin . (1996). Kajian terhadap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep
di kalangan guru sains di Melaka. Bangi : Fak. pendidikan, UKM

38
Quek. (2006). Meningkatkan prestasi murid Tahun 5 Jaya dalam penulisan Bahasa Melayu
menggunakan kaedah peta minda dan kata soal. Jurnal Prosiding Seminar Penyelidikan
Tindakan Tahun 2005, 160-166.

Raha (1991). Korelasi antara status sosio ekonomi keluarga pelajar, bentuk stail kognitif dan
pencapaian akademik pelajar dalam sains dan Matematik. Tesis Sarjana, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Razhiyah. (2006). Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program Sarjana Muda
Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Simpson, R.D. & Oliver, J.S. (1990). A Summary of Major Influences on Attitude Toward and
Achievement in Science Among Adolescent Students. Science Education. 74(1), 1-18.

Torrance, E.P. 1988. The nature of creativity as manifest in its testing. In R. J. Sternberg (Ed.),
The Nature of Creativity: Contemporary Psychological Perspectives (pp. 43-75). UK
:Cambridge University Press.

Woolfolk. (1998). Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform YourLife. England :
BBC Active

Lampiran A

Nama :

Kelas :

PRAUJIAN

39
ARAHAN: Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi 10 soalan dan bahagian B mengandungi 3 soalan. Kamu
dikehendaki menjawab semua soalan. Bagi bahagian A pilihan jawapan yang sesuai
daripada pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Bagi bahagian B isi tempat kosong dengan
jawapan yang betul.

Bahagian A

Pilih jawapan yang betul dan bulatkan.

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan sumber Tenaga bahan api
fosil?

A. Gas asli

B. Petroleum

C. Tinja haiwan

D. Arang batu

2. Antara yang berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?

Sumber Tenaga Bentuk Tenaga


A Bateri Tenaga kinetik
B Angin Tenaga nuclear
C Cahaya matahari Tenaga bunyi
D makanan Tenaga kimia

3. Maklumat yang berikut menunjukkan tiga situasi.

Kuda yang sedang berlari.


Bola yang sedang bergerak.
Jarum jam yang sedang bergerak.

Apakah bentuk Tenaga yang dipunyai oleh situasi-situasi di atas?


40
A. Tenaga elektrik

B. Tenaga kinetik

C. Tenaga kimia

D. Tenaga haba

4. Maklumat yang berikut adalah mengenai bentuk Tenaga X.

Dihasilkan oleh getaran

Apakah sumber Tenaga X tersebut?

A. Tenaga bunyi

B. Tenaga kimia

C. Tenaga suria

D. Tenaga haba

5. Antara sumber Tenaga berikut, yang manakah merupakan bahan organik daripada
tumbuhan dan haiwan?

A. Biojisim

B. Air

C. Angin

D. Bateri

41
6. Rajah 1 menunjukkan sehelai tuala yang basah dikeringkan di luar rumah.

tuala

Rajah 1

Apakah bentuk Tenaga yang diperlukan untuk mengeringkan tuala tersebut?

A. Tenaga nuklear

B. Tenaga haba

C. Tenaga keupayaan

D. Tenaga bunyi

7. Berikut menunjukkan satu perubahan bentuk Tenaga yang berlaku di dalam alat X.

Tenaga kimia Tenaga elektrik

Tenaga kinetik

Apakah alat X tersebut ?

A. Radio
42
B. Kereta mainan

C. Televisyen

D. Mesin basuh

8. Rajah 2, menunjukkan sejenis alat.

Antara alat berikut yang manakah mengalami perubahan Tenaga yang sama seperti
alat di atas?

A. Telefon

B. Cerek elektrik

C. Lampu suluh

D. Kipas siling

9. Rajah 3, menunjukkan sebuah lampu yang menyala.

Apakah perubahan bentuk Tenaga yang terlibat ?

43
A. Tenaga elektrik Tenaga kimia Tenaga haba.

B. Tenaga haba Tenaga cahaya Tenaga elektrik

C. Tenaga cahaya Tenaga habha Tenaga elektrik

D. Tenaga elektrik Tenaga cahaya Tenaga haba

10. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan cara yang berhemah dakam
menggunakan Tenaga ?

A. Berkongsi kereta apabila hendak pergi ke tempat kerja.

B. Memasang penyaman udara walaupun ketika cuaca sejuk.

C. Memasang suis radio apabila hendak tidur.

D. Menutup suis lampu apabila hendak meninggalkan bilik.

Bahagian B

1. Namakan sumber Tenaga berikut.

44
45
6
2. Tulis satu contoh peraltan berdasarkan perubahan bentuk Tenaga yang dibri.

Perubahan bentuk Tenaga Peralatan

a) Tenaga elektrik Tenaga haba

b) Tenaga elektrik Tenaga bunyi

3. Nyatakan 2 sebab kita perlu menggunakan Tenaga secara berhemah.

i ________________________________________________________.

46
ii ________________________________________________________.

Lampiran B

PASCAUJIAN

NAMA :

KELAS :

ARAHAN: Kertas ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi 10 soalan dan bahagian B mengandungi 3 soalan. Kamu
dikehendaki menjawab semua soalan. Bagi bahagian A pilihan jawapan yang sesuai
daripada pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Bagi bahagian B isi tempat kosong dengan
jawapan yang betul.

Bahagian A

Pilih jawapan yang betul dan bulatkan.

1. Antara sumber Tenaga berikut, yang manakah merupakan bahan organik daripada
tumbuhan dan haiwan?

A. Biojisim

B. Air
47
C. Angin

D. Bateri

2. Maklumat yang berikut menunjukkan tiga situasi.

Kuda yang sedang berlari.


Bola yang sedang bergerak.
Jarum jam yang sedang bergerak.

Apakah bentuk Tenaga yang dipunyai oleh situasi-situasi di atas?

A. Tenaga elektrik

B. Tenaga kinetik

C. Tenaga kimia

D. Tenaga haba

3. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan sumber Tenaga bahan api
fosil?

A. Gas asli

B. Petroleum

C. Tinja haiwan

D. Arang batu

4. Antara yang berikut, yang manakah dipadankan dengan betul?

Sumber Tenaga Bentuk Tenaga


A Bateri Tenaga kinetik
B Angin Tenaga nuclear

48
C Cahaya matahari Tenaga bunyi
D makanan Tenaga kimia

5. Maklumat yang berikut adalah mengenai bentuk Tenaga X.

Dihasilkan oleh getaran

Apakah sumber Tenaga X tersebut?

A. Tenaga bunyi

B. Tenaga kimia

C. Tenaga suria

D. Tenaga haba

6. Berikut menunjukkan satu perubahan bentuk Tenaga yang berlaku di dalam alat X.

Tenaga kimia Tenaga elektrik

Tenaga kinetik

Apakah alat X tersebut ?

A. Radio

B. Kereta mainan

C. Televisyen

D. Mesin basuh

7. Rajah 2, menunjukkan sejenis alat.


49
Antara alat berikut yang manakah mengalami perubahan Tenaga yang sama seperti
alat di atas?

A. Telefon

B. Cerek elektrik

C. Lampu suluh

D. Kipas siling

8. Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan cara yang berhemah dakam
menggunakan Tenaga?

A. Berkongsi kereta apabila hendak pergi ke tempat kerja.

B. Memasang penyaman udara walaupun ketika cuaca sejuk.

C. Memasang suis radio apabila hendak tidur.

D. Menutup suis lampu apabila hendak meninggalkan bilik.

9. Rajah 3, menunjukkan sebuah lampu yang menyala.

50
Apakah perubahan bentuk Tenaga yang terlibat ?

A. Tenaga elektrik Tenaga kimia Tenaga haba.

B. Tenaga haba Tenaga cahaya Tenaga elektrik

C. Tenaga cahaya Tenaga habha Tenaga elektrik

D. Tenaga elektrik Tenaga cahaya Tenaga haba

10. Rajah 1 menunjukkan sehelai tuala yang basah dikeringkan di luar rumah.

tuala

Rajah 1

Apakah bentuk Tenaga yang diperlukan untuk mengeringkan tuala tersebut?

A. Tenaga nuklear

B. Tenaga haba

C. Tenaga keupayaan

D. Tenaga bunyi

51
BAHAGIAN B

1. Nyatakan 2 sebab kita perlu menggunakan Tenaga secara berhemah.

i ________________________________________________________.

ii ________________________________________________________.

2. Tulis satu contoh peraltan berdasarkan perubahan bentuk Tenaga yang dibri.

Perubahan bentuk Tenaga Peralatan

a) Tenaga elektrik Tenaga haba

b) Tenaga elektrik Tenaga bunyi

2
52
3. Namakan sumber Tenaga berikut.

53
6
Lampiran C
Jawapan Praujian
Bahagian A

1 C
2 D
3 B
4 A
5 A

54
6 B
7 B
8 B
9 D
10 B

Bahagian B

1.
a) matahari b) bahan api fosil c) air

d) ombak e) makanan f) angin

2. a) Alat pembakar roti


b) Radio
(mana-mana jawapan yang munasabah)

3. 1. I) Untuk mengurangkan pencemaran


II) untuk mengelakkan pembaziran
(mana-mana jawapan yang munasabah)
Jawapan Pascaujian
Bahagian A

1 A
2 B
3 C
4 D
5 A

55
6 B
7 B
8 B
9 D
10 B

Bahagian B
1. I) Untuk mengurangkan pencemaran
II) untuk mengelakkan pembaziran
(mana-mana jawapan yang munasabah)

2. a) Alat pembakar roti


b) Radio
(mana-mana jawapan yang munasabah)
3.
a) matahari b) bahan api fosil c) air

d) ombak e) makanan f) angin

Lampiran D

Borang soal selidik 1

Baca soalan-soalan tersebut dan tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan mengikut
petunjuk yang berikut.

1. Sangat setuju
2. Setuju
3. Tidak Setuju
4. Sangat tidak setuju
56
No Pernyataan 1 2 3 4

1 Menyalin nota yang banyak dapat membantu saya


mengingat apa yang diajar oleh guru.

2 Salin nota dapat membantu saya fikir semula dengan


senang apa yang diajar oleh guru.

3 Salin nota dapat membantu saya mempelajari Sains.

4 Saya boleh ingat balik apa yang diajar oleh guru dengan
lebih senang jika saya menyalin nota.

5 Menalin nota membuat saya suka Sains.

6 Menyalin nota membantu saya membuat ulangkaji.

7 Menyalin nota adalah cara mempelajari Sains yang baik.

8 Saya suka salin nota Sains.

Borang soal selidik 2

Baca soalan-soalan tersebut dan tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan mengikut
petunjuk yang berikut.

1. Sangat setuju
2. Setuju
3. Tidak setuju
4. Sangat tidak setuju

No Pernyataan 1 2 3 4

57
1 Saya bermotivasi untuk meneruskan sesi pengajaran dan
pembelajaran topik Tenaga melalui peta pemikiran I-Think.

2 Pengajaran guru menarik minat dan menyeronokkan


apabila menggunakan peta pemikiran I-Think,

3 Saya semakin meminati Sains setelah diperkenalkan


dengan peta pemikiran I-Think.
4 Pembelajaran lebih menarik semasa guru mengguankan
peta pemikiran I-Think bagi topic Tenaga.

5 Minat saya terhadap mata pelajaran Sains bertambah


selepas guru menggunakan peta pemikiran I-Think bagi
topik Tenaga.
6 Peta pemikiran I-Think membuat saya suka Sains.

7 Peta pemikiran adalah cara mempelajari sauns yang baik.

8 Saya suka mengguna peta pemikiran I-Think untuk


membuat nota.
Lampiran E

SOALAN TEMU BUAL

Guru : Selamat pagi.

Murid : ___________________________________________________

Guru : Sihat hari ini? Dah makan?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Cikgu nak buat temu bual sikit dengan kamu, boleh?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Adakah anda suka dengan mata pelajaran Sains?

58
Murid : ___________________________________________________

Guru : Mengapa kamu suka mata pelajaran Sains?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Ada tak sebab-sebab lain?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Apakah perasaan kamu apabila cikgu peta pemikiran i-Think jenis
peta buih bagi topik Tenaga?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Kenapa kamu berasa begitu? Boleh cikgu tahu?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Adakah kamu belajar dengan menggunakan peta pemikiran i-Think


jenis peta buih?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Kenapa kamu suka belajar dengan kaedah ini ?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Bagaimanakah penggunaan peta pemikiran i-Think jenis peta buih


ini dapat membantu kamu memahami topik Tenaga ?

Murid : ___________________________________________________

Guru : Baiklah. Terima kasih.

59

Anda mungkin juga menyukai