Anda di halaman 1dari 3

Kata Ganti Nama

1 ____________ berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah


RM500.00 sekiranya dapat meneka soalan kuiz ini, kata juruhebah radio itu.
A Kalian
B Anda
C Awak
D Engkau

2 Sampaikan salam ____________ kepada ibu dan bapa kamu setelah tiba di
rumah, pesan datuk dan nenek kepada Azean.
A kami
B awak
C kita
D saya

3 ____________ sangat mengharapkan kerjasama daripada kalian untuk


membimbing anak-anak agar memperoleh keputusan yang cemerlang,
pesan Guru Besar kepada ibu bapa.
A Aku
B Kita
C Saya
D Mereka

4 Pencuri itu telah diberkas oleh pihak polis semalam. ___________ didapati
telah meragut beg tangan seorang wanita.
A. Baginda
B. Beliau
C. Mereka
D. Dia

5 Siti dan Leela berkawan baik sejak di bangku sekolah rendah lagi.
Persahabatan ____________ bagai isi dengan kuku.
A mereka
B dia
C kami
D awak

6 ____________ seorang perantau yang datang berlindung di bawah


pemerintahan ____________ yang adil, kata Awang Lela kepada Laksamana
Hang Tuah.
A Patik ... tuanku
B Beta ... kakanda
C Hamba ... baginda
D Hamba ... tuan hamba

7 Sebentar lagi ____________ akan berangkat ke balairung seri untuk majlis


bersama rakyat, titah Sultan Muzaffar Shah kepada bendahara.
A baginda
B hamba
C tuanku
D beta

8 __________ tunggu saya di stesen bas sehingga saya sampai, kata Farahin
kepada rakan-rakannya.
A Kamu
B Mereka
C Anda
D Kalian

9 ____________ tidak dibenarkan memasuki pusat sumber tanpa kebenaran


Cikgu Lim, kata Ahmad kepada rakan-rakannya.
A Saudari
B Kami
C Kita
D Awak

10 ________________ perlu bermain bersungguh-sungguh untuk memenangi


perlawanan itu, kata jurulatih itu kepada para pemainnya.
A Kalian
B Anda
C Awak
D Mereka

11 Tolong berikan kuih ____________ kepada jiran kita, pesan Mak Limah
sambil menghulurkan sepiring kuih lapis.
A ini
B sini
C itu
D sana

12 Bilakah kamu akan ke ____________ ? tanya emak kepada abang yang


akan menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan.
A ini
B situ
C sini
D sana

13 Ingatlah pesanan nenek moyang kita yang mengatakan di ___________ bumi


dipijak, di ____________ langit dijunjung.
A sini ... sana
B sana ... sini
C mana ... situ
D situ ... sana

14 Saya tidak bercadang untuk ke ____________ pada cuti pertengahan ini


kerana hendak membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan UPSR,
kata Flora kepada Samynathan.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

15 ____________ kamu ada masa, datanglah ke rumah kerana pak cik berasa
sunyi tinggal seorang diri, kata Pak Wahab kepada Hashim.
A Apa-apa
B Bila-bila
C Siapa-siapa
D Mana-mana

16 Terima kasih kerana mengampunkan kesalahan ____________ , tuanku,


kata
Panglima Mahmud dengan penuh keinsafan kepada Sultan Ahmad.
A tuanku
B beta
C patik
D hamba

17 Apabila kerja rumah ____________ sudah disiapkan, saya akan mengikut


____________, kata Chong kepada Rahim dan John.
A aku ... engkau
B saya ... kalian
C kamu ... awak
D kita ... awak

18 Wah, cantik sungguh kasut baharu ____________ ini! kata Ratna kepada
Mei Ling.
A kau
B nya
C mu
D ku

19 Para penyokong pasukan JDT sudah memenuhi stadium untuk menyaksikan


perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia. ____________ memegang
bendera dan sepanduk.
A Mereka
B Kita
C Kami
D Kalian

20 ____________ rela berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara


tercinta ini, tuanku, sembah hulubalang kepada Sultan Alauddin.
A Beta
B Patik
C Tuanku
D Baginda