Anda di halaman 1dari 8

A: Jawab semua soalan dengan membulatkan jawapan yang betul.

(20 markah)

1 Bagaimanakah cara untuk mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan?

A Menjaga anugerah Tuhan


B Berbuat jahat kepada orang lain
C Tidak mensyukuri pemberian Tuhan
D Melakukan perkara yang dilarang oleh Tuhan

2 Berikut merupaka ciri-ciri orang yang mensyukuri anugerah Tahun kecuali

A menghina kekurangan orang lain


B sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat
C sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar
D merendah diri walaupun memiliki kekayaan

3 Antara berikut, yang manakah bantuan yang boleh dihulurkan oleh rakyat Malaysia bagi
membantu mangsa-mangsa bencana di luar Negara?
A Rumah B Kereta
C Ubat-ubatan D Barangan elektrik

4 Apakah faedah apabila melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?

A Membazirkan wang
B Menaikkan imej Negara
C Memenatkan diri sendiri
D Mendapat ganjaran tunai yang banyak

5 Negeri Pantai Timur sering mengalami banjir besar yang mengorbankan nyawa dan
harta. Apakah tindakan yang boleh kita lakukan untuk membantu?
A Tidak mengambil tahu apa yang berlaku
B Berpindah ke sana sebagai tanda sokongan moral
C Memberi sumbangan sewajarnya tanpa mengira bangsa dan agama
D Mengambil kesempatan untuk melancong ke sana untuk melihat keadaan

1
6 Apakah sikap bertanggugjawab yang boleh ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia
terhadap kempen kemanusiaan?
A Tidak mengambil peduli
B Memaksa rakan-rakan menderma
C Melibatkan diri secara aktif untuk memberi sumbangan
D Membuat bantahan atas sebab menganggu ketenteraman awam

7 Manakah antara berikut bukan cara mengamalkan nilai baik hati?

A Menindas golongan yang lemah


B Mengadakah projek kemanusiaan
C Memberi sokongan moral kepada rakan yang memerlukan
D Menderma wang kepada golongan yang memerlukan bantuan

8 Apakah jasa dan pengorbanan Tan Sri P. Ramlee kepada Negara?

A Merupakan sasterawan Negara


B Menubuhkan Jabatan Pengajian Melayu
C Sumbangan kepakaran dalam ekonomi Malaysia
D Seniman serba boleh yang dikenali oleh negara luar

9 Mengapakah jasa dan pengorbanan seseorang tokoh perlu dihargai?

A Menjadikan negara banyak harta


B Mempunyai ramai peminat di seluruh Negara
C Memiliki ilmu pengetahuan yang sangat tinggi
D Memberi faedah yang banyak kepada masyarakat dan Negara

10 Manakah antara anugerah atau gelaran berikut diberikan kepada anggota masyarakat
yang berjasa?

I Mentor
II Tokoh Sastera
III Bendahari
IV Bapa Kemerdekaan
A I dan III B II dan IV
C II dan III D III dan IV

2
11 Bagaimanakah caranya mengamalkan nilai hormat kepada Negara?

A Menjaga kedaulatan negara


B Memburukkan nama negara
C Enggan mematuhi undang-undang negara
D Memberi rahsia negara kepada pihak luar

12 Apakah maksud berhemah tinggi?

A Sikap bersedia mengakui kesalahan sendiri


B Suka bergaul mesra dan tidak mengasingkan diri
C Mengambil kira keperluan dan kehendak orang lain
D Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan harian

13 Antara berikut, yang manakah amalan bersopan yang perlu ditekankan dalam
perkhidmatan kerajaan dan swasta?
A Lambat mengambil tindakan
B Bercakap dengan suara yang amat kuat
C Melayan pelanggan dengan muka yang masam
D Sabar dan senyum mesra semasa berinteraksi dengan pelanggan

14 Rajah 1 menunjukkan satu aktiviti.

Rajah 1

Apakah yang akan berlaku jika aktiviti ini diteruskan?


A Kehidupan akan menjadi lebih selesa
B Kawasan persekitaran akan menjadi lebih bersih
C Jerebu akan terhasil dan memudaratkan kesihatan
D Sampah akan dapat dilupuskan dengan lebih mudah

3
15 Mengapakah alam sekitar perlu dipelihara?

A Untuk memudahkan kegiatan pembalakan


B Untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem
C Untuk mengurangkan pembuangan sisa toksik
D Untuk memberi ruang kepada pembinaan kawasan perumahan

1 Apakah kesan daripada aktiviti dalam gambar pada Rajah 2?


6

Rajah 2
A Pembangunan menjadi lebih pesat
B Pencemaran hutan akan berkurangan
C Kemusnahan ekosistem flora dan fauna
D Penjualan hasil hutan pada harga yang lebih tinggi

17 Manakah antara berikut merupakan langkah-langkah memelihara alam sekitar?

I Mengadakan kempen kitar semula


II Meletakkan sisa pemotongan pokok di tepi jalan
III Gotong-royong membersihkan kawasan
IV Mengelakkan pembakaran secara terbuka
A I, II dan III B I, III dan IV
C I, II dan IV D II, III dan IV

18 Bagaimanakah cara kita boleh mengamalkan nilai kebersihan dan keindahan


persekitaran?
A Membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya
B Membakar daun-daun kering setiap hari selepas membersihkan halaman rumah
C Mengelakkan diri daripada terlibat dalam usaha menceriakan dan membersihkan
kawasan
D Menyokong usaha pelbagai pihak dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan

4
alam sekitar
19 Sekiranya telefon awam di kawasan kediaman kamu mengalami kerosakan, apakah
tindakan kamu?
A Cuba membaikinya
B Melapor kepada pihak berwajib
C Mengambil telefon rosak itu untuk dijual
D Menconteng perkataan ROSAK pada dinding pondok telefon

2 Antara berikut, yang manakah mendatangkan musibah besar kepada mangsanya?


0
I Tsunami
II Gempa Bumi
III Gerhan Bulan
IV Ribut taufan
A I, II dan III B I, II dan IV
C I, III dan IV D II, III dan IV

B: Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. (10 markah)


Alam sekitar adalah anugerah __________________ (1) yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di
muka bumi ini. Alam sekitar yang tidak tercemar akan memberikan kita suasana yang selesa dan
nyaman. Alam sekitar yang sihat dapat memberikan ______________________ (2) kepada
manusia, namun ia boleh terjejas akibat aktiviti-aktivit _______________________ (3) negara
sekiranya tidak dijaga dengan baik. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara
yang segar dan tidak memudaratkan _______________________ (4) .

Alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga pembawa
_________________________ (5) . Di samping itu, alam sekitar yang yang bersih akan juga
dapat meningkatkan _______________________ (6) negara. Sesebuah masyarakat yang bersih
dan memiliki nilai kedamaian akan dapat menarik pelancong asing untuk datang ke negara kita.
Oleh itu, setiap individu atau rakyat mestilah mempunyai kesedaran tentang kepentingan alam
sekitar serta menyayangi alam sekitar. Kita mesti bertindak untuk ___________________ (7)
sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar kepada pihak ____________________ (8) seperti

5
Jabatan Alam Sekitar. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih dan _________________ (9)
akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan sihat dan ____________________ (10).

C: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (10 markah)

barangan patuh bersopan selesa wang pengiktirafan


darah menghargai terima kasih setia menghidangkan

1 Suryani menghulurkan sumbangan _______________________ kepada seorang


pengemis tua ketika dalam perjalanan pulang dari kerja.

2 Johnny sekeluarga tidak _________________________ daging untuk Rajesh sekeluarga


semasa majlis rumah terbuka di rumahnya.

3 Puan Aminah ke Hospital Bandar Setia untuk menderma _________________ sempena


kempen yang dianjurkan oleh hospital tersebut.

4 Berterima kasih ialah perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan __________________


dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberiaan.

5 Murid-murid Sekolah Sri Sinar mendermakan wang dan __________________________


terpakai kepada mangsa-mangsa pelarian luar Negara melalui Bulan Sabit Merah
Malaysia di sekolah.

6 Persekitaran yang bersih membolehkan kita menjalani hidup yang sihat dan
____________________ .

7 Kita perlu ______________________ apabila kita ingin mendapatkan perkhidmatan.

8 Susan mengucapkan _____________________________ kepada wanita yang bertugas di


kaunter pertanyaan tersebut kerana telah membantunya.

9 Cara mengamalkan nilai berterima kasih kepada tokoh Negara ialah dengan mengenang
dan _____________________________ jasa dan pengorbanan mereka.

10 Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu setia kepada Negara dan _______________________
undang-undang Negara kita.

D: Nyatakan kelima-lima prinsip Rukun Negara kita. Huraikan bagaimana kamu


6
menghayati setiap satunya. (10 markah)

PRINSIP RUKUN NEGARA

=== KERTAS SOALAN TAMAT ===

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

.... ..
(ADONIE BINTI ADNAN) (MAZLINA BINTI HAMZAH) (ROHAYA BT MD.WAZIR)
Guru Mata Pelajaran Ketua Panitia Pend. Moral GPK Kurikulum

7
8