Anda di halaman 1dari 15

1

ISPP SUMMATIVE ASSESSMENT TASK for L&L and MYP 4-5


(MALAY LANGUAGE AND LITERATURE)
Student Name: NURBATRISYA BINTI MAZLAN

Date: 7-21 SEPTEMBER 2016 (2 WEEKS)

Grade Level: 10

Task : PERMULAAN PENGEMBARAAN TAK BERPENGHUJUNG

Criterion: A, C DAN D

Statement of Inquiry Concepts

Identiti dan Perhubungan


Penghasilan penulisan kritis/analytical terhadap karya tertentu yang membentuk
keunikan identiti dan hubungan Konsep Berkaitan:
Bahasa dan Sastera Komponen dalam
sastera

Approaches to Learning Focus

Pemikiran (Thinking):
Kemahiran berfikir secara kritis (Critical Thinking Skills) Menganalisis isu melalui proses huraian, perbandingan dan justifikasi
Kemahiran memindahkan maklumat (Transfer Skills) Mengaplikasi pengetahuan Komsas yang dipelajari

Pengurusan diri (Self Management):


Kemahiran mengurus (Organizing Skills) Mengurus masa dan tugasan secara efektif, menggunakan teknologi secara efektif dan produktif
2
Task

Goal: Penghasilan analisis cerpen melalui komponen sastera yang telah dipelajari.

Role: Anda bertindak sebagai penganalisis sesebuah karya.

Product/Performance:
Melalui tugasan ini, pelajar dikehendaki membaca cerpen (cerita pendek) yang telah diberikan serta membuat analisis terhadap keseluruhan cerpen tersebut
berdasarkan komponen-komponen yang terdapat dalam sastera Bahasa Melayu.
1. Nyatakan serba sedikit pengetahuan anda mengenai Cerpen sebagai pendahuluan tugasan.
2. Membuat analisis cerpen dari segi :
Sinopsis
Tema dan persoalan
Watak dan perwatakan
Plot penceritaan
Nilai murni
Pengajaran
Gaya bahasa
3. Membuat rumusan terhadap keseluruhan cerpen dan melakukan perbandingan dengan realiti guru semasa.
4. Berikan pendapat serta huraian anda sendiri mengenai kesesuaian konteks penggunaan teks, tatabahasa, serta ayat yang digunakan dalam
cerpen tersebut.

Standards/Criteria: A, C dan D
1. Setiap satu jawapan yang diberikan mestilah disertakan dengan huraian dan contoh.
2. Setiap satu tajuk perlu disertakan dengan justifikasi. (ikut urutan)

Resources

http://www.penulisan2u.my/cerpen-aku-cikgu-sastera/

http://bloggerpelik.blogspot.my/2013/07/gaya-bahasa-dalam-komponen-sastera.html
3

ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK Tarikh

1. Sinopsis Cerpen Aku Cikgu Sastera 18 Oct

2. Analisis Cerpen : Tema dan persoalan 20 Oct

3. Analisis Cerpen : Watak dan Perwatakan 21 Oct

4. Analisis Cerpen : Plot Penceritaan 21 Oct

5. Analisis Cerpen : Nilai Murni 21 Oct

6. Analisis Cerpen : Pengajaran 21 Oct

7. Analisis Cerpen : Gaya Bahasa 21 Oct

i. Gaya Bahasa : Simile 21 Oct

ii. Gaya Bahasa : Dialog 21 Oct

12. Rumusan Keseluruhan Cerpen & Perbandingan Dengan Realiti Guru Semasa 21 Oct

13. Pendapat mengenai kesesuaian konteks penggunaan teks, tatabahasa, serta ayat yang 21 Oct
digunakan dalam cerpen tersebut.

1) Sinopsis Cerpen Aku Cikgu Sastera

Cerpen ini mengisahkan tentang dua insan yang telah banyak menabur bakti untuk anak bangsa yang telah pergi untuk selama-lamanya.
Pada tanggal 8 Disember, Norazizana telah kehilangan dua guru yang banyak memberikan dorongan kepadanya pada alam persekolahan.
4
Norazizana sering terganggu apabila tarikh keramat tersebut hampir tiba. Dia sering bermimpi guru datang kepadanya seolah mengharapkan
seuatu kepadanya. Norazizana seorang murid yang kini telah berjaya menempuh segala dugaan yang dihadapinya dan kini menjadi seorang guru
sastera di sebuah sekolah yang terletak di ibu kota. Norazizana menceritakan kisah tentang dua guru alam persekolahannya yang amat dia
sayangi.

Azizana seorang murid yang sering menghabiskan masa rehatnya di perpustakaan dengan mencari buku-buku yang boleh dia jadikan sebagai
rujukan untuk menelaah pada setiap petang. Insan yang bernama Puan Haridhah ialah seorang guru mata pelajaran sastera moden kepada
Azizana. Beliau juga isteri kepada Encik Ghazali. Azizana teringat kembali kepada Puan Haridhah yang telah menceritakan tentang tokoh dalam
sastera moden iaitu Abdullah Munsyi. Puan Haridhah juga menanyakan soalan kepada kelasnya tentang Abdullah Munsyi, antara salah satu soalan
yang beliau tanyakan ialah mengapa Abdullah digelar sebagai munsyi? Tetapi malangnya, tiada seorang pun yang dapat jawab pertanyaan
beliau. Lalu, beliau menerangkan kepada kelasnya bahawa maksud munsyi adalah guru, Abdullah digelar munsyi kerana pernah mengajar orang-
orang Hindu yang datang ke Tanah Melayu dulu bahasa Melayu. Selepas sahaja beliau terangkan jawapannya, salah satu murid kelasnya
menanyakan kepadanya selain mengajar, apakah tugas seorang guru? Lalu Puan Haridhah menjawab tugas seorang guru ialah terlalu berat
untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara serta memberikan ilmu pengetahuan untuk
dijadikan bekalan di masa hadapan. Guru ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain, terang Puan Haridhah. Dengan kata-kata yang
disebut oleh Puan Haridhah membuatkan Norazizana semangat untuk menjadi seorang pendidik pada masa kelak.

Norazizana mengatakan bahawa Puan Haridhah seorang yang penyabar kerana beliau sanggup mengajarnya dari bawah kerana dia
langsung tidak tahu tentang sastera. Sebelum Norazizana masuk kelas sastera dia mengambil aliran sains ketika tingkatan lima kerana mahu
mengikut kehendak bapanya. Berkat kesabaran Puan Haridhah dan kesungguhan Norazizana, dia berjaya menguasai sastera dengan cepat malah
dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan. Norazizana sangat mengagumi Puan Haridhah kerana dia berjaya
menjadi seorang guru yang melaksanakan tugasnya dengan cukup sempurna.

Norazizana mahu memperjuangkan sastera yang selama ini dianggap tidak penting dalam pendidikan. Kata-kata tersebut masih terngiang-
ngiang yang dikatakan oleh pensyarahnya ketika Norazizana menuntut di universiti. Di sebabkan kecintaannya kepada sastera, dia telah memilih
untuk menjadi seorang guru sastera. Norazizana mahu mendidik pelajarnya seperti mana Puan Haridhah mendidiknya. Tugas mendidik bukanlah
mudah seperti yang dibayangkan. Menjadi pendidik memerlukan kesabaran yang tinggi, kesungguhan dalam menyampaikan ilmu dan istiqamah
dalam menerangkan sesuatu kata Norazizana kepada dirinya. Lalu, dia teringat kembali tentang guru sejarahnya pada alam persekolahan, iaitu
Encik Ghazali suami kepada Puan Haridhah yang hendak memudahkan kelasnya untuk memahami subjek tersebut. Encik Ghazali sering
menjelaskan penjelasan sejarah kepada kelasnya jika murid-muridnya tidak faham malah beliau juga memberikan murid-muridnya nota tentang
tajuk yang diajarnya. Notanya telah siap diringkaskan dan dipermudahkan untuk memudahkan pemahaman murid-muridnya. Selepas membaca
nota yang diberikan, barulah murid-muridnya menampakkan respon tentang memahami tajuk tersebut.
Pada tanggal 8 Disember, Azizana menerima berita yang merentap segenap sarafnya. Rakannya menelefon memaklumkan bahawa Puan
Haridhah sekeluarga telah pergi selama-lamanya kerana terlibat dalam kemalangan di Kelantan semasa pulang ke kampung. Azizana berasa amat
sedih dan terkejut. Pelajarannya turut terganggu kerana insan yang banyak memberikan dorongan kepadanya telah pergi buat selama-lamanya.
Cintanya kepada sastera semakin pudar. Norazizana merasakan sastera menjadi kosong seperti hidupnya yang telah kosong tanpa sokongan dan
dorongan. Norazizana amat buntu dengan hidupnya selepas pemergian Puan Haridhah. Guru adalah lilin, tiba-tiba kata-kata ini berbisik di
5
telinganya, lalu Norazizana tersedar daripada lamunanya. Akhirnya dia sedar kata-kata tersebut pernah diungkapkan oleh Puan Haridhah
kepadanya dulu.

Selepas itu dia nekad untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya untuk menjadi seorang guru sastera. Setelah
penat lelah dia menuntut di fakultinya, akhirnya Norazizana membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.
Semuanya berkat dorongan dan sokongan Puan Haridhah semasa dia masih hidup di samping keluarga yang banyak memberikan semangat untuk
terus berjaya. Kini, Norazizana telah mencapai impiannya selama ini yang mahu menjadi seorang guru sastera seperti Puan Haridhah.

2) Analisis Cerpen : Tema dan Persoalan

Tema : Kerinduan seorang anak murid terhadap gurunya yang membawanya mengejar cita-cita menjadi seorang guru. Norazizana, yang telah
kehilangan dua insan yang dia amat sayangi iaitu Puan Haridhah sebagai guru sasteranya pada alam persekolahan dan juga Encik Ghazali, iaitu
suami kepada Puan Haridhah yang mengajar subjek Sejarah. Pelajaran Azizana agak terganggu sejak pemergian Puan Haridhah dan Encik
Ghazali. Selepas penat lelah dia menuntut di fakultinya, Azizana kini telah mencapai impiannya selama ini yang mahu menjadi seorang guru
sastera seperti Puan Haridhah.

Persoalan :

3) Analisis Cerpen : Watak & Perwatakan

Watak Utama

Norazizana : Seorang murid yang dulunya kelas aliran sains semasa tingkatan 5 dan menukar aliran sains kepada sastera pada tingkatan enam.
Dia juga seorang murid yang mula dari bawah kerana dia tidak mengetahui langsung apa itu tentang sastera, dia juga dibantu oleh guru
kesayanganya iaitu Puan Haridhah. Impian Azizana ingin menjadi seorang guru sastera seperti Puan Haridhah.

Puan Haridhah : Beliau seorang guru sastera moden kepada Norazizana semasa tingkatan enam. Beliau juga isteri kepada Encik Ghazali. Malah,
suaminya juga seorang guru yang mengajar subjek Sejarah.

Watak Sampingan

Encik Ghazali : Dia seorang guru Sejarah kepada Azizana, dia juga suami kepada Puan Haridhah. Dia juga seorang guru yang Azizana sangat
sayangi begitu juga Puan Haridhah.
6
Perwatakan

1) Norazizana

Tabah

Dia seorang murid yang sangat tabah contohnya, dia menerima berita yang merentap segenap sarafnya daripada kawannya iaitu dua insan yang
dia amat sayangi terlibat di dalam kemalangan. Dia menerima hakikat yang mereka telah pergi buat selama-lamanya.

Tidak mudah putus asa

Azizana seorang murid yang tidak pernah putus asa, contohnya ialah sebelum Norazizana masuk kelas sastera dia mengambil aliran sains ketika
tingkatan lima kerana mahu mengikut kehendak bapanya. Jadi, dia perlu belajar dari bawah kerana dia langsung tidak tahu tentang sastera.
Dengan kesungguhannya, dia berjaya menguasai sastera dengan cepat malah dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan
peperiksaan.

Rajin

Dia juga seorang murid yang rajin, contohnya dia sering menghabiskan masa rehatnya di perpustakaan dengan mencari buku-buku yang boleh dia
jadikan sebagai rujukan untuk menelaah pada setiap petang.

2) Puan Haridhah

Penyabar

Puan Haridhah seorang guru yang amat penyabar, bukti dia seorang yang penyabar ialah, beliau sanggup mengajarnya dari bawah kerana dia
langsung tidak tahu tentang sastera. Sebelum Norazizana masuk kelas sastera dia mengambil aliran sains ketika tingkatan lima kerana mahu
mengikut kehendak bapanya. Berkat kesabaran Puan Haridhah dan kesungguhan Norazizana, dia berjaya menguasai sastera dengan cepat malah
dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan. Norazizana sangat mengagumi Puan Haridhah kerana dia berjaya
menjadi seorang guru yang melaksanakan tugasnya dengan cukup sempurna.

3) Encik Ghazali

Penyabar

Encik Ghazali juga seorang guru yang amat penyabar sekali, contohnya beliau yang hendak memudahkan kelasnya untuk memahami subjek
7
sejarah. Encik Ghazali sering menjelaskan penjelasan sejarah kepada kelasnya jika murid-muridnya tidak faham malah beliau juga memberikan
murid-muridnya nota tentang tajuk yang diajarnya. Notanya telah siap diringkaskan dan dipermudahkan untuk memudahkan pemahaman murid-
muridnya. Selepas membaca nota yang diberikan, barulah murid-muridnya menampakkan respon tentang memahami tajuk tersebut.

4) Analisis Cerpen : Plot Penceritaan

Permulaan :

Pada mulanya, Azizana menceritakan tentang dirinya yang sering menghabiskan masa rehatnya di perpustakaan dengan mencari buku-buku yang
boleh dia jadikan sebagai rujukan untuk menelaah pada setiap petang. Selepas itu, dia menceritakan tentang guru yang dia paling sayangi iaitu
Puan Haridhah, beliau seorang guru mata pelajaran sastera moden kepada Azizana. Beliau juga isteri kepada Encik Ghazali. Azizana teringat
kembali kepada Puan Haridhah yang telah menceritakan tentang tokoh dalam sastera moden iaitu Abdullah Munsyi. Dia juga teringat salah satu
murid kelasnya menanyakan kepadanya selain mengajar, apakah tugas seorang guru? Lalu Puan Haridhah menjawab tugas seorang guru ialah
terlalu berat untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara serta memberikan ilmu pengetahuan
untuk dijadikan bekalan di masa hadapan. Guru ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain, terang Puan Haridhah. Dengan kata-kata
yang disebut oleh Puan Haridhah membuatkan Norazizana semangat untuk menjadi seorang pendidik pada masa kelak.

Seterusnya, Norazizana juga mengatakan bahawa Puan Haridhah seorang yang penyabar kerana beliau sanggup mengajarnya dari bawah kerana
dia langsung tidak tahu tentang sastera. Sebelum Norazizana masuk kelas sastera dia mengambil aliran sains ketika tingkatan lima kerana mahu
mengikut kehendak bapanya. Berkat kesabaran Puan Haridhah dan kesungguhan Norazizana, dia berjaya menguasai sastera dengan cepat malah
dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan. Norazizana sangat mengagumi Puan Haridhah kerana dia berjaya
menjadi seorang guru yang melaksanakan tugasnya dengan cukup sempurna.

Perkembangan :

Norazizana mahu memperjuangkan sastera yang selama ini dianggap tidak penting dalam pendidikan. Kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang
yang dikatakan oleh pensyarahnya ketika Norazizana menuntut di universiti. Di sebabkan kecintaannya kepada sastera, dia telah memilih untuk
menjadi seorang guru sastera. Norazizana mahu mendidik pelajarnya seperti mana Puan Haridhah mendidiknya. Tugas mendidik bukanlah mudah
seperti yang dibayangkan. Menjadi pendidik memerlukan kesabaran yang tinggi, kesungguhan dalam menyampaikan ilmu dan istiqamah dalam
menerangkan sesuatu kata Norazizana kepada dirinya. Lalu, dia teringat kembali tentang guru sejarahnya pada alam persekolahan, iaitu Encik
Ghazali suami kepada Puan Haridhah yang hendak memudahkan kelasnya untuk memahami subjek tersebut. Encik Ghazali sering menjelaskan
penjelasan sejarah kepada kelasnya jika murid-muridnya tidak faham malah beliau juga memberikan murid-muridnya nota tentang tajuk yang
diajarnya. Notanya telah siap diringkaskan dan dipermudahkan untuk memudahkan pemahaman murid-muridnya. Selepas membaca nota yang
diberikan, barulah murid-muridnya menampakkan respon tentang memahami tajuk tersebut.

Klimaks :

Azizana menerima berita yang merentap segenap sarafnya. Rakannya menelefon memaklumkan bahawa Puan Haridhah sekeluarga telah pergi
8
selama-lamanya kerana terlibat dalam kemalangan di Kelantan semasa pulang ke kampung. Azizana berasa amat sedih dan terkejut. Pelajarannya
turut terganggu kerana insan yang banyak memberikan dorongan kepadanya telah pergi buat selama-lamanya. Cintanya kepada sastera semakin
pudar. Norazizana merasakan sastera menjadi kosong seperti hidupnya yang telah kosong tanpa sokongan dan dorongan. Norazizana amat buntu
dengan hidupnya selepas pemergian Puan Haridhah. Guru adalah lilin, tiba-tiba kata-kata ini berbisik di telinganya, lalu Norazizana tersedar
daripada lamunanya. Akhirnya dia sedar kata-kata tersebut pernah diungkapkan oleh Puan Haridhah kepadanya dulu.

Akhir Cerita (Penyelesaian Masalah) :

Azizana nekad untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya untuk menjadi seorang guru sastera. Setelah penat lelah dia
menuntut di fakultinya, akhirnya Norazizana membuahkan hasil apabila dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Semuanya
berkat dorongan dan sokongan Puan Haridhah semasa dia masih hidup di samping keluarga yang banyak memberikan semangat untuk terus
berjaya. Kini, Norazizana telah mencapai impiannya selama ini yang mahu menjadi seorang guru sastera seperti Puan Haridhah.

5) Analisis Cerpen : Nilai Murni

a) Penyabar

Puan Haridhah seorang guru yang amat penyabar, bukti dia seorang yang penyabar ialah, beliau sanggup mengajarnya dari bawah kerana dia
langsung tidak tahu tentang sastera. Sebelum Norazizana masuk kelas sastera dia mengambil aliran sains ketika tingkatan lima kerana mahu
mengikut kehendak bapanya. Berkat kesabaran Puan Haridhah dan kesungguhan Norazizana, dia berjaya menguasai sastera dengan cepat malah
dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan. Norazizana sangat mengagumi Puan Haridhah kerana dia berjaya
menjadi seorang guru yang melaksanakan tugasnya dengan cukup sempurna.

Encik Ghazali juga seorang guru yang amat penyabar sekali, contohnya Encik Ghazali sering menjelaskan penjelasan sejarah kepada kelasnya jika
murid-muridnya tidak faham malah beliau juga memberikan murid-muridnya nota tentang tajuk yang diajarnya. Beliau juga tetap bersabar walaupun
anak muridnya masih tidak faham apa yang dia sudah jelaskan dia kelasnya, lalu beliau sanggup membuat nota telah siap diringkaskan dan
dipermudahkan untuk memudahkan pemahaman murid-muridnya. Selepas membaca nota yang diberikan, barulah murid-muridnya menampakkan
respon tentang memahami tajuk tersebut.

Pendapat : Pada pendapat saya, penyabar adalah satu perkataan yang ringkas dan memberi impak yang besar pada setiap individu. Sifat sabar
ini berjaya mengawal tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan
aman damai seperti sekarang. Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam
pelajar yang bermacam-macam karenah. Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi
guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati. Sebagai bukti, di dalam cerpen tersebut di
perenggan kedua, Puan Haridhah mengatakan bahawa tugas seorang guru ialah terlalu berat untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia
berguna kepada agama, bangsa dan negara serta memberikan ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan di masa hadapan. Guru ibarat lilin
9
membakar dirinya untuk menerangi orang lain, terang Puan Haridhah. Sebagai contoh, Puan Haridhah sanggup mengajar anak muridnya iaitu
Norazizana, dari bawah kerana dia langsung tidak tahu tentang sastera. Sebelum Norazizana masuk kelas sastera dia mengambil aliran sains
ketika tingkatan lima kerana mahu mengikut kehendak bapanya. Berkat kesabaran Puan Haridhah dan kesungguhan Norazizana, dia berjaya
menguasai sastera dengan cepat malah dia sentiasa memperoleh markah yang tinggi ketika ujian dan peperiksaan. Norazizana sangat mengagumi
Puan Haridhah kerana dia berjaya menjadi seorang guru yang melaksanakan tugasnya dengan cukup sempurna. Daripada cerpen ini, kita boleh
tahu bahawa seorang guru yang tidak pernah berputus asa mahupun mengeluh untuk mengajar anak muridnya.

b) Tabah

Azizana seorang murid yang sangat tabah contohnya, dia menerima berita yang merentap segenap sarafnya daripada kawannya iaitu dua insan
yang dia amat sayangi terlibat di dalam kemalangan. Dia menerima hakikat yang mereka telah pergi buat selama-lamanya.

Pendapat : Pada pendapat saya, dalam apa jua sekalipun, sikap tabah hendaklah ada dalam diri kita. Ini kerana, banyak lagi cabaran yang kita
hendak harungi dan kita tidak akan tahu apa ujian yang akan datang pada kita. Jadi, kita perlulah bersiap sedia dalam apa jua sekalipun. Realiti
hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati,
tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan
tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya. Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan
berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya. Sebagai contoh, Azizana menerima
berita yang merentap segenap sarafnya daripada kawannya tentang dua insan yang dia amat sayangi terlibat di dalam kemalangan. Dia menerima
hakikat yang mereka telah pergi buat selama-lamanya dan akhirnya Azizana nekad untuk terus berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai
impiannya untuk menjadi seorang guru sastera. Setelah penat lelah dia menuntut di fakultinya, akhirnya Norazizana membuahkan hasil apabila dia
berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang.

6) Analisis Cerpen : Pengajaran

a) Penyabar

Kita hendaklah menjadi seorang penyabar ini kerana dengan adanya sifat sabar ini membolehkan ramai individu hidup dalam keadaan aman damai
seperti sekarang. Malah, ia juga sesuatu perkara yang boleh mengelak daripada sikap yang tidak baik, contohnya jika kita kurang bersabar atau
hilang sabar, keadaan boleh menjadi rumit dan boleh bergaduh diantara satu sama lain. Jadi, sikap penyabar adalah amat penting bagi setiap
individu.

b) Tabah

Kita perlulah sentiasa menjadi tabah, ini kerana banyak lagi cabaran yang kita hendak harungi dan kita tidak akan tahu apa ujian yang akan datang
pada kita. Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, itu semua ada hikmahnya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada
10
kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Jika kita tabah dan redha, kita akan serta merta teruskan
hidup kita seperti biasa dan terus capai impian kita sebagai contoh Azizana telah kehilangan dua insan yang amat dia sayangi.

7) Analisis Cerpen : Gaya Bahasa

i) Gaya Bahasa : Simile

Di dalam cerpen ini terdapat salah satu gaya bahasa. Antaranya ialah simile. Simile ialah sesuatu bandingan yang menggunakan kata bagai,
umpama, ibarat, seperti dan bak.

Contoh simile yang terdapat di cerpen ini ialah :

Salah satu murid kelas Azizana menanyakan kepada Puan Haridhah iaitu selain mengajar, apakah tugas seorang guru? Lalu Puan Haridhah
menjawab tugas seorang guru ialah terlalu berat untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara
serta memberikan ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan di masa hadapan. Guru ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain,
terang Puan Haridhah. Dengan kata-kata yang disebut oleh Puan Haridhah membuatkan Norazizana semangat untuk menjadi seorang pendidik
pada masa kelak.

ii) Gaya Bahasa : Dialog

Contoh dialog yang terdapat dalam cerpen ini ialah perbualan diantara seorang guru yang bernama Puan Haridhah dan anak muridnya yang
bercerita tentang Abdullah Munsyi di dalam kelas sastera moden.

a) Puan Haridhah mula menyoal, Siapakah Abdullah Munsyi?. Lalu, Shariza iaitu salah satu murid di kelas Puan Haridhah menjawab
pertanyaan beliau, Abdullah Munsyi adalah pelopor sastera moden.
b) Puan Haridhah meneruskan soalan, Apakah Karya pertama yang dihasilkan oleh Munsyi Abdullah?. Aku (Norazizana) lantas
mengangkat tangan untuk memberikan jawapan. Abdullah Munsyi telah menghasilkan karya pertamanya iaitu Hikayat Pelayaran Abdullah.
c) Puan Haridhah meneruskan pengajarannya dengan menyoal kami, Kenapa Abdullah digelar munsyi?, apakah yang dimaksudkan
dengan munsyi?. Kami masing-masing diam kerana gagal memberikan jawapan. Akhirnya Puan Haridhah sendiri yang memberikan
jawapannya, Maksud munsyi adalah guru, Abdullah digelar munsyi kerana pernah mengajar orang-orang Hindu yang datang ke Tanah
Melayu dulu bahasa Melayu.
d) Selain mengajar, apakah tugas seorang guru? tanya Suhaizat. Tugas seorang guru terlalu berat untuk mendidik anak-anak bangsa
menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara serta memberikan ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan di masa
hadapan. Guru ibarat lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain, terang Puan Haridhah.
11
8) Rumusan Keseluruhan Cerpen & Perbandingan Dengan Realiti Guru Semasa

Pada pendapat saya, guru zaman dahulu sangat garang dan tegas dengan pelajar ini kerana untuk membuat pelajar-pelajarnya takut kepada
cikgu dan hormat dengan cikgu, berbanding dengan guru sekarang agak takut untuk memukul pelajar atau terlampau marah pada pelajarnya ini
kerana sesetengah ibu bapa sekarang sangat melindungi anak-anaknya. Bagi pendapat saya, mereka melindungi anak-anak mereka tidak
bertempat. Ibu bapanya anggap bahawa anaknya tiada salah, baik akhlaknya, senang kata, sempurna. Sepatutnya, ibu bapa hendaklah soal selidik
dulu dan bukan terus marah kepada cikgu. Seterusnya, sistem pendidikan juga semakin hari semakin diubah. Kedudukan guru juga dilihat semakin
berbeza daripada dahulu. Dahulu, pekerjaan sebagai guru dianggap paling menjamin masa depan. Anak-anak lepasan sekolah yang menyertai
maktab perguruan adalah sangat disanjung tinggi. Kita semakin menuju ke alaf baru, alaf sains. Semua berkejar-kejar menjadi pakar dalam bidang-
bidang berkenaan. Sudah tidak ramai yang benar-benar ikhlas ingin menjadi guru. Kerana itulah sekarang dikatakan guru banyak makan gaji buta.
Masuk kelas, suruh pelajar salin nota dalam buku teks, kemudian dibiarkan sahaja. Bukanlah semua guru begini, hanya sebahagian kecil sahaja.
Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta tanggungjawab yang amat hebat. Kalau dulu guru
sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini
sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang
mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat
murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan, dan
ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Sewajarnya ibu bapa hendaklah akur dengan tugas guru bukan hanya mengajar mata
pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji.
Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukanlah sahsiah yang baik menyebabkan anak
mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan. Malah terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka
bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau
membuatpendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan
dengan bijaksana.

Kesimpulannya, guru merupakan satu institusi terpenting dalam negara untuk membentuk anak bangsa. Tidak kiralah diperingkat sekolah,
kolej, universiti atau apa sekalipun. Kita hendaklah hormati setiap insan yang bergelar guru. Kita tidak dapat berjalan jika tidak ada tangan yang
mengangkat kita dahulu. Oleh itu, kita haruslah berusaha kearah yang lebih baik dan sentiasa berterima kasih kepada guru yang telah membuatkan
kita berjaya hingga ke hari ini.
12

9) Pendapat mengenai kesesuaian konteks penggunaan teks, tatabahasa, serta ayat yang digunakan dalam cerpen tersebut.

Pada pendapat saya, ia terdapat beberapa pengunaan konteks yang menarik di dalam cerpen ini. Salah satunya ialah Puan Haridhah
menerangkan guru ibarat lilin. Tugas seorang guru terlalu berat untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi manusia berguna kepada agama,
bangsa dan negara serta memberikan ilmu pengetahuan untuk dijadikan bekalan di masa hadapan. Guru ibarat lilin membakar dirinya untuk
menerangi orang lain. Ya, guru umpama lilin. Lilin yang cukup terang yang memberikan orang lain menumpang cahayanya. Konteks ini menarik
bagi saya kerana, Menurut kamus dewan edisi ketiga, guru boleh didefinisikan sebagai orang yang mengajar, mendidik, pengajar atau pengasuh.
Memang jasa guru tidak ternilai dan jasanya tidak boleh dibeli dan dibayar dengan wang ringgit. Guru adalah insan bertuah yang dicipta oleh tuhan.
Guru umpama lilin membakar diri, menerangi dan mencahayai untuk keselesaan dan kesenangan hidup orang lain. Begitu besar pengorbanan
seorang insan yang bergelar guru. Guru mendidik pelajar supaya menjadi seorang yang berguna kepada agama bangsa dan negara. Mereka
umpama ibu bapa selepas kedua ibu bapa pelajar. Oleh itu, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menghargai jasa guru. Guru akan rasa dihargai
apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. Mereka juga mendidik kita menjadi insan
yang bertamadun, berilmu dan berguna untuk agama, bangsa dan negara. Contohnya, sebagai seorang pelajar, kita boleh mengucapkan selamat
sejartera bagi orang bukan Islam dan ucapan salam jika yang beragama Islam apabila bersua muka dengan guru. Hal ini kerana sikap
menghormati guru adalah amalan mulia dan sangat dituntut. Ilmu yang dicurahkan oleh guru amat penting bagi menjadikan seseorang itu insan
berguna pada masa hadapan. Pelajar juga tidak harus sombong terhadap guru kerana tanpa ilmu yang dicurahkan tanpa mengenal erti jemu
kepada kita, nescaya kita tidak akan cemerlang dan ilmu yang mereka berikan kepada kita tidak diberkati oleh tuhan. Ini kerana tanpa keberkatan,
sudah pasti kita tidak akan mengecapi kejayaan walaupun pelbagai usaha telah kita lakukan. Jadi, guru mesti dihormati kerana jasa mereka tidak
akan terhitung oleh kita. Jasa guru sebagai pendidik, mewarnai perjalanan ilmu setiap insan. Guru tidak pernah meminta wang ringgit dan harta
sebagai balasan. Cukuplah pelajar menghargai jasa mereka dengan cara menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Kita mesti menghantar kerja
yang diberinya mengikut masa yang ditetapkan. Seperti kata pepatah, masa itu emas. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan menegur
dan pelajar akan membuat pembetulan. Dengan itu, pelajar dapat belajar daripada kesilapan. Akhir sekali, lilin membakar diri amat sinonim
dengan jasa guru. Lagipun, guru telah berjaya melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Siapalah kita jika tanpa guru yang
pernah mendidik kita selama ini. Mereka haruslah dihormati kerana merekalah yang memberi kita pelajaran yang berguna dan membentuk jiwa
pelajar agar bertamadun. Selain itu, mereka juga harus diberi penghargaan sebagai guru cemerlang agar mereka rasa lebih dihargai kerana
pengorbanan mereka selama ini. Janganlah kita rugikan masa depan kita sendiri. Tepuk dada, tanyalah selera. Perjuangan guru umpama lilin,
membakar diri demi menerangi masa depan anak didik mereka. Terima kasih cikgu.
13
14
Level Criterion A: Analyzing Criterion C: Producing Text Criterion D: Using Language

7-8 i. provides i. produces texts that i. effectively uses a

perceptive analysis of the content, demonstrate a high degree of personal range of appropriate vocabulary,

context, language, structure, engagement with the creative process; sentence structures and forms of

technique, style of text(s) and the demonstrates a high degree of insight, expression
imagination or sensitivity and perceptive
ii. writes and speaks in
relationship among texts
ii. perceptively a consistently appropriate register
exploration of and critical reflection on
analyses the effects of the and style that serve the context and
new perspectives and ideas
creators choices on an audience ii. makes perceptive intention
iii. gives detailed iii. uses grammar,
stylistic choices in terms of linguistic,
justification of opinions and ideas syntax and punctuation with a high
literary and visual devices,
with a range of examples, and degree of accuracy; errors are minor
demonstrating good awareness of
thorough explanations; uses and communication is effective
impact on an audience
iii. selects extensive iv. spells/writes and
accurate terminology
iv. perceptively pronounces with a high degree of
relevant details and examples to develop
compares and contrasts by accuracy; errors are minor and
ideas with precision
making extensive connections in communication is effective
.
v. makes effective use
features across and within genres
of appropriate non-verbal
and texts.
communication

5-6 i. competently i. produces texts that i. uses an adequate

analyses the content, context, demonstrate considerable personal range of appropriate vocabulary,

language, structure, technique, engagement with the creative process; sentence structures and forms of

style of text(s) and the relationship demonstrates considerable insight, expression


imagination or sensitivity and
ii. sometimes writes
among texts
ii. competently and speaks in a register and style
substantial exploration of and critical
analyses the effects of the that serve the context and intention
reflection on new perspectives and ideas
ii. makes thoughtful iii. uses grammar,
creators choices on an audience
iii. sufficiently syntax and punctuation with some
stylistic choices in terms of linguistic,
justifies opinions and ideas with degree of accuracy; errors
literary and visual devices,
sometimes hinder communication
15
examples and explanations; uses demonstrating good awareness of iv. spells/writes and
accurate terminology impact on an audience pronounces with some degree of
iv. evaluates iii. selects sufficient
accuracy; errors sometimes hinder
similarities and differences by relevant details and examples to develop
communication
making substantial connections in ideas. v. makes some use of
features across and within genres appropriate non-verbal
and texts. communication

1-2 i. provides limited i. produces texts that i. uses a limited range

analysis of the content, context, demonstrate limited personal of appropriate vocabulary and forms

language, structure, technique and engagement with the creative process; of expression
demonstrates a limited degree of
ii. writes and speaks in
style of text(s) and the relationship
an inappropriate register and style
among texts insight, imagination or sensitivity and
ii. provides limited that do not serve the context and
minimal exploration of and critical
analysis of the effects of the intention
reflection on new perspectives and ideas
ii. makes minimal stylistic iii. uses grammar,
creators choices on an audience
iii. rarely justifies syntax and punctuation with limited
choices in terms of linguistic, literary and
opinions and ideas with examples accuracy; errors often hinder
visual devices, demonstrating limited
or explanations; uses little or no communication
awareness of impact on an audience
iii. selects few relevant iv. spells/writes and
terminology
iv. evaluates few pronounces with limited accuracy;
details and examples to develop ideas.
similarities and differences by errors often hinder communication
v. makes limited
making minimal connections in
and/or inappropriate use of non-
features across and within genres
verbal communication techniques
and texts.

0 The student does not reach a standard described by any of the descriptors above.
21 Oct

Anda mungkin juga menyukai