Anda di halaman 1dari 15

Tajuk 1 PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengenalan
kepda
disleksia

Sejarah
pendidikan Faktor-faktor Akta,
Definisi dan disleksia di berlakunya Jenis-jenis peraturan,
konsep Malaysia dan disleksia Disleksia arahan dan
luar negara pekeliling

1.3 DEFINISI DAN KONSEP DISLEKSIA

Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud


kesukaran dan lexis bermaksud bahasa. Secara literalnya, disleksia bermaksud,
kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila & Samsilah 2006).

Penyelidikan awal telah mendefinisikan disleksia dengan nama yang berlainan


berdasarkan konsep yang berlainan. Di antaranya, disleksia dinama sebagai word
blindness dalam kajian Kerr (1897) dan Kussmaul (1877), congenital word
blindness (Minshel Richardson 1917), strephosymbolia (Orton 1937), specific
reading disability (Eustis, 1947), reading disability (Kirk & Bateman 1962), specific
development dyslexia (Critchley 1970), unexpected reading failure (Symmes &
Rapoport 1972), poor reading (Olson et al. 1985) dan sebagainya.

1
Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson 1984
dalam Sheila & Samsilah 2006). Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia
adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan
dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam
suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.

Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation


of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti berikut:

Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka


melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai
kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang
selaras dengan kemampuan intelektual mereka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) mendefinisikan murid yang mengalami


masalah pembelajaran spesifik disleksia ialah murid-murid yang mempunyai
kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai
kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Selain itu,
pelajar yang bermasalah pembelajaran spesifik disleksia akan menunjukkan trait-trait
yang berbagai jenis, termasuk kelemahan membaca, bertutur, penulisan dan
keupayaan kefahaman.

Mengikut Snowling(2000), kanak-kanak disleksia merujuk kepada kanak-


kanak yang mempunyai masalah membaca yang tidak boleh diterangkan oleh faktor-
faktor kecerdasan intelek yang rendah, ketidakupayaan deria, masalah emosi,
kekurangan peluang pendidikan ataupun kekurangan dalam latar belakang
sosioekonomi.

Penyelidik-penyelidik selama ini mendefinisi disleksia berdasarkan konsep dan


teori masing-masing, sesetengah pihak mendefinisikan disleksia dari perspektif
kognitif dan sesetengah dari perspektif neurobiologikal. International Dyslexia

2
Association mendefinisikan disleksia sebagai ketidakupayaan pembelajaran berasas
bahasa. Definisi disleksia yang dicadangkan oleh International Dyslexia Association.
(2003a; 2003b) adalah seperti berikut :

Dyslexia is a language-based, neurobiological learning disability in


which an individual has difficulty with word recognition, spelling, and
decoding. These problems are often a result of a phonological deficit.
Consequently, people who have dyslexia frequently have secondary
problems in reading comprehension, vocabulary growth, and
development of background knowledge. Dyslexia is not due to a lack of
intelligence. A gap between potential and achievement exists.

Walaupun terdapat banyak definisi dan penjelasan mengenai disleksia, secara


umumnya penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa :

1. Disleksia mempunyai asas biologikal dan berpunca dari keturunan


neurologikal.
2. Masalah disleksia akan berlanjutan hingga ke peringkat remaja dan
dewasa.
3. Disleksia mempunyai dimensi persepsi, kognitif dan bahasa.
4. Disleksia akan mengakibatkan kesukaran dalam banyak area dalam
hidup seseorang individu.
5.
Tutorial Rujuk kepada dua buah buku berkaitan disleksia, dan beri definisi
yang diberikan oleh kedua-dua pengarang buku tersebut. Adakah
definisi yang di berikan sama dengan definisi yang diberikan dalam
kuliah. Jika ada kelainan sila nyatakan kelainan dalam definisi yang
di berikan.

Pastikan sumber rujukan di senaraikan seperti, nama


pengarang,nama buku,muka surat,nama penerbit serta tahun
terbitan.

3
1.4 SEJARAH PENDIDIKAN DISLEKSIA

Malaysia
Penubuhan program disleksia telah dirancang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sejak pengambilan kumpulan pertama guru-guru untuk menjalani kursus disleksia
selama empat belas minggu . Akhirnya, program ini telah dapat direalisasikan pada
13 Mac 2004 dengan memilih Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2)
Sebagai sekolah pra-rintis program disleksia.

Program ini dimulakan dengan hanya tujuh orang murid dan dua orang
guru. Subjek yang diajar pada masa itu adalah Bahasa Malaysia. Kini, program
disleksia di sekolah mempunyai tiga puluh tiga orang murid dan empat orang guru
yang mengajar subjek-subjek utama seperti Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.
Murid-murid disleksia dikehendaki mengikuti pembelajaran subjek-subjek lain di kelas
arus perdana.Pelancaran rasmi program disleksia di Peringkat Kebangsaan telah
disempurnakan di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail (2) pada 16 Jun 2004,
oleh Yang Bahagia Puan Hajah Siti Zaharah binti Mat Akib iaitu Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Luar Negara
Perkembangan sejarah disleksia bermula seratus tahun sebelum ini. Pada tahun 1895,
Hinshelwood telah menyiarkan satu artikel dalam journal The Lancet. Dalam artikel
tersebut, beliau telah mengemukakan isu ingatan dan buta huruf (word blindness). Artikel
tersebut telah memberi ilham kepada Pringle Morgan, seorang doktor di Seaford,
menerangkan kes seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 14 tahun yang cerdik tetapi
tidak boleh belajar membaca. Artikel beliau telah disiarkan dalam British Medical Journal
pada tahun 1896. Dalam kajian klasik ini, Morgan menerangkan keadaan seorang kanak-
kanak lelaki yang berusir 14 tahun mengalami congenitial word blindness.

Setelah kajian Morgan, ramai penyelidik berminat dalam menjalankan kajian berkait
dengan disleksia dan mengemukakan pandangan mengenai berlakunya disleksia

4
berdasarkan konsep dan teori mereka masing-masing. Di antaranya, Hinshelwood telah
menimbulkan kesedaran sosial dan klinikal untuk melihat disleksia sebagai isu perubatan.
Pada tahun 1917, Hinshelwood telah mengemuka artikel mengenai Congenital Word
Blindness, satu kekurangan yang melibatkan perolehan dan penyimpanan ingatan visual
tentang huruf dan perkataan di otak. Menurut beliau, kekurangan tersebut adalah diwarisi,
tetapi boleh diubati dan ia berlaku lebih di kalangan lelaki daripada perempuan

Tokoh-Tokoh Luar Negara

Samuel Orton seorang psychiatrist dan neurologist di gelar sebagai Father of


Dyslexia. Pada tahun 1926, beliau telah melakukan pembentangan Interpretation of
Developmental Reading Disability to The American Neurological Association. Di
Amerika, Samuel Torrey Orton (1937) berpeluang mengkaji ketidakupayaan bahasa
pesakit baliau selain mefokuskan kajian pada aspek ketidakupayaan bahasa dan
mendapati terdapat hubungan antara kelewatan dalam belajar membaca dengan
faktor lain, seperti penggunaan tangan kiri atau penggunaan mata kiri. Beliau juga
mencadangkan teori strephosymbolia yang mefokus pada terbalik huruf atau
perkataan dan beliau mencadangkan bahawa individu disleksia mempunyai
kekurangan persepsi visual pada huruf, berkemungkinan berpunca dari
ketidakfungsian otak.

Seterusnya, Anna Gillingham seorang tokoh yang telah menganalisis dan


mengadakan prosedur mengajar dalam Bahasa Inggeris yang telah di rintis oleh
Dr.Orton. Beliau juga telah melatih beberapa orang guru untuk menggunakan dan
membiasakan sistem ini. Anna Gillingham dan Bessie Stillman(1946):, telah menulis
dan menghasilkan sebuah buku mengenai teknik dan cara untuk kanak kanak
disleksia, yang bertajuk Remedial Training for Children with Specific Disability in
Reading, Spelling and Penmanship.

5
Tokoh-tokoh Malaysia

Rosana (1998) menyatakan bahawa kanak-kanak disleksia dapat dikesan melalui


ciri-ciri iaitu kosa kata tulisan yang tidak seimbang, lambat dalam bertutur, lemah
dalam menyusun ayat, pelupa, kurang kemahiran mengeja, seolah-olah faham ketika
proses P&P dalam kelas tetapi mendapat keputusan merosot dalam ujian, tidak tepat
dalam bacaan dan tidak terancang. Namun begitu, disleksia bukanlah suatu
kecacatan kerana tidak mempunyai kaitan dengan tahap kecerdikan atau IQ
seseorang

Sofiah (2000) menyatakan bahawa disleksia dapat disembuhkan dengan


bantuan rawatan (BOLD 2000). Hasil daripada kajian pakar perubatan dengan
mendapati kanak-kanak disleksia dari segi fizikal adalah aktif (Zabidi 2000).

Coralie (2000) menyatakan bahawa lazimnya kanak-kanak disleksia diberi


peluang pendidikan seperti kanak-kanak biasa. Proses mengenalpasti dan
merancang keperluan pembelajaran kanak-kanak disleksia ini adalah sangat penting.
Rosana (1998) menyatakan bahawa secara keseluruhannya pelajar disleksia adalah
lemah dalam pembelajaran. Mereka bersikap pelupa dan tidak tepat serta lambat
dalam bertutur. Irwin (2000) turut bersetuju bahawa individu yang menghadapi
masalah disleksia tersebut memerlukan satu program khusus untuk belajar
membaca, menulis dan mengeja. Hal ini kerana rogram pengajaran biasa tidak
selalunya efektif untuk pelajar-pelajar disleksia. Malah, beliau juga menyatakan
bahawa alternatif pengajaran adalah perlu sekali dititikberatkan oleh guru. Contohnya
menjalankan aktiviti dengan melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran seperti task-on.

Antara selebriti dan tokoh terkemuka dunia yang dikatakan mempunyai


masalah disleksia seperti yang dilaporkan dalam Time Magazine bertarikh 8

6
September 2003 ialah Thomas Edison, Tom Cruise, Whoopi Goldberg dan bekas
Perdana Menteri Singapura iaitu Lee Kuan Yew.
TUTORAL 1. Terdapat ramai tokoh terkenal yang telah memberi sumbangan
pada bidang disleksia. Selain daripada tokoh-tokoh yang telah di
sebutkan di atas sila perkenalkan beberapa orang tokoh dan
institusi yang terdapat dalam negara dan luar negara dan
terangkan peranan/ sumbangan mereka terhadap bidang
disleksia. (Contohnya Margaret J Snowling, T.R. Miles, Gavin
Reid dan lain-lain.)

7
1.5 FAKTOR-FAKTOR DISLEKSIA

Mengikut Mercer(1997); Hammond dan Hughes(1996) dan Spaafford dan


Grosser(1996), antara punca-punca disleksia ialah;

1.5.1 Keturunan atau genetik

Kajian-kajian dijalankan sejak dekad 19 menunjukkan disleksia dipengaruhi


faktor keturunan. Kajian pertama mengenai disleksia berkait dengan genetik yang
diterbit adalah kajian Hallgren pada 1950 yang bertajuk Specific dyslexia
("congenital word blindness): A clinical and genetic study. Beliau telah melakukan
kajian terhadap 276 orang kanak-kanak yang mengalami disleksia di Child Guidence
Clinic, didapati sebanyak 88% daripada subjek mempunyai masalah pembelajaran,
sama seperti masalah yang dihadapi ahli keluarga mereka. Berdasarkan keputusan
kajian, Hallgren mencadangkan bahawa disleksia perkembangan (developmental
dyslexia) dipengaruhi faktor keturunan.

Kajian yang dijalankan oleh Shaywitz & Shaywitz (2005) telah menunjukkan
disleksia dipergaruhi faktor keturunan, iaitu terdapat 25% hingga 50% daripada
kanak-kanak di mana ibu bapanya mengalami disleksia akan juga mengalami
disorder tersebut,

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, dengan perkembangan penggunaan


teknologi genetik dan metodologi statistikal dalam mendiagnosis disleksia, telah
menunjukkan terdapat faktor genetik menyumbang dalam berlakunya disleksia.
Selepas itu terdapat kajian-kajian menunjukkan kromosom 1p (Grigorenko et al.
2001), kromosom 2pll (Peyrard-Janvid et al. 2004), kromosom 3 dan kromosom 6p
telah dikenal pasti terlibat dalam mempengaruhi genetik seseorang individu
mengalami disleksia. Selain itu, terdapat juga kajian menunjukkan kromom 18p112

8
berkait dengan kekurangan kesedaran fonem. Ini menunjukkan terdapat beberapa
gen yang berkait dengan berlakunya disleksia.

1.5.2 Perkembangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian


tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang
daripada kanak-kanak perempuan. Tahap dan keadaan perkembangan yang
berlainan merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.

Secara umumnya, faktor perkembangan kanak-kanak disleksia dapat dilihat


daripada beberapa aspek:

A. Faktor neurobiological

Individu mengalami disleksia akibat daripada fungsi otak yang berlainan


dengan individu lain.

Sally Shaywitz, Overcoming Dyslexia, 2003

Oleh kerana ketidakaktifan pada laluan neural dalam otak, individu disleksik
mengalami masalah dalam menganalisis perkataan dan menterjemahkan huruf
kepada bunyi. Keadaan ini akan berlanjutan walaupun usia meningkat, dan masih
akan kurang lancar dalam membaca.

9
B. Faktor kerosakan kognitif

i. Visual deficits

Individu disleksik dikatakan mengalami kesukaran gerakan motor-visual


semasa membaca bahan cetakan. Garzia et. al.( 1993) mencadangkan keadaan
tersebut berlaku akibat daripada sistem magnocellular visual, di mana pembaca
disleksia mengalami kesukaran membaca, contohnya mendapati huruf terbalik, tidak
dapat membezakan bentuk huruf yang seakan-akan sama, sukar membatangkan
suku kata.

10
ii. Phonological (speech) processing deficits

Sesetengah penyelidik cuba menerangkan faktor berlakunya disleksia dari


segi pemprosesan fonologikal. Individu mengalami kekurangan dalam memperolehi
kemahiran fonologikal kerana ketidakupayaan memproses bunyi dengan tepat,
kesukaran mengekalkan hubungan huruf-bunyi dalam ingatan jangka pendek.

TUTORIAL Rujuk kepada buku-buku disleksia, rumuskan faktor-faktor


berlakunya disleksia dan jelaskan dengan lebih lanjut mengenai
faktor-faktor tersebut. Jangan lupa seorang guru profesional tidak
akan lupa memberi sumber rujukannya. Adakah anda seorang guru
profesional?

11
Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.
http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html

1.6 JENIS JENIS DISLEKSIA

1.6.1 Perolehan

Menurut Ott (1997), disleksia perolehan (acquired dyslexia) adalah kesan dari
kerosakan pada otak seperti kecederaan pada otak atau ketumbuhan dalam otak
yang di alami sejak kelahiran. Terdapat empat jenis simptom yang berlainan pada
kanak-kanak yang mengalami disleksia perolehan, iaitu :

I. Disleksia yang dalam teruk (deep disleksia) dan dikenali juga (phonemic
disleksia) yang melakukan kesilapan menyebut ketika membaca, yang
menyebabkan makna berubah
II. Disleksia phonologi yang tidak boleh menyebut atau membaca perkataan dan
bukan perkataan

III. Disleksia permukaan yang melibatkan gangguan penglihatan seseorang


kanak-kanak dalam mendiskriminasi abjad atau perkataan yang rupanya agak
sama

2. Perkembangan

12
Disleksia perkembangan merupakan salah satu gangguan perkembangan fungsi
otak. Disleksia dianggap suatu masalah yang disebabkan oleh gangguan dalam daya
ingat (memori) dan pemprosesan central yang disebut kesulitan membaca.Seperti
yang sudah diutarakan di atas, disleksia perkembangan disebabkan oleh kelainan
genetik. Gangguan perkembangan tersebut hanya terjadi pada bahagian otak yang
berhubungan dengan bahasa khususnya jalur membaca (jalur yang menghubungkan
antara pusat penglihatan dengan pusat bahasa). Namun, walau perkembangan di
pusat bahasa terganggu, otak individu disleksia mampu membuat kompensasi
dengan perkembangan pada pusat lainnya.

TUTORIAL Terdapat 2 jenis disleksia yang telah di senaraikan di atas,


senaraikan jenis-jenis disleksia yang lain. Mengapa terdapat
banyak jenis disleksia? Sila rujuk kepada beberapa buah buku
disleksia bagi menjawab soalan di atas.
Cuba melayari laman web untuk mencari maklumat lebih lanjut.
http://www.understanding-learning-disabilities.com/index.html
www.macalester.edu/

1.7 AKTA

Pendidikan khas semakin diberi perhatian sejak penggubalan semula Akta


Pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan 1996 iaitu menyediakan khusus yang
berkaitan dengan pendidikan Khas. Perlaksanaan Dasar Pendidikan Wajib di
Peringkat Rendah 2003 melalui perintah Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002 yang
memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berumur 6 tahun untuk
mendapat pendidikan di institusi yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan ini menyediakan peluang
kepada semua rakyat dalam lingkungan umur kelayakan untuk mendapat pendidikan
secara percuma. Dasar Pendidikan Untuk Semua, serta Dasar Pendemokrasian
Pendidikan yang dilancarkan sebelum ini akan diperkukuhkan lagi oleh perlaksanaan
Dasar Persekolahan Wajib.

13
Contoh akta pendidikan khas adalah, Akta Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2)
seksyen 41. Mengikut akta tersebut semua pelajar bekeperluan khas yang boleh
dididik & mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain-
boleh diterima bersekolah. Selain itu,terdapat pelbagai tahap pendidikan yang
disediakan oleh kerajaan kepada murid murid bekeperluan khas di Malaysia
antaranya :

I. prasekolah,
II. sekolah harian biasa rendah dan menengah
III. sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan
pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif.
IV. pendidikan khas integrasi pula adalah untuk yang bermasalah
pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Selain itu, pelbagai syarat telah di tetapkan sekiranya ibu bapa ingin
mendaftarkan anak mereka ke sekolah,antaranya

I. Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun),


II. Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan
III. Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun)
IV. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada ketiga-tiga
panel.KPM,JKM,Pegawai perubatan

Akta orang cacat di malaysia pula adalah,


I. Penyamaan Peluang Dan Penyertaan Penuh (pendidikan,
perniagaan/pekerjaan, sukan, Pemulihan, Aksesibiliti, Perkhidmatan
Sokongan, Keselamatan Sosial.
II. Peruntukan Berkaitan Diskriminasi Berdasarkan Kecacatan

14
III. Suruhanjaya Orang Kurang Upaya(mengendalikan aduan dan menyiasat
pendakwaan)

Matlamat Akta Orang Cacat 2002 adalah untuk:

I. memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak yang


sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain
II. Untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap
seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek
hidup
III. Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang
kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di
kalangan masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat
yang berhak di negara ini.

TUTORIAL 1. Rujuk kepada beberapa buku mengenai akta pendidikan khas


dan terangkan maksud akta itu tersendiri dan huraikan matlamat
akta berkaitan dengan disleksia.

2. Cuba melayari laman web untuk mencari akta-akta berkaitan


disleksisa. Apakah perbezaan akta-akta tersebut dengan akta-akta
Malaysia?

15

Anda mungkin juga menyukai