Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah suatu aktiviti yang biasanya disertai oleh kanak-kanak untuk bermain,

berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam

perkembangan fizikal kanak-kanak. Walaupun objektif jangka pendek adalah bagi menghiburkan kanak-

kanak, namun begitu, permainan sukaneka juga banyak memberi faedah yang bersesuaian dengan tahap

perkembangan mereka. Menerusi permainan sukaneka, kanak-kanak dapat membentuk sifat jasmani yang

sihat dan interaksi sosial seperti yang dihasratkan. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran

khususnya kemahiran motor halus dan motor kasar serta game sense adalah beberapa contoh sifat

jasmani yang diperlukan. Tambahan lagi, permainan sukaneka juga dapat memberikan pengalaman dan

pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi

yang sihat dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat

membentuk sikap dan amalan positif dalam kalangan kanak-kanak dengan menunjukkan disiplin yang tinggi

terhadap arahan dan peraturan permainan. Di samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat

membentuk kanak-kanak aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri kanak-kanak.

2. Mewujudkan semangat kerjasama dalam diri kanak-kanak sepanjang aktiviti sukaneka secara
berkumpulan.

3. Membentuk diri peserta agar sentiasa bersikap positif.

4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.


5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-

aktiviti sukaneka yang dijalankan.


6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan

bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru pelatih dalam penghasilan kertas

kerja.

8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan

memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang

dijalankan.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 10 Mac 2017

Hari : Rabu

Masa : 8.00 11.00 pagi

6.0 TEMPAT

Padang IPG KPI.

7.0 KUMPULAN SASARAN

25 orang murid Tadika Halimatus Saadiah, IPG KPI

8.0 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Pn. Ramlah Bt Yaakob (Guru Besar SKSP)

Naib pengerusi : En. Jaafar B. Abdullah (GPK Kurikulum)

En. Abdul Halil B. Abdul Rahman (GPK Hal ehwal murid)

En. Shakyean B. Baki (GPK Ko-kurikulum)

Setiausaha : En. Samsaimon B Samsuddin

Naib setiausaha : Pn. Nor Azizah bt Hamzah

Bendahari : Puan Rafeah Bt Jahaya

AHLI JAWATANKUASA:

JK Persiapan Tempat
JK Dokumentasi
JK Hadiah dan Cenderamata
JK Keselamatan
JK Peralatan
JK Aktiviti
JK Sambutan
JK Makanan
JK Pencatat Markah
JK Protokol

9.0 ACARA SUKANEKA

9.1 ACARA BERKUMPULAN

1.

9.2 ACARA INDIVIDU

1.

10.1 Pembahagian kumpulan

Kumpulan A : 5 orang
Kumpulan B : 5 orang
Acara individu : 10 orang peserta setiap acara

10.2 Senarai Alatan

Alatan Kuantiti
Air 2 baldi
Baldi 2
Botol mineral 14 biji
Bola 2 biji
Gelung rotan 10 gelung
Skitel 15
Pinggan 4 biji
Gula-gula 40 biji
Tepung 2 bungkus
Guni 4
Belon 50 bij
Span 2
Batton 5
Kerusi 9 buah
Riben 1 gulung
healer 2
SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukkan ko-kurikulum prasekolah

10.3 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga


(RM) RM
1 Hadiah
Acara kumpulan johan 25 10.00 250.00
- Naib johan 25 5.00 125.00
2. Hadiah
Acara individu
Johan 5 10.00 50
Naib johan 5 8.00 40
Ketiga 5 7.00 35
Keempat dan kelima 10 5.00 50
3. Khemah dan meja 1 200.00 200.00
4. Peralatan sukaneka 200.00 200.00

5 Makanan dan minuman 100 3.00 300.00


6 Jumlah 1250.00
keseluruhan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(PN. NOR AZIZAH BT HAMZAH) (EN. SHAKYEAN BIN BAKI)

Naib Setiausaha sukaneka. GPK KOKURIKULUM

Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong.

Disahkan oleh:

..

( PN.RAMLAH BINTI YAAKOB)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong.


10.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para

peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai

matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka

dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat

membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Sebagai bakal guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar

mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah nanti. Pengalaman yang ditimba ini

sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab kami apabila bergelar guru kelak. Selain itu,

permainan ini juga dapat memberi kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat

meredakan tekanan belajar di samping meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan

keupayaan masing-masing.
Lampiran 1

KUMPULAN A

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

KUMPULAN B

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

Lampiran 2

BORANG PEMARKAHAN
NAMA KUMPULAN : ..

NAMA PESERTA MASA MARKAH

Tarikh : . ..

(Pencatat) (Pengadil)

KEPUTUSAN RASMI
TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH
KESELURUHAN

TENTATIF PROGRAM

7 :30 Pagi : Kehadiran guru, murid-murid dan ibu bapa


7:45 Pagi : Senaman aerobik

8:00 Pagi : Acara pertama (berkumpulan)

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul

3. Acara mencari gula-gula dalam tepung

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

: Acara kedua (individu)

1. Acara larian 30 meter

2. Acara memijak belon

3. Acara muzikal chair

4. Acara membawa sumi mengunakan sumi

5. Acara masukkan manik

10:00 Pagi : Acara sukaneka ibu bapa

1. Tarik tali

2. Meniup dan memecahkan belon

11:00 Pagi : Majlis penutup

1. Penyampaian hadiah

2. Nyanyian lagu kebangsaan

3. Jamuan makan

4. Majlis bersurai
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PELONG,

47000 SUNGAI BULOH,

SELANGOR

KERTAS KERJA

SUKANEKA PRSEKOLAH 2011

Pada:

27 JULAI 2011

Tempat:

PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PELONG