Anda di halaman 1dari 2

TEKS PIDATO SPONTAN

SEKOLAHKU SYURGAKU

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh


dan salam satucfrrff Malaysia. Sekalung apresiasi saya ucapkan buat
pemimpin dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru pendidik
anak bangsa, dan seterusnya, hadirin hadirat sekalian.

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari,

Bukan sekadar ingin bermimpi, tetapi ingin kalian menyelami wacana


berbunyi:

Sekolahku Syurgaku.

Terlebih dahulu definisi pidato saya jelaskan.

Sekolah merupakan institusi untuk menimba ilmu. Manakala syurga pula


ditafsirkan sebagai tempat yang indah, menarik dan gembira ketika
berasa didalamnya. Maka, ungkapan Sekolahku Syurgaku melambangkan
bahawa sekolah merupakan tempat menimba ilmu yang menarik dan
indah ketika menjejak kaki ke dalamnya

Persoalannya bagaimanakah caranya menjadikan sekolah bagaikan


syurga? Saya rungkaikan persoalan ini dengan dua idea.

Warga dewan budiman,

Idea pertama : Aspek fizikal

Warga dewan budiman,

Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan


Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan
sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Usaha ini juga
memerlukan pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan
dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan
membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan memangkinkan
semangat seluruh warga sekolah untuk memastikan program ini berjaya
diadakan. Sebagai impak perlaksanaan program ini, sekolah pastinya akan
berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan terjamin keselamatannya. Inilah
gambaran sekolahku syurgaku.

Idea kedua saya, aspek spiritual.

Sukakan guru kerana ilmunya, sukakan gaharu kerana harumnya. Pembangunan


fizikal sesebuah sekolah mestilah seiring dengan pembangunan persekitaran
yang menghijau. Sebagai analoginya, sekolah dalam taman merupakan idaman
setiap manusia supaya alam kita terus dipelihara dan dilestarikan dengan pokok
yang menghijau. Menurut kajian dan tinjauan dalam Laporan Alam Sekitar,
pencemaran akan melunturkan minat seseorang pelajar untuk belajar dengan
selesa. Keindahan sekolah terhasil dari kerjasama yang erat dari seluruh warga
sekolah sama ada dari pentadbiran, guru,ibubapa dan murid-murid. Kerjasama
semua pihak pastinya akan melahirkan suasana yang damai dan tenteram. Inilah
gambaran kehidupan syurga di sekolah yang akan damai dan menenangkan.

Warga dewan budiman,

Kesimpulannya prakarsa aspek fizikal dan spiritual merupakan usaha2


yang dilaksanakana oleh seluruh warga sekolah bagi melahirkan suasana
yang indah dan mendamaikan. BEnarlah bahawa Sekolahku Syurgaku.

Sekian, puteri pemidato mengundurkan diri. Wabillahitaufik walhidayah


wassalamualikum..