Anda di halaman 1dari 3

BUKU NOTA

Pepatah arab ada menyebut, Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya,
ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat, termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang
setelah itu kamu tinggalkan terlepas begitu saja. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat,
nota bermaksud bahan catatan bertulis tentang sesuatu tajuk atau pekara yang telah
dipelajari untuk rujukan pada masa hadapan. Nota juga bermaksud catatan atau keterangan
ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu baba atau perkara. Oleh yang
demikian, dapatlah saya fahami bahawa buku nota merupakan tempat di mana catatan
bertulis tentang sesuatu perkara yang telah dipelajari dilakukan.

Kebiasaannya, buku nota yang digunakan adalah yang mudah dibawa ke mana-
mana saja oleh pemilik buku nota tersebut. Buku nota ini juga bergantung dengan
personaliti individu tersebut masing-masing. Apabila membaca buku dan hendak
memudahkan kita mengingat, kita perlu membuat nota ringkas. Nota ringkas ini boleh
disediakan dalam berbagai bentuk. Ada yang suka membuat nota dalam bentuk peta minda,
senarai isi, gambarajah pokok, tulang ikan dan sebagainya.

Daripada pencarian yang telah saya lakukan, terdapat beberapa ciri yang
menunjukkan nota yang telah kita buat itu efektif atau tidak. Ciri tersebut ialah MOVIFAA.
MOVIFAA merupakan ringkasan kepada perkataan Meaningful, Organise, Visualised,
Interesting, Feedback, Attention dan Association.

Meanin
gful
Associa Organis
tion e

Ciri
Attentio
n nota Visualis
ed

Feedba Interest
ck ing
Meaningful bermaksud nota hendaklah bermakna, jelas, padat dan ringkas.
Organise bermaksud nota yang kita lakukan mestilah sistematik, tersusun,
mengikut urutan seperti proses, tarikh, fenomena dan lain-lain.
Visualised membawa maksud nota yang telah dihasilkan adalah dalam bentuk
yang boleh digambarkan, mesti ada elemen gambar, bentuk dan imej yang boleh
membantu kita untuk mengingat.
Interesting bermaksud nota yang dihasilkan mestilah menarik dan tidak
membosankan. Kita boleh menggunakan warna-warna yang berbeza untuk tajuk,
idea utama, isi penting dan contoh.
Feedback membawa maksud nota yang telah dihasilkan dapat membantu dan
memberi jawapan kepada soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk yang
sedang kita pelajari terutamanya contoh-contoh soalan peperiksaan lepas.
Attention bererti nota yang telah dihasilkan mestilah mampu meningkatkan
perhatian dan daya tumpuan. Pembuat nota yang berkesan mestilah
menggunakan kreativiti yang ada untuk menjadikan nota yang dihasilkan menarik
perhatian minda.
Association bermaksud nota yang telah dibentuk mampu menunjukkan
hubungkait antara satu idea utama dengan idea utama yang lain dan antara idea
utama dengan isi-isi penting.

Selain daripada ciri-ciri tersebut, buku nota yang lengkap dengan nota yang telah
dihasilkan dan memenuhi ciri-ciri MOVIFAA ini juga perlu dikemaskini dari masa ke semasa.
Mungkin ada maklumat yang perlu ditambah dan diperbaiki. Rujuklah kepada guru, buku
teks, atau buku-buku rujukan yang berlambak di pasaran. Kita juga boleh menambah carta-
carta seperti carta minda untuk memudahkan ulang kaji selepas ini. Sediakan sedikit ruang
kosong di muka surat nota untuk tujuan itu.

Di samping itu, kita boleh melipatkan gandakan usaha kita dalam melengkapkan
buku nota kita dengan meminjam daripada kawan-kawan yang cemerlang dalam subjek itu
dan lihatlah bagaimana mereka menulis nota mereka. Tengok juga isi-isi yang anda
ketinggalan dan tambahkannya ke dalam nota milik anda. Jika ada kesilapan, perbetulkan
agar anda tidak "diselewengkan" nanti. Anda juga boleh membandingkan nota anda dengan
nota pelajar yang lemah. Dengan ini, anda boleh meneliti aspek-aspek kekurangan yang
perlu dielakkan. Dalam masa yang sama anda boleh membantu dia mempertingkatkan diri.

Namun demikian, buku nota yang lengkap dan dipenuhi dengan pelbagai info tidak
akan berguna tanpa membacanya. la mungkin sesuatu yang sukar pada mulanya, tetapi
Jika tabiat membaca nota dipupuk dari awal, tidak jadi masalah lagi. Ulang kaji menjadi
mudah dan menyeronokkan jika mempunyai nota yang mudah dan menyeronokkan. Tidak
perlu baca buku teks yang berjela, tidak perlu melihat buku rujukan yang bersimpang siur.
Anda sudah ada nota sendiri, yang ditulis atas kefahaman anda sendiri, cara anda sendiri. la
memang benar-benar "milik" anda.

Contoh I

Contoh II