Anda di halaman 1dari 13

JURNAL

REFLEKT
IF 1

PENYEDIAAN FAIL DAN BUKU REKOD

MASALAH

Pada minggu pertama ini (25 Julai 2016 - 29 Julai 2016), masalah yang paling kritikal
yang saya lalui ialah penyediaan fail dan buku rekod. Saya tidak dapat meyediakan fail dan
buku rekod dalam 1 minggu ini. Penyediaan buku rekod dan fail adalah amat penting bagi
seorang guru pelatih.

ANALISIS MASALAH

Masalah ini mungkin disebabkan oleh kurang kesedaran mengenai persediaan fail dan
buku rekod. Saya telah menyediakan borang-borang yang diperlukan sahaja. Sebenarnya, saya
perlu menyediakan semua borang yang diperlukan pada minggu ini. Disebabkan saya kurang
sedar dan ini merupakan praktikum fasa pertama saya, jadi saya tidak dapat melengkapkannya
dalam masa seminggu ini. Saya juga tidak dapat menyediakan buku rekod dalam masa
seminggu ini. Hal ini kerana, saya tidak membuat perancangan awal dan kurang yakin dalam
menyediakan buku rekod ini.

CADANGAN

Saya perlu mengenal pasti dan menyediakan borang-borang yang diperlukan dengan
segera. Selain itu, saya juga perlu membuat perancangan awal terhadap penyediaan buku
rekod dan fail. Pada masa yang sama, saya juga boleh berbincang dengan rakan praktikum
saya semasa menyediakan fail dan buku rekod. Saya juga boleh melihat contoh buku rekod
guru sebagai panduan.
TEMPOH PENYELESAIAN

Masalah ini harus diatasi secepat mungkin dan perlu mengambil tindakan segera. Saya
bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada pensyarah penyelia dan
guru pembimbing saya. Dengan ini, saya dapat menyediakan fail dan buku rekod secepat
mungkin.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berbincang dengan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan
praktikum untuk mendapatkan idea dan pengalaman untuk mengatasi masalah ini. Dengan ini
saya dapat memperbaiki kelemahan saya dari masa ke masa. Saya harap perancangan awal
akan membantu saya untuk mengatasi masalah-masalah yang akan timbul pada masa yang
akan datang.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan mengambil tindakan-


tindakan yang telah dinyatakan. Sebagai guru, kita perlulah membuat perancangan awal
supaya dapat mengatasi masalah yang akan timbul nanti. Hal ini kerana guru perlu bersedia
untuk menghadapi semua masalah dan cabaran dalam bidang keguruan ini.

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,

_________________________ _________________________
(PN. R. PUSHPARANI)
Tarikh :
JURNAL
REFLEKT
IF 2

SIKAP PELAJAR YANG SAMBIL LEWA DAN TIDAK MENUMPUKAN PERHATIAN


KETIKA PDP

MASALAH

Minggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani praktikum di SJK (T) Ladang
Mayfield. Saya dan rakan praktikum saya yang yang lain mula memasuki kelas untuk mengajar
mulai minggu ini. Kami ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Matematik. Bagi subjek
minor pula, kami ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Saya
mempunyai dua waktu Pendidikan Jasmani dalam satu minggu.

Perkara yang saya perhatikan ialah, murid tidak menunjukkan kesediaan untuk
menerima ilmu ketika saya mengajar iaitu ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
sedang dijalankan. Kelas yang saya mengajar subjek Pendidikan Jasmani ialah kelas tahun 2.
Kebanyakan murid kelas itu mempunyai sikap sambil lewa dan tidak menghormati guru ketika
guru memasuki kelas. Proses PdP dijalankan sepenuhnya di padang kerana ini merupakan
subjek Pendidikan Jasmani. Murid-murid bermain-main dan membuat bising ketika berada di
padang. Mereka tidak mendengar arahan guru dengan betul.

ANALISIS MASALAH

Pada pendapat saya, murid-murid berkelakuan demikian mungkin kerana saya


merupakan guru baru untuk mereka. Mereka mungkin beranggapan bahawa saya bukan dari
golongan guru yang akan menetap untuk jangka masa yang panjang di sekolah ini. Saya juga
rasa bahawa murid-murid ini kurang kesedaran akan kepentingan masa dan mungkin oleh
sebab itu mereka berkelakuan seperti.

CADANGAN

Bagi mengatasi masalah ini, saya perlu mengadakan PdP dengan cara yang berbeza-
beza dan menarik. Saya juga perlu menampilkan diri saya sebagai seorang guru yang tegas
semasa menjalankan proses PdP. Bagi mengawal murid-murid yang tidak menumpukan
perhatian semasa sesi PdP, Saya perlu bertindak memberi sedikit amaran kepada mereka.
Saya juga perlu mempelbagaikan aktiviti-aktiviti PdP iaitu mengadakan aktiviti yang mempunyai
variasi yang merangkumi semua aspek ketika berada di padang. Dengan ini, saya dapat
memastikan proses PdP berjalan lancar seperti yang dirancang.

TEMPOH PENYELESAIAN

Masalah ini harus diatasi secepat mungkin dan perlu mengambil tindakan segera. Saya
bercadang untuk menyelesaikan masalah ini dengan merujuk kepada guru pembimbing bagi
subjek Pendidikan Jasmani. Dengan ini, saya dapat memastikan proses PdP berjalan lancar
seperti yang dirancang.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berbincang dengan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan
praktikum untuk mendapatkan idea dan pengalaman untuk mengatasi masalah ini. Dengan ini
saya dapat memperbaiki kelemahan saya dari masa ke masa. Saya juga harus menggunakan
strategi yang berlainan ketika menjalankan kelas. Saya perlu merancangkan pengajaran saya
dengan cara yang lebih menarik agar murid dapat memberi perhatian sepenuhnya.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap masalah yang timbul pasti ada penyelesaiannya. Saya akan
sentiasa mencari idea-idea untuk meningkatkan minat murid agar mereka sentiasa bersedia
untuk mengikuti sesi PdP saya. Selain itu, sebagai seorang guru saya perlu mempunyai
ketegasan dan pendirian yang teguh ketika menjalankan PdP.

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,

_________________________ _________________________
(PN. R. PUSHPARANI)
Tarikh :

JURNAL
REFLEKT
IF 3

PERANCANGAN AKTIVITI YANG TIDAK SESUAI KETIKA PROSES PDP

MASALAH

Terlebih dahulu, saya bersyukur kerana kawalan kelas saya semakin baik berbanding
minggu-minggu sebelum ini. Antara masalah yang saya dapati minggu ini ialah, ketika
mengadakan aktiviti semasa proses PdP kebanyakan murid terlibat dengan aktif tetapi ada juga
tidak menunjukkan penglibatan mereka dalam aktiviti yang diadakan. Hal ini adalah kerana
terdapat pelajar yang mempunyai aras kefahaman yang rendah di dalam kelas saya. Misalnya,
mereka tidak memahami arahan saya dengan cepat. Saya juga berpendapat bahawa
kekurangan kefahaman dalam kalangan murid menyebabkan mereka mudah menjadi bosan
dan tidak begitu berminat terhadap aktiviti PdP. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti yang guru
rancang dan pilih tidak begitu sesuai dengan tahap murid.

ANALISIS MASALAH

Walaupun saya berasa puas dengan kawalan kelas saya, saya berasa bahawa saya
masih lemah dalam merancang aktiviti yang sesuai mengikut tahap murid. Aktiviti yang saya
jalankan ketika sesi PdP mungkin tidak sesuai dengan tahap semua murid kerana kelas saya
terdiri daripada beberapa murid cemerlang, sederhana pandai dan juga murid yang lemah.
Sebahagian aktiviti yang saya rancang terlalu sukar sehingga murid tidak faham dan ada juga
yang terlalu senang sehingga murid menjadi bosan.

CADANGAN

Saya berpendapat bahawa saya perlu membuat penambahbaikan terhadap aktiviti yang
saya rancang untuk dikendalikan ketika sesi PdP. Saya perlu memastikan bahawa semua murid
terlibat dengan aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh itu, saya perlu menggunakan aktiviti
yang berbeza yang sesuai dengan tahap dan kemampuan semua murid. Dengan ini, saya
dapat mengekalkan minat murid dalam mengikuti kelas Matematik.
TEMPOH PENYELESAIAN

Masalah ini akan diatasi secara beransur-ansur sepanjang latihan praktikum saya di
sekolah ini.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berbincang dengan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan
praktikum untuk mendapatkan idea dan pengalaman untuk mengatasi masalah ini. Dengan ini
saya dapat memotivasikan diri saya untuk merancang aktiviti yang lebih menarik di dalam kelas.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan mengambil tindakan-


tindakan yang telah dinyatakan. Sebagai seorang individu yang bakal menjadi guru, saya akan
berusaha untuk memastikan sesi PdP yang saya kendalikan berjalan lancar tanpa menghadapi
sebarang masalah. Untuk itu, perkara yang paling penting ialah saya perlu menyediakan aktiviti
yang menarik untuk murid agar mereka dapat terlibat aktif dalam PdP.

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,

_________________________ _________________________
(PN. R. PUSHPARANI)
Tarikh :
JURNAL
REFLEKT
IF 4

MASALAH MURID LEBIH CENDERUNG BERMAIN PERMAINAN YANG MEREKA


SUKAI

MASALAH

Saya mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi murid-murid Tahun 2 sebagai
subjek minor saya. Masalah yang saya hadapi ialah mereka cenderung untuk bermain bola
sepak dan tidak mahu mengikuti aktiviti dalam P&P yang telah saya rancang. Saya tidak boleh
membenarkan mereka bermain bola sepak semata-mata kerana ada sukatan pelajaran yang
perlu diikuti. Lebih-lebih lagi, bagi tahun 2 sukatan Pendidikan Jasmani Tahun 2 lebih
mementingkan kemahiran-kemahiran seperti berlari, melompat dan sebagainya. Aspek bola
merupakan bahagian yang terakhir dalam sukatan mereka. Pelajar Tahun 2 merupakan murid
tahun 1 dan mereka tidak begitu digalakkan untuk bermain bola sepak kerana bimbang akan
keselamatan mereka.

ANALISIS MASALAH

Saya telah mengajar Pendidikan Jasmani bagi kelas itu sejak dari awal fasa praktikum.
Pada permulaan, ia menjadi sangat sukar untuk saya bagi mendapatkan perhatian dan
kerjasama murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti yang saya menjalankan. Kadang kala aktiviti
yang saya jalankan macam dipandang sepi. Sekiranya saya membenarkan mereka bermain
bola murid-murid menjadi terlalu aktif dan susah untuk mengawal mereka. Mereka akan
bermula bermain sesuka hati mereka dan kurang mendengar arahan guru.

CADANGAN

Saya berpendapat bahawa saya mungkin kena merancang PdP saya lebih menarik
supaya murid akan berminat untuk terlibat dalam aktiviti yang saya rancang. Saya boleh
memasukkan elemen muzik dan permainan yang lebih kreatif bagi mengekalkan minat murid
untuk terus terlibat dalam aktiviti yang dirancang.
TEMPOH PENYELESAIAN

Masalah ini akan diatasi secara beransur-ansur secepat mungkin.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan berbincang dengan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan
praktikum untuk mendapatkan idea dan pengalaman untuk mengatasi masalah ini. Saya boleh
mendapat bimbingan dan pandangan guru pembimbing saya yang mahir dalam Pendidikan
Jasmani tentang cara untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, saya juga perlu memilih tajuk
yang sesuai yang dapat menarik minat murid.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan mengambil tindakan-


tindakan yang telah dinyatakan. Sebagai seorang individu yang bakal menjadi guru, saya akan
berusaha untuk memastikan sesi PdP yang saya kendalikan berjalan lancar tanpa menghadapi
sebarang masalah. Untuk itu, perkara yang paling penting ialah saya perlu menyediakan aktiviti
yang menarik untuk murid agar mereka dapat terlibat aktif dalam PdP.

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,

_________________________ _________________________
Nama :
Tarikh :
JURNAL
REFLEKT
IF 5

PEMBERIAN ARAHAN YANG TIDAK JELAS DAN SESUAI

MASALAH

Ini merupakan minggu keempat pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran (PdP) bagi matapelajaran matematik. Saya mendapati bahawa segelintir
murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Masalah ini
berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri iaitu, pemberian arahan
yang tidak jelas, sesuai dan tepat kepada mereka.

ANALISIS MASALAH

Masalah ini mungkin disebabkan oleh kerana arahan yang diberi oleh saya
adalah panjang, terlalu banyak dan penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan
tahap kebolehan murid. Semasa melaksanakan sesuatu aktiviti, saya telah
menggunakan arahan yang panjang dan banyak. Perkara ini menyebabkan murid tidak
mengingati arahan yang telah diberikan dan mereka selalu menanya soalan tentang
perkara yang perlu dilakukan sepanjang aktiviti. Hal ini juga menyebabkan saya tidak
dapat mengawal kelas dengan baik. Seterusnya, ada segelintir murid yang kurang
memahami arahan saya. Hal ini adalah kerana arahan saya mempunyai perkataan
yang tidak sesuai dengan tahap kebolehan murid. Ini menyebabkan pelajar tidak
memahami apa yang perlu dibuat oleh mereka.

CADANGAN

Saya perlu berusaha untuk memberi arahan yang pendek dan jelas supaya
murid tahu perkara yang perlu mereka lakukan sepanjang aktiviti. Selain itu saya juga
perlu pastikan semua murid menumpukan perhatian semasa memberi arahan. Hal ini
akan memudahkan saya untuk menjalankan PdP seperti yang telah saya rancang.
Saya perlu membina arahan yang mempunyai perkataan yang sesuai denga tahap
kebolehan murid.

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan menyelesaikan masalah ini sebelum mula pengajaran seterusnya.


Saya akan memastikan masalah ini tidak timbul lagi semasa merancang pengajaran
yang seterusnya.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan cuba mendapatkan pendapat dan berbincang dengan guru


pembimbing dan rakan-rakan saya untuk mengatasi masalah ini. Dengan nasihat
mereka, saya dapat memperbaiki kesalahan saya dari masa ke semasa. Saya berharap
perancangan awal akan membantu saya dalam menguruskan masalah-masalah yang
akan saya hadapi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan dengan mengambil


tindakan-tindakan yang telah dinyatakan. Kerjaya guru merupakan kerjaya yang
dipenuhi dengan cabaran. Sebagai seorang guru, kita perlulah bersedia untuk
menghadapi cabaran dan perlu berfikiran kritikal dan analitikal untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,

_________________________ _________________________
Nama :
Tarikh :
JURNAL
REFLEKT
IF 6

SUARA YANG TIDAK KUAT DAN LANTANG

MASALAH

Ini merupakan minggu keenam praktikum saya dan saya masih lalui kesukaran
dalam melontarkan suara yang kuat dan lantang. Saya mendapati bahawa suara saya
tidaklah begitu kuat ketika mengajar murid-murid di hadapan kelas. Hal ini merupakan
suatu perkara yang perlu diberi perhatian yang serius kerana boleh menjejaskan proses
PdP dan menyebabkan pengajaran saya tidak dapat diserap oleh murid.

ANALISIS MASALAH

Suara yang tidak kuat dan lantang saya menyebabkan murida yang duduk di
belakang kelas tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada
pengajaran saya. Hal ini juga menyebabkan saya tidak dapat mengawal kelas dengan
baik. Kawalan kelas menjadi teruk setiap hari disebabkan suara saya. Murid tidak
mendengar apa yang saya cakap sepenuhnya malah bercerita dengan rakan mereka di
belakang ketika saya sedang mengajar di hadapan kelas. Apabila segelintir murid tidak
dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran saya, hasil pembelajaran tidak
tercapai secara menyeluruh.

CADANGAN

Saya perlu berusaha mengenalpasti cara-cara untuk meningkatkan kekuatan


dan kelantangan suara saya. Selain itu, saya perlu merakamkan suara saya semasa
saya mengajar supaya saya boleh mengenalpasti kekuatan dan kelantangan suara
saya. Cara ini akan membantu saya dalam meningkatkan kekuatan dan kelantangan
suara saya. Bukan itu sahaja, saya boleh meminta bantuan daripada rakan praktikum
saya untuk duduk di belakang kelas semasa saya mengajar dalam sesuatu masa. Jadi,
dia boleh menasihatkan dan membantu saya dalam meningkatkan kekuatan dan
kelantangan suara saya.

TEMPOH PENYELESAIAN

Saya akan menyelesaikan masalah ini pada praktikum kedua. Semasa


merancang pengajaran seterusnya, saya akan memastikan masalah ini tidak timbul
lagi.

TINDAKAN SUSULAN

Saya akan bincang dengan guru pembimbing dan rakan-rakan saya untuk
mengatasi masalah ini. Saya boleh memperbaiki kesalahan saya dari masa ke semasa
dengan nasihat mereka, Saya berharap perancangan yang rapi dan sistematik akan
membantu dalam menguruskan masalah-masalah yang akan saya hadapi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah kesukaran dalam melontarkan suara yang kuat dan


lantang semasa mengajar dapat diselesaikan dengan mengambil langkah-langkah yang
telah dinyatakan. Kerjaya guru merupakan kerjaya yang dipenuhi dengan cabaran.
Sebagai seorang guru, kita perlulah bersedia untuk menghadapi cabaran dan perlu
berfikiran kritikal dan analitikal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Disemak oleh guru pembimbing, Disemak oleh pensyarah,


_________________________ _________________________
Nama :
Tarikh :