Anda di halaman 1dari 8

SK PEKAN LAYANG-LAYANG

81850 LAYANG-LAYANG
KLUANG
JBA 2026

KERTAS KONSEP

PROGRAM GURU PENYAYANG


Guru Penyayang Murid Disayang

Anjuran:

UNIT HAL EHWAL MURID


DAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK PEKAN LAYANG-LAYANG
KERTAS KONSEP
PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0 TAJUK : Guru Penyayang Murid Di Sayang

2.0 TUJUAN:

Pelaksanaan guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan

membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

3.0 KONSEP:

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,mengasihi, dan

bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna guru penyayang

adalah seorang memiliki sifat kepedulian ( concern) terhadap setiap perkara yang

berkaitan dengan muridnya( every child matters) dengan cara saling

menghormati,sentiasa ceria,prihatin dan sabar.


Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu

diberi perhatian, dijaga, dibimbing,dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.


Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam

perhubungan dengan murid, ibubapa komuniti dan masyarakat.

4.0 MATLAMAT
Menumbulkan perasaan kasih saying, hubungan mesra dan keprihatinan antara warga

sekolah dan murid

5.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan perasaan kasih sayang sesama murid.


2. Memberi peluang kepada murid menerima penghargaan daripada rakan-rakan.
3. Murid berasa dirinya dihargai dan disayangi oleh orang lain.

6.0 SASARAN
Guru dan murid serta seluruh warga sekolah

7.0 JANGKAMASA

23 Januari 2017 ( Isnin )


7.30 8.30 Pagi
Dataran Budi
SK Pekan Layang-layang.

8.0 ANGGARAN KOS


RM 1100.00

9.0 SUMBER KOS


Peruntukan PSS

10.0 SUMBER TENAGA


AJK Guru Penyayang

11.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penasihat : Pn Zanariah Bt Gapri


Guru Besar SK Pekan Layang-layang

Pengerusi : Pn Hjh Siti Hajar Bt Mohd Yassin


GPK Kokurikulum
Timbalan Pengerusi 1 : Pn Sabrena Bt Abd Khalid
GPK Pentadbiran
Timbalan Pengerusi 2 : Pn Hjh Zalina Bt Zainon
GPK Hal Ehwal Murid

Penyelaras Program : Pn Melor Bt Sufian


Penyelaras PSS
Setiausaha : Pn Fazliaton Bt Md Noh
Bendahari : Pn Noor Azreen Bt Kusenan

Ahli Jawatankuasa
Urusetia : Pn Seliah Bt Jaafar
Pendaftaran : Cik Nazifah Bt Salleh

Keselamatan / Kebajikan / Disiplin: En Hamizan Bin Jalil

Dokumentasi / Penilaian : En Ishak Bin Abd Wahab

Backdrop : En Norhadi Bin Marhani

Siaraya dan Publisiti : En Mohd Khairi Bin Jaafar

Teknik dan Peralatan: En Shahrudy Bin Harun

Buku Program : Pn Shahrul Bariah Bt Mohd Salleh

Sijil Dan Hadiah : Pn Noor Azizah Bt Othman

12.0 ANJURAN DAN KELOLAAN


Unit HEM dan Pusat Sumber Sekolah

13.0 PENGISIAN / AKTIVITI

1. Perasmian Program Guru Penyayang oleh tuan guru besar.

2. Sambutan harijadi sebulan sekali

3. Meraikan Sambutan harijadi secara besar-besaran melalui nyanyian.

4. Dinyanyikan secara beramai ramai di tapak perhimpunan.

5. Murid dimana hari jadi pada bulan tersebut diraikan bersama- sama.

14.0 PELAKSANAAN

1. Guru menyenaraikan nama murid yang terlibat di papan info.


2. Menggunakan masa perhimpunan mingguan untuk meraikan guru dan murid-
murid tersebut.

3. Menjemput guru-guru dan murid-murid ke pentas utama.

4. Memulakan majlis dengan bacan doa panjang umur.


5. Nyanyian lagu selamat hari lahir oleh seluruh warga sekolah.

6. Murid-murid dan guru-guru lain boleh memberi hadiah atau kad ucapan kepada
yang terlibat.

PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


PROGRAM GURU PENYAYANG

Pengerusi

1. Melantik ahli Jawatankuasa Pelaksana.


2. Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat.

Setiausaha

1. Menguruskan surat menyurat.


2. Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa Pelaksana.
3. Membentuk Jawatankuasa Kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat.
4. Mengeluarkan dan menyelia pelaksanaan program.
5. Mengurus mesyuarat post mortem program.

Bendahari

1. Menyediakan anggaran perbelanjaan.


2. Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.
3. Mengurus / menyelia pendapatan dan perbelanjaan.
4. Menyediakan laporan kewangan.

Urusetia

1. Menentukan perkataan backdrop.


2. Menentukan pengerusi majlis.
3. Mengagihkan murid mengikut tahun.
4. Menyediakan bahan dan mengedar borang-borang.

Ahli Jawatankuasa Pendaftaran


1. Menyediakan keperluan Pendaftaran.
2. Membuat pendaftaran peserta.
3. Mengedar buku program.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan, Kebajikan dan Disiplin


1. Memberi taklimat kepada peserta sebelum majlis bermula.
2. Menyediakan peralatan dan bantuan kecemasan.
3. Menyediakan senarai barangan keperluan peserta.
4. Memantau semasa pelaksanaan majlis.

Ahli Jawatankuasa Pelaporan, Dokumentasi dan Penilaian


1. Menguruskan fotografi / rakaman audio-video.
2. Menyedia dan menyiapkan laporan penuh majlis.

Ahli Jawatankuasa Siaraya Dan Publisiti


1. Menyediakan keperluan dan alatan siaraya untuk majlis.
2. Menyediakan banner dan sepanduk publisiti.

Ahli Jawatankuasa Teknik dan Peralatan


1. Menyediakan dan menyusun tempat majlis.
2. Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat majlis.
3. Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada gangguan.

Ahli Jawatankuasa Buku Program


1. Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz.
2. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Pelaksana, fasilitator dan penceramah.
3. Memastikan buku program disiapkan dengan sempurna.

Ahli Jawatankuasa Sijil Dan Hadiah


1. Menyediakan hadiah / cenderamata dan sijil.
2. Menyelaras jadual Majlis Guru Penyayang
7.15 pagi - Murid berhimpun di tapak perhimpunan

7.30 pagi - Perhimpunan rasmi sekolah

7.45 pagi - Ucapan guru besar

8.00 pagi - Perasmian Program Guru Penyayang

8.15 pagi - Penyampaian kad ucapan hari jadi

- Bersurai

15.0 REFLEKSI

16.0 PENUTUP
Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah
pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni
antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................... ..............................................
FAZLIATON BT MAT NOH MELOR BT SUFIAN
(Setiausaha Program) (Penyelaras Program)

Disahkan oleh :
ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Banner Guru Penyayang = RM 150.00


2. Kek SELAMAT HARI JADI = RM 200.00
3. Photostat pamplet = RM 50.00
4. Hadiah peserta( 60 orang x RM 10 ) = RM 600.00
5. Belanja Runcit-Cth Belon,Alat Muzik Dll) = RM 100.00

Jumlah Keseluruhan = RM 1100.00