Anda di halaman 1dari 21

0

JMS 415E

SEJARAH AMERIKA SYARIKAT

TAJUK TUGASAN INDIVIDU:


FAKTOR TOLAKAN IMIGRAN DUNIA LAMA KE DUNIA BARU

NAMA PENSYARAH:
DR. SAH HADIYATAN ISMAIL

NAMA:

MD. SOFI BIN IDRIS

NO. MATRIK:

(WE/JM/163/13)

NO. IC:

611110-02-5835
1

Isi kandungan Halaman

Halaman pengakuan 2

1.0 Pengenalan 3
2.0 Dunia Baru 4
3.0 Faktor-faktor penolakan
3.1 Eropah 6

3.2 Asia 12
3.3 Afrika 13
4.0 Kesimpulan 16

Bibliografi 17
2

Halaman pengakuan

I hereby certify that none if the lines or paragraph in this assignment contains writing from

other writer without it being stated appropriately in the reference.

Nama : Md Sofi bin Idris


Tandatangan :
Tarikh : 20 Januari 2017

1.0 Pengenalan
3

Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemller menghasilkan sehelai peta dunia

yang menamakan kawasan di Hemisfera Barat sebagai America sempena pengembara dan ahli

kartografi Itali, Amerigo Vespucci1. Bekas jajahan-jajahan British ini mula-mula menggunakan

nama United States dalam Perisytiharan Kemerdekaan, unanimous Declaration of the thirteen

United States of America (Perisytiharan sebulat suara tiga belas Negeri Amerika bersatu) yang

diterima oleh Representatives of the United States of America (Perwakilan Negeri-Negeri

Amerika bersatu) pada 4 Julai 17762. Pada 15 November 1777, Kongres Kebenuaan Kedua

menerima Perkara-Perkara Pergabungan (Articles of Confederation) yang menyatakan, "The

Stile of this Confederacy shall be 'The United States of America'" (Nama Pergabungan ini ialah

Negeri-Negeri Amerika Bersatu.) Perjanjian Perancis-Amerika pada tahun 1778 memakai nama

"United States of North America" (Negeri-Negeri Amerika Utara Bersatu), tetapi mulai 11 Julai

1778, "United States of America" dalam bil pertukaran negara, dan semenjak itulah menjadi

nama rasmi

negara ini3.

Dunia Lama terdiri daripada sebahagian wilayah dunia termasuk Eropah, Asia dan

Afrika sebelum Christopher Columbus menemukan Dunia Baru iaitu benua Amerika.

Walaupun orang Eropah telah menemui rantau Asia namun terdapat beberapa Wilayah yang

ditemukan setelah Dunia Baru seperti Oseania dan Antartika.

1 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Amerika_Syarikat

2 Ibid

3 Ibid
4

Peta Dunia Lama pada abad ke-15 oleh Peta Dunia Ptolemy

2.0 Dunia Baru

Dunia Baru merupakan gelaran yang digunakan untuk rantau Amerika. Istilah ini timbul pada

akhir abad ke-15, apabila orang Eropah yang menyangka bahawa dunia terdiri daripada Eropah,

Asia, dan Afrika4. Istilah Dunia Moden tidak wajar disamakan dengan Dunia Moden; dunia

moden secara amnya memaksudkan suatu zaman sejarah, bukan sebuah benua. Menurut The

American Heritage (2005) Dunia Baru ialah satu nama untuk benua Amerika, terutama semasa

pertama kali penjelajahan dan kolonisasi oleh orang Eropah keatas benua Amerika 5. Manakala

menurut Collins English Dictionary (2012) Dunia Baru ialah benua Amerika; hemisfera barat6.

4 https://ms.wikipedia.org/wiki/Dunia_Baru

5 http://www.dictionary.com/browser/new-world

6 ibid
5

Peta Dunia Baru oleh Sebastian Mnster yang pertama kali dipaparkan pada tahun, 1540

Pada tahun 1492, Christopher Columbus iaitu seorang pengembara dari Genoa menemui

beberapa pulau Karibia, dan buat pertama kalinya berhubung dengan mereka. Peter Martyr De

Anghiera menggelarkan Columbur sebagai menemu Dunia Baru (novi orbis). Martyr terus

mengungkitkan nama Dunia Baru dalam suratnya setahun kemudian. Martyr menerbitkan

sebuah kertas kerja yang bertajuk De orbe novo pada tahun 1516. Oleh itu, istilah Dunia Lama

wujud apabila wujudnya istilah Dunia Baru yang mula digempar gempurkan setelah

penjelajahan Christopher Columbus.

3.0 Faktor-faktor tolakan

Penduduk yang melakukan imigrasi disebut imigran manakala penduduk yang melakukan

emigrasi disebut emigran7. Kedatangan imigran dari Dunia Lama iaitu benua Eropah, Asia dan

Afrika ke Dunia Baru iaitu benua Amerika disebabkan faktor penolakan dan penarikan. Faktor

7 Sri Hayati et. al. 2007. Ilmu Pengetahuan Sosial Geografi untuk SMP dan MTs Kelas
VIII. Hal. 39-40
6

penolakan ialah punca mengapa penduduk meninggalkan negara masing-masing seperti bencana

alam, peperangan, politik yang bergolak, peluang ekonomi, penyebaran agama, perluasan kuasa

dan sebagainya8.

Perpindahan antarabangsa di kalangan penduduk ke beberapa kawasan dunia digerakkan

oleh beberapa faktor. Sejak dari dulu ekonomi memainkan peranan penting mendorong

berlakunya perpindahan antarabangsa. Di Eropah, kekurangan tanah pertanian akibat ledakan

penduduk menyebabkan berjuta-juta penduduk meninggalkan negara masing-masing pada abad

ke-19. Tujuan utama mereka ialah untuk mencari kekayaan di dunia baru terutama di Amerika

Utara yang subur dan kaya dengan berbagai-bagai sumber alam. Penduduk India dan China juga

meninggalkan negara masing-masing untuk mencari peluang meningkatkan taraf hidup di tempat

lain khasnya Asia Tenggara.

3.1 Eropah

Kedatangan bangsa Eropah ke Amerika berlaku kira-kira tahun 1600M 9. Gelombang

perpindahan ini berlangsung lebih dari 300 tahun. Kelompok yang paling banyak berasal dari

Inggeris. Wilayah pemukiman pertama Inggeris di Amerika adalah pos perdagangan yang

didirikan di James Town tahun 160710. Daerah Virgina merupakan pusat utama bagi penghasilan

tembakau. Tujuan bangsa Eropah masuk ke Amerika ialah untuk mendapatkan peluang ekonomi

yang lebih baik, selain mencari kebebasan untuk berpolitik dan beragama. Faktor Zaman

8 http://www.emigration.link/push-pull-factors-of-the-new-world.htm

9 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

10 Ibid
7

Renaissance iaitu Zaman Kegelapan bagi benua Eropah dan reformasi juga menyebabkan

berlakunya penghijrahan beramai-ramai penduduk benua Eropah ke Amerika11.

Zaman Renaisance telah mempengaruhi pelbagai sendi kehidupan, baik dari bidang

ekonomi, sosial, budaya, intelektual dan peradaban 12. Perubahan terjadi kerana semangat

rasionalism, yang mementingkan akal fikiran dalam menghadapi dan menyelesaikan segala

masalah13. Selain itu timbulnya semangat nasionalisme yang disokong oleh para raja baik di

Perancis, Jerman, Inggeris untuk menguasai tanah-tanah milik gereja. Semangat individualistik

yang ditanam dengan menolak kuasa rohani dan gereja serta baik pulih masyarakat dari sistem

feudal ke sistem masyarakat peniaga dan kapitalis 14. Pedagang Eropah membentuk organisasi-

organisasi yang lazim disebut sebagai Gilda, sesuai dengan nama organisasi ini anggotanya

terdiri daripada golongan pedagang15. Organisasi ini dibentuk untuk melindungi para peniaga

dari ancaman perang dan keganasan yang berlaku pada abad ke-1216.

Pada abad ke-13, gilda-gilda ini berkembang menjadi lebih berpengaruh sebagai

aristokrat dan eksklusif17. Kesan lain yang ditimbulkan dari perkembangan gilda-gilda adalah

munculnya bandar-bandar, yang berdirinya pelbagai jenis industri perkilangan, industri pakaian,

11 Ibid

12 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

13 Ibid

14 Ibid

15 Ibid

16 ibid

17 Ibid
8

dan sebagainya18. Munculnya industri skala besar dan kecil menimbulkan peranan industriawan

dan kaum peniaga menjadi semakin penting dalam ekonomi negara seperti di Florence (Itali)

sebagai pusat pengimport pakaian dari luar, terutama buku dari Bahasa Inggeris: Flanders,

dikenali sebagai pusat kerajinan: bandar Milan (Itali) sebagai pusat pembuatan mutu kerja besi :

Venice yang sangat terkenal pengeluaran kain brokatnya: Hamburg (Jerman), dan Bordeoux

terkenal dengan industri minuman bir dan Amsterdam sebagai pusat perdagangan ikan terbesar19.

Faktor yang dapat menjelaskan tentang perkembangan ilmu pengetahuan pada abad ke-13

hingga abad ke-15 di Eropah, ialah kemajuan ekonomi yang berkembang pesat dan kemunculan

bandar-bandar dagang di Eropah20. Selain itu, hubungan dan komunikasi yang semakin kukuh

dengan kawasan Byzantium dan pengaruh peradaban arab, di mana penduduknya bersungguh-

sungguh mempelajari falsafah dan ilmu pengetahuan yang telah berkembang lama di Yunani 21.

Semangat ini berperanan besar menyebabkan kebangkitan ilmu pengetahuan yang kemudiannya

dikembangkan oleh Tamadun Kristian - Barat22.

Dalam perkembangan dunia intelektual munculnya minat untuk mempelajari karya-karya

Aristotle tentang moral, etika dan falsafat 23. Antara sarjana yang berjaya menguasai karya-karya

Aristotle adalah seperti Albertus Magnus (1193-1280) dan Thomas Aquinas (1224-1274) yang

18 Ibid

19 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

20 Ibid

21 Ibid

22 Ibid

23 Ibid
9

belajar dibawah bimbingan Albertus Magnus. Karya terbesar Thomas Aquinas ialah berjudul

Summa Theologi (semacam Ensiklopedi Theologi). Tokoh intelektual yang turut mendapat

perhatian selepas Albertus Magnus dan Thomas Aquinas adalah pemikir kelahiran Inggeris,

Roger Bacon (1214-1292)24. Hasil pemikirannya wujud dalam karya besarnya Opus Majus atau

Greater Work. Teorinya ini melahirkan kesedaran dan berkembangnya ilmu tentang mesin,

navigasi, kereta, dan mesin terbang.

Renaisance, Rasionalisme dan kehidupan dalam gereja membolehkan berlakunya

pergerakan reformasi dalam bidang keagamaan25. Golongan paderi gereja lapisan bawah banyak

didominasi oleh kumpulan bangsawan yang kurang terdidik. Golongan paderi, biarawati, dan

gereja juga mempunyai tanah yang luas dan sangat subur. Sementara kehidupan awam sangat

miskin, sehingga terjadi jurang sosial yang ketara di antara kumpulan ini26.

Selain itu, terdapat juga pertentangan antara kaum bangsawan dengan raja27. Pertentangan

ini dicetuskan dengan dasar Raja Inggeris Henry VIII yang dikenali dengan Act of Supremacy28.

Dalam dasar tersebut menetapkan bahawa setiap pegawai harus mengucapkan setia kepada raja

sebagai ketua gereja Inggeris29. Hal ini membuatkan sebahagian masyarakat Inggeris keluar dari

24 ibid

25 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

26 Ibid

27 Ibid

28 Ibid

29 ibid
10

Inggeris untuk mendapatkan Dunia Baru bagi kebebasan beragama30. Pengaruh kekuatan antara

parlimen dan raja silih berganti di Inggeris apabila raja kuat maka parlimen lemah, sebaliknya

apabila Parlimen kuat maka raja pada pihak yang lemah31. Apabila raja Inggeris kuat pada kuasa

yang feodalistik otoritarian, mereka berpengaruh pada gelombang emigrant keluar Inggeris untuk

mencari kebebasan politik di Dunia Baru32.

Jacques Godechot, mengemukakan bahawa ada dua jenis struktur sosial di Eropah 33. Di

beberapa kawasan di Eropah petani adalah pemilik tanah, tetapi di tempat lain petani hanya

sebagai pekerja atau budak upahan34. Tanah-tanah luas dan subur di Eropah sebahagian besar

dikuasai oleh bangsawan dan gereja35. Peningkatan populasi penduduk di pelbagai negara Eropah

mencetuskan timbulnya revolusi36. Perkembangan jumlah penduduk mempengaruhi

pengubahsuaian demografi dan penyebaran penduduk37. Perubahan ini menimbulkan dua

masalah antaranya mata pencarian iaitu tambahan pengeluaran makanan yang harus seimbang

dengan perkembangan penduduk dan penambahan penduduk diperlukan lapangan pekerjaan

yang cukup, sehingga tidak menimbulkan pengangguran dan masalah-masalah sosial. Di

30 Ibid

31 Ibid

32 Ibid

33 ibid

34 Ibid

35 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

36 Ibid

37 Ibid
11

Inggeris, pengaruh Revolusi Industri meenyebabkan masalah buruh dan pekerjaan 38. Selain itu,

masalah sosial lain yang berlaku adalah masalah urbanisasi. Bagi mengatasi jumlah penduduk

yang banyak maka penghijrahan ke Dunia Baru merupakan langkah yang paling sesuai.

Faktor yang mencetuskan terjadinya Revolusi Industri di Inggeris, antara lain adanya

organisasi dengan pengurusan yang baik, tersedianya tempat kerja yang mencukupi dan tetap,

tersedianya alat-alat, baik sarana, prasarana yang canggih dan mekanis, tersedianya tenaga ahli

dan tenaga-tenaga terampil dan tersedianya bahan mentah yang cukup untuk kelangsungan

industri, sekaligus pasaran bagi hasil produksinya39. Revolusi Industri bermula dari bidang

pertekstilan, industri tekstil menjadi semacam tradisi dalam kehidupan masyarakat Inggeris 40.

Kemudian pada abad XVIII terjadi revolusi dalam pengolahan besi dan baja, faktor yang

mendorong berkembangnya industri logam antara lain bahawa di Inggeris bahan mentah logam

seperti biji besi, arang batu boleh didapati cukup banyak41.

Perkembangan yang terjadi di Inggeris akibat Revolusi Industri memunculkan kelas baru

dalam masyarakat yang bersifat kapitalistik42. Minat untuk menanamkan modal di luar negeri

seperti ke daerah jajahan merupakan suatu usaha ekstensifikasi modal 43. Gelombang perpindahan

38 Ibid

39 Ibid

40 Ibid

41 Ibid

42 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

43 Ibid
12

Inggeris ke Amerika juga berlaku secara besar-besaran terutama bagi mereka yang ingin

memperbaiki taraf hidupnya44.

Di antara negara-negara Eropah yang selalu terlibat dalam persaingan merebutkan daerah

baru di Amerika adalah Inggeris dan Perancis. Banyak pertentangan yang terjadi di Amerika

tidak terlepas dari pertentangan politik yang terjadi di Eropah antara kedua negara tersebut.

Pertentangan politik berubah menjadi peperangan yang dikenal dengan Perang Tujuh Tahun

(1756-1763)45. Peperangan di Eropah terjadi pula di daerah koloni, antara koloni Inggeris dan

koloni Perancis. Perang selama tujuh tahun tersebut dimenangi oleh Inggeris pada tahun 1763 46.

Sementara itu, kedatangan Sepanyol dan Portugis di Amerika Selatan lebih didorong oleh

keinginan untuk melakukan penjajahan dan pengeksplotasian terhadap sumber alam di wilayah

jajahan (Amerika Latin)47.

Kawasan Amerika Latin diterokai oleh penjelajah yang melakukan penerokaan untuk

mendapat upah dari negara asal mereka iaitu Sepanyol dan Portugis, kawasan yang dijumpai

akan ditawan dan dikuasai48. Wilayah yang dikuasai tersebut dibentuk dalam sebuah koloni 49.

Tiga kuasa Eropah yang bersiang ialah Inggeris, Sepanyol dan Portugis. Motif ekonomi

mengambil peranan di sebalik terjadinya migrasi Inggeris adalah untuk mengatasi pengangguran,

44 Ibid

45 Ibid

46 Ibid

47 Ibid

48 Ibid

49 Ibid
13

walau yang mendominasinya adalah penindasan keagamaan terhadap golongan Puritan 50.

Sementara Sepanyol dan Portugis memerlukan bahan mentah untuk pengeluaran dan djual di

pasaran Eropah51.

3.2 Asia

Pendudukan orang Asia di Amerika dikatakan bermula oleh orang Cina 52. Seperti yang berlaku di

negara-negara yang lain, imigran Cina ditolak secara paksa di Cina dan ditarik oleh Amerika

Syarikat. Faktor tolakan yang utama ialah bencana alam, masalah dalaman, dan imperialistik

aggressions di China pada tahun 1840-an dan 1850-an 53. Faktor tarikan pula ialah penemuan

emas di California dan peluang ekonomi di Amerika Selatan54.

Berdekad Wilayah Cina sering berlaku bencana alam55. Bencana yang utama berlaku di

Wilayah Henan pada tahun 1847 iaitu kemarau teruk 56. Kemudian banjir di Sungai Yangtze dan

empat Wilayah iaitu Hubei, Anhui, Jiangsu dan Zhejiang dan kebuluran di Guangxi pada tahun

184957. Banjir dan kebuluran di Guangdong menyebabkan kegagalan kepada Revolusi Taiping

50 http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-kedatangan-bangsa-
eropa.html

51 Ibid

52 http://www.asian-nation.org/first.shtml

53 Ibid

54 Ibid

55 http://immigrationtounitedstates.org/425-chinese-immigrants.html

56 Ibid

57 Ibid
14

(1850-1864), berlakunya kemusnahan tanah, golongan petani kehilangan punca pendapatan, dan

ekonomi menjadi tidak stabil58.

Tambahan pula, pengimportan candu menambahkan lagi krisis taraf sosial dan ekonomi.

1839 hingga 1842, berlaku Perang Candu disebabkan perniagaan dan pelaburan candu tidak

terkawal59. Jumlah import bertambah setiap tahun sehingga mencecah pada 52929 kotak pada

tahun 1850 sedangkan pada tahun 1842 hanyalah 33000 kotak60. Tahun 1848 menyaksikan

pengaliran keluar lebih daripada 10 juta tael perak, memburukkan lagi ekonomi dan kadar

tukaran tembaga-perak61. Kegawatan ekonomi seterusnya menyebabkan berlakunya inflaksi

barangan luar di pelabuhan terbuka62. Canton mendapat tekanan hebat kerana mempunyai sejarah

panjang sebagai pusat pelaburan luar dan hubungan luar paling luas63. Kegiatan industi tempatan

gagal beroperasi dan ekonomi pertanian yang berdiri sendiri juga musnah 64. Orang-orang Cina

yang terkesan dengan buruk sekali berpotensi menjadi emigran65.

3.3 Afrika

58 Ibid

59 http://immigrationtounitedstates.org/425-chinese-immigrants.html

60 Ibid

61 Ibid

62 Ibid

63 Ibid

64 Ibid

65 Ibid
15

Orang pertama yang berkulit hitam lelaki dan wanita tiba di Amerika Utara pada abad-16,

kebiasaannya menjadi pengiring kepada peneroka dari Eropah66. Pada abad seterusnya, mereka

terus meresap ke benua ini dengan jumlah yang kecil, bukan hanya dari Afrika itu sendiri tetapi

dari Eropah, Antilles, atau bahagian lain pesisir Atlantik. Digelar "Atlantic Creoles" kerana

hubungan mereka dengan lautan yang menghubungkan Afrika, Eropah, dan Amerika,

kebanyakan orang Afrika apabila pertama kali menjejakkan kaki di Amerika, mereka akan

bercakap bahasa pemilik mereka dan sudah terbiasa dengan pelbagai agama, konvensyen

komersial, dan sistem perundangan Atlantik67. Mereka memasuki ke dalam sempadan

masyarakat di mana orang Eropah juga bekerja sebagai bentuk buruh terikat (perhambaan

indentured menjadi yang paling menonjol), lelaki dan wanita berkulit hitam bekerja dengan

pengetahuan tentang dunia Atlantik untuk mengintegrasikan diri mereka ke dalam penempatan

Eropah68. Sama seperti pengembara lain, bebas dan tidak bebas, mereka menyertai gereja,

mengambil bahagian dalam ekonomi pertukaran, dan membentuk keluarga69.

Terdapat banyak sebab-sebab perpindahan orang Afrika ke Amerika. Warganegara atau

etnik di Afrika hidup tidak mengikut sempadan geografi yang teratur70. Malah sebelum

permulaan perdagangan hamba transatlantik, orang Afrika hidup secara berpindah randah 71.

66 https://www.gilderlehrman.org/programs-exhibitions/citation-guidelines-apa-mla-
and-turabian

67 Ibid

68 https://www.gilderlehrman.org/programs-exhibitions/citation-guidelines-apa-mla-
and-turabian

69 Ibid

70 Ibid

71 Ibid
16

Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa, memeluk pelbagai kepercayaan yang berbeza, dan

melibatkan diri dalam pelbagai dalam peradaban setempat dengan berkongsi ruang fizikal yang

menjadi kawasan tadahan untuk peniaga-peniaga hamba 72. Sekiranya berlaku serbuan di

sesebuah kampung semestinya mengambil banyak orang yang berbeza. Pelayaran panjang di

pantai menyebabkan beberapa hamba meninggal dunia, melarikan diri, dan yang ditangkap akan

dibeli sebagai tawanan di Barracoons satu kawasan di persisiran pantai 73. Begitu juga, di sebelah

Amerika Atlantik tidak semua pembeli hamba tahu atau mengambil berat tentang asal-usul

hamba mereka. Akibatnya, sifat perdagangan hamba, terutamanya ke tanah besar Amerika Utara,

jarang dibenarkan kesinambungan transatlantik74.

Tidak kira jantina, umur atau warganegara, orang Afrika yang dihantar ke Dunia Baru

selalunya mengalami trauma perhambaan75. Orang Afrika yang ditangkap jauh dari pedalaman

kemudiannya menghadapi satu perjalanan yang panjang dan boleh mengancam nyawa.

Perjalanan selama berbulan-bulan, mereka berlalu dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang

lain, kerana banyak negara-negara Afrika yang terlibat dalam perdagangan hamba 76. Tetapi

sesiapa sahaja yang membawa orang-orang tawanan ini, akan dikenakan cukai yang luar biasa

72 Ibid

73 Ibid

74 Ibid

75 Ibid

76 https://www.gilderlehrman.org/programs-exhibitions/citation-guidelines-apa-mla-
and-turabian
17

tinggi. Di sesetengah tempat, terdapat empat puluh peratus daripada hamba meninggal dunia

apabila tiba di destinasi yang dituju77.

Oleh itu, kedatangan orang Afrika ke Dunia Baru disebabkan faktor perdagangan

hamba yang berlaku bermula. Orang-orang Eropah membawa hamba mereka menjelajah ke

Dunia Baru. Perdagangan hamba yang berlaku menyebabkan kehidupan orang Afrika terancam

apabila ditangkap dari tempat masing-masing dan dibawa ke tempat asing untuk dijual sebagai

hamba.

4.0 Kesimpulan

Rumusannya, kepelbagaian etnik yang wujud di Amerika terutama Amerika Syarikat sekarang

bermula dengan migrasi yang berlaku dari penduduk di Asia, Eropah dan Afrika. Migrasi ini

berlaku disebabkan faktor tolakan yang berlaku di tempat masing-masing. Jika di Eropah, sebab

77 Ibid
18

migrasi ialah kerana persaingan antara Sepanyol, Inggeris dan Perancis untuk meluaskan

empayar taklukan, serta Zaman Kegelapan yang berlaku, di Asia, faktor bencana alam dan

peluang ekonomi yang tidak stabil di China menyebabkan orang Asia keluar menjelajah ke

Amerika. Sementara itu, perdagangan hamba yang berlaku di Afrika membawa kepada migrasi

orang Afrika ke Amerika. Faktor-faktor tolakan ini serba sedikit membawa imigran dari Dunia

Lama ke Dunia Baru.

Bibliografi

Dunia Baru (n.d). Diakses pada 12 Januari 2017 daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Dunia_Baru
19

Dhevy Ratnasari (2014), Sejarah Amerika Kedatangan Bangsa Eropah ke Amerika. Diakses pada
13 Januari 2017 daripada http://blogdhevy.blogspot.my/2014/05/sejarah-amerika-
kedatangan-bangsa-eropa.html

Huping L. (2007), Voices of the Heart Asian American Women on Immigration, Work, and
Family. Michigan; Truman State University Press

Huping L. (2007), Chinese Immigrants. Diakses pada 13 Januari 2017 daripada


http://immigrationtounitedstates.org/425-chinese-immigrants.html

Ira Berlin (2002), African Migration to Colonial America. History Now. The Journal Of The
Gilder
Lehrman Institute. Diakses pada 13 Januari 2017 daripada
https://www.gilderlehrman.org/programs-exhibitions/citation-guidelines-apa-mla-and-
turabian

Le, C.N. (2017). The First Asian Americans" Asian-Nation: The Landscape of Asian America.
Diakses pada 13 Januari 2017 di http://www.asian-nation.org/first.shtml.

new world. (n.d). Collins English Dictionary Complete & Unabridged 10th Edition. Diakses
pada 12 Januari 2017 daripada Dictionary.com website
http://www.dictionary.com/browse/new-world

new world. (n.d). The American Heritage New Dictionary of Cultural Literacy, Third Edition.
Diakses pada 12 Januari, 2017 daripada Dictionary.com website
http://www.dictionary.com/browser/new-world
20

push and pull factors of the New World (n.d). Diakses pada 13 Januari 2017 daripada
http://www.emigration.link/push-pull-factors-of-the-new-world.htm

Sejarah Amerika Syarikat (n.d). Diakses pada 13 Januari 2017 daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Amerika_Syarikat

Sri Hayati et al. (2007.) Ilmu Pengetahuan Sosial Geografi untuk SMP dan MTs Kelas VIII 2.
Penerbit Erlangga