Anda di halaman 1dari 11

SEMESTER MEI 2014

OUMM3203

PROFESSIONAL ETHICS

NAMA : WARI ULIYANI BT. MOHAMMED YUSOFF


NO. MATRIKULASI : 670618035380001
NO. KAD PENGENALAN: 670618035380
NO. TELEFON : 011 29455949
E-MEL : husniyani@gmail.com

1
ISI KANDUNGAN HALAMAN

1. PENGENALAN 3

2. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ETIKA 4-7

I. Faktor Keluarga

ii. Faktor Rakan Sebaya

iii. Faktor Situasi

3. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG 8- 9

4. RUMUSAN 9- 10

5. RUJUKAN 11

2
Pengenalan
Dari segi bahasa, perkataan etika adalah berasal daripada bahasa Inggeris `Ethic` dan
dalam bahasa Greek `Ethos` yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan
dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Etika dari segi istilah telah
dikemukakan oleh para filosofi dengan maksud yang berbeza mengikut sudut pandangan
masing-masing. Menurut Frankena (1973), etika merupakan falsafah moral atau pemikiran
falsafah tentang kemoralan, masalah moral dan pertimbangan moral. Menurut Ahmad Amin
(1983), etika adalah ilmu yang menjelaskan baik dan buruk, menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh manusia dan menyatakan tujuan ke atas perbuatan mereka. Begitu
juga menurut Abdul Fatah Hassan (2001), etika ialah tindakan menyelidik, memikirkan dan
mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Selain itu, menurut Encyclopedia
Britanica, etika dinyatakan sebagai falsafah moral yang berkaitan dengan pembelajaran
sistematik mengenai sifat dasar dari konsep-konsep nilai baik, buruk, harus, benar, salah dan
sebagainya.
Berdasarkan definisi-definisi etika yang tersebut, dapat dinyatakan bahawa etika
merupakan ilmu pengetahuan yang berhubung dengan keupayaan menentukan perbuatan
yang dilakukan manusia sama ada baik atau buruk. Dalam erti kata lain, etika adalah aturan
atau pola tingkah laku yang dihasilkan oleh akal manusia bagi membezakan antara yang baik
dan yang buruk dalam masyarakat serta membatasi perlakuan baik dan jahat.
Etika juga merupakan tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh
manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang
moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Fungsi
etika menggariskan beberapa prinsip ukuran asas untuk menentukan apakah tingkah laku
yang bertanggungjawab dan apakah yang tidak. Sebagai contoh, perbuatan mencuri dan
merosakkan harta kerajaan adalah merupakan perbuatan vandalisme yang melanggar
peraturan yang telah ditetapkan. Kedua-dua perbuatan ini telah merosakkan etika
kemasyarakatan sehingga ia menyusahkan orang ramai untuk menikmati kemudahan yang
telah disediakan oleh kerajaan. Fungsi etika mengkelaskan bahawa perlakuan tersebut satu
tingkah laku yang tidak bertanggungjawab bagi menentukan batas kelakuan yang baik dan
jahat yang meliputi pelbagai ragam masyarakat.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembentukan etika individu antaranya
ialah peranan institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengalaman hidup setiap individu,
nilai peribadi dan faktor situasi.

3
Penilaian faktor-faktor yang membentuk etika individu.

i. Peranan institusi keluarga.


Institusi keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk etika individu
dalam sebuah masyarakat. Keluarga ialah kumpulan paling penting dalam pembentukan
identiti di mana ia merupakan suasana pertama yang dilihat oleh seseorang setelah dilahirkan.
Boleh dikatakan sebahagian masa yang kita lalui adalah dihabiskan bersama keluarga.
Meskipun terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sikap, tabiat dan cara pemikiran
seseorang seperti kawan , persekitaran dan media, tetapi masih ramai yang bersetuju
mengatakan bahawa keluarga adalah faktor yang paling kuat mempengaruhi pembentukan
etika individu.
Fungsi keluarga tidak hanya terbatas untuk mengembangkan keturunan keluarga
sahaja. Malah dalam bidang pendidikan, keluarga merupakan sumber pendidikan utama
kerana segala pengetahuan dan kecerdasan intelektual manusia diperolehi oleh kanak-kanak
daripada ahli keluarganya. Seringkali dinyatakan ibubapa yang menentukan kejayaan anak-
anak dalam pelajaran. Ini kerana ibubapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang
sehingga timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri anak-anak dalam mengejar
cita-cita. Pola tingkah laku anak-anak banyak diperolehi dari pengalaman semasa mereka
membesar dalam sebuah keluarga melalui pemerhatian, persekitaran dalam rumah dan
didikan dari ahli keluarga di mana ia dapat memberi kesan ke atas pembentukan personaliti,
motivasi dan pencapaian akademik individu. Dorongan dan galakan, disiplin di rumah,
hubungan yang utuh antara ahli keluarga dapat membentuk etika yang positif dari segi mental
dan fizikal. Namun pada masa kini, nilai kekeluargaan semakin pudar dan rapuh dalam
kalangan masyarakat sedangkan ia memainkan peranan penting untuk pembesaran dan
perkembangan emosi individu. Perubahan cara hidup hari ini menyebabkan ibubapa terpaksa
membiarkan anak-anak membesar di tangan orang lain tanpa perhatian yang sewajarnya.
Sebagai contoh, melalui pengalaman yang telah saya jalani iaitu didikan yang tegas
telah diberikan oleh kedua ibubapa saya terutama sekali dalam soal menepati masa. Mereka
sentiasa mengingati kami adik beradik agar sentiasa menepati masa dan mematuhi jadual
seharian semasa berada di rumah dan waktu persekolahan. Kami hanya dibenarkan bermain
di luar rumah pada waktu petang dan perlu kembali ke rumah sebelum masuk senja.
Sekiranya kami tidak mengikuti masa tersebut maka denda selama seminggu tidak
dibenarkan bermain di luar rumah. Ini adalah untuk memastikan kami dapat menghormati
masa dan mendisiplinkan diri dalam kehidupan.

4
Melalui pengalaman seterusnya, saya sentiasa dibimbing oleh kedua ibubapa dan ahli
keluarga yang lain dalam soal hubungan sosial dengan kawan-kawan. Mereka akan
memastikan saya berkawan dengan individu yang baik dari segi akhlak dan moral. Nasihat
dan teladan yang mereka tunjukkan kepada saya banyak mendorong dan mempengaruhi
pemikiran dan tingkahlaku saya dalam memilih kawan. Perhubungan berkawan perlu
mempunyai batas-batas tertentu terutama sekali dengan individu lelaki. Ini adalah untuk
mengelakkan dari berlaku gejala sosial yang berlaku secara berleluasa masa kini. Teladan
yang baik dari orang yang lebih dewasa dalam sesebuah keluarga dapat memberi contoh yang
baik kepada individu yang lebih muda dan belum matang dalam membuat keputusan.
Selain daripada itu, saya dan adik beradik yang lain sentiasa diingatkan untuk
menghormati kunjungan tetamu terutama sekali kunjungan dari keluarga yang jauh agar
hubungan kekeluargaan akan terus utuh. Kami dimarahi seandainya memencilkan diri di
dalam bilik kerana bagi kedua ibubapa saya ia adalah satu sikap yang tidak baik dan akan
dianggap sombong oleh tetamu. Sehingga ke hari ini, saya sentiasa mengingati segala
larangan dan suruhan ibubapa yang telah diberikan kerana ia banyak membantu saya dalam
menjalani kehidupan yang lebih sempurna dengan mengamalkan nilai-nilai murni seorang
individu.

ii. Pengaruh Rakan Sebaya


Menurut Hazil Abd.Hamid (1990), rakan sebaya diistilahkan sebagai golongan atau
kumpulan kanak-kanak atau remaja yang rata-rata mempunyai lingkungan umur yang sama.
Oleh yang demikian, rakan sebaya merujuk kepada kanak-kanak atau remaja yang sama
umurnya, yang menjadi pendengar setia, bersedia untuk membantu dan bersama-sama tatkala
ketika sedih mahupun gembira.
Setiap individu memerlukan seorang rakan yang boleh menemani mereka sepanjang
perkembangan zaman remaja. Dengan adanya rakan-rakan tersebut mereka boleh bertukar-
tukar fikiran, berkongsi masalah dan bantu-membantu ke arah kebaikan atau sebaliknya.
Kecenderungan remaja terhadap pengaruh rakan sebaya paling tinggi adalah pada umur 14
tahun hingga 18 tahun terutama para remaja yang mempunyai konflik dengan ibubapa dan di
rumah. Dengan ini, remaja lebih cenderung kepada pengaruh rakan sebaya dan menurut
tingkah laku anti sosial kerana mereka berada dalam proses membebaskan diri daripada
pengaruh ibubapa atau keluarga. Mereka ini berfikir untuk kepentingan diri sendiri tanpa
memikirkan akibat daripada kelakuan dan perbuatannya.

5
Pengaruh rakan sebaya adalah serius kerana ia boleh membentuk etika individu itu
sama ada baik atau buruk. Dari sudut positif, pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan
remaja-remaja sebagai seorang yang berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka
memilih untuk bergaul dan mendapatkan rakan-rakan yang mempunyai etika yang baik.
Mereka akan melakukan perkara-perkara yang tidak terkeluar daripada norma-norma
masyarakat seperti membantu masyarakat atau komuniti ketika ada program-program
kemasyarakatan melalui gotong royong.
Manakala dari sudut negatif, remaja cepat terpengaruh dengan sikap, nilai dan tingkah
laku terutama bagi remaja yang tercicir dalam pendidikan dan menghadapi masalah keluarga.
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berada di dalam kumpulan tersebut, maka akan
timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakannya .
Dengan perasaan ingin mencuba dan ingin tahu tentang keseronokkan menghisap rokok dan
didorong oleh rakan sebaya maka mereka terus mencuba dan akhirnya terjebak dengan
budaya menghisap rokok, gengsterisme, bergaduh, buli, samun dan penagihan dadah.
Berdasarkan pengalaman, ada seorang sahabat saya yang cukup baik budi pekerti dan
tingkah laku yang amat menyenangkan hati kawan-kawan yang lain. Kami berkawan
dengannya semenjak dari bangku sekolah. Selama saya kenali dia, dia adalah seorang yang
sopan dan baik tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati sekarang dia adalah
seorang yang agresif dan kasar pergaulannya dengan kawan-kawan. Saya hampir tidak
mengenalinya dengan sikapnya yang demikian. Menurut sumber tertentu, dia berubah adalah
disebabkan desakan hidup keluarga dan dia banyak bergaul dengan individu yang bermasalah
dari segi akhlak yang banyak menghabiskan masa di luar rumah.
Dari pengalaman tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa peranan rakan sebaya adalah
paling penting untuk mempengaruhi pembentukan etika individu. Kadang-kadang peranan
rakan sebaya boleh memberi impak yang positif kepada kita dan kadang kala ia memberi
pengaruh yang negatif dalam hidup kita.

iii. Faktor Situasi


Faktor situasi memainkan peranan penting dalam membentuk etika seseorang
individu sama ada baik atau buruk dan dapat diterima oleh masyarakat. Faktor situasi boleh
dimaksudkan dengan suasana atau kedudukan individu di dalam keluarga, masyarakat atau
komuniti, tempat kerja dan media yang boleh membawa kepada tingkah laku positif atau
negatif yang bergantung kepada situasi tersebut. Faktor situasi, pada kebiasaannya terbahagi

6
kepada beberapa situasi antaranya situasi persekitaran, situasi dengan kerelaan atau situasi
dengan paksaan.
Ramai keluarga yang berpendapatan rendah tinggal di bandar-bandar besar seperti
Kuala Lumpur, menetap di pangsapuri yang menempatkan sehingga ribuan penduduk dan
situasi di dalam rumah tersebut yang sempit terutama bagi kalangan yang mempunyai
bilangan ahli keluarga yang ramai menyebabkan remaja-remaja dalam keluarga tersebut
mempunyai perasaan bosan dan kekurangan aktiviti di dalam rumah. Dengan situasi yang
sedemikian, ia secara tidak langsung mendorong para remaja untuk keluar berseronok di luar
rumahbersama rakan-rakan dan melepak di kompleks membeli-belah. Ini akan mendedahkan
para remaja kepada gejala-gejala yang tidak sihat seperti dadah, rempit, dadah dan
vandalisme. Keadaan yang demikian boleh membentuk tingkah laku yang negatif. Bagi
remaja yang mempunyai pemikiran yang matang, mereka akan cuba mengelakkan diri untuk
tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Faktor situasi sebegini adalah disebabkan
oleh faktor situasi persekitaran.
Faktor situasi secara paksaan adalah berfokus kepada paksaan yang menyebabkan
seseorang itu membuat keputusan untuk melanggar atau mengikuti norma-norma masyarakat
setelah adanya unsur-unsur paksaan. Sebagai contoh, seorang anggota polis terpaksa
melepaskan tembakan terhadap seorang penjenayah sekiranya keselamatan mereka terancam.
Ini adalah untuk keselamatan diri mereka walaupun mereka telah diberikan latihan tentang
prosedur-prosedur untuk melepaskan tembakan.
Berdasarkan kepada pengalaman yang telah saya lalui, pada zaman saya masih kecil
dahulu saya pernah tinggal serumah dengan sanak saudara yang lain. Ini menjadikan
kesesakan dalam sebuah rumah dengan bilangan ahli keluarga yang besar. Ini adalah kerana
ada keluarga yang susah yang tidak ada tempat tinggal sendiri terpaksa menumpang di rumah
ibubapa saya. Keadaan yang sesak menjadikan kami sekeluarga tidak begitu selesa dalam
menjalani kehidupan dan kadang kala tercetus juga sedikit perbalahan antara kami dalam
keluarga yang melibatkan emosi sehingga terpaksa mengambil keputusan untuk tinggal di
luar rumah bersama dengan kawan-kawan. Apabila tinggal bersama kawan-kawan yang
mempunyai pelbagai kelakuan dan kerenah, sedikit sebanyak sikap mereka telah
mempengaruhi cara pemikiran saya. Namun apa pun kita perlu pandai menilai baik buruk
sesuatu perkara. Ini jelas menunjukkan bahawa faktor situasi mempengaruhi pembentukan
etika setiap individu.

7
Penguatkuasaan Undang-undang
Pelaksana dan penguatkuasaan undang-undang harus memainkan peranan awal dan
memantau pendidikan anak-anak bagi membentuk etika yang positif dalam kalangan
masyarakat. Agensi-agensi yang terlibat dengan aspek pelaksanaan, penguatkuasaan dan
pemantauan harus memainkan peranan yang proaktif dan berterusan. Tindakan
penguatkuasaan yang bermusim atau mengikut kemunculan isu tidak dapat memberi kesan
yang positif yang berpanjangan. Apa yang penting ialah tindakan pencegahan,
penguatkuasaan yang berterusan dan berpanjangan. Untuk itu, penambahan anggota, latihan,
kepakaran dan motivasi perlulah juga dititikberatkan. Unsur undang-undang yang bukan
sahaja bersifat menghukum tetapi juga mencegah, mendidik dan memberi pengajaran kepada
yang lain haruslah dipraktikkan. Penggubal undang-undang perlulah peka dengan kompleksiti
dan isu gejala sosial yang berkembang dengan zaman. Undang-undang perlu diperketatkan
dari masa ke semasa untuk mengelakkan sesuatu undang-undang itu dianggap tidak lagi
mampu menangani atau mencegah masalah.
Pengharaman pusat-pusat dan arked permainan video adalah langkah menggalakkan
dan proaktif oleh pihak kerajaan. Adalah diharapkan pusat atau kafe siber tidak lagi
menempatkan komputer yang boleh melibatkan permainan yang berunsur ganas dan lucah.
Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Bandaran boleh memainkan peranan yang lebih
proaktif dalam soal ini. Manakala pusat-pusat hiburan yang menjalankan operasi melebihi
waktu yang dibenarkan juga perlu diambil tindakan tegas. Remaja di bawah umur dibenarkan
masuk ke pusat hiburan mereka dengan mengambil minuman keras dan pil-pil khayal. Ini
menyebabkan berlaku masalah sosial dalam kalangan anak remaja seandainya ia tidak
dibendung dengan tindakan undang-undang.
Kerjasama dari pihak berkuasa air dan Tenaga Nasional serta polis dan Majlis
Bandaran diperlukan untuk tujuan penyitaan premis juga memotong bekalan elektrik dan air
sekiranya masih enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pihak penguatkuasaan Majlis
Bandaran dan Jabatan Agama dan lain-lain agensi boleh diberi kuasa yang lebih. Usaha yang
dijalankan dalam pembanterasan gejala sosial perlulah berterusan dan seimbang. Serbuan ke
pusat hiburan, karaoke dan disko serta tempat berkembangnya gejala sosial perlu lebih kerap
dilakukan. Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengisytiharkan aktiviti perjudian adalah
haram di sisi Islam kerana ada unsur penipuan.
Budaya pergaulan bebas, melepak dan membuang masa yang berlaku tanpa kawalan
akan mudah terdorong kepada budaya negatif. Justeru, ibubapa boleh memainkan peranan
memantau hubungan sosial anak-anak terutamanya pada peringkat remaja. Terdapat Enakmen

8
Jenayah Syariah Negeri yang memberi kuasa kepada pegawai penguatkuasa untuk
memberikan surat amaran serta mengarahkan menghadiri kaunseling di pejabat-pejabat
agama bagi pasangan-pasangan yang terlibat dalam perbuatan salah laku.
Pertubuhan-pertubuhan belia dan Non-Goverment Organisation (NGO) boleh
memainkan peranan proaktif untuk menangani masalah sosial. Perancangan yang teliti dan
pelan tindakan yang bersepadu dengan bantuan tenaga akademik dan pihak berkuasa boleh
diambil dengan berkesan kerana mereka lebih memahami masalah yang berlaku dalam
kalangan remaja. Pengerusi Jawatankuasa Kampung, Ketua Kampung, pemimpin
masyarakat, pembimbing belia, imam dan mereka yang dihormati dalam masyarakat boleh
memainkan peranan untuk membendung dan mencegah gejala sosial. Majlis penerangan,
ceramah, forum, tazkirah boleh dilakukan di peringkat taman perumahan, surau dan masjid.
Majlis penerangan yang dimaksudkan adalah melalui penjelasan tentang tanggungjawab
ibubapa dalam mendidik anak untuk menjauhi dari kegiatan-kegiatan yang merosakkan etika
seseorang. Melalui pengalaman yang pernah dilalui oleh jiran tetangga saya dimana seorang
daripada anak jiran tersebut telah terjebak dengan penagihan dadah dan mencuri di rumah
jiran berhampiran. Perbuatannya itu, telah disedari oleh orang ramai dan akibat dari
perbuatan tersebut maka dia telah dikenakan tindakan undang-undang. Pihak polis telah
menahan anak tersebut untuk beberapa bulan. Selepas dari kejadian tersebut, kecurian dan
kegiatan penagihan dadah dapat diatasi di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Pihak
polis juga sentiasa membuat rondaan bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Rumusan
Secara kesimpulannya, hasil dari perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa
faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya dan faktor situasi masing-masing memainkan peranan
penting dalam pembentukan etika individu. Hal ini membuktikan bahawa urusan
mengembangkan potensi dan pendidikan bukan hanya terletak dalam konteks persekolahan
semata-mata, malah perlu dilakukan secara holistik oleh semua pihak yang terlibat melalui
pelbagai pendekatan pembelajaran sosial permodelan, peneguhan, maklumbalas dan nasihat
secara langsung bagi menggalakkkan pembelajaran sosial yang positif. Elemen-elemen
pembelajaran sosial yang sedia wujud dalam kehidupan perlu digerakkan secara bersepadu
agar mereka turut memberi sumbangan yang positif terhadap pembinaan generasi muda yang
dinamik, berketrampilan dan berakhlak mulia. Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan,
masih terdapat juga faktor-faktor lain yang mempengaruhi pembentukan etika individu yang
perlu dikaji dan dikupas kerana ia akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada semua

9
golongan masyarakat dan pihak kerajaan bagi membendung masalah salah laku daripada
berleluasa dan berterusan sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa. Adalah amat merugikan
sekiranya generasi akan datang yang dikatakan sebagai pemimpin masa depan tidak
mempunyai disiplin dan etika yang baik disebabkan masalah salah laku yang mereka alami di
zaman persekolahan tidak dapat ditangani dengan baik. Semoga generasi muda pada hari ini
mempunyai etika dan disiplin diri yang tinggi bagi memastikan negara mempunyai pemimpin
masa depan yang boleh dipercayai.
Malah, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk
mewujudkan program-program bersama dengan badan-badan bukan kerajaan dan kelab-kelab
belia untuk membentuk etika remaja-remaja kepada kelakuan yang baik demi masa depan
negara. Salah satu program yang dijalankan adalah program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang memfokuskan kepada daya tahan diri dan secara langsung akan membentuk
keperibadian yang baik dalam kalangan remaja dan belia untuk menempuh masa depan yang
lebih mencabar. Manakala penguatkuasaan undang-undang pula adalah cara mendidik
masyarakat supaya lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian. Penguatkuasaan undang-
undang melibatkan denda, penangkapan saman dan lain-lain oleh pihak polis. Ia bertujuan
menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Malaysia melalui penguatkuasaan undang-
undang, pembentukan etika juga boleh terjadi sekiranya rakyat Malaysia memberi kerjasama.

PATAH PERKATAAN : 2581 PERKATAAN

10
RUJUKAN

Ann, HJ, & Kok, T.K, (2011) OUMM3203 Professional Ethics (2ndEd) Selangor, Malaysia :
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid. (1993). Pendidikan Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka

Ab Alim Abdul Rahim. (1994). Pengantar Psikologi Bilazim. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka

Bandura. A, Walter, R. (1959). Adolescent Aggression. Ronal Press

Hazil Abd Hamid (1990). Sosiologi Pendidikan Dalam Perspektif Negara. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustakail, Kuala Lumpur

Mahathir Mohamad. (1991). Malaysia : The way forward. Kertas Kerja dibentangkan dalam
masyarakat The Malaysian Business Council, Kuala Lumpur

Hasanah (2012) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan peribadi seseorang


remaja
Av: http//www.cikgu.hasanah.blogspot.com (24Feb2013)

11

Anda mungkin juga menyukai