Anda di halaman 1dari 23

MINGGU PERTAMA

Tarikh : 15 -19 Julai 2013

Kelas : 1 Arif, 1 Cemerlang, 2Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran :

1. Literasi Komputer (ICTL)


2. Ekonomi Asas

Minggu yang paling berdebar bagi diri ini apabila minggu ini merupakan minggu pertama
saya memulakan persekolahan sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
Seberang Jaya. Pada hari pertama, saya melaporkan diri kepada pengetua dan pk 1. Pengetua
telah memberi amanat suapaya menjadi seorang guru yang baik dan memberi tips-tips yang
berguna kepada saya. Pada minggu ini, saya tidak begitu mengajar kerana jadual hanya
diberikan kepada saya pada hari selasa dan minggu ini saya hanya masuk kekelas sebagai
pemerhati kepada guru untuk melihat terlebih dahulu melihat bagaimana cara mereka
mengajar yang akan memberi manfaat kepada saya.

Masalah dan Isu

Memandangkan minggu ini merupakan minggu pertama dan boleh dianggap minggu ini
merupakan minggu sual kenal, tiada banyak masalah yang dapat saya kenalpasti kerana
masih tidak mengajar. Hasil daripada permerhatian saya cara guru yang mengajar, para
pelajar memberi tumpuan yang baik dalam pembelajaran. Kemungkinan juga para pelajar
berkelakuan baik kerana saya memerhatikan mereka ketika itu. Walaubagaimanapun, para
pelajar dilihat begitu semangat ketika guru tersebut mengajar mereka mata pelajaran ICTL.
Setelah memerhatikan, saya mendapatkan tips-tips yang berguna untuk digunakan dalam
kelas. Kebanyakan guru menggunakan teknik interaksi 2 hala yang membolehkan mereka
berkomunikasi dengan pelajar. Hal ini bagi menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan
terhadap pembelajaran yang dijalankan.
MINGGU KEDUA

Tarikh : 22/7/2013-26/7/2013

Kelas : 1 Arif, 1 Cemerlang, 2Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran :

1. Literasi Komputer (ICTL)


2. Ekonomi Asas

Minggu ini saya memulakan sesi pengajaran saya yang pertama. Saya mengajar kelas 1A dan
saya mengajar topik pengenalan kepada Power point. Begitu juga kelas-kelas yang lain iaitu
kelas 1c, 2A, 2D. Saya menggunakan kaedah teori 5E iaitu Engage ,Explore,
Explain, Extend, Evalute. Ini merupakan pendekatan pembelajaran secara
konstruktivis yang di guna pakai dan ditambahbaik oleh tokoh dalam
bidang pembelajaran seperti piaget, vygotsky, dewey dan Goodman.
Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran hampir tercapai apabila para pelajar dapat
mengikuti dan mengenalpasti item-item yang terdapat dalam power point dengan baik
.Terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti semasa proses pengajaran
dan pembelajaran(PDP).

Masalah dan Isu

Masalah yang dihadapi adalah berkaitan kawalan kelas. Hal ini disebabkan bilangan pelajar
dalam setiap kelas yang saya mengajar adalah seramai 34 orang. Jumlah ini amat besar dan
boleh menganggu tumpuan para pelajar. Berdasarkan kajian Robiah Siddin(1993). Banyak
sekolah yang terdapat di Malaysia mengalami masalah lebihan pelajar dalam sesebuah kelas.
Apabila keadaan pelajar yang terlampau ramai, ia akan menganggu tumpuan para pelajar
dalam pembelajaran.Hal ini mungkin berpunca daripada ganguan rakan mereka itu sendiri.
Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana difahamkan bilangan pelajar tingkatan 1 pada tahun
2013 tinggi berbanding tahun sebelumnya dan kelas yang tidak mencukupi.
Cadangan dan Penyelesaian

Saya tidak mempunyai masalah berkaitan ruang kelas kerana saya menggunakan makmal
komputer semasa sesi PDP. Hanya kawalan kelas menjadi masalah dalam PDP. Apa yang
boleh saya buat pada minggu hadapan adalah meletakkan 4 orang pelajar dalam satu
kumpulan bagi mengelakkan mereka membuat bising di dalam kelas dan mengamnggu
antara satu sama lain. Kaedah berkumpulan akan menghadkan pergerakan dan percakapan
mereka ketika prosed PDP dijalankan. Saya juga akan memberi teguran dan peringatan
kepada para pelajar supaya tidak menggangu satu sama lain ketika PDP dijalankan.
MINGGU KETIGA

Tarikh : 29/7/2013-02/08/2013

Kelas : 1 Gemilang, Cemerlang, 2Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran :

1. Literasi Komputer (ICTL)


2. Ekonomi Asas

Ini merupakan minggu ke 3 saya telah berada di Smk Seberang Jaya dan saya semakin selesa
untuk terus mengajar para pelajar. Saya menyambung kembali topik berkaitan pengunaan
power point. Kali ini saya mengajar berkaitan langkah memasukkan gambar dan mengubah
jenis,saiz dan bentuk tulisan. Secara keseluruhannya, objektif pembelajaran hampir tercapai
apabila para pelajar dapat mengikuti dan membuat persembahan power point dengan baik.
Disamping itu, ABM dan Bahan yang digunakan untuk sesi PDP adalah microsoft power
point itu sendiri dan saya menggunakan teknik ilustrasi secara langsung dimana saya
menunjukkan terus cara menggunakan power point kepada para pelajar. Hal ini
membolehkan para pelajar mengikuti setiap langkah yang saya tunjukan agar mereka tidak
ketinggalan. Penglibatan para pelajar boleh untuk PDP pada minggu ini amat
memberangsankan dimana mereka melakukan setiap arahan yang diberikan.
Walaubagaimanapon,terdapat juga masalah ketika proses PDP berlangsung.

Masalah dan Isu

Semasa PDP,saya menghadapi masalah berkaitan dengan perisian power point itu sendiri.
Masalah utama adalah perisianyang saya gunakan adalah versi 2010 manakan perisian power
point yang digunakan oleh para pelajar saya ialah versi power point 2003. Hal ini sedikit
menganggu sesi PDP kerana kedudukan menu-menu di dalam power point adalah berbeza
untuk kedua-dua versi. Ia menyebabkan masalah kepada para pelajar untuk mengikuti arahan
saya kerana apabila arahan diberi dan ditunjuk contoh mencari sesuatu menu, mereka
terpaksa mengambil masa yang lama untuk mecari sesuatu menu itu. Hal ini melambatkan
proses PDP pada waktu tersebut. Disamping itu, ia menyebabkan para pelajar mula cepat
bosan. Tambahan lagi, terdapat beberapa komputer yang tidak dapat digunakan dan saya
terpaksa meletakkan 4 orangt pelajar di satu komputer.

Cadangan dan Penyelesaian

Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara saya terpaksa
untuk melihat setiap komputer yang diduduki oleh para pelajar saya untuk mengajar setiap
daripada mereka. Secara tidak langsung para pelajar berjaya mempelajari secara realiti
dengan mata para pelajar itu sendiri. Selain itu, saya akan pastikan untuk kelas pada minggu
yang seterusnya, saya akan menyediakan slide power point sesuatu topik yang mana saya
akan print scrint dalam bentuk power point 2003. Cara ini bagi membolehkan para pelajar
untuk mengikuti setiap langkah untuk membuat power point dengan melihat slide yang
disediakan.
MINGGU KEEMPAT

Tarikh : 19/8/2013-23/8/2013

Kelas : 1 Arif, 1 Cemerlang, 2Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran :

1. Literasi Komputer (ICTL)


2. Ekonomi Asas

Sesi Persekolahan kembali bersambung selepas cuti raya selama 2 minggu. Pada awalnya
iaitu hari isnin, sesi PDP berjalan agak pelahan kerana para pelajar masih berada dalam
mood cuti. Namun pada hari yang seterusnya keaadaan kembali seperti biasa.Minggu ini saya
kembali menyambung pengajaran mengenai power point dan mengajar pelajar tingkatan 1
mengenai buat kotak dan masukkan text dalam kotak dan pelajar tingkatan 2 saya mengajar
mengenai carta organisasi. Objektif pembelajaran untuk pelajar tingkatan 1 kesemuaanya
tercapai namun untuk pelajar tingkatan 2, tidak semua pelajar mencapai objektif. Sebilangan
pelajar tingkatan 2D tidak hampir tidak dapat membuat carta organisasi selepas saya
mengajar dan menunjukkan cara membuatnya. Hal ini disebabkan mereka ini tidak
menumpukan kepada sesis PDP saya. Tindakan yang saya lakukan adalah menegur mereka
dan meberikan mereka amaran. Namun saya tidak mebiarkan mereka terus ketinggalan dan
saya mengajar kembali pelajar ini cara membuat carta organisasi. Namun, secara
keseluruhan, para pelajar dapat membuat latihan yang diberikan. Seperti biasa, strategi yang
digunakan adalah ilustrasi secara langsung kerana ia lebih mudah disebabkan para pelajar
terus mengikuti apa yang saya buat di hadapan kelas.

Masalah dan Isu

Untuk minggu ini, masalah yang dihadapi adalah objetif pembelajaran hanya tercapai untuk
kelas hadapan berbanding kelas belakang. Hal ini dapat dilihat di kelas 2D apabila ramai
dalam kalangan mereka tidak mampu membuat latihan carta organisasi berbanding pelajar
kelas 2A. Punca berlakunya masalah ini adalah mereka tidak mampu untuk mengikut cara
pengajaran saya. Di sini saya sedar bahawa tahap kognitif para pelajar untuk kedua-dua kelas
ini amatlah berbeza. Disamping itu, apa yang boleh saya lihat, pelajar yang tidak dapat
melakukan latihan ini tidak memberi tumpuan sewaktu saya mengajar. Saya dapat melihat
ketika proses PDP dijalankan, pelajar yang gagal ini gemar bersembang dengan rakan yang
lain. Secara langsung, pelajar ini kemungkinan terlepas langkah yang saya ajar untuk mebina
carta organisasi ini.

Cadangan dan Penyelesaian

Bagi mengatasi masalah ini, amaran dan peringatan akan diberikan kepada pelajar ini supaya
tidak mengulangi perkara tersebut. Selain itu, saya juga berusaha membantu dengan memberi
tunjuk ajar tambahan dengan mengajar dan memberi secara terus di hadapan komputer
pelajar tersbut. Hal ini bagi membolehkan pelajar tersebut jelas dengan setiap arahan
daripada saya. Untuk kelas 2D ini, saya akan mengajar secara pelahan sedikit memandangkan
tahap kognitif mereka tidak sama dengan pelajar kelas hadapan. Bantuan rajah dan arahan
untuk setiap langkah untuk membina sesuatu akan dilakukan untuk meningkatkan lagi
kefahaman para pelajar kelas 2D ini.
MINGGU KELIMA

Tarikh :26/8/2013-30/8/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Pada hari pertama minggu ini, iaitu Isnin , ia merupakan hari dimana saya akan dicerap oleh
pensyarah penyelia iaitu Dr Maizatul Akma. Segala persediaan untuk mengajar telah
disediakan seperti kebiasaan iaitu RPH, bahan dan alat bantu mengajar, dan lain-lain. Pada
pencerapan kali pertama ini, saya mengajar para pelajar bagaiman cara membuat carta
organisasi dan menggunakan teori 5E iaitu Engage ,Explore, Explain, Extend,
Evalute. Alhamdulillah setelah selesai dicerap, saya mendapat input-input yang positif
daripada pensyarah..

Objektif pembelajaran saya lebih berkesan terhadap pelajar dikelas yang lain. Hal ini dapat
dilihat melalui reaksi dan hasil kerja para pelajar. Penglibatan pelajar agak baik kerana saya
baru untuk memulakan pendekatan yang disarankan oleh pensyarah iaitu melibatkan lebih
banyak pelajar. Saya memanggil secara sukarela pelajar tampil kehadapan untuk mengajar
rakan yang lain. Namun tidak ramai yang sukarela kerana ini merupakan kali pertaman
pendekatan ini digunakan. Walaubagaimanapun terdapat 2 orang pelajar yang sukarela untuk
mengajar rakan mereka dihadapan kelas dengan menggunakan komputer yang sedia ada dan
rakan-rakan yang lain juga melibatkan diri dengan aktif.

Masalah dan Isu

Masalah yang timbul adalah tidak ramai pelajar yang sukarela untuk tampil kehadapan untuk
mengajar rakan mereka. Hal ini mungkin disebabkan ketidakyakinan terhadap diri mereka
serra kekurangan ilmu. Apabila masalah ini timbul, ia sedikit menganggu proses PDP kerana
perlu mengambil masa untuk menarik pelajar kehadapan. Selain itu, berdasarkan
permerhatian pensyarah saya iaitu Dr Maizatul, saya menghadapi masalah lontaran suara di
mana lontaran suara yang dikeluarkan adalah sekata iaitu tidak naik dan tidak turun. Apabila
nada suara sekata, para pelajar tidak dapat mengenalpasti yang mana itu arahan dan
yangmana itu permintaan dan akan membuatkan para pelajar tidak endah dengan arahan
yangsaya berikan.

Cadangan dan Penyelesaian

Apa yang boleh di lakukan pada kelas yang akan datang ialah, saya akan memanggil pelajar
untuk mengajar supaya mereka sentiasa bersedia apabila dipanggil. Untuk minggu ini,
kemungkinan para pelajar ini malu kerana terdapat pensyarah saya di dalam kelas
tersebut.Oleh itu, apabila latihan ini diterapkan, ia akan memberi peluang untuk mereka
bersedia dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan kemahiran insaniah, dan keyakinan
mereka. Apabila keyakinan mereka tinggi, ilmu yang disampaikan akan mudah diserap oleh
mereka. Selain itu, saya juga akan sentiasa untuk melatih cara lontaran suara supaya proses
PDP berjalan dengan lancar.
MINGGU KEENAM

Tarikh : 2/9/2013-7/9/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan, saya mengajar para pelajar membuat sebuah
sajak kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi Microsoft Publisher. Hal ini bagi
memupuk semangat patrotiksme dalam kalangan para pelajar. Teknik yang digunakan masih
lagi 5E dimana saya akan mengajar cara menggunakan publisher terlebih dahulu dan
kemudianya para pelajar akan diberikan masa untuk melakukannya. Ini juga boleh dikenali
sebagai kaedah 2 hala. Saya memberikan contoh sajak terlebih dahulu dan seterusnya para
pelajar diberi masa membina sebuah sajak menggunakan publisher yang telah diajar. Kali ini
saya menggunakan brosure program sekolah sebagai contoh cara menghasilkan sesuatu
menggunakan publisher. Hal ini bagi membolehkan para pelajar faham kegunaan publisher.

Secara Keseluruhannya Objektif untuk membuat sajak tercapai walaupon terdapat kelewatan
dalam kalangan pelajar untuk membina sajak. Penglibatan para pelajar amat baik kali ini
kerana ini tugasan ini lebih tertumpu kepada penglibatan para pelajar dimana ia akan
membuatkan mereka fokus dalam melaksanakan tugasan.

Masalah dan Isu

Untuk PDP kali ini, para pelajar tidak mempunyai masalah dalam menggunakan perisian
publisher kerana cara untuk memasuukan text, mengubahnya adalah sama dengan cara yang
digunakan dalam power point. Masalah utama di sini adalah para pelajar tidak mampu
membuat sebuah sajak kemerdekaan. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya pededahan
sajak kepada para pelajar. Terdapat juga dalam kalangan pelajar tidak mampu membuat sajak
dalam bahasa melayu.Ini merupakan kejutan bagi saya kerana walaupon mereka telah
bersekolah dari sekolah rendah hingga menegah, namun penguasaan baha melayu mereka
masih lemah.

Cadangan dan Penyelesaian


Bagi mengatasi masalah ini,para pelajar dikehendaki mencari contoh-contoh sajak dan diberi
masa untuk melihat contoh tersebut. Hal ini bagi membolehkan mereka berfikir dan
mengetahui bagai bentuk,ritma dan jenis sesebuah sajak itu. Di sini saya menyedari
kekurangan kefahaman mereka dalam penguasaan bahasa melayu. Hasil daripada rujukan
para pelajar, mereka mampu menyiapkan sajak dengan menggunakan publisher. Pada kelas
yang akan datang, saya akan menerapkan kefahamaan dalam penulisan bahasa melayu
dengan megaplikasinya dalam power point dan juga microsft word.

Minggu 7:

Tarikh :9/9/2013-13/9/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Pada minggu ini, saya hanya menerangkan teori berkaitan perkakasan komputer dan juga
keseimbangan pasaran buruh. Saya menyedari bahawa pelajar masih tidak tahu perkakasan
komputer dan ini yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk menerangkan
mengenainya berbanding sebelum ini yang berkaitan praktikal. Kedah yang digunakan masih
lagi 5E. Cuma pada permulaan topik saya banyak menerangkan dan kemudian baru berlaku
sesi soal menjawab. Kaedah interaksi 2 hala turut digunakan bagi menceriakan suasana kelas.
Secara keseluruhannya saya melihat pelajar kurang berminat apabila mendengar teori semata-
mata. Hal ini menyebabkan mereka tidak begitu memberi tumpuan di dalam kelas dan mula
untuk bermain sesama mereka.
Hal ini menyebabkan saya peka untuk kelas yang seterusnya dan saya mengubah cara
pengajaran dan memberi dan melibatkan lebih ramai pelajar ketika proses penerangan. Saya
meminta beberapa pelajar untuk membaca dan memahami nota yang di paparkan dan saya
juga memberi soalan secara rawak supaya pelajar dapat tumpu dalam pelajaran. Kaedah
interaksi 2 hala dan penglibatan pelajar ini menunjukkan hasil apabila pelajar tidak berani
bermain dan mula memberi perhatian.

Keseluruhanya Objektif pengajaran dan pembelajaran(PDP) tercapai apabila para pelajar


dapat menjawab soalan tersebut. Selain itu saya juga mengasah kemahiran menggunakan
power point mereka apabila saya meminta semua pelajar menyalin nota dengan menaip di
power point. Secara tidak langsung, ini akan memahirkan lagi mereka menggunakan power.
Penglibatan pelajar amat baik apabila mereka memberikan kerjasama dalam menjawab
soalan, membaca nota dan menyalin nota. Dan keadaan kelas terkawal. Cuma masih wujud
beberapa pelajar yang membuat gangguan ketika PDP berlangsung. Pelajar-pelajar tersebut
telah diberi amaran supaya tidak mengulanginya lagi.
MINGGU KELAPAN

Tarikh : 16/9/2013-20/9/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Minggu ini merupakan minggu yang agak genting dimana pensyarah saya datang untuk
mencerap buat kali yang kedua. Seperti biasa segala persiapan telah dilakukan dan kali ini
saya mengambil nasihat yang diberikan oleh Dr Maizatul. Kali ini saya mengajar sedikit teori
dan juga praktikal berkaitan word dan ekonomi asas. Hal ini disebabkan saya mendapat
pengajaran di mana apabila terlampau banyak teori yang diterangkan akan menyebabkan
pelajar kurang menumpukan perhatian. Permulaan PDP dimulakan dengan saya
menunjukkan contoh sekeping surat yang sering dihantar ke rumah mereka. Apakah perisian
yang digunakan untuk membuatnya dan alhamdulillah seorang pelajar berani tampil untuk
memberikan jawapan.

Proses PDP berjalan lancar dan kali ini saya meminta beberapa orang pelajar menunjukkan
dihadapan rakan yang lain untuk menyimpan, mengedit dokumen dan memperbetulkan
perkataan yang salah. Cara yang dicadangkan oleh Dr iaitu lebihkan kepada berpusatkan
pelajar sebelum ini menunjukkan hasil dimana rakan-rakan yang lain sudah mahir mengenai
perkara-perkara asas ini. Pembelaran yang lebih menumpukan terhadap pelajar itu sendiri
sebenarnya lebih meningglkan kesan kerana setiap perkara yang mereka lakukan akan
disimpan untuk jangka masa yang panjang berbanding penerangangn dan penunjukkan oleh
guru tersebut.

Secara keseluruhannya, objektif Pengajaran dan Pembelajaran(PDP) pada minggu ini tercapai
apabila ia lebih kepada penglibatan semua pelajar dan para pelajar telah menguasai
kemahiran asas seperti mengedit tulisan, memasukkan texbox dan lain-lain. Penglibatan para
pelajar juga amat memberangsangkan disebabkan tenaga pengajar yang mengajar adalah
dalam kalangan rakan mereka sendiri. Dapat dilihat rakan yang lain tidak segan untuk
bertanyakan soalan kepada rakan yang mengajar itu. Secara keseluruhannya saya berpuas hati
dengan PDP kali ini.

Masalah dan Isu

Masalah pada minggu ini tidak begitu besar kerana para pelajar belajar mengenai pengenalan
kepada Microsoft Word. Hal ini disebabkan menu-menu item yang terdapat dalam word
mempunyai fungsi yang sama dengan power point. Cuma hanya terdapa t beberapa pelajar
yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikan walaupon mereka telah belajar
mengenainya. Apa yang dapat saya lihat,pelajar ini kerap bermain-main bersama rakannya
ketika PDP berlangsung dan tidak menumpukan perhatian. Disebabkan itu masalah tidak
mampu menjawab soalan yang diberikan timbul.

Cadangan dan Isu

Apa yang boleh dilakukan adalah memberi teguran dan nasihat. Jika masih berdegil, saya
akan mengenakan hukuman. Ternnyata cara ini berhasil. Pada minggu hadapan, para pelajar
yang menimbulkan masalah ini akan dirombak kedudukan yang mana saya akan
memindahkan pelajar tersebut ke tempat yang baru supaya pelajar tersebut tidak dapat
berkomunikasi dengan rakannya tersebut. Saya menjangkankan komunikasi mereka akan
terbatas dan pelajar yang bermasalah ini akan memberi tumpuan dalam pelajaran. Bagi
pelajar yang telah menjawab soalan dengan baik, saya telah memberikan saguhati sebagai
perangsang untuk mereka dalam memahami pelajaran untuk kelas yang akan datang.
Ganjaran ini diharapkan mampu meningkat motivasi dalam diri mereka.
MINGGU KESEMBILAN

Tarikh :23/9/2013-27/9/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Minggu ini saya mengajar berkaitan pangkalan data. Seperti biasa teknik yang digunakan kan
ialah interaksi 2 hala dimana saya mengemukan soalan-soalan pada permulaan kelas. Hal ini
bagi menarik minat para pelajar untuk belajar dan merangsang otak mereka. Selain itu, saya
juga menggunakan model berpusatkan guru dan pelajar dimana saya akan mengajar dan
menujukkan cara seperti membina jadual data dan para pelajar akan diberi peluang untuk
membuatnya semula. Suasana PDP kali ini saya merasakan tidak begitu baik. Hal ini
disebabkan perbezaan kefahaman yang ketara antara pelajar kelas hadapan dan juga
belakang. Oleh itu, tidak semua pelajar mencapai objektif pembelajaran. Para pelajar yang
berada di kelas hadapan boleh memahami setiap perkara yang saya lakukan tetapi pelajar
yang berada dikelas yang belakang tidak dapat mengikuti tindakan saya.

Sememangnya topik pangkalan data ini amat sukar difahami. Saya sedar bahawa cara
pengajaran saya yang biasa disebabkan pangkalan data dan mirocsoft word adalah 2 aplikasi
yang berbeza. Tidak hairan pelajar yang di kelas belakang tidak mampu mengikuti
berbanding kelas hadapan. Secara keseluruhannya saya tidak berpuas hati dengan proses PDP
pada minggu ini dan saya akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi semasa kelas
yang akan datang.

Masalah dan Isu

Masalah utama di sini adalah perbezaan kefaham para pelajar kelas hadapan dan belakang.
Untuk para pelajar kelas belakang, mereka tidak memahami dan nampak apa itu pangkalan
data. Walaupon telah dijelaskan beberapa kali, namun mereka masih tidak memahami. Hal ini
disebabkan tahap imiginasi untuk membayangkan pangkalan data rendah. Ini berbeza apa
mereka diterangkan mengenai perkakasan komputer dimana mereka dapat
melihat,menyentuh pekakasan tersebut. Apabila perkakasan ini dapat dilihat dan disentuh, ia
akan memudahkan mereka untuk memahami sesuatu topik. Berbanding dengan topik
pangkalan data, walaupon dengan bantuan gambar rajah, ia tidak banyak membantu
kefahaman mereka. Hal ini disebabkan mereka tidak pernah melihat pangkalan data
sepanjang hidup mereka berbanding dengan perkakasan komputer seperti papan kekunci
tertikus dan lain-lain.

Cadangan dan Penyelesaian

Topik ini merupakan satu topik yang agak sukar. Oleh itu saya mencari sebuah video
mengenai pangkalan data supaya para pelajar dapat melihat dan memahami topik ini lagi.
Apabila melihat video ini, para pelajar mampu melihat bagaimana sesebuah pangkalan data
itu membantu kehidupan seharian mereka.
MINGGU KESEPULUH

Tarikh :30/9/2013-4/10/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Minggu ini, PDP kali ini ialah berkaitan teori yang bertajuk Etika komputer dan Undang-
Undang. Kali ini saya mengambil iktibar daripada PDP yang lepas dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti yang lebih melibatkan para pelajar supaya mereka tidak bosan bila belajar
teori ini. Sesi PDP dimulakan dengan soal jawab bagi merangsang minda para pelajar.
Apa yang menarik para pelajar mampu menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Saya juga membuat sistem giliran untuk para pelajar membaca teori serta memahaminya.
Secara tidak langsung para pelajar dapat memberi tumpuan. Para pelajar juga dikehendaki
menyalin nota tersebut di dalam microsoft power point dan menyimpannya. Apa yang
saya lihat, para pelajar sudah mahir menggunakannya dan tidak lagi bergantung kepada
saya untuk membuatnya.

Secara keseluruhan objektif PDP kali ni berjaya apabila soalan yang diberikan sebelum
kelas berakhir berjaya dijawab oleh semua pelajar. Hal ini disebabkan tumpuan dan
sistem giliran membaca yang membolehkan mereka menjawab soalan tersebut.
Disamping itu, kemahiran praktikal menggunakan power point juga telah meningkat.
Penglibatan para pelajar untuk topik teori iaitu etika komputer amat memberangsangkan.
Kaedah yang berpusatkan pelajar dan interaksi 2 hala semamngnya memberi kesan yang
besar terhadap diri saya dan juga pelajar.

Masalah dan Isu

Masih terdapat sebilangan pelajar yang tidak membawa buku nota ICTL. Hal ini
disebabkan mereka lupa kerana kebanyaakan kelas yang saya ajar banyak melibatkan
penggunaan komputer sedangkan saya telah memberi pesanan untuk membawa buku nota
setiap kali datang ke makmal komputer. Walaubagaimanapun,masih terdapat juga pelajar
yang peka dan membawa buku nota.
Cadangan dan Penyelesaian

Disebabkan sebilangan sahaja pelajar membawa buku nota, para pelajar dikehendari
membuat nota ringkas dengan menggunakan power point. Di sini saya dapat melihat segala
ilmu yang saya ajarkan kepada mereka dipraktikan. Para pelajar mampu membuat nota
dengan baik. Hasilnya dapat dilihat apabila para pelajar menjawab soalan di mana soalan
yang diberikan mampu dijawab dengan baik. Hal ini menunjukkan bahawa apabila sesuatu
nota dibuat,maka ia dapat meningkatkan kefahaman para pelajar mengenai sesuatu topik itu.
Disamping itu, penggunaan power point jelas membantu para pelajar melalui nota-nota yang
dilakukan oleh mereka.

MINGGU KESEBELAS

Tarikh :7/10/2013-11/10/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Kali ini saya ingin menyambung PDP yang lepas berkaitan penggunaan power point dan
pangkalan data. Namun rancangan tersebut tengedala. Saya terpaksa untuk tidak mengikuti
RPH saya pada minggu ini disebabkan komputer di dalam makmal terpaksa diformatkan dan
masih lagi tidak di intsall perisian microsoft. Perkara ini baru sahaja diketehui ketika saya
mula memasuki makmal. Hal ini bermakna saya terpaksa mengubah RPH secara keseluruhan.

Masalah dan Isu

Ketiadaan perisian microst power point telah menyebabkan PDP yang dirancang menjadi
tenggedala. Saya perlu berfikir satu insentif baru untuk meneruskan PDP agar pelajar
mendapat input walaupon rancangan sebelum ini tergemdala. Hal ini kerana, jika tiada
rancangan yang dibuat ketika itu, maka para pelajar akan hilang arah tuju dan akan membuat
kerja masing-masing dan berkemungkinan keadaan kelas menjadi tidak terkawal.
Cadangan dan Penyelesaian

Apa yang boleh dilakukan adalah saya meminta para pelajar membuka aplikasi paint. Ini
kerana aplikasi ini telah sedia ada dalam komputer masing-masing dan terdapat aktiviti yang
boleh dilakukan dengan alikasi ini. Para pelajar diberi tugasan melukis apa sahaja
menggunakan aplikasi pain dan menggunakan sebarang ikon. Di sini saya akan melihat
kemahiran mereka menggunakan item-item yang terdapat daripada aplikasi ini. Setelah
selesai para pelajar dikehendaki menerangkan kembali lukisan dan ikon-ikon yang digunakan

Walaupon RPH terpaksa diubah, saya bersyukur objektif pembeljaran pada minggu itu
tercapai apabila semua pelajar mampu menghasilkan lukisan mengunakan aplikasi paint.
Penglibatan pelajar amat meberangsangkan walaupun terdapat segelintik pelajar yang gemar
mengacau rakan mereka disebabkan mereka telah menyiapkan tugasan yang diberikan.
Disebabkan RPH berubah, kaedah yang digunakan untuk sesi PDP kali ini ialahberpusatkan
pelajar. Penjalanan PDP berjalan lancar.

Saya juga meminta kepada pembantu makmal supaya memaklumkan kepada saya jika
terdapat sebarang masalah dalam penggunaan komputer agar saya boleh merancang RPH
dengan lebih baik dan mencari alternatif lain dalam PDP untuk kelas yang akan datang.

MINGGU KEDUABELAS

Tarikh :14/10/2013-18/10/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Minggu ini hanya 2 kelas sahaja yang sempat saya mengajar kerana pada 14 dan 15
haribulan, sekolah saya bercuti sempena cuti Aidiladha. Kali ini saya mengajar topik
sambungan topik bab 4 dalam microsoft word berkaitan cara untuk menggunakan change
case, alignment case dan space between line. Kaedah yang sama digunakan iaitu 5e
dimana saya akan memulakan pengajaran dengan mencungkil dan menayakan soalan
berkaitan pembelajaran yang lepas kepada pelajar. Hal ini membolehkan para pelajar
mengingati kembali apa yang mereka lakukan apabila membuka perisian m.word.

Selepas sesi soal jawab tersebut, saya mula menunjukkan satu contoh cara menggunakan
change case. Kemudian saya menaip beberapaa perkataaan dihadapan dan para pelajar
diberi masa untuk mengubah perkataan tersebut kepada beberapa change case. Begitu
juga dengan alignment case dan space between line. Saya menggunakan kaedah yang
sama dan para pelajar huga diberi masa melakukanya.

Secara keseluruhanya, objektif saya untuk memahirkan menggunakan change case,


alignment case dan space between line tercapai apabila semua pelajar berjaya
melakukannya.

Masalah dan Isu

Hanya terdapat masalah kecil sahaja di mana terdapat beberapa pelajar yang ketinggalan
dan tidak tahu cara menggunakan change case, alignment case dan space between
line. Kemungkinan perkara ini berlaku mereka tidak memberi tumpuang yang penuh
berbanding rakan mereka kerana kebanyyakan pelajar lain dapat mengikuti cara dan
langkah yang saya tunjukan.

Cadangan dan Isu

Saya menggunakan cadangan yang diberikan oleh Dr Maizatul iaitu kaedah menggalakan
pelajar sebagai guru dan saya hanya sebagai mentor. Saya meminta beberapa pelajar
untuk membantu rakan mereka yang ketinggalan dan tidak dapat melakukan tugasan
tersebut. Cara ini berhasil apabla pelajar yang mulanya tidak dapat buat, mampu
menyelesaikannya dan selesa apabila rakan mereka yang memberi tunjuk ajar.
Semangnya berjaya meningkatkan keupayaan rakan mereka yang lain memahirkan diri
menggunakan perisian word tersebut. Penglibatan para pelajar amat baik di mana semua
memberi kerjasama dan melakukan tugasan yang diberikan dengan sempurna. Kemajuan
para pelajar telah berjaya dilihat berbanding minggu pertama ketika pertama kali saya
mengajar.
MINGGU KETIGA BELAS DAN EMPAT BELAS

Tarikh :17/10/2013-23/10/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Minggu ini perlajar tingkatan 1 dan 2 menghadapi Peperiksaan akhir tahun. Hanya tugas
menjaga kelas peperiksaan sahaja pada minggu ini. Untuk kelas tingkatan 4 Arif, mereka
telah selesai menhadapi peperiksaan dan saya hanya membincangkan jawapan untuk kertas
ekonomi sahaja. Secara keseluruhannya, keadaan persekitaran dan suasana kelas amat baik.

Masalah dan Isu

Disebabkan peperikasaan berlaku, tiada masalah untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Bagi kelas
tingkat 4, masalah mereka masih lagi salah cara menjawab soalan walaupon beberapa kali
telah diberikan contoh jawapan yang betul.

Cadangan dan Penyelesain

Untuk itu, saya menunjuk dan menerangkan bagaimana jawapan yang betul dan bagaimana
cara cara menjawab. Saya juga mengkehendaki para pelajar membetulkan jawapan tersebut
dan menghantar semula kepada saya. Hal ini bagi memastikan mereka menyalin jawapan
yang diberikan agar mereka boleh menyimpan untuk rujukan sebagai ulangkaji sebelum
peperiksaan SPM.
MINGGU KELIMA BELAS

Tarikh 24/10/2013-29/10/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Hanya 1 kelas sahaja pada minggu ini dan kelas tersebut ialah kelas 2 Dedikasi. Dalam kelas
ini, saya hanya memberikan mereka tugasan akhir. Tugasan mereka adalah membuat sebuah
persembahan power point yang bertajuk tempat-tempat menarik di Malaysia dengan
menggunakan segala ilmu yang telah mereka pelajari. Tugasan ini dilakukan secara
berkumpulan dan kumpulan yang paling kreatif menerima sedik hadiah daripada saya.

Masa yang diberikan adalah selama 60 minit dan 10 minit lagi untuk saya menilai hasil
mereka. Secara keseluruhannya, kesemua kumpulan mampu membuat persembahan dengan
baik dan mereka juga telah mahir menggunakan font,mengubahnya, menggunakan gambar,
dan lain-lain. Mereka tidak lagi memerlukan bantuan daripada saya dan penglibatan mereka
amat baik. Apa yang saya dapat lihat, para pelajar telah mahir menggunakan perisian ini dan
saya bangga melihat percapaian mereka. Kaedah 5e, pemusatkan pelajar, interaksi 2hala, guru
sebagai mentor dan pelajar sebagai guru membuahkan hasil.

Masalah dan Isu

Tiada masalah yang dapat dilihat kerana para pelajar sudah mahir menggunakan perisian
power point. Apa yang boleh disimpulkan adalah, latihan yang berterusan akan meningkat
dan menajamkan kemahiran para pelajar. Sesuatu kerja yang dilakukan akan terus melekat
dalam fikiran para pelajar.
Minggu 16:

Tarikh :30/10/2013-8/11/2013

Kelas: 1 Arif, 1 Cemerlang, 2 Arif, 2 Dedikasi, 4 Arif

Matapelajaran:

1. Literasi Komputer(ICTL)
2. Ekonomi Asas

Ini merupakan minggu terakhir saya di SMK Seberang jaya. Pada minggu ni, pelajar
tingkatan 1 dan 2 telah diberikan cuti bersempena peperiksaan PMR. Hanya pelajar tingkatan
4 yang masih tinggal. Memandangkan silibus Tingkatan 4 telah habis, saya melakukan
aktiviti-aktiviti yang menjana fikiran seperti kuis, sudoku dan lain-lain bagi mengelakkan
pelajar membuang masa daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan menggalakan
mereka berfikir. Alhamdulillah aktiviti ini berjalan dengan baik dan pelajar memberikan
kerjasa yang baik.

Anda mungkin juga menyukai