Anda di halaman 1dari 50

Imunisasi.

Imunisasi adalah satu cara yang paling berkesan dalam mengawal penyakit-
penyakit berjangkit seperti difteria, pertussis (batuk kokol), tetanus
(kancing gigi), polio, tibi, hepatitis B, measles, mumps, rubella dan
jangkitan meningitis Haemophilus influenzae type b. Imunisasi merupakan
satu proses pembentukan imuniti atau perlindungan kepada individu melalui
penggunaan vaksin.

Kepentingan Imunisasi
Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana
dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit
yang serius yang boleh mengakibatkan kecacatan dan kematian.
Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus
dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk
dan kekal.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat
mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga
ahli keluarga.
Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan
wabak penyakit berjangkit.
Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah
penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.
Imunisasi merupakan satu-satunya intervensi kesihatan yang kos-
efektif.

Imunisasi hepatitis B

Imunisasi Hib adalah imunisasi baru yang diperkenalkan dalam program


imunisasi

anak anda.

Apa Itu Hib? Apakah Penyakit Yang Disebabkan Oleh Hib?

Hib adalah singkatan untuk Haemophilus influenzae type b iaitu sejenis


bakteria yang menyebabkan jangkitan yang teruk:

Radang selaput otak (meningitis) - jangkitan pada selaput otak dan


saraf tunjang.
Radang paru-paru (pneumonia) - jangkitan pada paru-paru yang juga
dikenali sebagai ARI (Jangkitan Respiratori Akut).
Radang epiglotis - jangkitan pada epiglotis (kerongkong) yang
mengakibatkan bahagian epiglotis bengkak dan menyebabkan saluran
pernafasan tersumbat.
Keracunan darah (septisemia) - terdapatnya bakteria patogenik dalam
darah.
Radang sendi (septic arthritis) - jangkitan pada sendi yang
menyebabkan bengkak, kemerahan dan sakit.
Penyakit Hib dan Hepatitis B BUKANLAH satu penyakit
yang sama. Vaksin pencegah Hepatitis B adalah
disebut vaksin Hepatitis B manakala vaksin penyakit
Hib adalah disebut vaksin Hib.

Mengapakah Penyakit Hib Berbahaya?


Penyakit Hib berbahaya kerana :

Mudah berjangkit terutama di kalangan kanak-


kanak.
Di Malaysia 30% - 50% kanak-kanak di bawah
umur 5 tahun yang mengidap radang selaput otak
(meningitis) adalah disebabkan penyakit Hib.
Penyakit Hib juga boleh mengakibatkan radang
paru-paru (pneumonia),radang epiglotis, bengkak pada
saluran pernafasan yang mengakibatkan saluran
pernafasan tersumbat dan boleh menyebabkan
kematian.
Komplikasi lain seperti ketidakupayaan, pekak
atau kerosakan otak yang kekal boleh berlaku.Hampir
10% daripada kanak-kanak ini mati dan 30% lagi
mengalami kecacatan otak yang kekal, buta, pekak,
Cerebral Palsy dan masalah pembelajaran atau
tingkahlaku.
Siapakah Yang Boleh Dijangkiti Penyakit Hib?

Penyakit Hib kerap berlaku di kalangan kanak-


kanak di bawah umur 5 tahun.
Risiko jangkitan adalah paling tinggi di kalangan
kanak-kanak berumur di
bawah 1 tahun. Penyakit ini jarang berlaku pada
kanak-kanak berumur 5
tahun ke atas.
Pergaulan rapat dengan kanak-kanak yang
dijangkiti Hib meningkatkan risiko mendapat
penyakit Hib.
Walaupun bayi yang menyusu susu ibu
sepenuhnya akan mendapat
perlindungan daripada penyakit Hib, imunisasi
masih diperlukan untuk mendapatkan
perlindungan yang maksima.

Bagaimanakah Jangkitan Hib Merebak?


Bakteria Hib disebarkan melalui titisan ketika bersin atau batuk oleh
mereka yang dijangkiti penyakit Hib. Penyakit ini juga boleh merebak
melalui perkongsian barang permainan yang dimasukkan ke dalam
mulut.

Bagaimanakah Penyakit Hib Boleh Dicegah?


Penyakit Hib boleh dicegah melalui imunisasi Hib. Imunisasi yang
baru diperkenalkan ini boleh mencegah semua penyakit yang
disebabkan oleh bakteria Hib. Walau bagaimanapun, kanak-kanak
masih boleh mendapat pneumonia, meningitis, epiglotitis dan
penyakit lain yang disebabkan oleh lain-lain bakteria atau virus yang
biasa tetapi tidak serius.

Siapakah Yang Perlu Diberi Imunisasi Hib?


Imunisasi Hib perlu diberikan kepada semua kanak-kanak berumur
2, 3 dan 5 bulan.

Bilakah Imunisasi Hib Diberikan?


Jadual imunisasi Hib berbeza mengikut negara. Di Malaysia,
imunisasi Hib diberikan sebanyak 3 dos
Umur Dos
2 Bulan Pertama
3 Bulan Kedua
5 Bulan Ketiga
Bagaimanakah Imunisasi Hib Diberikan?
Imunisasi Hib diberikan secara suntikan di paha. Imunisasi ini
digabungkan dengan DPT dalam satu suntikan.

Apakah Kesan Sampingan Imunisasi Hib?


Kesan sampingan yang berlaku biasanya ringan dan tidak berbahaya
berbanding jika mendapat penyakit Hib atau komplikasinya.
Walau bagaimanapun, kesan kemerahan, sedikit bengkak dan kesakitan
pada tempat suntikan mungkin berlaku.
Kesan ini akan hilang dengan sendirinya antara 1 hingga 3 hari. Kadang-
kadang demam juga boleh berlaku.

Imunisasi MMR

Apa Itu Imunisasi MMR?


MMR adalah singkatan untuk imunisasi Measles, Mumps dan Rubella.
Ia adalah kombinasi tiga vaksin dalam satu suntikan bagi memberi
perlindungan
daripada penyakit measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.

Apa Itu Measles (Campak)?


Measles adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus
Measles.
Tanda-tanda measles adalah demam yang tinggi, batuk, selsema,
mata kemerahan dan ruam yang bermula di muka seterusnya merebak
ke seluruh badan.
Penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti radang
paru-paru, jangkitan otak dan sawan. Measles juga boleh menyebabkan
kematian.

Apa Itu Mumps (Beguk)?

Mumps (beguk - bengkak di belakang telinga hingga ke dagu)


adalah penyakit akibat daripada virus Mumps yang menyerang
kelenjar air liur.
Tanda-tandanya adalah demam, sakit kepala, sakit-sakit otot dan
bengkak kelenjar air liur.
Penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi yang teruk seperti
jangkitan otak, radang buah zakar (boleh mengakibatkan
kemandulan), radang kelenjar pankreas dan jangkitan telinga yang
boleh menyebabkan pekak.

Apa Itu Rubella?

Rubella adalah penyakit yang disebabkan oleh virus


Rubella.
Tanda-tandanya adalah ruam dan demam ringan
selama 2 hingga 3hari.
Biasanya rubella adalah penyakit ringan di kalangan
kanak-kanak dan dewasa.
Walau bagaimanapun, wanita yang tidak mendapat
imunisasi terkena jangkitan rubella sewaktu
mengandung boleh menyebabkan bayi dilahirkan cacat
yang dikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.
Ini termasuk pekak, katarak (menyebabkan buta),
jantung berlubang, terencat tumbesaran dan terencat
akal.

Kenapa Measles, Mumps Dan Rubella


Menjadi Masalah?

Penyakit ini berbahaya kerana:


Mudah berjangkit di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa
Mudah merebak dari seorang ke seorang yang lain boleh
menyebabkan komplikasi yang teruk.
Bagaimana Measles, Mumps Dan Rubella Merebak?
Ketiga-tiga penyakit ini boleh berjangkit apabila orang yang dijangkiti
batuk atau bersin.

Bagaimana Measles, Mumps Dan Rubella Boleh Dicegah?


Penyakit measles, mumps dan rubella boleh dicegah melalui
imunisasi MMR.

Siapakah Yang Perlu Diberi Imunisasi MMR?


Semua kanak-kanak berumur 12 bulan dan Tahun 1 Sekolah Rendah
perlu diberi imunisasi MMR.

Berapa Dos Yang Diperlukan?


Imunisasi MMR diperlukan sebanyak 2 dos.
Bagaimana Imunisasi MMR
Diberikan?

Imunisasi MMR adalah satu kombinasi imunisasi yang merangkumi


3 jenis vaksin iaitu Measles, Mumps dan Rubella. Imunisasi ini
diberi dalam satu suntikan di bahagian paha atau lengan.

Apakah Kesan Sampingan Imunisasi MMR?


Imunisasi MMR adalah selamat. Kesan sampingan yang berlaku
adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding jika mendapat
penyakit measles, mumps, rubella atau komplikasinya.
Walau bagaimanapun, ruam, bengkak kelenjar air liur,
demam dan rasa mengantuk mungkin berlaku dari 7hingga
10 hari selepas imunisasi.

VAKSIN BACILLUS CALMETTE GUERIN-


PENYAKIT DI CEGAH (Tuberculosis)

Tibi adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh


bakteria yang menjangkiti saluranpernafasan.
Penyakit ini tersebar melalui titisan (melalui udara)
semasa batuk atau bersinoleh orang yang dijangkiti
penyakit tibi.
Jangkitan ini boleh menjangkiti ahli-ahli keluarga lain yang
tinggal serumah.
Biasanya berlaku di kalangan penduduk miskin dan
mereka yang tinggal di kawasan sesak.
Kebelakangan ini penyakit tibi telah meningkat disebabkan
kemasukan pendatang asingdan juga meningkatnya
kejadian jangkitan HIV.
Komplikasi penyakit ini termasuk jangkitan kelenjar limfa
(lymph node), radang selaput otak, radang paru-paru
danserangan tibi pada organ-organ lain seperti usus,
tulang dan sendi, paru-paru dan buahpinggang.

Difteria vaksin DT, vaksin DTP(kombinasi difteria, tetanus,


pertussis)

Difteria adalah radang pada selaput hidung dan


kerongkong yang disebabkan oleh toksin(racun) yang
dihasilkan oleh bakteria Difteria.

Kesannya adalah bengkak pada saluran pernafasan yang


mengakibatkan saluran pernafasan tersumbat dan mungkin
menyebabkan kematian. Penyakit difteria boleh dirawat dengan
antibiotik.
Adalah penting untuk diberikan antitoksin dengan segera bagi
mengelakkan kerosakan berkekalan pada jantung dan sistem saraf
atau kematian. Hanya dengan pemberian imunisasi sahaja dapat
melindungi anak anda daripada penyakit difteria.
Pertussis (Batuk Kokol) -Batuk kokol adalah penyakit berjangkit yang
disebabkan oleh bakteria pertussis yangmenjangkiti kerongkong dan
saluran pernafasan.

Akibatnya adalah batuk yang teruk dan kerap muntah dan


keadaan ini mungkin berlarutan sehingga 3 bulan walaupun
mendapat rawatan yang sempurna.
Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku di
kalanganbayi berumur di bawah 6 bulan.
Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik,pendarahan
dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan
atau radangselaput otak (meningitis).
Tetanus (Kancing Gigi) vaksin T
Spora tetanus didapati di dalam tanah. Penyakit tetanus
boleh berlaku apabila terdapat luka yang tercemar dengan
spora tetanus.
Tetanus juga tersebar melalui penggunaan gunting dan
peralatan lain yang tercemar dengan spora tetanus. Hanya
imunisasi boleh mencegah penyakit ini.
Polio (Poliomyelitis)- vaksin OPV
(melalui mulut)

Polio disebabkan oleh virus Polio yang menyerang sistem


saraf.
Penyakit ini menular melalui tangan, makanan dan air
yang tercemar dengan najis dari orang yang
dijangkitipenyakit polio.
Jangkitan polio biasanya menyerang sistem saraf ke otot dan ini
boleh menyebabkan lumpuh.
Kadangkala polio menyerang otot pernafasan yang
menyebabkan kesukaran bernafas dan ini boleh membawa
kematian.

Komplikasi
Penyakit-
Penyakit Yang
Boleh Dicegah

Tibi
(Tuberculosis): Tib
i mengakibatkan
radang paru-paru, radang selaput
otak, jangkitanpada organ lain seperti usus, tulang,
sendi serta buah pinggang dan boleh
membawamaut.
Hepatitis B: Hepatitis B boleh menyebabkan
penyakit hati kronik (chronicliver disease) dan
kanser hati

Difteria: Difteria boleh mengakibatkan sukar


bernafas, masalah jantung dan saraf.

Pertussis(batuk kokol): Pertussis menyebabkan


radang paru-paru, epilepsidan boleh membawa
maut.

Tetanus: Tetanus boleh mengakibatkan


kekejangan otot yang membawakesakitan yang
kuat, kesukaran bernafas dan boleh membawa
maut.

Polio: Polio boleh menyebabkan lumpuh dan


mengakibatkan ketidakupayaanfizikal atau
kematian.

Penyakit Hib: Penyakit Hib boleh menyebabkan


radang paru-paru, radangselaput otak, pekak,
buta, epilepsi dan terencat akal serta
radang epiglottis yang menyebabkan saluran
pernafasan tersumbat.

Measles (campak): Measles boleh mengakibatkan


komplikasi seperti radang paru-paru, radang
selaput otak (meningitis), radang otak
(encephalitis),pekak, buta, cirit-birit dan kematian.

Mumps (beguk) mengakibatkan: radang otak


(encephalitis), radang buah zakar (orchitis) yang
boleh membawa kemandulan.

Rubella biasanya penyakit yang ringan bagi


kanak-kanak dan dewasa tetapi Rubella pada ibu
yang mengandung boleh mengakibatkan bayi
dilahirkan cacat seperti katarak (buta),
pekak, jantung berlubang, terencat tumbesaran dan
terencat akal. Kecacatan ini dikenali sebagai
Congenital RubellaSyndrome.
Perancang Keluarga..
Perancang keluarga merupakan satu pilihan yangbijak untuk
mengamalkan kontraseptif olehpasangan yang berkahwin
supaya membantumereka mempunyai cahaya mata apabila
merekatelah bersedia. Ini dapat meningkatkan taraf
kesihatan ahli keluarga serta dapat hidup dalamkeadaan
riang gembira

Tujuan:
1. Tidak bimbang akan mendapat anak yang
tidakdirancang
2. Menentukan masa mendapat anak
3. Menetapkan bilangan anak mengikut kemampuan bagi
menyediakan keperluan anak.
4. Meninggikan taraf kesihatan kedua-dua ibu dananak
5. Memberi masa yang berkualiti, kasih sayang dan
penjagaan keluarga.
Kaedah-kaedah perancang
kehamilan.

Azal (Coitus interuptus)

Merupakan kaedah yang lama, kini


masihdigunakan/diamalkan.
Semasa prosespersetubuhan sebelum kemuncak orgasm
lelaki akan keluarkan penis dari vagina dan air mani akan
dipancutkan diluar faraj.
Penis tidak boleh dimasukkan semula kedalam vagina
selepas sperma diejakulasi diluar kerana sisa-sisa sperma
masih ada dan boleh menyebabkan kehamilan.

Kelemahan..
Menghalang kepuasan maksimum kedua-dua pihak.
KAEDAH / CARA SEMULAJADI
Calendar / masa selamat

Dalam pusingan haid, terdapat masa subur dan


masa tidak subur. Kehamilan boleh terjadi pada
masa tertentu setiap pusingan haid.
Untuk mengira masa subur, anda mesti mencatat
pusingan haid anda bagi 6 bulan sekurang-kurangnya
contoh :

Bulan Hari
januari 25
febuari 28
mac 26
April 30
mei 28
jun 31

Berdasarkan pada contoh diatas :


Pusingan haid yang paling pendek adalah Jan 25 hari
Pusingan haid yang paling panjang adalahJun 31 hari
Untuk mengetahui hari pertama subur, anda tolakkan 18 hari dari 25,
iaitu 25 tolak 18 = 7 jadi hari ke 7 setelah bermula haid ialah hari
pertama subur.
Untuk mengetahui hari akhir masa subur pula tolakkan 11 dari 31,
iaitu 31 tolak 11 = 20
Ini bermakna masa subur ialah dari hari ke 7 setelah bermula haid
hingga hari ke 20

Perhatian kaedah ini tidak digalakkan sekiranya pusingan


haid kurang dari 25 hari dan melebihi 31 hari
Cara mucus / lender
Sebelum ovulasi ianya pekat, bewarna kelabu dan tebal, ini
menghindarkan kemasukan sperma-selamat untuk mengadakan
perhubungan seksual
Semasa ovulasi berlaku dibawah stimulasioestrogen, lendir menjadi
cair dan sperma boleh masuk kesaluran servik tidak selamat untuk
perhubungan seksual.
Cara suhu badan

Sukatan suhu badan seseorang adalah berlainan setiap hari mengikut


masa pusingan haid.
Awal pusingan haid suhu badan diantara 36C-37C.
Semasa ovulasi suhu badan menurun diantara 0.1C0.2C dan
keadaan ini akan berterusansehingga 3 4 hari.
Sekiranya ibu tidak hamil,suhu badan akan menurun diikuti dengan
keluaran haid.
Jika kehamilan berlaku, sukatan suhu badan akan terus naik. Ini adalah
disebabkan oleh paras hormone oestrogen yang meningkat didalam
saluran darah.
Cara mengguna ovulation thermometer
I. Sebelum tidur, pastikan raksa turun keparas36C
II. Ambil suhu badan, sejurus bangun dari tidur setiap hari (sebelum
melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti berjalan,mandi,makan,minum
dll
III. Letakkan thermometer didalam mulut bawah lidah selama 5 minit
IV. Catatkan suhu didalam carta graf suhu.
KAEDAH / CARA MEKANIKAL

Kondom (sarung getah)


Diperbuat dari getah yang nipis
Sarungkan kondom ke zakar yang tegangsebelum memasukkan
zakar kedalam vagina. Ia adalah untuk mengumpul air mani dan
menghalang benih lelaki masuk kedalam vaginaperempuan.
Keluarkan zakar dari vagina sebaik sahajaselepas pancutan untuk
mengelak tumpahan airmani kedalam vagina
Gunakan kondom baru untuk setiap persetubuhan

Kebaikan kondom
Mudah didapati
Sangat berkesan, hampir 90 98% jikadigunakan dengan teliti. Lebih
berkesan jikadigunakan dengan spermisid.
Boleh membantu untuk mencegah penyakit seperti HIV/AIDS
Tidak membawa kesan sampingan.

Sekiranya kondom pecah semasa persetubuhan wanita tersebut hendaklah ke klinik


untuk mendapatkan nasihat.
Alat dalam rahim (I.U.C.D)
Merupakan satu alat yang dimasukkan danditempatkan didalam
rahim untuk mencegahkehamilan.

Ia bertindak dengan mencegah pertemuan antara sperma dan


ovum, serta membuatkan ruang rahim tidak sesuai untuk
penampalan oleh kerana kehadiran alat dalam rahim/kuprum.
Jenis alat dalam rahim
Lippes loop
Nova T
Copper 7
Multiload
Ianya diperbuat daripada plastik dan sesetengahnya disaluti dengan
copper (kuprum)

Kontraindikasi

Ibu yang disyaki mengandung

Penghidap penyakit barah dalam organ


reproduktif seperti barah rahim dan barah pangkal rahim
Pendarahan haid yang luarbiasa
Penyakit dan jangkitan dirongga pelvic
Sejarah mengandung ektopik
Ketumbuhan dalam
CONTOH GAMBAR:
PEMASANGAN I.U.C.D
Dalam keadaan biasa, pemasangan dilakukan pada
penghujung kedatangan haid.
Selepas bersalin, 6 minggu dengan syarat belum
melakukan persetubuhan.
Bagi mereka yang melahirkan anak secara pembedahan
dinasihatkan 6 bulan selepas pembedahan.
Selepas pengguguran sejurus selepas pengguguran
disahkan sempurna oleh doktor.

Nasihat selepas pemasangan I.U.C.D

I.
Mengajar rasa benang terutama selepas haid
II.
Cuci tangan
III.
Duduk dalam keadaan mencangkung
IV.Masukkan jari dalam vagina sedalamnya sehingga
menyentuh benang dipangkal rahim
V. Cuci tangan semula.

KESAN SAMPINGAN ADR


1. Sakit pinggang
2. Sakit ari-ari
3. Turun darah selepas pemasangan alat
4. Turun darah antara haidAlat dalam rahim terkeluar Benang
ADR yang tidak dirasai
5. Senggugut
6. Dapatkan rawatan doktor jika mengalami pendarahan yang
banyak dan lama
7. ADR terkeluar atau separuh keluar
8. Tiada rasa benang atau benang didapati panjang
9. Tiada haid
10.Demam,sakit ari-ari,keluar keputihan banyakdan berbau
tanda-tanda PID (pelvic inflammatory disease)

LAWATAN SUSULAN

i. Lawatan pertama 6 minggu selepas kemasukkan ADR


ii. 3 bulan
iii. 6 bulan
iv. Setahun sekali sehingga tamat tempuhMasa pengeluaran ADR

MASA PENGELUARAN ADR


Atas permintaan pengguna
Tamat tempoh penggunaan ADR
Pengguna mengalami masalah berkaitan dengan ADR
Diaphragm (lapik liang rahim)

Ia merupakan alat lembut berbentuk mangkuk diperbuat dari getah.

Penggunaan dan fungsi:

I. Jumpalah doktor untuk mendapatkan saiz yangbersesuaian dengan


anda.

II. Semasa penggunaan jika berat badan andabertambah atau


menurun sebanyak 5 kg diafragma baru perlu digunakan

III. Sapukan diafragma dengan krim atau jeli. Krim dan jeli ini dapat
membunuh sperma didalam air mani.

Kebaikan

a. Mudah dan selesa


b. Boleh disimpan dan digunakan bila perlu
c. Sangat berkesan, hampir 90 98%
d. Tiada kesan sampingan
KAEDAH / CARA KIMIA

Diperbuat dari bahan kimia yang tidak merbahayaterdiri dari


krim,jeli atau buih (foam)

Krim atau jeli


Masukkan krim atau jeli kedalam faraj
Sebelum persetubuhan.Ia akan membunuh sperma
dalam air mani
Patuhi arahan penggunaannya supaya lebih berkesan
Lebih kurang 80% berkesan,tetapi lebih berkesan jika
digunakan dengan kondom.
Kebaikkannya
Mudah didapati
Tidak memerlukan arahan doktor

KEBAIKAN
Mudah digunakan
Tiada kesan sampingan.

Cuma sebilangan kecil pengguna mungkin mengalami sedikit


gangguan disebabkan alahan.
Buih / foam tablet
Sejenis ubat berbentuk bulat yang diperbuat dari bahan kimia

CARA PENGGUNAAN
I. Masukkan ubat ini kedalam faraj 10 15 minit sebelum
persetubuhan supaya ubat ini dapat hancur dan
berbuih.Ubat ini akan membunuh benih-benih lelaki.
II. Patuhi arahan menggunakannya supaya lebih berkesan.
Lebih kurang 80% berkesan, tetapi lebih berkesan jika
guna kondom.

Kebaikannya
a) Mudah didapati
b) Tidak memerlukan arahan doktor Mudah digunakan
c) Tiada kesan sampingan
KAEDAH / CARA PENGGUNAAN
HORMONE

Ianya boleh didapati dalam tiga persediaan iaitu


pil, suntikan dan susuk (norplant implant)
Pil diperbuat dari hormone tiruan yang digelar oestrogen dan
progestrone.
Pil yang digunakan dalam program Perancang
Keluarga Kebangsaan mengandungi :-
I. Oestrogen Ethinyl oestradiol 0.03mg dan 0.5gm
II. Progesterone Levonorgestre 150mg atau
III. Desogestrel 150mg.

Jenis jenis pil


a) Combine oral contraceptives (COCs)
b) Progestin oral contraceptives (POCs)
c) Progestrerone only pill (POP)
TINDAKAN PIL..
Pil bertindak disistem pembiakan dengan cara:

Menghalang pengeluaran ovum (ovulasi)


Menukar corak lendir dipangkal rahim-lendir menjadi
tebal, dengan ini menghalang perjalanan sperma (benih
lelaki)
Menjadikan keadaan dalam ruang rahim tidak sesuai
untuk penempelan benih.

Indikasi

a) Tidak mengandung
b) Tiada mempunyai masalah perubatan

Kontraindikasi

Mengandung
Penyakit kuning (jaundice)
Penyakit thromboembolic
Sakit jantung yang teruk
Kanser payudara dan kanser pangkal rahim /rahim.

Ibu-ibu yang tidak boleh mengamalkan pil kecuali


dengan rawatan dan pengawasan doktor adalah :
I.
Kelenjar pituitary yang tidak berfungsi
II.
Pendarahan dari faraj yang tidak menentu
III.
Sakit kepala yang kuat
IV.Darah tinggi, kencing manis, lelah, urat timbuldikaki atau
faraj.
V. Sakit jiwa
Masa memulakan pil..

Selepas bersalin:
Menyusukan bayi digalakkan menggunakan cara lain seperti
kondom atau ADR selama 6bulan.
Tidak menyusukan bayi- mula makan pil 4minggu selepas
bersalin, dengan syarat ibu belum lagi mengadakan hubungan
kelamin.Sekiranya ibu sudah mengadakan hubungan kelamin
dan tiada haid, ibu perlu menjalani ujian air kencing terlebih
dahulu untukmemastikan ibu tidak mengandung.

Selepas keguguran
Boleh memulakan makan pil selepas sahaja keguguran
disahkan sempurna oleh doctor.
Ibu-ibu lain-pada hari ke 5 kedatangan haid. Sekiranya lewat
(diantara hari ke 6 hingga hari ke 10 ibu boleh juga makan pil,
tetapi perlu menggunakan bersama cara lain, selama satu
minggu.

Cara memakan pil pil pusingan 21 biji

a. Mulakan makan pil pada hari ke 5 kedatangan haid


b. Setiap hari ibu perlu mengambil sebiji pil padamasa yang
ditetapkan, biasanya selepas makanmalam atau sebelum
masuk tidur.
c. Sekiranya ibu terlupa untuk mengambil pilnya,awal pagi
keesokkan harinya ibu perlu mengambil sebiji dan malamnya
perlu ambilsebiji lagi untuk hari tersebut.
d. Selepas habis 21 biji,rehat 7 hari dan dalammasa 7 hari ini
pendarahan vagina (haid) akanberlaku
e. Mulakan pusingan baru pada hari ke 8 selepas berehat.

Pil pusingan 28 biji (21 biji kontraseptif dan 7 biji vitamin)

Mulakan makan pil pada hari ke 5 kedatanganhaid


Mulakan dengan mengikut tanda anak panah dipeket pil.
Selepas habis 21 pil kontraseptif teruskan dengan pil vitamin,
sementara itu pendarahan vagina (haid) akan berlaku.
Apabila habis kesemua 28 biji pil, teruskan dengan pusingan
yang baru.

Pil kontraseptif boleh dimakan waktu malam atau pagi, tetapi


apabila telah dimulakan ianya mesti diteruskan mengikut waktu
yang samasetiap hari. Sekiranya terlupa :-

Sebiji perlu dimakan dalam masa 12 jamDua biji atau lebih,


sambung pil, tetapi perlumenggunakan bersama-sama cara lain.

Sekiranya datang haid, berhenti makan pil danmulakan dengan


peket yang baru pada hari ke 5kedatangan haid.

Tempoh penggunaan pil.

a. Jarak kehamilan adalah antara 2-3 tahun


b. Umur ibu,
Sehingga 35 tahun
35 tahun dan lebih-Sekiranya enggan menukar cara, perlu
diperiksa dan diletakkan dibawah pengawasan doktor.
40 tahun keatas perlu diperiksa dengan teliti oleh doktor,
sekiranya tidak mengalami apa-apa kontraindikasi atau
kesesuaian, ibu boleh terus mengamalkan pil sehingga
berumur 45tahun.

Pemeriksaan fizikal dan pap smeardiperlukan setiap tahun.

KESAN SAMPINGAN PIL..

a. Loya
b. Pening kepala
c. Payudara terasa tegang
d. Keluaran lendir yang berlebihan dari faraj
e. Keluaran darah antara haid
f. Keluaran darah sedikit-sedikit (spotting)
g. Penambahan berat badan
h. Kurang nafsu seksual
i. PROGESTERONE ONLY PILL (POP)

Pil ini hanya mengandungi hormone progesterone sahaja.

Tindakannya: Memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai


penghalang sperma.

INDIKASI

i. Ibu-ibu yang menyusukan bayi


ii. benign breast lump
iii. Anaemia
iv. Varicose veins
v. Sakit kepala
vi. Fibroids
vii. Dysmenorrhoe
KONTRAINDIKASI
Kanser payudara
Jaundice

Cara makan..

Selepas bersalin-6 minggu selepas kelahiranatau hari ke


5 selepas kedatangan haid.

Makan setiap hari pada masa yang sama.

Satu pusingan 28 biji dimakan tanpa berhenti dan seterusnya


memulakan paket pusingan yang baru.

KESAN SAMPINGAN
Turun darah tidak menentu
Tiada haid
Haid banyak dan lama
Sakit kepala dan pening
Suntikan

i. Kaedah suntikan mengandungi hormone progesterone dan


ianya sangat berkesan untuk mencegah kehamilan.
ii. Suntikan bertindak disistem pembiakan dengan cara:-

Menghalang pengeluaran ovum


Menukarkan corak lendir diperingkat rahim dimana lendir
menjadi tebal, dengan ini menghalang perjalanan benih
lelaki
Menjadikan keadaan dalam ruang rahim tidak sesuai untuk
pencantuman benih.

JENIS SUNTIKAN

1. Depo-provera 150 mgm


2. Noristeral (norigest) 200 mgm
Indikasi

1. Pesakit jiwa
2. Pesakit dengan masalah perubatan seperti:
Urat timbul (kaki/faraj)
Sakit thyroid
Kencing manis
Tekanan darah tinggi
Tuberculosis

JADUAL SUNTIKAN

1. Suntikan permulaan hari ke 5 kedatangan haid.

2. Hari ke 6 7 kedatangan haid dimana boleh mengambil cara


suntikan sekiranyan ada haid tanpa perlu menggunakan cara
kedua.

3. Hari ke 6 7 kedatangan haid dimana boleh mengambil suntikan


dan sekiranyan tiada haid perlu menggunakan cara kedua
dahulu sehingga satu minggu.

4. Bagi ibu yang menyusukan bayi- 6 minggu selepas bersalinIbu-


ibu yang tidak menyusu 4 minggu selepas bersalin.

5. Ibu-ibu yang mengalami keguguran- dalammasa 1 minggu


dimana keguguran tersebut hendaklah disahkan sempurna oleh
doktor

6. Suntikan seterusnya setiap 60 hari.


KESAN SAMPINGAN
Gangguan pusingan haid samada tiada haid atau haid yang
tidak teratur
Penambahan berat badan
Loya
Pening / sakit kepala
rajah: Depo-Provera 150mg

IMPLANT
1. Hanya mengandungi hormone progesterone sahaja
2. Mengandungi 6 kapsul kecil dipasang di bawah kulit tangan
melalui pembedahan kecil
3. Dapat mencegah kehamilan selama 5 tahun
4. Kesuburan akan kembali selepas pengeluaran susuk.

Kontraindikasi
Penyakit hepar barah hepar
Keturunan yang mengalami perdarahan yangtidak
menentuKanser payudara
Berat badan melebihi 70 kg.
Jadual kemasukan implan
Selepas bersalin 6 minggu
Ibu-ibu lain hari ke 5 kedatangan haid
KESAN SAMPINGAN
Amenorrhoea (tiada kedatangan haid)
Sakit kepala
Keputihan dari faraj
Rambut luruh
Penambahan berat badan

Faedah mengguna kaedah hormonal


1. Mencegah kehamilan
2. Mencegah kanser ovari
3. Mencegah kanser endometrium

KAEDAH KEKAL- PEMBEDAHAN PEMANDULAN


Kaedah ini boleh dilakukan kepada perempuan atau lelaki
1. Bilateral tubal ligation
Pembedahan pemandulan adalah cara kekal yang dilakukan dengan
mengikat kedua-dua salur fallopion, dengan cara ini, telur
perempuan dihalang dari turun melalui saluran fallop untuk bertemu
dengan sperma lelaki.
INDIKASI
Telah mempunyai saiz keluarga yang cukup dari segi jumlah
anak dan jantina yang dikehendaki
Atas sebab-sebab kesihatan Contoh sakit jantung,sakit mental
atau telah melalui 3 pembedahan caeserian.
Jenis pembedahan
Mini laparotomy
Laparoscopy

Cara tersebut mudah dilakukan & selamat

Pengendalian selepas pembedahan laparotomy..


1. Lawatan susulan

selepas 1 minggu buka jahitan


6 minggu Pap smear
3 bulan, 6 bulan dan setahun sekali, untukmelakukan
pemeriksaan lanjutan.

2. Kaunseling persetujuan boleh dilakukan selepasmendapat


haid yang pertama selepas pembedahanKesan pembedahan
pembedahan ini tidakmengganggu persetubuhan dan haid akan
datangseperti biasa.

2. Pemandulan lelaki (vasectomy)


Merupakan cara merancang keluarga yang kekal dimana
saluran-saluran yang membawa benih lelaki dari buah zakar ke
kantung zakar dipotong dan hujungnya diikat.
Bila saluran-saluran ini dihalang, benih lelaki tidak bercampur
dengan air mani, jadi air mani yang dipancut ke dalam faraj
semasa persetubuhan tidak mengandungi sperma.
Ia merupakan kaedah yang selesa dan tiada kesan sampingan
kecuali terdapat kekusutan.
Persetubuhan hanya boleh dilakukan selepas luka sembuh,
iaitu lebih kurang 7 hari selepas pembedahan. Selepas
pembedahan air mani masih mengandungi benih lelaki.