Anda di halaman 1dari 6

Apakah itu pemikiran komputasional?

Menurut pencetus dan pengasas pemikiran


komputasional, Jeannate M Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai Membina kuasa
dan proses penyelesaian secara pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia atau
mesin
Model pemikiran komputasional memberikan kita kelebihan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang kompleks dan rumit.
Pemikiran ini menjawab beberapa persoalan berkaitan keupayaan manusia untuk
menyelesaikan masalah melalui kaedah yang lebih baik daripada komputer dan apa yang
komputer boleh bantu untuk penyelesaian sesuatu masalah.
Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas yang penting bagi semua orang,
bukan hanya untuk saintis atau pakar komputer sahaja.
Pemikiran komputasional boleh dilibatkan dalam banyak proses - menyelesaikan
masalah , mereka bentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan
konsep asas sains komputer.
Pemikiran komputasional dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data
atau idea secara logik dan sistematik.
Pemikiran ini menggunakan teknik Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak
(Pattern Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation) untuk
menyelesaikan masalah

CONTOH 1: AISKRIM

Anda ingin membeli aiskrim scoop yang mempunyai susunan 3 perisa sama seperti gambar
disebelah

Penyataan manakah yang paling sesuai semasa memesan aiskrim tersebut?


1. Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Bluebery dan Strawbery
2. Saya ingin aiskrim berperisa Coklat, Strawbery dan Bluebery
3. Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Coklat dan Bluebery
4. Saya ingin aiskrim berperisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Jawapannya adalah penyataan:


[4] Saya ingin aiskrim perisa Strawbery, Bluebery dan Coklat

Keterangan:

Perkara yang paling utama mesti dinyatakan yang terakhir, sebagaimana perisa aiskrim yang
paling atas (dan mungkin perisa yang paling kita gemari) hendaklah dinyatakan yang terakhir
semasa memesan aiskrim yang kita kehendaki.
Susunan adalah penting; jika kita memesan aiskrim dalam susunan berbeza, maka kita akan
mendapat aiskrim scoop yang berbeza perisanya.
Oleh yang demikian, pemikiran komputasional menerusi teknik peniskalaan (abstraction) dan
pengitlakan (generalization) boleh memudahkan kita menyusun langkah penyelesaian
masalah mengikut susunan dan ketetapan yang sesuai.
Satu perkara utama dalam pembelajaran sains komputer adalah kepentingan susunan
penyelesaian yang tepat dan memahami kehendak orang lain terhadap kaedah penyelesaian
yang dikemukakan.

ONTOH 2: RANTAI MUTIARA YANG AJAIB

Seorang puteri mempunyai banyak rantai mutiara di dalam simpanan koleksinya tetapi hanya
mempunyai satu rantai ajaib seperti gambar berikut:

Disebabkan tuan puteri mempunyai 4 kalungan rantai mutiara yang hampir sama, yang
manakah antara berikut merupakan rantai mutiara yang ajaib.
UJI MINDA 1

1. Apakah pemikiran komputasional?


a. Teknik pengecaman corak

b. Teknik leraian

c. Pengaturcaraan

2. Mengapa kita perlu pemikiran komputasional?


a. Memberi arahan kepada komputer

b. Teknik berfikir seperti komputer

c. Menggunakan siri teknik dan pendekatan bagi penyelesaian sesuatu masalah

3. Di antara berikut, yang manakah BUKAN teknik pemikiran komputasional?


a. Membantu membina program

b. Membantu menyelesaikan masalah yang kompleks dengan lebih mudah

c. Membantu kita berfikir seperti computer

4. Apakah permasalahan kompleks?


a. Merancang jalan terbaik untuk ke rumah kawan

b. Bertanya ibubapa untuk ke rumah kawan

c. Menggunakan GPS untuk ke rumah kawan

5. Pemikiran komputasional yang manakah membolehkan kita memecahkan


permasalahan?
a. Permasalahan yang sukar diselesaikan

b. Permasalahan yang sukar difahami

c. Permasalahan yang sukar difahami dan diselesaikan


6.Apakah contoh pemikiran komputasional?
a. Teknik peniskalaan

b. Teknik leraian

c. Teknik pengitlakan

UJI MINDA 2
1. Mengapa kita perlu meleraikan permasalahan?

a. Bagi menyukarkan penyelesaian masalah

b. Bagi menukar permasalahan yang kita hadapi

c. Bagi memudahkan jalan penyelesaian masalah

2. Apakah contoh teknik leraian?

a. Melihat mekanik membaiki basikal yang rosak

b. Melihat basikal-basikal dan mengecam kesamaan antara mereka

c. Mengkaji bagaimana basikal berfungsi dengan melihat bahagian-bahagian basikal yang


berlainan

3. Di antara berikut, yang manakah BUKAN teknik leraian?

a. Memikirkan untuk memecahkan masalah kepada komponen yang lebih kecil

b. Memikirkan pecahan kumpulan bagi membantu menyelesaikan masalah

c. Menambah komponen permasalahan agar menjadi lebih kompleks

4. Kekerapan penggunaan teknik leraian dalam aktitivi harian?

a. Kita tidak pernah menggunakannya sebab komputer akan melaksanakannya

b. Penggunaan di dalam rutin aktiviti harian kita, tanpa kita sedari

c. Tidak selalu digunakan sebab tidak penting untuk kita


5. Di antara aktiviti berikut, yang manakah menggunakan teknik pengecaman corak bagi
menyelesaikan masalah jenayah?

a. Mengkaji kes berdasarkan corak jenayah yang telah berlaku sebelum ini

b. Memecahkan permasalahan kepada komponen tertentu seperti bila jenayah dilakukan dan
saksi-saksi yang terbabit

c. Mengkaji kes-kes jenayah terdahulu secara umum

6. Apakah kepentingan pengecaman corak dalam menyelesaikan sesuatu masalah?

a. Corak memudahkan kita menyelesaikan masalah kompleks

b. Corak menyukarkan kita menyelesaikan masalah kompleks

c. Corak tidak penting dalam penyelesaian masalah

7. Di antara berikut, yang manakah mempunyai corak?

a. Semua kereta mempunyai roda

b. Kereta saya bewarna putih

c. Kereta kawan saya mempunyai pemain CD/MP3

8. Apakah yang dinamakan model dalam teknik peniskalaan?

a. Model adalah sebuah program komputer

b. Model merupakan sebuah lembaran kerja

c. Model mewakili sesuatu permasalahan

9. Di antara penyataan berikut, yang manakah BUKAN ciri yang umum?

a. Buku adalah sesuatu yang seronok untuk dibaca

b. Buku ini seronok untuk dibaca

c. Buku saya sangat seronok untuk dibaca


10. Bagi melukis gambar kereta, ciri umum manakah yang penting untuk kita ketahui?

a. Siapakah pemilik kereta tersebut

b. Siapakah penjual kereta tersebut

c. Adakah kereta tersebut mempunyai roda?

All rights reserved