Anda di halaman 1dari 1

Kelajuan

1. Kelajuan - ialah ukuran cepat atau lambat sesuatu objek


bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam
tempoh masa tertentu.

2. Hubungan kelajuan,
a) Kelajuan dengan jarak
- Objek yang bergerak lebih laju akan melalui jarak
yang lebih jauh dalam tempoh masa tertentu
- Hubungan: Semakin bertambah kelajuan objek,
semakin bertambah jauh jarak yang dilalui oleh objek
itu dalam tempoh masa yang ditetapkan

b) Masa dengan jarak


- Hubungan: Semakin bertambah masa pergerakan,
semakin jauh jarak yang dilalui oleh objek dalam
kelajuan yang ditetapkan

3. Unit kelajuan,
a) Kilometer per jam (km/j)
b) Meter per saat (m/s)
c) Sentimeter per saat (cm/s)

4. Kepentingan pengetahuan tentang hubungan kelajuan,


jarak dan masa:
Dapat menganggar masa ketibaan sesebuah
kenderaan jika kelajuan dan jarak yang akan dilalui
diketahui
Dapat mengira kelajuan sesuatu objek jika masa dan
jarak laluannya diketahui