Anda di halaman 1dari 12

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak Sedunia 2016

(Syahrizal)

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha


En. Fahmi Izzudin Bin Abdul Jalal , Wakil daripada CCM
dengan diiringi oleh Pn. Rozita binti Ahmad, Guru Besar
SK Sungai Ramal Dalam, barisan pentadbir, dan tokoh-
tokoh murid.

Dipersilakan semua hadirin mengambil tempat.

Alu aluan:
(Kak Yati)

Bismillahirrahmanirrahim

Yang berbahagia,
En. Fahmi Izzudin Bin Abdul Jalal, wakil daripada CCM,
Yang berusaha,
Puan Rozita Binti Ahmad,Guru Besar SK Sungai Ramal
Dalam,
Yang dihormati,
1)Puan Siti Junizan bt Sairi,Penolong kanan kurikulum
2)Puan Azlina bt. Yusuf, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
3)En. Jamaludin Bin Nayan, penolong kanan Ko kurikulum,
4)Puan Nur Rashidah Khairunnisa Ranjeeta Bt Abdullah,
penolong kanan petang

Dan seterusnya yang kami raikan pada hari ini, murid-


murid SK sungai Ramal Dalam sekalian
Assalamualaikum wbt dan ucapan selamat datang ke
Majlis Sambutan Hari Kanak Kanak peringkat Sekolah
tahun 2016

DOA
(Syahrizal)

Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan


rasa kesyukuran ke hadrat Allah, Tuhan Yang Maha Tinggi
kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan
lagi pada pagi ini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana


taqwa

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita


bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan
kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput Ustaz Mohd
Faiza B Mohd Ariffin untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......

Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan


kepada Ustaz Mohd Faiza B Mohd Ariffin atas bacaan
doa sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN
(Syahrizal)

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang


berusaha, Puan Rozita Bt. Ahmad, Guru Besar SK Sungai
Ramal Dalam untuk menyampaikan ucapan perasmian.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rozita Binti Ahmad


di atas ucapan perasmian itu tadi

UCAPAN WAKIL MURID


(Kak Yati)

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik Nurul


Atiqah Bt Mohd Rizal untuk menyampaikan ucapan wakil
murid. Dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Adik Nurul Atiqah Bt Mohd


Rizal di atas kesudian menyampaikan ucapan itu tadi.

SLOT CCM-Anugerah Murid


(Syahrizal)

1)Bagi meneruskan acara, Seterusnya, majlis akan


mengumumkan Anugerah Murid Tokoh CCM

Bagi anugerah murid tokoh CCM, majlis dengan ini


menjemput Puan Fadhilah Bt Ahmad untuk membacakan
biodata
Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis berbesar hati
menjemput En. Fahmi Izzudin Bin Abdul Jalal dengan
diiringi oleh Puan Rozita Binti Ahmad, Guru Besar SK
Sungai Ramal Dalam, dipersilakan

Untuk itu majlis mempersilakan Adik Zikri Ikhmal Bin


Abdul Kahar sebagai penerima Anugerah Tokoh CCM.
Untuk makluman, tokoh akan menerima Piala Iringan,
Sijil, wang tunai bernilai RM500 dan Voucer buku bernilai
RM200.

Terima kasih di atas kesudian En. Fahmi Izzudin Bin Abdul


Jalal menyampaikan hadiah tokoh kanak-kanak itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih daripada pihak sekolah,
majlis berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada
Encik Fahmi Izzudin Bin Abdul Jalal

2)Seterusnya, majlis akan mengumumkan Anugerah


Tokoh Kanak-kanak

Bagi anugerah tokoh kanak-kanak, majlis sekali lagi


menjemput Puan Fadhilah Bt Ahmad untuk membacakan
biodata

Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis berbesar hati


menjemput Puan Rozita Bt. Ahmad, Guru Besar SK Sungai
Ramal Dalam dengan diiringi oleh Puan Siti Junizan Bt
Sairi, dipersilakan

Untuk itu majlis mempersilakan Adik __________________


sebagai tokoh kanak-kanak kategori lelaki
Manakala majlis mempersilakan Adik___________________
sebagai tokoh kanak-kanak kategori perempuan

Terima kasih di atas kesudian Puan Rozita Bt Ahmad di


atas kesudian menyampaikan hadiah tokoh kanak-kanak
itu tadi.

3)Seterusnya pula, majlis dengan ini menjemput Puan


Fadhilah Bt Ahmad untuk membacakan biodata bagi
Penerima Anugerah Sahsiah terbaik

Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis berbesar hati


menjemput Puan Siti Junizan Binti Sairi, Penolong Kanan
Kurikulum SK Sungai Ramal Dalam dengan diiringi oleh
Puan Azlina Bt. Yusoff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
dipersilakan

Untuk itu majlis mempersilakan


Adik______________________ sebagai penerima anugerah
sahsiah terbaik

Terima kasih di atas kesudian Puan Siti Junizan Binti Sairi


di atas kesudian menyampaikan hadiah tokoh kanak-
kanak itu tadi.

4)Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian


anugerah kedatangan penuh.

Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis berbesar hati


menjemput Puan Azlina Bt Yusoff, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, SK Sungai Ramal Dalam dengan diiringi oleh
En Jamaludin Bin Nayan, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum, dipersilakan
Untuk itu majlis mempersilakan
Adik______________________ sebagai penerima kedatangan
penuh

Terima kasih di atas kesudian Puan Azlina Bt Yusoff di


atas kesudian menyampaikan hadiah penerima
kedatangan penuh

5) Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian


anugerah nilam tahap 1 dan 2.

majlis dengan ini menjemput Puan Shazila Bt. Nordin


untuk membacakan biodata bagi Penerima Anugerah
Nilam

Bagi menyampaikan anugerah ini, majlis berbesar hati


menjemput En Jamaludin Bin Nayan, Guru Penolong
Kanan Ko Kurikulum SK Sungai Ramal Dalam dengan
diiringi oleh Puan Nur Rashidah Khairunnisa Ranjeeta Bt.
Abdullah, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
dipersilakan

Untuk itu majlis mempersilakan


Adik______________________ sebagai penerima anugerah
Nilam Tahap 1
Manakala Majlis turut menjemput
Adik______________________ sebagai penerima anugerah
Nilam Tahap 2

Terima kasih di atas kesudian En Jamaludin Bin Nayan di


atas kesudian menyampaikan hadiah anugerah Nilam
PERSEMBAHAN MURID PRASEKOLAH
(Syahrizal)

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Pra


Sekolah untuk membuat persembahan bertajuk gadis dan
bunga. Dipersilakan

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang


dipertontonkan oleh adik-adik cilik dari pra sekolah
sebentar tadi

Untuk pengetahuan semua, persembahan tersebut


adalah dibawah bimbingan Puan Siti Nur Bahiyah Bt
Sulaiman

REHAT
(Kak Yati)

Majlis berhenti rehat seketika

Dijemput Encik Fahmi Izzudin Bin Abdul Jalal diiringi Guru


Besar dan barisan pentadbir untuk menikmati jamuan
yang disediakan di bilik Pemulihan

Seterusnya masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba.


Majlis akan diteruskan dengan acara nyanyian dan
persembahan
1)Majlis dengan ini menjemput murid tahun 2 naik ke
pentas
Untuk persembahan Fashion Show , dipersilakan

Sungguh berbakat adik-adik cilik tadi menggayakan


pelbagai jenis pakaian

2) Majlis seterusnya menjemput murid tahun 4 naik ke


pentas
Untuk persembahan Tarian Zapin

Sungguh hebat persembahan murid-murid itu tadi

3) Majlis seterusnya menjemput murid tahun 3 naik ke


pentas
Untuk persembahan Nyanyian Solo dan duet, dipersilakan

4) Majlis seterusnya menjemput murid tahun 5 naik ke


pentas
Untuk persembahan Cup Song dan Tarian, dipersilakan

5) Majlis seterusnya menjemput murid tahun 6 naik ke


pentas
Untuk persembahan Musical Song

6)Majlis seterusnya menjemput murid tahun 1 naik ke


pentas
Untuk persembahan Tari Aerobik Zumba,

7) Seterusnya murid-murid akan dipersembahkan dengan


persembahan badut dan silap mata, dipersilakan
-----
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka
berakhirlah sudah hari Kanak-kanak peringkat SK Sungai
Ramal Dalam. Semoga ia menjadi satu majlis yang
menjadi kenangan terindah untuk semua

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya


sampaikan kepada semua warga kerja yang terlibat
dalam menjayakan majlis ini.

Sekian Terima kasih

optional

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian


menyampaikan anugerah itu tadi.
Sebagai penghargaan dan terima kasih yang tidak
terhingga, majlis mempersilakan Pn Rozita Bt. Ahmad
untuk menyampaikan cenderahati kepada
_____________________________.
1)Ada hadiah utk ccm x
2)Susunan tokoh kanak-kanak ada pembaca biodata?
3)Nak umum tutup majlis tak?
Penutup

http://documents.tips/documents/skrip-pengacara-majlis-
hari-penyampaian-hadiah.html

mempersilakan murid-murid Prasekolah Cemerlang dan


Bestari untuk membuat persembahan kategori Pakaian
Beragam. Dipersilakan........
(JAMALIAH)
(JASIKA)
Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah
membuat persembahan. Semoga sidang hadirin
terhibur........

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari


Tahun Lima untuk membuat persembahan nyanyian yang
bertajuk Gemuruh. Dipersilakan........
Begitulah merdunya suara-suara kakak Tahun Lima
memperdengarkan lagu sebentar tadi. Semoga kita
semakin bertambah semangat setelah mendengar lagu
tersebut. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari


Tahun Satu untuk menunjukkan bakat nyanyian mereka.
Tajuk lagu mereka ialah Cinta Muka Buku. Dengan
sukacitanya, majlis mempersilakan........ :D
(JASIKA)
(JAMALIAH)
Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun Satu
atas nyanyian yang begitu merdu sebentar tadi.

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi,


maka
berakhirlah acara kita pada hari ini.

(( Burung kelicap makan padi,


Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan


diraikan dengan jamuan di kelas masing-
masing..SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA...Jumpa
lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah..

Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan


silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq


walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa
Barakatuh.
(JASIKA)

PERSEMBAHAN TAEKWANDO
(Kak Yati)

Sebagai pembuka majlis hari ini, majlis akan diserikan


dengan persembahan taekwando dari _________________.
Majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada _____ di atas
persembahan pembukaan yang sungguh hebat itu tadi.