Anda di halaman 1dari 9

SJK(T) LADANG ULU BERNAM 2, 36500 ULU BERNAM,

HILIR PERAK

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI YANG KE- 1

Tarikh : 29 JANUARI 2016

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Makmal Komputer

KEHADIRAN:
1. Pn.J.S. Pelominah
2. En.Harivalagan
3. En. Thilainathan
4. En.Batmanathan
5. Pn.G.Priyaah
6.En.Thamilmani
7. En.Aginish
8. En.Afiq
9. Cik.Ashwiniy
10. Cik. Subashiny
11. Cik.Vasugi
12. Cik.Malarvili
13. Pn.Jeyaletchumi

1.0 Ucapan aluan


1.1 Encik Afiq selaku ketua panitia PJK mengalu-alukan kedatangan semua ahli ke mesyuarat panitia kali
kedua. Encik Afiq mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke mesyuarat.
1.2 Encik Afiq berharap agar para guru dapat memberikan idea-idea yang bernas bagi meningkatkan
mutu dan keberkesanan panitia pada tahun ini.
1.3 En. Krishnan juga meminta guru yang akan mengajar Subjek Pendidikan Jasmani pada tahun ini
supaya mengikut setiap yang perkara yang ditekankan semasa latihan dalam, perkhidmatan untuk
dokumen standard kurikulum dan Pentaksiran subjek Pendidikan Jasmani.
2.0 Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Jasmani 2017.
2.1 En.S.Suriesh telah membentangkan Ahli Jawatankuasa Panitia Pendidikan Jasmani bagi tahun 2017.
Pengerusi : Pn.J.S Pelominah (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Encik Harivalagan (PK.Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Encik Thilainathan (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Encik Batmanathan (PK KOKO)
Setiausaha : Encik Muhammad Afiq
AJK : Semua guru PJK
Tindakan : Makluman

3.0 Rancangan Pengajaran / Dokumen Standard dan Prestasi


3.1 Setiap guru matapelajaran Bahasa Malaysia harus menyerahkan rancangan pengajaran tahunan dan
dokumen standard dan prestasi kepada ketua panitia.

Tindakan : Semua Guru PJK

4.0 Buku Persediaan Mengajar


4.1 Ketua panitia telah membentangkan format penulisan rancangan pengajaran harian untuk tahun ini.
Semua guru Bahasa Malaysia harus mengikut format ini semasa menulis rancangan pengajaran harian.

Tindakan : Semua Guru PJK

5.0 Buku atau sumber rujukan untuk PdP


5.1 Senarai Buku Teks Matapelajaran PJK 2017.

BIL ITEM / NAMA BAHAN KUANTITI


1 BUKU TEKS PJ TAHUN 1,2 & 3 10
BUKU TEKS PJ TAHUN 4,5 & 6 10
2 BUKU TEKS PK TAHUN 1,2 & 3 12
BUKU TEKS PK TAHUN 4,5 & 6 12
Tindakan: Makluman

6.0 Mesyuarat
6.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan panitia hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali
setahun, Pengurusan setiap mesyuarat perlu diuruskan dengan sempurna, ada surat panggilan
mesyuarat,agenda, maklum balas dan penyediaan minit mesyuarat.

Tindakan: Setiausaha Kurikulum & Ketua Panitia

7.0 Peperiksaan
7.1 Encik Afiq telah membentangkan prosedur dan tatacara penyediaan kertas peperiksaan PJK bagi
tahun 2017.
7.2 Berikut merupakan prosedur-prosedur yang harus dipatuhi oleh guru-guru PJK.
BIL ASPEK PRNERANGAN

1 Jumlah muka surat - Bagi setiap kertas 1 yang digubal tidak harus melebihi 10
muka surat.
- Bagi kertas 2 jumlah muka surat tidak harus lebih daripada7
bagi kertas.
2 Font - Saiz 12
- Arial
- Spacing 1.5
- Ruang jawapan yang secukupnya harus diberikan dalam
kertas peperiksaan.
- Kertas harus dibuat mengikiut format baharu
- Guru-guru harus menggunakan muka hadapan seragam yang
diberikan.
3 Penyedian Ujian - Guru-guru harus mematuhi garis panduan ini semasa
menggubal kertas soalan.
- Kertas ujian yang digubal, harus dihantar kepada penolong
kanan untuk tujuan pengesahan dan seterusnya harus
dihantar kepada guru besar.
- Soalan harus digubal sendiri oleh guru-guru menggunakan
JSU

Tindakan : Semua Guru PJK

8.0 Pengajaran Dan Pembelajaran


8.1 Kaedah pembelajaran yang dijalankan haruslah bersesuaian dengan tahap murid.
8.2 Strategi pembelajaran yang pelbagai harus digunakan oleh guru-guru.
8.3 Strategi pembelajaran yang digunakan harus berfokus kepada pembinaan ilmu secara konstruktuvis.
8.4 Murid-murid harus disusun dalam kumpulan mengikut tahap mereka dan aktiviti yang sesuai harus
disediakan mengikut kemampuan mereka.
8.5 Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 harus dintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
8.6 Set induksi wajib diadakan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. (*set induksi juga boleh
digunakan dengan mengaitkannya dengan pengalaman pembelajaran murid yang lepas.)
8.7 Semua guru harus menggunakan bahan bantu mengajar 60% peratus daripada bilangan waktu yang
telah diperuntukkan bagi setiap matapelajaran.
8.8 Pembelajaran kooperatif harus digalakkan oleh guru-guru. Oleh sebab itu guru harus memberikan
aktiviti kumpulan dalam 60% daripada waktu yang diperuntukkan.
8.9 Bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru matematik harus dikongsi secara sistematik
berdasarkan keperluan.

Tindakan : Semua Guru PJK

9.0 Band / Tahap pencapaian bagi tahun 2017


9.1 Tahun 2
Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

4
4

4
9.2 Tahun 3
Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan
9.3 Tahun 4
Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

9.4 Tahun 5
Pendidikan Jasmani

2 4

Pendidikan Kesihatan

2 4

9.5 Tahun 6
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Kesihatan

Tindakan: Makluman

10.0 Program Tahunan 2017


10.1 En.Afiq membentangkan program-program yang akan diadakan pada tahun ini:
BIL Program Bulan
1 Latihan Untuk Pertandingan Sukan & Olahraga Antara Jan - March
2 Sekolah Dan Daerah April
3 Program SEGAK April
Mengadakan Latihan Intensif
4 Permainan Dalaman Mei
5 Pertandingan Mewarna Jun
6 Jom Senam Robik Beramai-Ramai Julai

7 Buku Skrap Pendidikan Jasmani Ogos


8 Gotong Royong Jan-March
9 Ruangan / Sudut Khas Yang Berkaitan Dengan PJ Jan-March
Tindakan : Guru-guru PJK

11.0 Kekuatan, kelemahan dan tindakan susulan dalam pengajaran dan pembelajaran dan
penetapan target.
11.1 Tahun 2
Kekuatan
En. Afiq menyatakan bahawa keempat-empat murid berkebolehan untuk mencapai band 4 jika
dibimbing dengan berterusan.

Kelemahan
Ada seorang murid yang sering ponteng kesekolah dan seorang lagi dikesan koordinasi tangan
dan kaki tidak berapa selaras dengan mata.

Tindakan Susulan
Kaedah peneguhan positif dan latih tubi akan digunakan untuk meningkatkan motivasi diri murid-
murid.

11.2 Tahun 3
Kekuatan
En. Afiq mengatakan bahawa kedua-dua berkebolehan untuk mencapai band 4 jika dibimbing
dengan berterusan.

Kelemahan
Murid kurang terdedah dengan pelbagai sukan di rumah dan terdedah kepada tahap obesiti.

Tindakan Susulan
Kaedah peneguhan positif dan kepelbagaian permainan akan digunakan untuk meningkatkan
motivasi diri murid-murid.

11.3 Tahun 4
Kekuatan
En. Aginesh mengatakan bahawa semua murid tahun 4 berkebolehan untuk mencapai band 4
jika dibimbing dengan berterusan.

Kelemahan
Peralatan Pendidikan Jasmani yang sedia ada rosak dan tidak selamat untuk digunakan.

Tindakan Susulan
Senarai peralatan yang diperlukan telah diberikan kepada setiausaha untuk tindakan selanjutnya.
11.4 Tahun 5
Kekuatan
En. Aginesh telah mengatakan bahawa murid tersebut telah mencapai band 4.
Kelemahan
Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani.

Tindakan Susulan
Senarai peralatan yang diperlukan telah diedarkan kepada setiausaha Pendidikan Jasmani.
11.5 Tahun 6
Kekuatan
En. Aginesh telah mengatakan semua murid berkebolehan untuk mencapai yang terbaik jika
dibimbing secara berterusan.

Kelemahan
Kekurangan peralatan Pendidikan Jasmani.

Tindakan Susulan
Senarai peralatan yang diperlukan telah diedarkan kepada setiausaha Pendidikan Jasmani.

5.0 Hal-hal lain


5.1 En.Afiq meminta senarai BBM telah disediakan .
5.2 En.Afiq memberitahu mengenai sebarang kekeliruan mengenai cara mengajar boleh dirujuk
dengannya supaya dapat mengelak sebarang perkara yang tidak diingini.

Tindakan : Guru-guru PJK

14.0 Ucapan Penangguhan

Guru Besar telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah memberi kerjasama
dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Beliau berharap semua guru akan memainkan peranan dan
tanggungjawab masing-masing dalam memastikan kejayaan murid.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 pagi.

Disemak oleh,

Disediakan oleh,

.............................................
(En.Afiq)
(Encik. Harivalagan)
Penolong Kanan Pentadbiran,
SJK (T) Ladang Ulu Bernam 2.
Ketua Panitia PJK

Disahkan oleh,

(Puan J.S Pelominah)


Guru Besar,
SJK (T) Ladang Ulu Bernam 2.

Anda mungkin juga menyukai