Anda di halaman 1dari 9

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 MENGENAI WARNA-WARNA

PELANGI DALAM PSV DENGAN MENGGUNAKAN SPECTRUM PRISMONYM

OLEH

MUHAMMAD HANIF BIN ISMAIL

MAHADI BIN HUSSIN

PISMP Pendidikan Seni Visual 3, IPG Kampus Sultan Mizan

zzyzxxxxy@gmail.com

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap kefahaman murid tahun 4
mengenai warna-warna pelangi dengan menggunakan Spectrum Prismonym . Peserta kajian
adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Besut iaitu murid-murid tahun 4
Arif seramai tiga orang kesemuanya. Kajian tindakan ini bersifat kualitatif dan menggunakan
metod triangulasi dalam pengumpulan data terhadap para peserta kajian yang merangkumi
temu bual, pemerhatian dan juga analisis dokumen. Justeru, pengkaji telah menganjurkan
metod alternatif yang dinamakan sebagai Spectrum Prismonym iaitu menggunakan blok
prisma segitiga kaca dan kotak sinar untuk menghasilkan spektrum warna dan akronim
sebagai cara mudah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta kajian
mengenai warna-warna pelangi dalam aktiviti menggambar bagi bidang satu berkaitan
pelangi. Dapatan kajian yang dianalisis oleh pengkaji telah mununjukkan tindak balas yang
positif bagi kesemua peserta kajian dalam karya yang dihasilkan setelah bimbingan diberikan.
Penggunaan kaedah Spectrum Prismonym ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman
peserta kajian untuk memahami warna-warna pelangi dan seterusnya meningkatkan
kemahiran mereka dalam berkarya mengenai pelangi. Pengkaji telah berjaya membuktikan
objektif kajian yang pertama dan kedua iaitu meningkatkan kefahaman murid mengenai
warna-warna pelangi dalam menghasilkan karya bermotifkan pelangi bagi bidang
menggambar dan juga semakin mahir dalam menghasilkan karya sedemikian rupa dengan
menggunakan Spectrum Prismonym. Cadangan pengkaji pada masa hadapan adalah agar
kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji ini ditambah baik lagi oleh individu-individu tertentu
agar mutu pengajaran dalam Pendidikan Seni Visual terus meningkat.
(kata kunci : spektrum warna, kotak sinar, pelangi, blok prisma segitiga kaca, akronim,
Spectrum Prismonym)
ABSTRACT
The main aspiration of this study is to enhance the understanding of year 4 students
regarding the rainbows color by using the Spectrum Prismonym. All of the study participants
was originated from Kuala Besut Primary School and consist of 3 pupils altogether. The study
format done by the researcher was qualitative and triangulation method was used in the
process of collecting data which composed of interviews, observation and document analysis.
Researcher then had invented an alternative means for the study participants namely
Spectrum Prismonym that harness the light emitted from the light box which was then
refracted via triangular glass block prism and dispersed in order to produce spectrum of
colors summed up with acronym practice as an easier way to enhance study participants
understanding and skills in the first field of art : drawing, regarding rainbow. The study
outcome which had been analysed by the researcher had shown positive feedbacks from all
of the study participant from their artworks after the method were applied. The application of
Spectrum Prismonym was to increase the study participants understanding concerning
rainbows color and will lead to the increment in their skills of the similar concern. Researcher
had succeeded in proving the first and second aim of the study which were to enhance
understanding and skills of the study participants concerning the rainbows color in the first
field of art : drawing with the usage of Spectrum Prismonym. Any improvement to the study in
the near future is appreciated so that Visual Art Studies education quality continuously
refined.
(legend : spectrum of colors, light box, rainbow, triangular glass prism block, acronym,
Spectrum Prismonym

Pengenalan
Berdasarkan kepada pengalaman praktikum fasa tiga pengkaji di Sekolah
Kebangsaan Kuala Besut, terdapat masalah dalam kelas tahun 4 Arif semasa
melakukan aktiviti menggambar bermotifkan pelangi dimana terdapat beberapa
orang murid yang tidak dapat mewarna pelangi dengan baik. Oleh yang demikian,
pengkaji telah memperkenalkan metod khas bagi membantu murid yang bermasalah
tersebut menerusi kaedah Spectrum Prismonym menggunakan blok prisma segitiga
kaca dan kotak sinar sebagai alat bantu mengajar untuk menghasilkan spektrum
warna dan akronim sebagai cara mudah untuk mengingati warna-warna pelangi
mengikut turutan. Sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji telah membuat ujian
sebelum dan selepas untuk melihat sejauh mana kefahaman dan kemahiran murid
tahun 4 Arif ini dalam berkarya. Pengkaji telah menggunakan kaedah triangulasi bagi
pengumpulan data awal merangkumi kaedah temu bual, senarai semak dan analisis
dokumen dan terdapat seramai tiga orang murid tahun 4 Arif yang dikenalpasti
menghadapi masalah dalam penghasilan pelangi bagi aktiviti menggambar
seterusnya dijadikan peserta kajian. Pengkaji berharap agar kaedah yang
diperkenalkan ini ditambah baik lagi pada masa hadapan oleh individu tertentu agar
para pelajar semakin berminat dalam mempelajari Pendidikan Seni Visual.

Fokus Kajian
Melalui pemerhatian pengkaji selama beberapa minggu di Sekolah Kebangsaan
Kuala Besut, pengkaji mendapati murid-murid boleh melakukan aktiviti menggambar
bagi bidang satu Pendidikan Seni Visual bermotifkan pelangi dengan baik kecuali
tiga orang murid yang tidak dapat mengingati warna pelangi secara teratur walaupun
terdapat antara mereka dapat mewarna dengan baik. Justeru, pengkaji mengambil
pendekatan memperkenalkan kaedah alternatif dengan menggunakan Spectrum
Prismonym iaitu menggunakan blok prisma segitiga kaca dan kotak sinar sebagai
alat bantu mengajar untuk menghasilkan spektrum warna serta akronim untuk
memahami warna-warna pelangi dengan mudah. Ianya bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman akan warna pelangi itu sendiri dan secara implisit mampu
untuk meningkatkan kemahiran murid-murid untuk menghasilkan karya yang menarik
dan berkualiti. Peserta-peserta kajian akan lebih berminat untuk mempelajari warna-
warna pelangi apabila kaedah ini diperkenalkan.

Objektif Kajian dan Soalan Kajian


Objektif Kajian :
i) Meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 Arif tentang warna-warna
pelangi dalam menghasilkan karya dengan
menggunakan pendekatan Spectrum Prismonym.
ii) Meningkatkan kemahiran murid Tahun 4 Arif mengenai warna-warna
pelangi dalam menghasilkan karya dengan
menggunakan pendekatan Spectrum Prismonym.

Persoalan Kajian :
i) Apakah penggunaan Spectrum Prismonym dapat meningkatkan
kefahaman murid terhadap warna-warna pelangi
dalam penghasilan karya?
ii) Bagaimanakah penggunaan Spectrum Prismonym ini dapat
meningkatkan kemahiran murid mengenai pelangi dalam
menghasilkan karya bermotifkan pelangi?
Peserta Kajian
Pengkaji menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut dan melibatkan
peserta kajian seramai 38 orang pelajar dari Tahun 4 Arif. Pelajar lelaki adalah
seramai 14 orang manakala pelajar perempuan pula seramai 24 orang dan peserta
kajian adalah terdiri daripada seorang pelajar lelaki dan dua orang pelajar
perempuan.

Tindakan yang dijalankan


Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dimana reka bentuk kajian yang
digunakan adalah model Kurt Lewin (1946). Model reka bentuk ini dipilih kerana lebih
mudah difahami serta pelaksanaannya sesuai untuk kajian yang dianjurkan oleh
pengkaji.
Jadual 1
Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan.
MINGG PENDEKATAN PERKARA
U
1 Langkah 1 Sesi pengajaran dan pembelajaran aktiviti
menggambar bermotifkan pelangi.
Langkah 2 Pemilihan murid Tahun 4 Arif untuk kajian
menggunakan pendekatan Spectrum Prismonym
dalam penghasilan karya bermotifkan pelangi
sebagai pemerhatian awal.
Langkah 3 Pengkaji memilih 3 orang peserta kajian untuk
menguji keberkesanan kaedah Spectrum
Prismonym menerusi ujian pemerhatian berstruktur.

2 Langkah 1 Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan


pendekatan Spectrum Prismonym dengan
Langkah 2 bimbingan pengkaji.
Pemerhatian terhadap peserta kajian.

3 Langkah 1 Sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan


pendekatan Spectrum Prismonym tanpa bimbingan
serta bantuan daripada pengkaji.
Langkah 2 Pemerhatian terhadap peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang jelas dari segi kefahaman serta
kemahiran peserta kajian terhadap masalah yang
dihadapi.

4 Langkah 1 Menjalankan ujian kepada peserta kajian selepas


proses bimbingan penggunaan Spectrum
Prismonym.
Langkah 2 Proses pengumpulan data mengambil tempat
disamping melakukan ujian temu bual selepas
penggunaan Spectrum Primonym diaplikasikan
serta membuat perbandingan dengan ujian sebelum
dan selepas bimbingan dilaksanakan.

Berikut adalah merupakan kaedah pengumpulan data serta analisis data yang
digunakan. Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi dalam pengumpulan data
secara keseluruhan yang merangkumi temu bual, pemerhatian dan juga analisis
dokumen.
Temu Bual
Temubual merupakan salah satu kaedah untuk mendapatkan data bagi kajian yang
dijalankan. Data yang dikumpul biasanya tertumpu kepada hasil maklum balas
daripada peserta kajian terhadap kajian yang dijalankan. Beberapa bentuk temubual
boleh digunakan iaitu temubual berstruktur dan juga temubual separa struktur. Dalam
kajian ini, pengkaji lebih memilih untuk menjalankan sesi temubual separa struktur
dimana temubual ini memerlukan respon yang spesifik. Pengkaji telah menggunakan
rangsangan yang sama untuk mendapatkan respon yang sama dan kedua-dua ini
boleh dibandingkan untuk melihat peningkatan dalam menghasilkan karya berkaitan
pelangi dengan baik bagi bidang menggambar.
Pemerhatian
Pengkaji akan menggunakan pemerhatian turut serta iaitu melibatkan diri secara
langsung dalam situasi yang diperhatikan. Perspektif yang diperhatikan adalah dari
aspek kefahaman dan juga ingatan. Proses penilaian bagi kaedah pemerhatian
berstruktur ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan borang senarai semak
serta rakaman video dan juga gambar.
Analisis dokumen
Objektif utamanya adalah untuk menyokong dapatan kajian yang sedia ada.
Disamping itu, dokumen juga boleh dianalisis secara naratif dimana hasil karya
peserta kajian akan diambil dan dinilai menggunakan rubrik pemarkahan yang
dibentuk. Dokumen-dokumen berkaitan akan ditapis apabila pengkaji ingin
mendapatkan data-data bagi kajian untuk diproses bagi menampakkan pola
perubahan tingkahlaku peserta kajian setelah melalui bimbingan. Hasil karya peserta
kajian serta imej sepanjang bimbingan dilaksanakan adalah antara dokumen yang
dimaksudkan. Setelah dikumpulkan kesemuanya barulah pengkaji dapat melakukan
analisis hasil karya peserta kajian dengan sempurna dalam lingkaran pertama bagi
kajian tindakan.

Cara Menyemak Data


Kaedah menyemak data memainkan peranan penting dan pengkaji menggunakan
kaedah triangulasi dalam menjalankan penyemakan data. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan beberapa kaedah seperti temu bual, senarai semak dan juga analisis
dokumen. Jika dirujuk kepada kaedah triangulasi yang digunakan, hasil dapatan
analisis data menunjukkan hasil akhir yang sama daripada ketiga-tiga kaedah yang
digunakan tersebut. Peningkatan dapat dilihat dari aspek kefahaman dan juga
ingatan peserta kajian terhadap pelangi dalam penghasilan karya bermotifkan
pelangi setelah menggunakan pendekatan Spectrum Prismonym.

Dapatan Kajian
Soalan Kajian 1 : Adakah penggunaan Spectrum Prismonym dapat meningkatkan
kefahaman murid terhadap warna-warna pelangi dalam penghasilan karya?
a) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian berstruktur menggunakan borang senarai semak telah
dilaksanakan sebelum dan selepas bimbingan dan digunakan untuk menjawab
soalan kajian yang pertama ini. Berikut adalah skor kekerapan jawapan Ya oleh
peserta kajian bagi sebelum dan selepas bimbingan dijalankan.

Jadual 2
Kekerapan Jawapan Ya Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Bimbingan.
KEKERAPAN JAWAPAN YA

BIL PESERTA KAJIAN


SEBELUM SELEPAS

PENILAIAN PENILAIAN
PERTAMA KEDUA

1. PK XIV 1 4

2. PK XIII 0 4

3. PK XXXVII 0 4

Jadual menunjukkan keputusan kekerapan yang diperolehi daripada peserta


Rajah 1. Graf Bar Kekerapan Jawapan Ya Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Bimbingan.
kajian yang meningkat seiring dengan bimbingan yang diberikan oleh pengkaji.
Kekerapan jawapan Ya peserta-peserta kajian berdasarkan borang senarai semak
yang diisi oleh pengkaji menunjukkan peningkatan yang baik dari segi kefahaman
peserta kajian sebanyak 75% bagi PK XIV, 100% bagi PK XIII dan 100% bagi PK
XXXVII. Pada mulanya peserta kajian majoriti tidak memahami perkara yang
diajarkan oleh pengkaji namun selepas bimbingan diberikan, kesemua peserta kajian
telah mula menunjukkan perubahan dalam minat akan pengajaran apabila mula
memahami isi kandungan pelajaran yang diberikan dengan bantuan kaedah
bimbingan. Hal ini telah membuktikan bahawa pendekatan yang dianjurkan oleh
pengkaji adalah sangat berkesan. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan Spectrum
Prismonym dapat meningkatkan kefahaman murid dalam menghasilkan karya
bermotifkan pelangi sebanyak 92% secara puratanya.
Soalan Kajian 2 : Bagaimanakah aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran murid
dalam menghasilkan karya bermotifkan pelangi?
b) Analisis Dokumen
Kaedah analisis dokumen telah digunakan untuk menjawab soalan kajian ini.

Jadual 3
Skor Markah Karya Peserta Kajian Sebelum dan Selepas Bimbingan.

SKOR/MARKAH

BIL PESERTA KAJIAN


SEBELUM SELEPAS

PENILAIAN PENILAIAN
PERTAMA KEDUA

1. PK XIV 72 (B) 93 (A)

2. PK XIII 55 (C) 85 (A)

3. PK XXXVII 65 (B) 90 (A)


Rajah 2. Graf Bar Skor Karya Murid Sebelum dan Selepas Bimbingan.

Jadual menunjukkan keputusan skor yang diperolehi daripada peserta kajian


yang berubah seiring dengan bimbingan yang diberikan oleh pengkaji. Kesemua skor
peserta-peserta kajian menunjukkan peningkatan yang mendadak dari segi mutu
karya sebanyak 22% bagi PK XIV, 35% bagi PK XIII dan 28% bagi PK XXXVII. Hal
ini telah membuktikan bahawa pendekatan yang dianjurkan oleh pengkaji berkesan
kerana skor yang rendah akan diberikan pada karya yang warna pelanginya
diwarnakan tidak mengikut turutan. Akan tetapi untuk ujian yang dijalankan selepas
bimbingan, kesemua peserta kajian mendapat markah yang tinggi kerana pelangi
yang diwarnakan adalah mengikut turutan dengan betul. Oleh itu, jelaslah bahawa
penggunaan Spectrum Prismonym dapat meningkatkan kemahiran murid dalam
menghasilkan karya bermotifkan pelangi sebanyak 28% secara puratanya.

Refleksi
Plato (427SM-347SM) telah menyatakan bahawa seseorang pelukis atau ahli
catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang
lain.Disebabkan oleh itu, pada pengamatan pengkaji teknik peniruan adalah lebih
efektif apabila pelajar menghasilkan karya berdasarkan kepada spektrum warna bagi
memberi gambaran sebenar terhadap pelangi yang menjadi masalah bagi kajian
tindakan pengkaji. Pendidikan Seni Visual akan menjadi lebih menarik bagi pelajar
yang tidak dapat mengatasi masalah yang mereka hadapi dengan bantuan
penggunaan Spectrum Prismonym bagi bidang 1 iaitu menggambar bermotifkan
pelangi. Pelajar yang bermasalah tersebut juga akan mula memahami masalah yang
dihadapi dan meminati Pendidikan Seni Visual kerana pendekatan yang digunakan
adalah sangat berkesan. Penggunaan Spectrum Prismonym ini juga terbukti telah
berjaya meningkatkan kefahaman peserta kajian sebanyak 92% bagi menjawab
persoalan kajian pertama manakala kemahiran peserta kajian pula meningkat
sebanyak 28% bagi menjawab soalan kajian yang kedua, mengenai warna-warna
pelangi dalam bidang 1 iaitu menggambar bagi subjek Pendidikan Seni Visual.

Cadangan Tindakan Susulan


Pengenalan kaedah Spectrum Prismonym dalam aktiviti menggambar ini
kepada murid tahun 4 bagi sekolah-sekolah lain adalah antara cadangan yang harus
dititkberatkan. Disamping itu, pengkaji berharap agar kaedah yang diperkenalkan ini
ditambah baik lagi pada masa hadapan oleh individu tertentu agar para pelajar
semakin berminat dalam mempelajari Pendidikan Seni Visual serta meningkatkan
lagi martabat seni dalam pendidikan di Malaysia seterusnya melahirkan modal insan
kelas pertama yang bersifat kompetitif di persada dunia.

Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan


dalam
Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1968). Kepentingan Alat Bantu Mengajar. Diperoleh pada 20
Julai 2016, sumber http://ainulshahman.blogspot.com/2012/10/
penggunaan-alat-bantu-mengajar-dalam.htm

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan : Perancangan dan Pelaksanaan


Penyelidikan Tindakan. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Md. Nasir bin hj. Ibrahim. (2003), Teori-teori Pendidikan Seni. Perak : Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni Untuk
Maktab & Universiti (Siri Pembangunan Perguruan).