Anda di halaman 1dari 2

KATA TANYA

Praktis 1
1. _______ yang sedang kamu menungkan itu, Merry? Aku harap kamu dapat berikan
perhatian kepada penceramah, kata Shanty kepada Marry.

A Mengapakah B Siapakah C Bilakah D Apakah

2. Amboi, comelnya kucing awak! _______ namanya? kata Atiqah kepada Aliah.

A Manakah B Siapakah C Adakah D Apakah

3. _______kah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan awak,
semalam? tanya Maniam kepada Razif.

A Apa B Mana C Siapa D Mengapa

4. Sejak ____________ kamu bertukar ke sekolah ini?

A siapakah B apakah C mengapakah D bilakah

5. ___________ kah semua murid berkumpul di tengah padang pagi tadi ?

A Bila B Bagaimana C Mengapa D Siapa

6. ___________kah pihak polis membuat sekatan jalan raya?

A Apa B Di mana C Berapa D Siapa

7. ___________ kah pendapatan Encik Shamsul selepas dinaikkan pangkat ?

A Apa B Di mana C Berapa D Bagaimana

8. ___________ orangkah yang akan menyertai rombongan lawatan sambil belajar


anjuran Kelab Kembara ke Kuala Lumpur ?

A Siapa B Apa C Berapa D Bagaimana

9. Benda yang terletak di sudut itu __________ ?

A apa B di mana C bila D bagaimana

10. _____________ kah kita tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan ?

A Bila B Mengapa C Siapa D Bagaimana

11. ______________ kah yang bakal menggantikan tempat Tuan Guru Besar selepas
beliau bersara wajib nanti?

A Apa B Di mana C Berapa D Siapa

12. ______________ kah yang ada di dalam sampul surat itu ?

A Ada B Apa C Berapa D Bila


13. Roslan keluar dari rumahnya______________ ?

A bila B siapa C di mana D berapa

14. ______________ kah caranya kamu mencapai keputusan cemerlang dalam


Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ?

A Siapa B Kenapa C Berapa D Bagaimana

15. ______________ kah kereta itu boleh terbabas ke dalam gaung?

A Bila B Mengapa C Bagaimana D Berapa

16. _____________ kah dia masih belum tiba? keluh Pak Saman.

A BagaimanaB Siapa C Apa D Mengapa

17. _____________ kah kamu tidak menghadiri kelas tambahan Bahasa Melayu
semalam ?

A Apa B Mengapa C Siapa D Bila

18. ______________ kah perasaan kamu apabila diumumkan sebagai murid cemerlang
dalam UPSR ?

A Mengapa B Bila C Berapa D Bagaimana

19. ______________ lamakah masa yang diambil oleh peserta ekspedisi untuk tiba
di puncak Gunung Ledang?

A BagaimanaB Di mana C Berapa D Apa

20. Pada pendapat anda, ______________ kepentingan pengambilan makanan yang


seimbang ?

A mengapakah B bagaimanakah C apakah D berapakah