Anda di halaman 1dari 2

Pelajar Tingkatan Lima,

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Putrajaya,


WP Putrajaya
____________________________________________________________

AL FADHIL USTAZ NAQIUDDIN , 25 OKTOBER 2016

SK PUTRAJAYA PRESINT 11(2) .

Tuan,

Jemputan Sebagai Imam Di Majlis Berbuka Puasa Sunat Perdana

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pelajar Tingkatan Lima ingin


mengadakan Majlis Berbuka Puasa Sunat Perdana di surau al Itqan .

2. Program yang dianjurkan oleh pelajar tingkatan lima ini bertujuan membina
kekuatan rohaniah para pelajar bagi menghadapi peperiksaan awam Sijil Pelajaran
Malaysia yang akan menjelang tiba tidak beberapa lagi. Majlis ini juga diharapkan dapat
memperkukuhkan lagi ukhuwah islamiah antara para pelajar, guru dan ibu bapa
disamping meningkatkan motivasi pelajar bagi membudayakan amalan puasa sunat
Isnin dan Khamis yang sering diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

3. Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir program :


Tarikh : 27.10.2016
Masa : 6.30 petang hingga 10.00 malam
Tempat : Surau al-Itqan Kompleks Sekolah Presint 11(2)

4. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memenuhi jemputan kami ini
agar hajat kami tertunai .

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian.

Yang menjalankan tugas,

..............................................................
(MUHAMMAD ZAHRUL HARITH)
Wakil Pelajar Tingktan Lima,
SMK Agama Putrajaya
TENTATIF PROGRAM

6.30 Ketibaan pelajar dan guru-guru

7.00 Persediaan berbuka puasa dan solat Maghrib

7.45 Bacaan Surah al-Kahfi

8.10 Persediaan solat Isya dan solat hajat

9.00 Jamuan makan dan ucapan

10.00 Bersurai dan pulang

Mohon ustaz untuk mengimamkan solat fardhu maghrib , isyak , dan sunat hajat ,
serta mengetuai bacaan surah al Kahfi .

# KAMISAYANGUSTAZNAQI .

Anda mungkin juga menyukai