Anda di halaman 1dari 2

Semangat patriotisme perlu ada dalam diri genarasi pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin

negara pada masa hadapan. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam diri anda.

Zaman beralih, musim bertukar. Setelah tamat penjajahan negara kita selama 446 tahun, kita dapat menghela nafas
kemerdekaan. Waima begitu, kemerdekaan yang kita kecapi akan lenyap ditelan zaman sekiranya kita tidak mempunyai
semangat patriotik. Abraham Lincoln pernah menukilkan kata-kata mutiara, "Semangat patriotisme merupakan asas
pembentukan sebuah negara." Sebagai anak watan yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara, terdapat beberapa
langkah yang perlu saya lakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri saya.

Antara langkah yang paling utama yang akan saya lakukan ialah dengan melibatkan diri dalam setiap kempen,
program dan aktiviti berkaitan dengan patriotisme yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Antaranya saya akan menyertai
Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) yang bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional
dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Melalui Modul Kenegaraan iaitu sebuah modul yang
diaplikasikan untuk memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan dan meningkatkan perasaan cinta serta
pengorbanan para peserta program kepada negara. Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk
mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam
dan luar negara. Melalui elemen Tanah Air, peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air
dan sanggup mempertahankannya. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan lagi semangat patriotisme dalam diri
saya dan lain-lain peserta serta sanggup "berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir" demi mempertahankan
kedaulatan negara.

Sebagai seorang remaja yang lahir di era pascamerdeka , saya perlu mempelajari sejarah terutama sejarah
perjuangan orang-orang terdahulu yang mengalami jerit perih perjuangan untuk memerdekakan negara. Geroge
Santayana, seorang sejarahwan termasyhur pernah menukilkan, "Sesiapa yang melupai sejarah pasti akan
mengulanginya". Hatta saya akan mendalami sejarah negara untuk menerapkan perasaan cinta dan sayang tidak berbelah
bagi terhadap tanah air tercinta. Melalui sejarah, saya dapat mengetahui betapa peritnya para nasionalis memperjuangkan
hak dan kedaulatan negara tercinta. Sejak tahun 1400 masehi, Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu
Melaka dan legasi baginda diteruskan sehinggalah Melaka di jajah oleh kuasa imperialis selama 446 tahun. Namun
dengan semangat yang kental dan iltizam yang tinggi, perajurit tanah air bersabung nyawa demi mengembalikan
kemerdekaan negara. Oleh itu, melalui sejarah saya dapat mengumpul informasi mengenai latar belakang negara Malaysia
serta tokoh-tokoh pejuang negara. Saya tentunya tidak rela membiarkan kemerdekaan negara yang telah kita kecapi
selama ini tergadai kerana kelunturan semangat patriotisme. Maka, keteguhan hati saya untuk mempertahankan negara
akan bertambah utuh dengan pengetahuan sejarah yang begitu kimah nilainya .

Sebagai anak watan yang bersemangat waja dan begitu sayangkan negara tercinta, saya akan pastikan untuk
menyambut Hari Kemerdekaan yang jatuh pada tanggal 31 Ogos dan Hari Malaysia yang jatuhnya pada tanggal 16
September setiap tahun. Melalui sambutan Hari Kemerdekaan saya berpeluang mengibarkan Jalur Gemilang yang
merupakan lambang identiti negara dan dengan megah akan melaungkan kata-kata keramat 'Merdeka' bersama-sama
rakyat Malaysia yang lain. Pengalaman tersebut dapat memupuk rasa cinta akan negara dan seterusnya meningkatkan
semangat patriotisme, sepertimana ungkapan Francis Bacan, "tiada pengalaman kita tidak akan tahu sesuatu yang baru".

Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia juga memiliki kedaulatan tersendiri. Ia dilambangkan dalam pelbagai
bentuk interaksi simbolik. Bendera negara, umpamanya adalah simbol kepada kewujudan dan kedaulatan sesebuah
negara. Maka, mengibarkan bendera sebagai menzahirkan rasa cinta dan syukur menjadi warga sesebuah negara adalah
satu tingkah laku mulia. Begitu juga dalam soal penghormatan terhadap Malaysia menerusi lagu kebangsaan Negaraku.
Berdiri tegap ketika lagu Negaraku dinyanyikan adalah satu bentuk penghormatan fizikal yang senang diukur tetapi sejauh
mana ia dihayati sebagai simbol kebesaran negara adalah amat sukar dikenal pasti. Sehubungan itu, saya akan berdiri
tegak, dan turut menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Pada realitinya, lirik lagu kebangsaan membawa
makna yang cukup signifikan sehingga mampu membarakan api perjuangan yang berkobar-kobar dalam sukma sejagat.
Sebagai anak watan, saya perlu menghormati lambang-lambang kebesaran negara dan sedia berkorban apa sahaja untuk
mempertahankannya.

Izharnya, generasi mudakini memikul obligasi yang cukup signifikan dalam menentukan masa depan tanah air. Kita
tidak boleh menongkat dagu dan menanti yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. Saya perlu
berpaksikan tarbiah kimah dan karakter madani serta berpegang teguh pada intergriti. Kredebiliti saya tidak akan
bergoyang walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan. Sehubungan itu, bersama-samalah kita memupuk semangat
patriotisme dalam lubuk kalbu masing-masing untuk mempertahankan kedaulatan negara sebelum ianya diruntuhkan oleh
tangan-tangan jahat yang sanggup berbuat apa sahaja demi merealisasikan impian kotor mereka. Bersamalah kita hayati
tema Hari Kemerdekaan yang ke 56 iaitu "Negera Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku".

Anda mungkin juga menyukai