Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN


27200 KUALA LIPIS
PAHANG.

PENGHASILAN MODUL LATIHAN


PEMULIHAN (B.TAMIL)

Dikelolakan oleh:
GURU PELATIH INTERNSHIP
SEM 8 PISMP PT/PJ/RBT

Dengan Kerjasama :
WARGA SEKOLAH
SJK(T) LADANG RINCHING

Pada:
13 - 16 OKTOBER 2015

Tempat:
SJK(T) LDG RINCHING
Indeks

1.0 Pendahuluan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Tarikh dan Tempat
5.0 Kumpulan Sasaran
6.0 Ahli Jawatankuasa
7.0 Perancangan
8.0 Aktiviti yang akan dijalankan
9.0 Anggaran perbelanjaan
10.0 Penutup
1.0 PENDAHULUAN

Guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Aktiviti pemulihan ini diadakan
sebagai satu usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif
yang belum dicapainya dalam pelajaran. Murid-murid ini memerlukan latihan pemulihan
agar dapat didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar
untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami
konsep yang betul.

Pendidikan dalam kelas biasa ini dapat membantu murid-murid yang lemah dan
mereka akan merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini
merupakan bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan
pembelajaran. Memahami masalah murid-murid pemulihan ini, guru akan merasa
empati terhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berbeza ini, atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta
dapatmenghayati emosi dan keperluan orang lain.

Bagi memenuhi keperluan ini, guru pelatih dengan IPG Kampus Tengku Ampuan
Afzan dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah akan melaksanakan Penghasilan Modul
Latihan Pemulihan dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Projek ini bertujuan untuk membantu
guru dalam menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai
pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru dalam matapelajaran
Pendidikan Bahasa Tamil. Ia juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dikalangan murid-murid dan juga guru-guru SJK(T) Ladang Rinching.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Mengatasi kelemahan murid-murid bagi menguasai kemahiran yang diajar dalam


setiap pembelajaran.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi kesempatan kepada peserta didik untuk mengulangi pelajaran atau
mempelajari pelajaran baru.

3.2 Dapat dijadikan sebagai saranan untuk menyimpan kenangan mengenai


sesuatu dalam bentuk tulisan.

3.3 Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga sekolah, sekaligus dapat


memupuk perpaduan.

3.4 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang


diperolehi semasa PdP.

3.5 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk


memperkembangkan kemahiran dalam pdp.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 13 16 Oktober 2015 (4 hari)


Tempat: SJK (T) LADANG RINCHING, SEMENYIH, SELANGOR
Masa : 8.00 pagi 1.00 petang

5.0 KUMPULAN SASARAN

5.1 Muird Tahun 1 hingga Tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang
Rinching.
6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Tanaseelan ( Guru Besar )


Pengerusi : Pn. P.Letchumy ( GPK Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Krishnaveni ( GPK HEM )
Naib Pengerusi 2 : Pn. P. Menaga ( GPK Kokurikulum )
Mentor : Pn.L.Puspahlatha
Penyelaras Projek : Pn.N. Sri Nahga Priyah
Setiausaha : Cik. Rubeni Pergas
Tugas-tugas Khas : Cik. Nishanthi Rajendran

7.0 PERANCANGAN

7.1 Berbincang dengan guru pembimbing dan guru yang bertugas dalam
melaksanakan Penghasilan Modul Latihan Pemulihan Bahasa Tamil.

7.2 Guru-guru pelatih berbincang dan meminta pendapat serta pandangan guru
pembimbing mengenai program ini.

7.3 Setiausaha program menaip kertas kerja dan diserahkan kepada guru
pembimbing untuk disemak.

7.5 Kertas kerja dihantar kepada Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Ladang Rinching.

7.6 Setelah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada Guru Besar Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Ladang Rinching, guru-guru pelatih melaksanakan tugas
mereka seperti yang telah ditetapkan.

8.0 AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

I. Penghasilan Modul Latihan Pemulihan (B.Tamil).

Guru internship menghasilkan satu modul latihan pemulihan dalam


matapelajaran Bahasa Tamil.Modul ini digunakan kepada murid-murid tahun
1-6 yang tegal sewaktu pdp.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Kuantiti x Harga
Bil Jenis Bahan Jumlah Kos
Seunit

1. Kertas A4 (Double A) 2 pek x RM 12.00 RM 24.00

2. Kertas Warna 1 pek x RM 5.00 RM 5.00

3. Binding 1 x RM 2.00 RM 2.00

4. Printing (Warna & Hitam) 100 helai x 50sen RM 50.00

JUMLAH RM 81.00

10.0 PENUTUP

Semoga semua aktiviti dalam projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna
serta mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak bagi memenuhi objektif yang
telah dirancang. Dengan projek ini diharapkan para pelajar mendapat input-input yang
berguna dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

___________________ __________________ _______________

(CIK.RUBENI A/P PERGAS) (Pn.N. Sri Nahga Priyah) (EN.THANASEELAN)


SETIAUSAHA, PENGERUSI GURU BESAR
GURU PELATIH INTERNSHIP PUSAT SUMBER SJK(T) LADANG RINCHING
SJK(T) LADANG RINCHING SJK(T) LADANG RINCHING
PENGESAHAN DAN KELULUSAN PERTANDINGAN PENGHASILAN ASSEMBLAJ
SJK (T) LADANG RINCHING.

Ulasan Guru Pembimbing:

............................................. ...................................
............................................. ( )
.............................................
............................................. Tarikh:

Ulasan Ketua Panitia PSV:

............................................. ...................................
............................................. ( )
.............................................
............................................. Tarikh:

Ulasan PK Pentadbiran :

............................................ ...................................
............................................ ( )
............................................
............................................ Tarikh:

Ulasan/Kelulusan Guru Besar :


............................................ ....................................
............................................ ( )
............................................
............................................ Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai