Anda di halaman 1dari 1

Melalui,

Guru Besar

SK Alam Damai

KUTIPAN WANG BADAN DISIPLIN DAN PENGAWAS 2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Badan Disiplin dan pengawas pada tahun ini mengambil inisiatif untuk membuat jualan gambar berharga
RM4.00 (gambar 4R atau kalendar), RM5 ( gambar 5R), dan RM7 ( gambar 6R), bagi mencari dana untuk
menjalankan beberapa aktiviti pengawas seperti motivasi pengawas dan jamuan akhir tahun ataupun menaiki
ETS ke Padang Besar.

3. Selain itu, Badan Disiplin dan Pengawas juga memutuskan untuk membuat kutipan yuran sebanyak RM3
sebulan.

4. Badan Disiplin dan Pengawas juga membuat kutipan wang sebanyak RM140.00 bagi tujuan perkhemahan
kepimpinan pelajar yang akan dianjurkan bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Perkhemahan ini dijangka
akan berlangsung pada 31 Mac hingga 2 April 2017 di Kem Asli, Hulu Langat. Pihak kami mengambil deposit
sebanyak RM50.00 mulai 6 JANUARI 2017.

5. Adalah besar harapan kami jika program-program ini dapat dijalankan seperti yang dirancang. Pihak kami
juga berharap agar pihak puan akan mengambil maklum akan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

..

(HEDZIR BIN MOHD ALI)

Guru Penasihat
Pengawas SKAD 2017

s.k Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Alam Damai

Guru Besar Sk Alam Damai

Anda mungkin juga menyukai