Anda di halaman 1dari 106

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
TINGKATAN SATU

Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

2016
Diusahakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2016


@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Muka Surat
Pendahuluan viii
Penghargaan ix
Maklumat Setiap Unit xi
MODUL KEMAHIRAN
Unit 1 Gimnastik Asas 1
Unit 2 Pergerakan Berirama 11
Unit 3 Kategori Serangan; Bola Sepak 19
Unit 4 Kategori Serangan; Bola Jaring 27
Unit 5 Kategori Jaring; Bola Tampar 39
Unit 6 Kategori Jaring; Badminton 45
Unit 7 Olahraga Asas 57
Unit 8 Rekreasi dan Kesenggangan 69
Unit 9 Komponen Kecergasan 75
Lampiran A Senarai Cadangan Peralatan Pendidikan Jasmani 89
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai


perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

v
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini merupakan usaha
Unit Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)
dan pelbagai pihak yang telah menyumbang masa dan tenaga bagi membantu guru
Pendidikan Jasmani terutama sekali guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran
ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (p&p). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini,
guru hendaklah merancang sendiri aktiviti p&p.

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini mengandungi 9 unit


bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung
dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu. Unit-unit
pengajaran yang disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh
setahun

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian
standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar.
Cadangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas
kurikulum, kaedah inkuiri, dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU).
Guru perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan
murid berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Murid
juga dirangsang dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui proses
pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta


menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat, dan
kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid
menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran, dan berpengetahuan, serta
mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan diri.

Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan


Satu ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk
mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

vii
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan
Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu ini. Antara panel yang terlibat ialah:

Cik Kamariah binti Mohd Yassin Bahagian Pembangunan Kurikulum


En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Mohd Irwan bin Miskob Bahagian Pembangunan Kurikulum

PENASIHAT KURIKULUM
Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Dr. Kok Lian Yee Universiti Putra Malaysia, Selangor
Dr. Nelfianty binti Mohd Rasyid Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

GIMNASTIK ASAS
Tn. Syed Muhd Kamal bin S A Bakar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
En. Poniran bin Salamon IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Pn. Maizan binti Alias SMK Taman Ehsan, Selangor
En. Mohd Irwan bin Miskob Bahagian Pembangunan Kurikulum

PERGERAKAN BERIRAMA
Pn. Kok Mong Lin IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Fakhri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur
Cik Norlizan Kismawati binti Ismail SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur

KEMAHIRAN KATEGORI SERANGAN


Bola Sepak
En. Ghazali bin Sulong SMK Cabang Empat, Kelantan
En. Azhar bin Ariffin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
En. Mohd Isnizam bin Mahamud SMK Seksyen 11, Selangor
En. Azulhaimi bin Ahmad IPG Kampus Raja Melewar
Negeri Sembilan
Tn. Hj. Abdul Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Selangor
En. Rosly bin Yusoff SMK Abdul Rahim, Sabah

Bola Jaring
Cik Noorrul Afniza binti Ahmad Jamaludin SSN SMK Seri Kota, Melaka
Cik Saidatul Erni binti Saiful Bahari SMK Sultan Abdul Aziz Shah
Pn. Nurhidayah binti Mustafar SMK Tunku Ampuan Naji Hah, Negeri Sembilan
Cik Azizah binti Md Amin IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor

ix
KEMAHIRAN KATEGORI JARING
Bola Tampar
En. Zool Hilmi bin Abu Bakar SMK Tengku Lela Segara, Terengganu
En. Mohd Hafizi bin Mohd Bahawi SMK Seksyen 1, Selangor
En. Ahmad Rodzli bin Hashim IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
En. Adib bin Sulaiman IPG Kampus Tun Hussein Onn, Johor

Badminton
En. Shamsul Bahri bin Ismail IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
En. Azulhaimi bin Ahmad IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
En. Lim Teng Hooi SMK Seri Desa, Selangor
En. Kua Eh Jun SMK Penambang, Kelantan

REKREASI DAN KESENGGANGAN


En. Ahmad Shaker bin Abdul Majeed SMK Ayer Hangat, Langkawi
En. Othman bin Che Man IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
Pn. Jasmin binti Julaihi SMK Taman Selayang, Selangor
En. Wan Adzlean Shah bin SMkK Zainab 2, Kelantan
Wan Abdullah

OLAHRAGA ASAS
En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Gopal A/L Raman SMK Puchong Permai, Selangor
En. Shankaralingam A/L Ramalingam SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
En. Abdul Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Selangor
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Bahagian Pembangunan Kurikulum

KECERGASAN
En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas
En. Gopal A/L Raman SMK Puchong Permai, Selangor
En. Shankaralingam A/L Ramalingam SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
En. Abdul Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Selangor
En. Noorhidayat bin Mat Rahim SMK Abdullah Munshi
Pulau Pinang
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Bahagian Pembangunan Kurikulum

ILUSTRATOR
En. Mohammed Syahrir bin Talib SMK USJ 13, Selangor
En. Mohd Khairul Adzemi bin Kamalul SMK Taman Desaminium, Selangor
Ariffin
En. Suhaimi bin Isa SK Tengkera 1, Melaka
En. Mohd Noor Idham bin Musa SK Danau Kota, Selangor

x
Tajuk dan cadangan
masa setiap modul

Huraian modul secara


keseluruhan kemahiran
yang hendak dicapai
dalam beberapa sesi
pengajaran dan
pembelajaran (p&p).

Standard kandungan
dan standard
pembelajaran (SP)
dalam setiap modul.

Cadangan soalan-soalan
inkuiri berdasarkan
fakta, konsep, dan
perbahasan.

Cadangan Strategi p&p


yang dipilih berdasarkan
kesesuaian kemahiran
yang diajar.

Cadangan aktiviti
mencapai SP; perlu
dilakukan seperti berikut:
1. Memanaskan badan
2. Penyampaian SP
3. Permainan Kecil atau
persembahan
4. Menyejukkan badan.

Cadangan pentaksiran
formatif di setiap modul.

Cadangan
pentaksiran
sumatif di setiap
modul.

xi
xii
Menerusi modul pengajaran gimnastik asas, murid boleh mengintegrasikan konsep
putaran, imbangan, dan kawalan badan dalam aktiviti dengan efisien. Murid juga boleh
berinteraksi dalam kumpulan bagi mereka cipta rutin pergerakan yang mempunyai nilai
estetika dan mempersembahkan hasil idea kreatif mereka dengan yakin, seronok, dan
berekspresi di dalam ruang pergerakan yang selamat.

Mari Melantun (1 jam)

1.1.1 Melakukan kemahiran lantunan menggunakan pelbagai bahagian badan di atas


trampolin dan berhenti dengan selamat.
2.1.1 Menyatakan postur badan yang sesuai untuk mengekalkan kawalan badan
semasa layangan.
5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mari Beraksi (2 jam)

1.1.2 Membuat bentuk badan tuck, pike, dan straddle semasa layangan di atas
trampolin.
1.1.3 Melakukan pelbagai putaran semasa melakukan layangan di atas trampolin.
2.1.2 Menerangkan mekanik lakuan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi.
2.1.3 Mengenal pasti ketinggian layangan yang sesuai untuk melakukan putaran dan
bentuk badan di atas trampolin.
5.2.5 Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti
dalam pelbagai situasi.
5.3.3 Memberikan penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan.

1
Persembahan Trampolin (3 jam)

1.1.4 Mereka cipta rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan, putaran, dan
bentuk badan di atas trampolin.
1.1.5 Melakukan persembahan rutin yang telah direka cipta.
2.1.4 Mengenal pasti gabungan kemahiran lantunan, bentuk badan, dan putaran yang
sesuai digunakan semasa mereka cipta rutin pergerakan di atas trampolin.
5.3.4 Mengenal pasti dan menentukan peranan setiap ahli semasa melakukan aktiviti
fizikal.
5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

Berdasarkan Fakta

1. Apakah cara untuk memberhentikan lantunan di atas trampolin?


2. Apakah bahagian tubuh badan yang digunakan sewaktu melakukan lantunan?
3. Apakah bentuk badan yang dapat dihasilkan semasa melakukan lantunan di atas
trampolin?

Berdasarkan Konsep

1. Bincangkan mekanik lakuan untuk menghasilkan lantunan yang tinggi.


2. Bagaimanakah menghasilkan daya lantunan yang tinggi di atas trampolin?
3. Mengapakah kawalan badan penting semasa melakukan pendaratan di atas
trampolin?
4. Bagaimanakah faktor daya dapat mempengaruhi putaran?
5. Bandingkan antara bentuk-bentuk badan di udara semasa melakukan aksi-aksi?

2
Berdasarkan Perbahasan

1. Bincangkan cara untuk menghasilkan putaran yang mempunyai nilai estetika.


2. Bagaimanakah anatomi trampolin dapat memberikan kesan terhadap lakuan
lantunan?
3. Bagaimanakah cara menghasilkan pergerakan yang berestetika semasa melakukan
aktiviti di atas trampolin?
4. Bincangkan penambahbaikan rutin pergerakan yang telah direka cipta berkaitan
dengan aktiviti lantunan dan layangan?

1. Guru menunjuk cara atau mempamerkan video pelbagai bentuk lantunan di atas
trampolin.
2. Guru membimbing murid mendapatkan maklumat mengenai jenis-jenis trampolin.
3. Murid meniru pelbagai bentuk lantunan di atas trampolin.
4. Guru merangsang murid menyatakan konsep daya dalam melakukan lantunan,
putaran, dan kawalan badan.
5. Guru membimbing murid untuk mencipta berbagai bentuk pergerakan seperti tuck,
pike, dan straddle.
6. Guru membimbing murid melakukan berbagai jenis putaran semasa layangan di
atas trampolin.
7. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing untuk menghasilkan daya
lantunan yang tinggi.
8. Murid meneroka pergerakan badan yang sesuai untuk menghasilkan ketinggian
layangan.
9. Murid dalam kumpulan mereka cipta rutin pergerakan berdasarkan kemahiran
lantunan, putaran, dan bentuk badan di atas trampolin.
10. Murid melakukan persembahan rutin yang telah direka cipta.
11. Murid melakukan persembahan rutin pergerakan yang dicipta di atas trampolin.
12. Guru membimbing murid memberi penghargaan terhadap rakan yang berjaya
melakukan aktiviti.
13. Guru membimbing murid membuat refleksi bagi menambahbaik persembahan rutin
pergerakan di atas trampolin.

3
Aktiviti 1: Mari Melantun
Murid duduk di atas trampolin.

Punggung dan tapak tangan menyentuh permukaan trampolin.

Murid melantunkan badan dan cuba untuk berhenti.

Ulang beberapa kali.

Ulang aktiviti melantun dengan pelbagai bahagian badan seperti kaki, lutut,
abdomen, dan belakang badan.

Aktiviti 2: Mari Beraksi

Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.

Setiap murid dalam kumpulan berdiri di atas kerusi secara bergilir-gilir untuk
melakukan aktiviti.
Setiap murid akan melakukan layangan dengan aksi tuck, straddle, pike, putaran,
dan mendarat di atas tilam mengikut giliran.

: Murid

: Kerusi

: Tilam

4
Aktiviti 3: Aksi Layangan

Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.

Secara bergilir-gilir melompat dari atas kerusi ke trampolin dan membuat layangan
dengan aksi tuck, straddle, pike, putaran, dan mendarat ke atas tilam mengikut
giliran.

Langkah Keselamatan

1. Guru sentiasa berada di sisi murid semasa melakukan aktiviti.

2. Pastikan peralatan yang digunakan selamat.

Aktiviti 4: Aksi Trampolin

Murid melakukan aktiviti secara individu.


Melakukan rutin pergerakan berdasarkan kemahiran lantunan dan layangan dengan
membuat pelbagai bentuk badan seperti tuck, straddle, pike, dan putaran secara
berterusan sebelum mendarat dengan selamat di atas trampolin.

5
Aktiviti 5: Tiru Gaya Saya

1. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan kecil.


2. Murid pertama akan melakukan satu aksi di atas trampolin.
3. Murid kedua akan mengulang aksi pelaku yang pertama dan melakukan satu aksi
tambahan.
4. Aktiviti diteruskan dengan setiap murid mengulang aktiviti 3 dan aktiviti diberhentikan
sekiranya murid gagal mengikut aksi-aksi pelaku yang sebelumnya dengan betul.

Aktiviti 6: Persembahan

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Merancang satu rutin pergerakan dengan iringan muzik yang sesuai.
3. Mempersembahkan rutin pergerakan mengikut kumpulan.
4. Kumpulan lain membuat penilaian berdasarkan borang penilaian yang disediakan
oleh guru.

6
BORANG PENILAIAN PERSEMBAHAN

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan mereka cipta satu rutin pergerakan yang mengandungi
kemahiran lantunan, bentuk badan, dan putaran menggunakan trampolin.
3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil rutin pergerakan yang direka cipta.
4. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

Borang Penilaian
Nama Kumpulan: ____________________________

Cemerlang Sederhana Pemulihan


(8-10 markah) (4-7 markah) (1-3 markah)
Rutin pergerakan sangat Rutin pergerakan lancar. Rutin pergerakan yang
lancar. kurang lancar.

/3 /2 /1

Melibatkan 3 variasi Melibatkan 2 variasi Melibatkan 1 variasi


bentuk badan dan bentuk badan dan bentuk badan dan
putaran dalam putaran yang sederhana putaran dalam
kemahiran lantunan. dalam kemahiran kemahiran lantunan.
lantunan.

/3 /2 /1

Pergerakan yang sangat Pergerakan yang Pergerakan yang kurang


seragam dengan muzik. seragam dengan muzik. seragam dengan muzik.

/3 /2 /1
JUMLAH

/9

7
PENILAIAN FORMATIF
BORANG PENILAIAN AKTIVITI MURID
PENILAIAN 1
Aktiviti
Bil Nama Tuck Pike Stradle
Pusingan
Pusingan 360
Penilaian
180

1 Huzaimi X X 3/5
2 /5
3 /5
4 /5
5 /5
6 /5
7 /5

PENILAIAN 2
Bukaan kaki di Ketegangan
Bil Nama Ayunan tangan
atas trampolin badan

SOALAN LISAN

1. Bagaimanakah daya membantu dalam menghasilkan lantunan, putaran, dan


layangan?
2. Terangkan lakuan yang boleh meningkatkan ketinggian lantunan?

8
Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menyatakan maksud istilah-istilah gimnastik yang digunakan.


2. Merancang dan mereka cipta rutin pergerakan yang melibatkan lantunan, bentuk
badan, dan putaran yang sesuai.
3. Melakukan ujian amali persembahan berdasarkan rutin pergerakan yang telah direka
cipta.

9
10
Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasi konsep
pergerakan bagi mereka cipta rutin pergerakan mengikut muzik yang didengar. Murid
juga boleh mempersembah pergerakan berestetika yang melibatkan langkah-langkah
dalam tarian rakyat di Malaysia seperti joget dan sumazau. Menerusi bidang ini juga
murid mendapat pendedahan tentang warisan budaya masyarakat di Malaysia.

Asas Tarian Joget dan Tarian Sumazau (2 jam)

1.2.1 Melakukan langkah dalam tarian joget dan sumazau mengikut muzik yang
didengar.
2.1.1 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan konsep
pergerakan yang digunakan dalam tarian joget dan sumazau.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mereka Cipta Tarian Rakyat dan Mempersembahkan (3 jam)

1.2.2 Mereka cipta pergerakan tarian menggunakan langkah joget dan sumazau serta
mempersembahkan mengikut muzik.
2.2.2 Menjelaskan perkaitan antara konsep pergerakan dengan nilai estetika
berdasarkan rutin pergerakan tarian yang direka cipta.
5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan, dan kawasan yang selamat dan sesuai.
5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan
aktiviti fizikal dalam kumpulan.

11
Berdasarkan Fakta

1. Apakah jenis-jenis pergerakan yang terlibat dalam tarian joget dan sumazau?
2. Apakah konsep pergerakan yang terdapat dalam kesedaran ruang semasa
mencipta rutin pergerakan?
3. Apakah langkah-langkah tarian yang terlibat?
4. Apakah asal usul tarian joget dan sumazau?
5. Apakah konsep pergerakan yang melibatkan kualiti pergerakan?
6. Apakah formasi pergerakan dalam mencipta rutin pergerakan?

Berdasarkan Konsep

1. Bagaimana konsep pergerakan dapat menyumbang kepada nilai estetika dalam


rutin pergerakan?
2. Bagaimana mencipta rutin pergerakan dengan menggunakan konsep pergerakan?
3. Bagaimana anda membuat pemilihan muzik yang sesuai untuk rutin pergerakan?
4. Bagaimana anda menganalisis dan menilai rutin pergerakan yang kreatif?
5. Apakah prosedur yang paling berkesan semasa mencipta rutin pergerakan?
6. Bagaimana kualiti konsep pergerakan terlibat semasa mencipta rutin pergerakan?
7. Bagaimana hubungan dalam konsep pergerakan boleh diintegrasikan dalam
mencipta rutin pergerakan?
8. Apakah perbezaan antara kesedaran tubuh dan kesedaran ruang dalam mencipta
rutin pergerakan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bagaimana rutin pergerakan dapat meningkatkan tahap kecergasan?


2. Bagaimana kita boleh mencipta rutin pergerakan yang menarik?
3. Apakah konsep pergerakan yang paling penting dalam mereka cipta rutin
pergerakan?
4. Bagaimana rutin pergerakan dapat meningkatkan kemahiran interpersonal
seseorang?
5. Mengapa penghargaan estetika sangat penting dalam rutin pergerakan?
6. Bagaimana anda menjana idea dalam merancang rutin pergerakan?
7. Apakah sumbangan muzik dalam mereka cipta rutin secara estetika?
8. Bagaimana kemahiran pergerakan berirama mempengaruhi aktiviti harian kamu?

12
1. Guru menunjuk ajar langkah-langkah tarian joget dan tarian sumazau tanpa muzik
dan mengikut muzik.
2. Murid memerhati dan meniru langkah-langkah dalam tarian joget dan tarian
sumazau tanpa muzik dan mengikut muzik.
3. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor yang terdapat dalam langkah tarian joget dan sumazau.
4. Guru menggunakan muzik rentak joget dan sumazau yang bersesuaian untuk
mewujudkan keseronokan murid semasa melakukan tarian rakyat.
5. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta rutin
pergerakan serta muzik dan prop yang sesuai yang akan digunakan dalam
persembahan.
6. Murid berbincang untuk menjelaskan peranan konsep pergerakan dalam rutin
pergerakan.
7. Murid mencuba jaya rutin pergerakan serta muzik dan prop yang dipilih.
8. Murid mendokumenkan rutin pergerakan yang dipilih menggunakan pelan
persembahan.
9. Murid membuat persembahan dan akan dinilai oleh kumpulan lain menggunakan
senarai semak.
10. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing dengan memberi maklum
balas.
11. Guru mengambil kira penggunaan visual, audio atau kinestetik dalam persembahan
murid.

13
1. Asas Tarian Joget dan Tarian Sumazau (2 jam)
A) Langkah-langkah Asas Joget:
Langkah Setempat
Langkah Toe-Touch setempat.

Langkah Maju Undur


Langkah Toe-Touch maju ke hadapan dan undur.

Langkah Empat Penjuru


Langkah Toe-Touch mengikut arah jam ke keempat-empat penjuru.
Balas ke arah lawan jam.

Langkah Terancang Setempat


Langkah HeelToe kaki kanan ke arah 45 2 kali.
Langkah Heel-Toe kaki kiri ke arah 45 2 kali.

Langkah Terancang Lompat


Sama dengan Terancang Setempat tetapi kakinya tergantung dan dilakukan
dengan melompat sebelah kaki setempat.

Langkah Kunang-kunang Mabuk


Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan, menyilang kaki kiri di belakang kaki
kanan.
Kaki kanan dibuka ke sisi.
Pusing badan 90 ke arah ikut jam, meletak kaki kiri di sisi.
Silangkan kaki kanan ke belakang kaki kiri.
Membuka dan meletak kaki kiri di sisi dan pusing 360 lawan jam dengan
membuka kaki kiri di sisi.
Ulang ragam yang sama sekali lagi.

14
B) Asas Tarian Joget Malaysia
1. Pengenalan: Tepuk tangan setempat. Kiraan 4 x 8
2. Langkah Asas Setempat. Kiraan 2 x 8
3. Langkah Empat Penjuru. Kiraan 2 x 8
4. Langkah Maju. Kiraan 1 x 8
5. Langkah Undur. Kiraan 1 x 8
6. Langkah Maju. Kiraan 1 x 8
7. Langkah Undur. Kiraan 1 x 6
8. Langkah Terancang Setempat. Kiraan 2 x 8
9. Ulang langkah Terancang Setempat sekali. Kiraan 1 x 4
10. Ulang lakuan (2) hingga (9).
11. Langkah Kunang-kunang Mabuk. Kiraan 2 x 8
12. Langkah Terancang Setempat. Kiraan 2 x 8
13. Ulang langkah Terancang Setempat Sekali. Kiraan 1 x 4
14. Langkah Terancang Lompat. Kiraan 4 x 8
15. Ulang Langkah Terancang Lompat Sekali. Kiraan 1 x 4
16. Tamat dengan Pose Sendiri.

C) Langkah-langkah Asas Sumazau:


Langkah Tumindak
Berat badan di kaki kiri, kaki kanan difleksi, dan mengenjut berterusan.

Langkah Kumizod
Kaki kanan menapak ke kanan sambil diseretkan kaki kiri ke sisi kanan. Tumit kaki
kanan dijengkitkan. Ulang ke sebelah kiri.

Langkah Mengambai
Kaki seperti Langkah Tumindak. Tangan lelaki didepang pada aras bahu dan
digenggam, manakala tapak tangan perempuan dibuka menghala ke depan.

15
D) Asas Tarian Sumazau
1. Murid dalam kumpulan kecil menghadap ke depan.
2. Pengenalan: Mengenjut kaki setempat. Kiraan 4 x 8
3. Langkah Tumindak setempat. Kiraan 2 x 8
4. Langkah Kumizod maju. Kiraan 2 x 8
5. Langkah Kumizod undur. Kiraan 2 x 8
6. Ulang lakuan (4) dan (5). Kiraan 4 x 8
7. Langkah Kumizod membentuk bulatan. Kiraan 6 x 8
8. Langkah Mengambai sambil membentuk dua barisan menyerong. Kiraan 2 x 8
9. Langkah Mengambai menjadi satu barisan dan bertukar tempat. Kiraan 4 x 8
10.Ulang lakuan (9) dan balik ke tempat asal. Kiraan 2 x 8
11.Langkah Mengambai setempat. Kiraan 1 x 8
12.Tamat dengan pose penamat.

2. Mereka cipta Tarian Rakyat dan Mempersembahkan

Mereka cipta dan mempersembahkan tarian joget dan sumazau:


a. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rutin tarian menggunakan
langkah-langkah asas joget berdasarkan lagu rentak joget dan rentak sumazau
yang dipilih sendiri.
b. Berbincang tentang konsep pergerakan yang akan digunakan.
c. Memilih prop dan pakaian yang sesuai.
d. Menyediakan pelan lantai dan merancang formasi rutin pergerakan.
Mempersembahkan rutin tarian joget dan tarian sumazau yang direka cipta
mengikut kumpulan.
Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak.

16
SENARAI SEMAK

PERSEMBAHAN KUMPULAN TARIAN JOGET ATAU SUMAZAU

Kenal pasti dan nyatakan aspek-aspek yang ditetapkan dalam jadual berikut
berdasarkan persembahan kumpulan.

Kumpulan
K1 K2 K3 K4
Aspek

Jenis Lokomotor

Jenis Bukan
Lokomotor

Langkah Joget
atau Sumazau

Arah

Laluan atau
Formasi
Pelan Lantai
Pakaian atau
Prop

Kesesuaian Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak


Muzik
Nilai Estetika
Maklum Balas
dan Cadangan

1. Mengenal pasti langkah dalam rutin pergerakan secara lisan.


2. Menyenaraikan nama setiap langkah dalam rutin pergerakan secara bertulis.
3. Mengenal pasti konsep pergerakan yang terlibat semasa melakukan tarian
rakyat, dan semasa mereka cipta rangkaian pergerakan.
4. Memilih muzik, prop, dan pakaian yang sesuai semasa mereka cipta rangkaian
pergerakan.
5. Mengenal pasti elemen estetika yang menyumbang kepada rangkaian
pergerakan yang kreatif dan estetik.
6. Mengenal pasti perbezaan budaya dan implikasinya semasa melakukan tarian
rakyat dan mereka cipta rangkai pergerakan yang berunsurkan tarian rakyat.

17
Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam
rutin pergerakan dan pemilihan langkah-langkah semasa mencipta pergerakan
tarian rakyat.
2. Mereka cipta langkah tarian rakyat yang mudah, berestetika melalui penerokaan
pergerakan dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan di dalam peruntukan
masa yang diberi.
3. Membuat persembahan tarian rakyat berestetika dalam kumpulan kecil
menggunakan muzik, prop dan pakaian yang sesuai.
4. Menilai sendiri dan merumuskannya untuk memperbaiki dan mentaksir
persembahan rakan menggunakan senarai semak.

18
5 JAM

Menerusi modul pengajaran bola sepak, murid boleh mengaplikasi prinsip mekanik dan
konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bola sepak.
Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa menyerang dan bertahan dalam
situasi permainan.

Kemahiran Hantar dan Serkap Bola (2 jam)

1.3.1 Melakukan kemahiran menghantar bola secara leret dan lambung dalam situasi
permainan.
1.3.2 Melakukan kemahiran menyerkap bola leret dan bola tinggi dalam situasi
permainan.
2.3.1 Memerihalkan penggunaan daya semasa melakukan kemahiran menghantar
bola.
2.3.2 Mengenal pasti mekanik lakuan untuk menyerkap bola leret dan bola tinggi serta
menangkap bola dalam situasi permainan.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Kemahiran Menanduk (1 jam)

1.3.3 Melakukan kemahiran menanduk bola ke pelbagai arah dan aras dalam situasi
menghantar, bertahan dan menjaring.
2.3.3 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran menanduk
dalam permainan.
5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.

19
Kemahiran Mengelecek dan Takel (1 jam)

1.3.4 Melakukan kemahiran mengelecek bola dalam situasi permainan.


1.3.5 Melakukan kemahiran takel depan dan takel sisi dalam situasi permainan.
2.3.4 Menerangkan cara mengawal bola semasa mengelecek untuk melepasi lawan.
2.3.5 Mengenal pasti kemahiran takel yang sesuai digunakan dalam situasi
permainan.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.3.3 Memberi penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan .

Kemahiran Menjaring dan Menjaga Gawang (1 jam)

1.3.6 Melakukan pelbagai kemahiran menjaring dengan menggunakan tendangan


leret, tendangan lambung, dan menanduk dalam situasi permainan.
1.3.7 Melakukan kemahiran menjaga gawang dengan cara menangkap, menepis,
menumbuk, dan menutup ruang yang melibatkan pelbagai arah dan aras dalam
situasi permainan.
2.3.6 Menegenal pasti kemahiran menjaring yang sesuai untuk dilakukan dalam
situasi permainan.
2.3.7 Mengenal pasti kemahiran menjaga gawang yang sesuai digunakan dalam
situasi permainan.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

20
Berdasarkan Fakta

1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola sepak?


2. Nyatakan posisi pemain dalam permainan bola sepak?
3. Apakah fungsi pemain posisi pertahanan?
4. Apakah shielding?
5. Nyatakan kemahiran-kemahiran yang boleh digunakan untuk menjaringkan gol
dalam permainan bola sepak.

Berdasarkan Konsep

1. Bagaimana mewujudkan ruang semasa bermain bola sepak?


2. Apakah perbezaan ruang semasa menyerang dengan semasa bertahan?
3. Bagaimana situasi bertahan boleh bertukar kepada situasi menyerang?
4. Mengapakah faktor ketinggian penting bagi seorang penjaga gol bola sepak?
5. Apakah perkaitan antara kestabilan dengan pemindahan pusat graviti semasa
mengelecek?
6. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran?
7. Apakah perbezaan titik kontak bola semasa melakukan hantaran leret dan hantaran
lambung?

Berdasarkan Perbahasan

1. Mengapa menyerang itu adalah pertahanan yang terbaik?


2. Bincangkan kemahiran yang paling banyak digunakan dalam permainan bola
sepak?

21
1. Murid membuat perbincangan berkaitan kemahiran asas bola sepak yang digunakan
dalam situasi menyerang dan bertahan.
2. Murid mencari bahan berkaitan kemahiran asas bola sepak dari pelbagai sumber
dan menyediakan bahan untuk pembentangan.
3. Murid membuat pembentangan berkaitan kemahiran asas bola sepak dengan
menggunakan media cetak dan media elektronik.
4. Murid membuat demonstrasi kemahiran asas bola sepak.
5. Murid menyediakan senarai semak tentang lakuan kemahiran asas bola sepak.
6. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola sepak yang
telah dilaksanakan.

Aktiviti 1: Kemahiran Hantaran dan Serkap Bola

gawang

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.


2. Bermain dalam situasi permainan dengan empat gawang di penjuru padang.
3. Pemain dikehendaki membuat sekurang-kurangnya tiga hantaran sebelum
melakukan jaringan.
4. Penyerang boleh menjaringkan mana-mana dua gawang di bahagian pihak lawan.
5. Apabila jaringan berjaya dilakukan, kumpulan yang dibolosi akan memulakan
serangan.
6. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira
sebagai pemenang.

22
Aktiviti 2: Kemahiran Menanduk

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.


2. Pasukan menyerang atau bertahan dibenarkan menggunakan pelbagai kemahiran
hantaran dalam permainan.
3. Jaringan mesti dilakukan dengan menggunakan kemahiran menanduk melepasi
garisan gol pasukan lawan.

gelung

Garisan gol

Aktiviti 3: Kemahiran Mengelecek dan Takel

1. Murid dalam dua kumpulan kecil.


2. Pasukan menyerang dan bertahan dibenarkan menggunakan
semua kemahiran yang dipelajari.
3. Pemain mesti mengelecek melepasi sekurang-kurangnya
seorang pemain pertahanan sebelum melakukan hantaran
kepada rakan sepasukan atau membuat jaringan.
4. Pemain pertahanan boleh menggunakan kemahiran takel untuk
merampas bola pasukan lawan.
5. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat
mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

23
Aktiviti 4: Kemahiran Menjaring dan Kemahiran Menjaga Gawang

1. Murid dalam tiga kumpulan kecil yang terdiri daripada empat orang.
2. Kumpulan A lawan kumpulan B, dan kumpulan C sebagai penjaga gawang.
3. Seterusnya kumpulan B lawan kumpulan C, dan kumpulan A menjaga gawang dan
akhirnya kumpulan C lawan kumpulan A, dan kumpulan B sebagai penjaga gawang.
4. Pemain menyerang akan melakukan cubaan menjaring dengan pelbagai variasi
tendangan dan tandukan pada kedudukan dan sudut jaringan berbeza.
5. Pasukan yang memperoleh perbezaan jaringan dan bolos yang tertinggi dikira
sebagai pemenang.

gawang

24
SENARAI SEMAK
Arahan: Tandakan () pada ruang yang disediakan berkaitan kemahiran hantaran.

Bil Nama Hantaran Leret Hantaran Lambung


kontak kedudukan ikut lajak kontak kedudukan ikut lajak
bola kaki bola kaki
sokongan sokongan

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menjelaskan secara lisan kemahiran asas bola sepak.


2. Melakukan ujian kemahiran asas bola sepak dalam situasi permainan bertahan dan
menyerang berdasarkan senarai semak.
3. Menganalisis data dan melaporkan prestasi pencapaian ujian kemahiran asas
menyerang dan bertahan menggunakan buku log.

25
26
Menerusi modul pengajaran bola jaring, murid boleh mengaplikasi kemahiran dan
pengetahuan dalam situasi permainan. Murid juga boleh membuat pilihan terhadap
kemahiran yang sesuai digunakan semasa menyerang dan bertahan dalam situasi
permainan.

Menghantar dan Menerima (2 jam)

1.4.1 Melakukan kemahiran menghantar bola aras dada, aras bahu, atas kepala,
lantun sisi, dan lob ke pelbagai arah dalam situasi permainan.
1.4.2 Melakukan kemahiran menerima bola dengan kedua-dua belah tangan dan
sebelah tangan dari pelbagai arah dan aras dalam situasi permainan.
2.4.1 Menerangkan penggunaan daya semasa menghantar dan menjaring bola.
2.4.2 Mengenal pasti kemahiran menghantar bola yang sesuai digunakan mengikut
situasi permainan.
2.4.3 Menjelaskan mekanik lakuan yang betul semasa menerima bola dari pelbagai
arah dan aras.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.

Gerak Kaki (1 jam)

1.4.3 Melakukan kemahiran gerak kaki dengan mendarat menggunakan kedua-dua


belah kaki; sebelah kaki dan 1 langkah setelah menangkap bola dalam situasi
permainan.
2.4.4 Mengenal pasti kaki yang akan melangkah selepas mendarat sebelum
menghantar bola.
2.4.5 Memerihal peranan pivot dalam kemahiran gerak kaki.
5.2.2 Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

27
Menjaring (1 jam)

1.4.4 Melakukan kemahiran menjaring secara statik dan menjaring gerak selangkah
dari pelbagai jarak dalam situasi permainan.
2.4.6 Menjelaskan kemahiran menjaring yang sesuai digunakan berdasarkan situasi
permainan.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mengadang dan Mengacah (1 jam)

1.4.5 Melakukan kemahiran mengadang dari posisi belakang, posisi sisi dan posisi
depan dalam situasi permainan.
1.4.6 Melakukan kemahiran mengacah dengan dodge dalam situasi permainan.
2.4.7 Mengenal pasti kemahiran mengadang yang sesuai digunakan berdasarkan
situasi permainan.
2.4.8 Menerangkan cara melakukan kemahiran mengacah yang sesuai digunakan
berdasarkan situasi permainan.
5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan
aktiviti fizikal dalam kumpulan.
5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

28
Berdasarkan Fakta

1. Apakah kemahiran asas dalam permainan bola jaring?


2. Apakah peranan pemain di setiap posisi dalam permainan bola jaring?
3. Apakah peraturan untuk mengadang bola dan pemain?
4. Apakah jenis hantaran dalam permainan bola jaring?
5. Apakah kepentingan kemahiran pivot dalam permainan bola jaring?
6. Apakah kepentingan serapan daya semasa melakukan kemahiran menerima bola?

Berdasarkan Konsep

1. Apakah perbezaan penggunaan daya antara lakuan jaringan jarak dekat dengan
lakuan jaringan jarak jauh?
2. Bagaimana menjaring apabila berhadapan dengan pertahanan yang tinggi?
3. Bilakah situasi yang sesuai untuk menggunakan 1 langkah?
4. Apakah perbezaan mekanik lakuan antara menjaring menggunakan satu tangan
dengan menjaring menggunakan dua tangan?
5. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran?
6. Apakah perbezaan ruang semasa menyerang dengan semasa bertahan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bincangkan mekanik lakuan untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras.
2. Bagaimanakah anda menentukan hantaran yang sesuai kepada rakan sepasukan
pada jarak yang berbeza dengan adangan pemain lawan?
3. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan?
4. Apakah yang perlu dilakukan oleh pemain yang akan menerima bola untuk melepasi
halangan pihak lawan?
5. Apakah kelebihan penggunaan 1 langkah dalam permainan bola jaring ?

29
1. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang
dan bertahan dalam kumpulan.
2. Murid menjalani pembelajaran koperatif dengan mencari bahan mengenai kemahiran
asas bola jaring dari pelbagai sumber dan menyediakan dapatan bahan untuk
digunakan dalam pembentangan seperti power point, gallery walk, dan persembahan
video.
3. Murid yang mendengar pembentangan akan membuat sumbang saran dan catatan.
4. Guru merancang sesi pembelajaran yang melibatkan penggunaan kemahiran asas
semasa menyerang dan bertahan dalam situasi permainan.
5. Murid melakukan kemahiran asas dalam situasi permainan yang melibatkan
permainan modifikasi.
6. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola jaring yang telah
dilaksanakan.

30
Aktiviti 1: Serang dan Tawan

1. Murid dalam kumpulan kecil bertiga (kumpulan A dan B).


2. Kumpulan A memulakan permainan dari kawasan gol.
3. Kumpulan A menyerang dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran bola
kepada ahli pasukan sehingga bola berjaya disentuh di kawasan gol B. Manakala
kumpulan B bertahan dan cuba mendapatkan bola.
4. Apabila jaringan berjaya dilakukan, kumpulan yang dibolosi akan memulakan
serangan.
5. Setiap jaringan diberi satu mata dan kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira
sebagai pemenang.

Nota guru:
Jangka masa permainan selama lima minit.
Permainan ini boleh diubah suai mengikut bilangan murid.

31
Aktiviti 2: Jangan Sentuh

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Pemain A dan B akan memulakan permainan dengan menghantar bola antara satu
sama lain.
3. Semasa menghantar bola di antara mereka berdua, pemain A dan B juga perlu
mengejar mana-mana pemain lain sehingga bola yang dipegang menyentuh pemain
yang dikejar.
4. Pemain yang telah disentuh akan bergabung dengan pemain A dan B untuk
meneruskan permainan.
5. Permainan diteruskan sehingga semua pemain disentuh dengan bola.

Nota guru:
Kemahiran gerak kaki perlu ditekankan.
Peraturan gerak kaki dalam permainan bola jaring perlu dipatuhi.

32
Aktiviti 3: 3 Lawan 3

1. Murid dalam kumpulan kecil bertiga.


2. Pemain perlu berada di kedudukan asal permainan seperti dalam rajah.
3. Pemainan dimulakan di kawasan 1 secara bergilir-gilir.
4. Setiap pasukan perlu melakukan sekurang-kurangnya dua hantaran sebelum bola
sampai ke dalam bulatan gol.
5. Hanya seorang pemain sahaja bagi setiap pasukan dibenarkan berada di dalam
bulatan gol.
6. Pasukan yang menerima bola di kawasan gol diberi satu mata.
7. Pasukan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

33
Aktiviti 4: Serang dan Adang

1. Dalam kumpulan kecil seramai empat orang sepasukan.


2. Kumpulan terdiri daripada pasukan A, B, C, dan D.
3. Pasukan A (menyerang) akan memulakan permainan dengan seorang sahaja
berada di garisan mula. Manakala yang lain sudah berada di kawasan 1.
4. Pasukan B, C dan D perlu berada di kawasan 1, 2, dan 3 sebagai pengadang.
5. Pasukan A perlu membuat hantaran melalui ketiga-tiga kawasan sehingga melepasi
garisan penamat.
6. Sekiranya bola dapat dirampas oleh pihak pengadang sebelum sampai garisan
penamat, pasukan A perlu memulakan permainan semula (hanya tiga kali ulangan
sahaja).
7. Pemainan diteruskan dengan pasukan lain menjadi penyerang.

34
Semak kendiri pencapaian kemahiran menjaring.

Nama: ____________________________________ Kelas: ____________


Tarikh: _____________

Kemahiran: Menjaring
Arahan: Semak lakuan rakan bagi kemahiran menjaring. Tandakan () pada
ruang sesuai.

LAKUAN YA TIDAK CATATAN

Badan dalam kedudukan seimbang

Mata fokus pada hadapan gelung gol

Pergelangan tangan dan siku perlu selari


dengan tiang
Lutut fleksi

Flick bola dengan hujung jari

Jari dan pergelangan tangan ikut lajak

35
Analisis Kemahiran

Analisis pergerakan dalam situasi permainan.

Nama Penilai: ____________________________________________________

Arahan:
Tandakan (X) pada setiap kesalahan menghantar dan menerima bola yang dilakukan
oleh pemain mengikut setiap posisi.

Kesalahan semasa menghantar bola Kesalahan semasa menerima bola


Bola tidak sampai. Gagal menangkap bola.
Bola keluar kawasan atau gelanggang. Drop ball.
Bola dirampas atau ditepis oleh pihak
lawan.

Posisi KEMAHIRAN YANG DINILAI


Pemain Menghantar bola Menerima bola Catatan

GS
GA
WA
C
WD
GD
GK

36
Nama: ____________________________________ Kelas: ____________
Tarikh: _____________

Jawab soalan di bawah:

1. Jelaskan perkaitan antara daya dengan jarak hantaran?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Rakan kamu di X hendak membuat hantaran kepada kamu yang berada di Y.


Tandakan dua arah larian yang boleh kamu lakukan untuk menerima bola. Jelaskan
mengapa kamu memilih untuk berlari ke arah tersebut?

37
Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Membuat pembentangan mengenai kemahiran yang terdapat dalam permainan bola


jaring dan mengenal pasti kemahiran yang sesuai digunakan mengikut situasi dalam
permainan.
2. Melakukan ujian kemahiran bola jaring menerusi situasi permainan yang melibatkan
kemahiran asas dalam bola jaring.
3. Penilaian prestasi berdasarkan rakaman video semasa menyerang dan bertahan.

38
5 JAM

Menerusi modul pengajaran bola tampar, murid boleh mengaplikasi konsep pergerakan
dan prinsip mekanik dalam mempelajari kemahiran bola tampar. Murid juga
mengadaptasi kemahiran bola tampar yang sesuai digunakan semasa menyerang dan
bertahan berdasarkan situasi permainan mengikut posisi pemain.

Kemahiran Servis (2 jam)

1.5.3 Melakukan kemahiran servis bawah dan servis atas dalam situasi permainan.
2.5.1 Memerihal pemindahan daya semasa melakukan kemahiran menyangga,
mengumpan, servis, dan merejam.
2.5.2 Memerihal mekanik lakuan semasa menyangga, mengumpan, servis, dan
merejam.
5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan, dan kawasan yang selamat dan sesuai.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Kemahiran Bertahan (1 jam)

1.5.1 Melakukan kemahiran menyangga bola semasa menghantar dan menerima


mengikut situasi permainan.
1.5.5 Melakukan kemahiran mengadang bola dalam situasi permainan.
2.5.1 Memerihal pemindahan daya semasa melakukan kemahiran menyangga,
mengumpan, servis, dan merejam.
2.5.4 Menerangkan faktor-faktor yang membantu rejaman yang berkesan.
2.5.6 Menjelaskan pemasaan yang sesuai untuk melonjak semasa mengadang.
5.3.4 Mengenal pasti dan menentukan peranan setiap ahli semasa melakukan aktiviti
fizikal.
5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

39
Kemahiran Menyerang (2 jam)

1.5.2 Melakukan kemahiran mengumpan bola semasa menghantar dan menerima


mengikut situasi permainan.
1.5.4 Melakukan kemahiran merejam bola dalam situasi permainan.
2.5.1 Memerihal pemindahan daya semasa melakukan kemahiran menyangga,
mengumpan, servis, dan merejam.
2.5.3 Mengenal pasti pilihan servis yang sesuai digunakan dalam situasi permainan.
2.5.5 Menjelaskan pemasaan yang sesuai untuk melonjak semasa mengadang.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.

Berdasarkan Fakta

1. Apakah kemahiran asas dalam bola tampar?


2. Apakah kemahiran yang sesuai semasa menyerang?
3. Apakah kemahiran yang sesuai semasa bertahan?
4. Bagaimana postur badan kamu ketika menyangga?
5. Bagaimana postur badan kamu ketika mengumpan?
6. Manakah posisi yang sesuai untuk menerima servis atas dan servis bawah?

Berdasarkan Konsep

1. Bincangkan sistem tuas yang terlibat semasa menyangga.


2. Apakah perbezaan antara servis atas dengan servis bawah?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bincangkan pemasaan yang sesuai digunakan dalam kemahiran mengadang.


2. Bincangkan kemahiran adang yang sesuai untuk mengadang rejaman dari pihak
lawan?
3. Bagaimana cara pemain penyerang mengelak dari diadang oleh pihak lawan ketika
melakukan rejaman?

40
1. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang
dan bertahan dalam kumpulan.
2. Murid mendapatkan maklumat mengenai kemahiran asas bola tampar dari pelbagai
sumber.
3. Guru membimbing murid melakukan kemahiran bola tampar semasa menyerang dan
bertahan dalam situasi permainan.
4. Murid merakam permainan untuk menganalisis kemahiran asas bola tampar dalam
situasi menyerang dan bertahan.
5. Guru membimbing murid membuat refleksi berkaitan kemahiran asas bola tampar
yang digunakan dalam situasi menyerang dan bertahan.

Kemahiran Servis

Aktiviti 1: 3 lawan 3

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Setiap ahli dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan membuat servis
melepasi jaring secara bergilir-gilir.
3. Pemain yang menerima bola servis perlu menyangga kepada rakan yang lain
sebanyak dua kali sebelum menghantar melepasi jaring ke gelanggang lawan.
4. Pasukan yang gagal menyangga menyebabkan pasukan lawan mendapat mata
begitu juga bagi pasukan yang gagal melakukan servis.

41
Kemahiran Bertahan

Aktiviti 1: Adang dan Sangga

1. Setiap ahli dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan menyangga bola
melepasi jaring ke gelanggang lawan.
2. Kumpulan yang menerima bola perlu mengadang dan menyangga bola yang terlepas
serta menghantar kepada pihak lawan. Kumpulan boleh menyangga lebih daripada
tiga kali.
3. Mata diberikan seperti berikut:
dua mata jika berjaya mengadang
satu mata jika berjaya menyangga

Kemahiran Menyerang

Aktiviti 1: Umpan dan Rejam

1. Setiap ahli dalam kumpulan akan memulakan permainan dengan mengumpan dan
merejam bola melepasi jaring ke pihak lawan.
2. Kumpulan yang menerima bola perlu mengadang, menyangga, mengumpan dan
merejam bola kepada pihak lawan. Kumpulan boleh menyangga lebih daripada tiga
kali.
3. Mata diberikan seperti berikut:
empat mata jika berjaya merejam
tiga mata jika berjaya mengadang
dua mata jika berjaya mengumpan
satu mata jika berjaya menyangga

42
1. Senarai semak lakuan servis:

Nama Kedudukan Kaki Persediaan Titik Sentuhan Ikut Lajak


Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

2. Senarai semak lakuan merejam:

Nama Kedudukan Kaki Persediaan Titik Sentuhan Ikut Lajak


Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Melakukan pembentangan kumpulan tentang kemahiran bola tampar dan


menjelaskan mekanik lakuan dalam permainan bola tampar.
2. Melakukan ujian kemahiran bola tampar dalam permainan kecil tentang kemahiran
menyerang dan kemahiran bertahan.
3. Menganalisis borang skor keputusan ujian kemahiran.

43
44
Menerusi modul pengajaran badminton, murid boleh membuat keputusan untuk
melakukan sesuatu kemahiran dalam badminton berdasarkan situasi yang tidak dijangka
dalam gelanggang. Memahami prinsip saintifik berkaitan penggunaan daya dan mekanik
lakuan semasa melakukan kemahiran dan pergerakan.

Melakukan kemahiran servis (1 jam)


1.6.1 Melakukan kemahiran servis tinggi dan servis rendah.
1.6.2 Melakukan kemahiran menerima servis tinggi dan servis rendah dalam situasi
permainan.
2.6.1 Menerangkan mekanik lakuan servis tinggi dan servis rendah.
2.6.2 Menyatakan justifikasi terhadap pilihan kemahiran yang dilakukan semasa
menerima servis.
5.1.1 Bersedia dari segi pakaian, peralatan dan kawasan yang selamat dan sesuai.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Melakukan kemahiran menyerang (2 jam)


1.6.2 Melakukan kemahiran menerima servis tinggi dan servis rendah dalam situasi
permainan.
1.6.3 Melakukan kemahiran bermain di jaring, smesy, dan pukulan drop semasa
menyerang.
2.6.2 Menyatakan justifikasi terhadap pilihan kemahiran yang dilakukan semasa
menerima servis.
2.6.3 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran menyerang
yang melibatkan kemahiran bermain di jaring, smesy, dan pukulan drop dalam
permainan.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.

Melakukan kemahiran bertahan (2 jam)


1.6.4 Melakukan kemahiran pukulan lob, blok, dan underarm lift semasa bertahan.
2.6.4 Mengenal pasti situasi yang sesuai untuk menggunakan kemahiran bertahan
yang melibatkan pukulan lob, blok, dan underarm lift dalam permainan.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

45
Berdasarkan Fakta

1. Apakah kemahiran asas dalam permainan badminton?


2. Apakah kemahiran yang boleh digunakan semasa situasi menyerang?
3. Apakah kemahiran yang boleh digunakan semasa situasi bertahan?
4. Bagaimanakah cara genggaman raket dalam permainan badminton?
5. Di manakah titik kontak yang sesuai pada raket semasa melakukan smesy?
6. Bagaimanakah anda melakukan kemahiran asas pukulan lob?

Berdasarkan Konsep

1. Nyatakan perbezaan antara servis rendah dengan servis kuis?


2. Nyatakan perbezaan antara penggunaan daya semasa melakukan pukulan drop dan
pukulan smesy?
3. Jelaskan perkaitan antara daya dengan kelajuan pergerakan bulu tangkis?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan anda untuk melakukan


kemahiran menyerang ke gelanggang lawan?
2. Bincangkan jenis pukulan balas yang boleh digunakan jika anda menerima pukulan
lob?
3. Bincangkan jenis pukulan balas yang boleh digunakan jika anda menerima servis
pendek?
4. Mengapakah anda melakukan pukulan lob ke garisan belakang gelanggang?
5. Bagaimanakah anda mengenal pasti servis yang akan digunakan untuk memulakan
permainan?

46
1. Guru merakam lakuan kemahiran servis tinggi dan servis rendah.
2. Murid mengenal pasti kesilapan dan mencadangkan pembetulan mekanik lakuan
servis tinggi dan servis rendah dalam kemahiran badminton berdasarkan rakaman
video.
3. Murid membuat perbincangan mengenai kemahiran asas dalam situasi menyerang
dan bertahan dalam kumpulan.
4. Guru membimbing murid melakukan kemahiran menyerang dan bertahan dalam
situasi permainan.
5. Guru membimbing murid membuat refleksi berkaitan kemahiran asas badminton
yang digunakan dalam situasi menyerang dan bertahan.

47
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Servis

Aktiviti 1: Servis Rendah Masuk Gelung

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Murid dari pasukan A akan membuat servis rendah melalui antara dua tali.
3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah.
4. Tukar peranan.

Aktiviti 2: Menerima Servis Rendah Hantar ke Kawasan Petak Belakang

3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah.
4. Tukar peranan.

48
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 3: Servis Tinggi ke Kawasan

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Murid dari Pasukan A akan membuat servis tinggi melepasi tali yang diikat antara dua
tiang.
3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah.
4. Tukar peranan.

Permainan Kecil: Rali Satu Pukulan

1. Murid melakukan kemahiran dalam kumpulan kecil.


2. Permainan dimulakan oleh salah seorang ahli kumpulan membuat servis rendah atau
tinggi ke gelanggang lawan.
3. Kumpulan yang menerima servis menghantar kembali bulu tangkis ke gelanggang
lawan.
4. Rali satu pukulan diteruskan sehingga bulu tangkis gagal dikembalikan.
5. Ahli pasukan yang berjaya mematikan rali pihak lawan akan mendapat satu mata.
6. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata dikira sebagai pemenang.

49
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Menyerang

Aktiviti 1: Smesy dan Drop

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Seorang murid dari pasukan A akan membuat servis tinggi, dan rakan akan
melakukan kemahiran smesy melepasi jaring.
3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah.
4. Tukar peranan.

b) Aktiviti drop

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Seorang murid dari pasukan A akan membuat servis tinggi, dan rakan akan
melakukan kemahiran drop melepasi jaring.
3. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah.
4. Tukar peranan.

50
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Lepasi Jaring

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Murid dari Pasukan A akan memulakan permainan dengan servis rendah, penerima
servis dari Pasukan B akan menggunakan kemahiran permainan jaring dengan murid
Pasukan A.
3. Jika mana-mana pasukan gagal mengembalikan bulu tangkis semula, pasukan lawan
akan mendapat satu mata.
4. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata akan dikira sebagai pemenang.

Permainan Kecil: Serang-serang

1. Perlawanan antara dua pasukan dengan menggunakan gabungan kemahiran yang


telah dipelajari.
2. Pasukan pertama akan memulakan permainan dengan membuat servis ke
gelanggang lawan dan pihak lawan akan menerima servis dan menghantar kembali
ke gelanggang lawannya.
3. Setiap pemain hanya boleh membuat dua pukulan dalam rali mengikut giliran.
4. Pasukan yang berjaya menghantar bulu tangkis ke gelanggang lawan menggunakan
kemahiran yang telah dipelajari sehingga gagal dikembalikan semula dikira menang.
5. Ahli pasukan yang berjaya mematikan rali pihak lawan akan mendapat satu mata.
6. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata dikira sebagai pemenang.

51
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Bertahan

Aktiviti 1: Lob

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Pasukan A akan membuat servis tinggi melepasi tali yang diikat antara dua tiang.
3. Rakan sepasukan akan mengembalikan bulu tangkis ke belakang gelanggang
dengan menggunakan kemahiran lob.
4. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam gelung di kawasan sebelah.
5. Tukar peranan.

Aktiviti 2: Lift dan Blok

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Pasukan A akan membuat servis tinggi, dan Pemain B akan melakukan smesy ke
pemain A.
3. Pemain A akan cuba menggunakan kemahiran blok atau lift mengembalikan semula
bulu tangkis ke gelanggang pemain B.
4. Dua mata akan diberi jika bulu tangkis jatuh ke dalam kawasan pihak lawan.
5. Tukar peranan.

52
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Permainan Kecil: Serang - Tahan - Serang

1. Situasi permainan sebenar tetapi hanya menggunakan separuh gelanggang.


2. Perlawanan antara dua pasukan dengan menggunakan gabungan kemahiran
yang telah dipelajari.
3. Pasukan pertama akan memulakan permainan dengan membuat servis ke
gelanggang lawan.
4. Pasukan lawan akan menerima servis dan kembalikan bulu tangkis ke
gelanggang.
5. Lawan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari sehingga gagal
dikembalikan semula.
5. Ahli pasukan yang berjaya mematikan rali pihak lawan akan mendapat satu mata.
6. Pasukan yang berjaya mengumpul 11 mata dikira sebagai pemenang.

53
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

NAMA :_______________________________ TINGKATAN :____________________


KEMAHIRAN: BADMINTON
SENARAI SEMAK
Tandakan ( ) pada petak bagi lakuan yang betul.

SERVIS SERVIS
BIL SMESY DROP NET LOB LIFT
RENDAH TINGGI
FASA
1
PERSEDIAAN
FASA
2
PERLAKSANAAN

3 FASA IKUT LAJAK

4 KETEPATAN

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

NAMA :_______________________________ TINGKATAN :____________________


KEMAHIRAN: BADMINTON
1. Lorekkan servis rendah dan servis tinggi bagi kawasan jatuhan bulu tangkis
yang betul pada petak semasa melakukan servis.

2. Mengapakah servis tinggi jarang digunakan dalam permainan beregu?


......................................................................................................................

54
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

NAMA :_______________________________ TINGKATAN :____________________


KEMAHIRAN: BADMINTON
1. Jelaskan perkaitan antara daya dengan kelajuan pergerakan bulu tangkis.

-
2. Tandakan (X) pada permukaan raket bagi titik sentuh yang paling berkesan semasa
melakukan smesy.

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Menghadapi ujian lisan untuk menguji pengetahuan dari segi pelbagai kemahiran,
peralatan, gelanggang dan pakaian semasa bermain badminton.
2. Melakukan ujian kemahiran badminton dalam situasi bertahan dan menyerang
berdasarkan senarai semak.

55
56
6 JAM

Menerusi modul pengajaran olahraga asas, murid boleh mengadaptasi prinsip


biomekanik dan perkaitannya dengan memperhalus teknik lakuan olahraga untuk
meningkatkan prestasi.

Berlari (3 jam)
1.7.1 Melakukan lari pecut dengan menggunakan blok permulaan.
1.7.2 Melakukan pertukaran baton gaya visual dan gaya tanpa visual dalam lari
berganti-ganti.
2.7.1 Mengenal pasti kedudukan pusat graviti semasa kedudukan ke garisan dan
sedia.
2.7.2 Menerangkan strategi memilih turutan pelari dalam acara yang memerlukan
pertukaran baton gaya visual dan gaya tanpa visual.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.2.5 Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti
dalam pelbagai situasi.

Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop (2 jam)


1.7.3 Melakukan kemahiran lompat tinggi dengan menggunakan gaya Fosbury Flop.
2.7.3 Menerangkan peranan larian landas berbentuk J dalam kemahiran lompat tinggi
gaya Fosbury Flop.
5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

57
Lontar Peluru Gaya Parry OBrien (1 jam)
1.7.4 Melakukan kemahiran lontar peluru dengan menggunakan gaya Parry OBrien.
2.7.4 Menjelaskan kepentingan pergerakan menggelongsor semasa melalukan
kemahiran lontar peluru gaya Parry OBrien.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.4.1 Mengenal pasti dan bersetuju dengan matlamat yang sama semasa melakukan
aktiviti fizikal dalam kumpulan.

Berdasarkan Fakta
1. Apakah cara untuk menentukan kedudukan blok permulaan semasa permulaan gaya
dekam?
2. Nyatakan Hukum Newton yang diaplikasi dalam permulaan gaya dekam.
3. Berapakah jarak zon pertukaran baton?
4. Nyatakan gaya pertukaran baton?
Di manakah kedudukan pusat graviti semasa badan berada di atas palang lompat
tinggi gaya Fosbury Flop?
Apa yang dimaksudkan dengan power position dalam lontar peluru gaya Parry

Berdasarkan Konsep
1. Terangkan teknik permulaan gaya dekam yang betul?
2. Bagaimanakah kedudukan pusat graviti semasa sedia dalam teknik permulaan gaya
dekam mempengaruhi masa tindak balas?
3. Bezakan kedudukan pusat graviti semasa keadaan ke garisan dengan semasa
keadaan sedia dalam teknik permulaan gaya dekam.
4. Bagaimana anda melakukan pertukaran baton gaya visual?
5. Bagaimana anda melakukan pertukaran baton gaya tanpa visual?
6. Bagaimanakah pecutan memberi kesan terhadap pertukaran baton gaya tanpa
visual?

58
7. Mengapakah baton dibawa secara berselang-seli semasa berlari 4 x 100m?
8. Mengapa larian landas adalah berbentuk J dalam lompat tinggi gaya Fosbury
Flop?
9. Huraikan mekanik larian landas untuk lompat tinggi gaya Fosbury Flop?
10. Apakah perbezaan kedudukan pusat graviti antara lompat tinggi gaya Fosbury Flop
dengan gaya lompatan yang lain?
11. Apakah kepentingan fasa gelongsoran dalam lontaran peluru gaya Parry OBrien?
12. Apakah perkaitan sudut lontaran dengan jarak lontaran dalam lontar peluru gaya
Parry OBrien?
13. Apakah perkaitan ketinggian lontaran dengan jarak lontaran dalam lontar peluru
gaya Parry OBrien?
14. Apakah perkaitan halaju lontaran dengan jarak lontaran dalam lontar peluru gaya
Parry OBrien?

Berdasarkan Perbahasan
1. Kaki manakah yang menjana lebih daya dalam permulaan gaya dekam?
2. Bagaimanakah kamu menentukan turutan pelari dalam acara lari berganti-ganti?
3. Apakah ciri-ciri seorang pelompat yang baik untuk lompat tinggi gaya Fosbury Flop?

STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1. Murid menonton rakaman video tentang lakuan permulaan dekam, lari berganti-ganti,
lompat tinggi gaya Fosbury Flop, dan lontar peluru gaya Parry OBrien. Murid
mengenal pasti dan menerangkan kelemahan dan kekuatan lakuan berdasarkan
prinsip-prinsip biomekanik, dan mencadangkan respon yang dapat memperbaiki
lakuan berkenaan.
2. Murid praktis dan memperhalus teknik lakuan dengan melakukan pelbagai aktiviti
yang berfokus kepada prinsip-prinsip biomekanik untuk tujuan kemajuan.
3. Rakan murid akan membuat rakaman video ke atas murid yang melakukan lakuan
teknik olahraga untuk tujuan analisis, dan akan menyampaikan maklum balas secara
lisan untuk memperbaiki teknik lakuan.

59
Berlari
Aktiviti 1: Reaksi Pancaindera
1. Murid berada di belakang garisan A
dalam posisi duduk.
2. Murid berlari ke garisan B apabila
mendengar isyarat .
3. Ulang aktiviti dengan variasi posisi
murid dan variasi isyarat.

Cadangan variasi posisi murid:


Melunjur
Berbaring
Berdiri
Meniarap

Cadangan variasi isyarat:


Tepuk tangan
Bendera
Sentuhan rakan

Wisel

60
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Ke Garisan dan Sedia

Ke garisan
1. Murid meletakkan kaki hadapan 1 tapak ke
belakang dari garisan permulaan.
2. Murid meletakkan kaki belakang 3 tapak ke
belakang dari garisan permulaan dan melutut.
3. Kedua-dua tangan diletakkan di belakang
garisan permulaan, seluas bahu.
4. Kepala dalam keadaan relaks.

Posisi sedia
1. Tumit tekan ke belakang.
2. Lutut kaki hadapan pada sudut 90.
3. Lutut kaki belakang pada sudut 120o hingga
140.
4. Kedudukan bahu adalah sedikit di hadapan tangan.

Aktiviti 3: Blok dan Lari


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. M1 akan berperanan sebagai blok permulaan
dengan kaki untuk M2.
3. M2 berlari terus ke garisan M3, dan seterusnya
berperanan sebagai blok permulaan dengan kaki
untuk M3.
4. M3 berlari terus ke garisan M4, dan seterusnya
berperanan sebagai blok permulaan dengan kaki
untuk M4.
5. M4 berlari terus kepada garisan tamat.
6. Ulangi aktiviti untuk beberapa pusingan.

61
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 4: Bertukar Baton


1. Murid dalam kumpulan berempat.
2. Murid berada dalam lorong, kanan dan kiri berselang-seli.
3. M1 memegang baton dengan tangan kanan.
4. Serah baton kepada M2 yang akan mengangkat tangan
setelah mendengar isyarat up dari M1.
5. Aktiviti berterusan hingga ke M4.
6. Ulang aktiviti dengan bertukar posisi murid.

Cadangan variasi aktiviti:


Setempat
Berjalan
Berjoging

Aktiviti 5: Lari Ganti


1. Murid berpasangan.
2. M1 berlari ke arah M2, sementara M2 bersedia sambil memerhatikan penanda.
Apabila M1 tiba di penanda, M2 akan memulakan larian
dengan pantas.
3. M1 akan memberi isyarat up (untuk M2 menaikkan
tangan) apabila menghampiri M2 dan menyerahkan baton
kepadanya.
4. Ulangi aktiviti untuk beberapa pusingan.

Cadangan variasi aktiviti:


Dalam kumpulan berempat
Variasikan jarak 4x50m atau 4x75m
Variasikan kelajuan (perlahan,
sederhana, pantas)

62
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Lompat Tinggi Gaya Fosbury


Aktiviti 1: Lumba S Berganti-ganti
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Seorang murid dari kumpulan A akan
berlari pantas dan terkawal ke kumpulan B,
mencuit rakannya untuk meneruskan
aktiviti larian, mengikut giliran.

Aktiviti 2: Lumba 8 Berganti-ganti


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berlari dalam bentuk 8 dan mencuit
rakan untuk ulangi aktiviti mengikut giliran.

Aktiviti 3: Bentuk J
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berlari lengkung, melompat, dan
menyentuh sasaran dari sebelah kanan.
3. Ulang aktiviti dengan arah larian dari
sebelah kiri.
Cadangan variasi:
Pelbagaikan ketinggian sasaran.

63
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 4: Layangan
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Berdiri membelakang tilam, lonjak dan
mendarat.
3. Mendarat di bahagian belakang
(bawah bahu).
4. Ulang aktiviti dengan pelbagai aras
ketinggian palang dan aras ketinggian
mula lompatan dengan bangku.

Aktiviti 5: Lompat Gunting


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Berlari landas dan melompat gaya
gunting.
3. Pelbagaikan aras ketinggian palang.

Aktiviti 6: Lompat Gaya Fosbury Flop


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berlari landas dan melompat gaya
Fosbury Flop.

64
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Lontar Peluru Gaya Parry OBrien


Aktiviti 1: Lontar Statik
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid melakukan pegangan peluru dan
peletakan peluru yang betul.
1. Murid melontar peluru dari kedudukan statik
menghadap sektor lontaran.

Aktiviti 2: Lontar Power Position


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid melontar peluru dengan melangkah kaki kiri
ke hadapan.
3. Murid melontar peluru dengan melangkah kaki kanan ke belakang.
4. Murid melontar peluru dari power position.

Aktiviti 3: Gelongsor-Rotasi
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid melakukan aktiviti gelongsor dan rotasi pinggul dengan
sokongan tangan rakan tanpa melontar.

Aktiviti 4: Lontar Peluru Gaya Parry OBrien


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid melontar peluru mengikut turutan lengkap.

65
Berlari

Senarai Semak Permulaan Dekam


Arahan: Tandakan ( ) pada ruang yang berkaitan.

Posisi blok Posisi Posisi Reaksi


Nama murid
permulaan Ke garisan Sedia Pantas Lambat

Berlari

Senarai Semak Lari Berganti-Ganti


Arahan: Tandakan () pada ruang yang berkaitan.
Aspek Ya Tidak
1 Berlari dengan memegang baton.
2 Menghantar dan menerima baton dalam zon
penerimaan baton.
3 Terima baton bahagian baton.
4 Penerima baton memandang ke hadapan semasa
menerima baton.
5 Pelari mengekalkan kelajuan larian semasa menghantar
baton.

66
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

Lompat tinggi gaya Fosbury

Senarai Semak Lompat Tinggi Gaya Fosbury


Arahan: Tandakan ( ) pada ruang yang berkaitan.

Nama Larian Lonjakan Layangan Mendarat


Landas
J

Lontar peluru gaya Parry OBrien

Senarai Semak Lontar Peluru Parry OBrien


Arahan: Tandakan ( ) pada ruang yang berkaitan.

Pegangan Power Rotasi Sudut Ikut


Nama Gelongsoran
Peluru Position Pinggul lontaran lajak

67
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Murid menjelaskan secara lisan prinsip-prinsip biomekanik untuk meningkatkan teknik


lakuan permulaan gaya dekam, lari berganti-ganti, lompat tinggi gaya Fosbury, dan
lontar peluru gaya Parry OBrien.
2. Murid mengaplikasikan prinsip biomekanik melalui senarai semak untuk
meningkatkan teknik lakuan dalam permulaan gaya dekam, lari berganti-ganti, lompat
tinggi gaya Fosbury, dan lontar peluru gaya Parry OBrien.
3. Murid menganalisis lakuan kemahiran rakan melalui rakaman video dan memberi
maklum balas tentang prinsip-prinsip biomekanik untuk memperbaiki teknik lakuan.

68
4 JAM

Menerusi modul pengajaran rekreasi dan kesenggangan, murid boleh melakukan aktiviti
secara berkumpulan secara efektif. Semua ahli kumpulan berfungsi mengikut peranan
dan boleh berinteraksi secara lisan dan bukan lisan dengan berkesan semasa
merancang, menyelesaikan masalah, membuat keputusan, dan menilai sesuatu perkara
berdasarkan aktiviti rekreasi dan kesenggangan yang dipelajari.

Aktiviti Kemahiran Tali Aras Rendah (2 jam)

1.8.1 Melakukan aktiviti tali aras rendah (low element course) seperti spider-web,
alligator swamp dan giant finger secara berkumpulan.
2.8.1 Mengenal pasti strategi yang boleh digunakan semasa melakukan aktiviti tali
aras rendah, frisbee dan sepak raga ratus dalam kumpulan.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.2.2 Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan.
5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.

Kemahiran Permaina Frisbee (1 jam)

1.8.2 Melakukan kemahiran asas melempar dan menangkap dalam permainan


frisbee.
2.8.1 Mengenal pasti strategi yang boleh digunakan semasa melakukan aktiviti tali
aras rendah, frisbee, dan sepak raga ratus dalam kumpulan.
2.8.2 Menjelaskan teknik melempar dan menangkap frisbee.
5.2.5 Membuat keputusan untuk diri sendiri dan orang lain semasa melakukan aktiviti
dalam pelbagai situasi.
5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

69
Kemahiran Permainan Sepak Raga Ratus (1 jam)

1.8.3 Melakukan kemahiran permainan tradisional sepak raga ratus.


2.8.1 Mengenal pasti strategi yang boleh digunakan semasa melakukan aktiviti tali
aras rendah, frisbee, dan sepak raga ratus dalam kumpulan.
2.8.3 Mengenal pasti cara mengawal bola untuk mendapatkan bilangan terbanyak
sepak raga ratus.
5.4.2 Bekerjasama menyelesaikan masalah yang berlaku semasa melakukan aktiviti
fizikal dan bersepakat dalam membuat penyelesaian.

Berdasarkan Fakta

1. Mengapa komunikasi itu penting dalam kumpulan yang melakukan aktiviti tali aras
rendah (low element course)?
2. Apakah halangan dalam menghasilkan komunikasi berkesan semasa melakukan
aktiviti tersebut?
3. Apakah ciri-ciri seorang ketua yang baik semasa mengetuai kumpulan?
4. Apakah tanggung jawab setiap ahli pemain sepak raga ratus untuk mendapat skor
tertinggi?

Berdasarkan Konsep

1. Apakah perbezaan semasa membuat keputusan secara berkumpulan berbanding


secara individu dalam melaksanakan aktiviti?
2. Adakah komunikasi secara lisan lebih membantu kemahiran menghantar frisbee
kepada rakan berbanding komunikasi bukan lisan?

Berdasarkan Perbahasan

1. Bagaimana keputusan yang dibuat dapat mencapai matlamat kumpulan?


Bagaimana sebuah pasukan berpeluang dapat mencapai matlamat jika ahlinya gagal
berperanan dengan baik?
Adakah keputusan seorang ketua dapat membantu pencapaian pasukan?

70
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Konstruktivisme
Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai
Cuba Jaya

Contoh 1

1. Murid melakukan kerja secara kumpulan.


2. Murid dimaklumkan objektif yang perlu dicapai.
3. Murid dalam kumpulan membuat strategi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi
secara:
Berdialog : intrapersonal dan interpersonal.
Sumbang saran : intrapersonal dan interpersonal.
4. Membina strategi.
5. Murid akan membuat inkuri dalam membuat keputusan dalam kumpulan.
6. Setiap murid ada peranan semasa melaksanakan tugasan dan akan dinilai.
Spider-Web : Secara pembentangan kumpulan.
Alligator Swamp : Membina lakaran pergerakan/menganalisa perancangan
berjaya atau tidak.
Giant Finger : Pertandingan.
7. Setiap aktiviti akan diambil masa untuk menimbulkan elemen pertandingan.

Contoh 2

1. Murid diberi idea secara demonstrasi lakuan dan cuba jaya.


Cara- cara melempar frisbee.
Cara menangkap frisbee.
2. Strategi pertandingan.
3. Penilaian - Pertandingan antara kumpulan
Frisbee golf.
Five to Five.
4. Murid menjadi pengadil.
5. Ada kawalan masa.

Contoh 3

1. Murid telah mempunyai pengalaman untuk menimbang bola.


2. Murid dalam kumpulan melakukan cuba jaya untuk menimbang.
3. Penilaian - pertandingan menimbang berkumpulan.
4. Pengadil - murid dari kumpulan lain.

71
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti Low-element Course Secara Stesen

Aktiviti Spider Web

1. Murid dalam kumpulan kecil 6 hingga 8 orang.


2. Berbincang untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
3. Semua peserta mesti melepasi spider-web.
4. Peserta yang melalui spider-web dan terkena tali atau
spider-web perlu dilakukan semula.
5. Masa diambil bermula dari ahli pertama dan dihentikan
bila peserta terakhir selesai melepasi spider-web.

Aktiviti Alligator Swamp

1. Murid dalam kumpulan kecil 6 hingga 8 orang.


2. Berbincang untuk menyelesaikan masalah
yang diberi.
3. Semua peserta mesti melepasi kawasan yang
ditetapkan .
4. Pasukan dibekal kayu sepanjang 6 kaki (kayu
3x 2).
5. Sekiranya peserta jatuh, pasukan akan
melakukan semula di tapak sebelumnya.
6. Masa diambil dari mula hingga tamat
perlakuan.

Aktiviti Giant Finger

1. Murid dalam kumpulan kecil 6 hingga 8


orang.
2. Berbincang untuk menyelesaikan masalah
yang diberi.
3. Semua peserta mesti terlibat untuk
mengeluarkan gelung dari tiang dan
memasukan gelung yang sama ke tiang yang
satu lagi.
4. Pasukan dibekal kayu atau rotan sepanjang 1
kaki setiap orang.
5. Sekiranya gelung jatuh, pasukan akan berlari
mengelilinggi tiang pertama sebelum boleh
menggangkat kembali gelung tadi.

72
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

Semasa dan di akhir aktiviti Spider-Web, Aligator Swamp, dan Giant Finger, murid
dapat:

K1 K2 K3 K4 K5 K6

1 Pembentukan Kumpulan
Pemilihan ketua x
Keputusan kolaboratif
Peranan ahli

2 Komunikasi
Lisan
Bukan Lisan

3 Penyelesaian masalah
Strategi
Kolaboratif
Masa keseluruhan

CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Membentang secara berkumpulan isu berkaitan pengagihan tugas berdasarkan


perbezaan bentuk tubuh badan semasa melakukan aktiviti spider-web.
2. Menyediakan lakaran pergerakan yang dirancang secara berkumpulan untuk aktiviti
alligator swamp dengan menggunakan objek yang disediakan.
3. Menganalisis dan menilai keberkesanan lakaran pergerakan yang dirancang untuk
aktiviti alligator swamp.
4. Menyertai pertandingan untuk mencapai tahap kedudukan terbaik antara kumpulan
bagi permainan:
Sepak raga ratus
Giant finger
Frisbee
Menyatakan secara lisan peranan yang dimainkan semasa menjayakan aktiviti.

73
74
13 JAM

Menerusi modul pengajaran komponen kecergasan, murid boleh memilih senaman dan
mengamalkan senaman bersesuaian dengan kemudahan yang terdapat di persekitaran
mereka untuk mengekalkan kecergasan. Murid juga boleh memahami hubungan antara
fungsi tubuh badan dengan senaman yang sesuai mengikut komponen kecergasan
berasaskan kesihatan bagi mencapai kesejahteraan hidup.

Kapasiti aerobik (3 jam)


3.1.1 Mengira kadar nadi rehat dan kadar nadi maksimum diri sendiri untuk
mendapatkan kadar nadi latihan.
3.1.2 Melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik tiga hingga enam kali seminggu
berdasarkan prinsip frekuensi, intensiti, jangka masa aktiviti dan jenis aktiviti
(FITT).
4.1.1 Mengenal pasti kaedah pengiraan kadar nadi latihan.
4.1.2 Mengenal pasti frekuensi, intensiti, jangka masa aktiviti dan jenis aktiviti yang
boleh meningkatkan kapasiti aerobik.
5.2.1 Mengambil bahagian secara aktif dan produktif dalam kumpulan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
5.2.2 Menilai tanggungjawab individu dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan.

Kelenturan (2 jam)
3.2.1 Melakukan senaman meningkatkan kelenturan berdasarkan prinsip FITT.
4.2.1 Mengenal pasti prinsip FITT yang digunakan untuk meningkatkan kelenturan.
4.2.2 Mengenal pasti senaman kelenturan yang boleh memberi risiko kecederaan.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

75
Kekuatan dan Daya Tahan Otot (2 jam)
3.3.1 Melakukan senaman meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot teras yang
melibatkan rectus abdominis,internal oblique, external oblique, tranverse
abdominis, erector spinae, dan multifidus dengan lakuan yang betul.
3.3.2 Melakukan senaman meningkatkan daya tahan otot berdasarkan prinsip FITT.
4.3.1 Menjelaskan peranan otot teras dalam kehidupan seharian.
4.3.2 Menyenaraikan senaman yang sesuai untuk otot-otot teras berdasarkan
pencarian maklumat.
4.3.3 Mengenal pasti prinsip FITT yang digunakan untuk meningkatkan daya tahan
otot.
5.1.3 Mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.

Komposisi Badan (3 jam)


3.4.1 Mengukur lipatan kulit menggunakan caliper pada 2 titik cubitan di otot trisep dan
otot gastroknemius.
4.4.1 Menerangkan prosedur mengukur peratus lemak badan menggunakan kaliper.
4.4.2 Mengenal pasti peratus kandungan lemak badan sendiri berdasarkan carta
jumlah lipatan kulit pada dua titik cubitan dan peratusan lemak [skinfold
measurement and body fat percentages (sum of triceps plus calf skinfolds)].
4.4.3 Membandingkan peratus lemak badan sendiri dengan julat peratus lemak badan
yang ideal (Rating Chart : Body Fatness).
5.3.1 Berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti.

Pentaksiran Kecergasan Fizikal - SEGAK (3 jam)


3.5.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan bateri ujian SEGAK mengikut
prosedur yang betul.
3.5.2 Merekodkan keputusan ujian SEGAK.
3.5.3 Melakukan aktiviti kecergasan sebagai tindakan susulan berdasarkan keputusan
ujian SEGAK.
4.5.1 Mengenal pasti tahap kecergasan berdasarkan keputusan SEGAK.
4.5.2 Mencadangkan tindakan susulan berdasarkan keputusan SEGAK.
5.1.2 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.

76
Berdasarkan Fakta
1. Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan kapasiti aerobik?
2. Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan kekuatan otot?
3. Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot?
4. Apakah senaman yang sesuai untuk meningkatkan kelenturan?
5. Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk mentaksir komposisi badan?
6. Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan senaman untuk
kesihatan?
7. Di manakah titik cubitan yang sesuai untuk mengukur ketebalan lipatan kulit?

Berdasarkan Konsep
1. Apakah perbezaan di antara kekuatan otot dengan daya tahan otot?
2. Apakah perbezaan di antara senaman daya tahan dengan senaman kekuatan?
3. Mengapa kesejahteraan hidup adalah penting?
4. Bagaimanakah anda mengenal pasti senaman yang sesuai untuk kesihatan badan?

Berdasarkan Perbahasan
1. Apakah senaman untuk komponen kecergasan yang boleh dilakukan di rumah
berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada?
2. Bagaimanakah kondisi persekitaran menentukan kesesuaian senaman untuk
kesihatan?
3. Apakah yang membentuk fungsi-fungsi badan yang sihat?
4. Mengapa sesetengah senaman boleh menyebabkan kecederaan?
Mengapa penting untuk memilih dan mengamalkan senaman yang sesuai?

Bagaimanakah otot teras yang kuat membantu dalam kesejahteraan hidup?

1. Murid merancang, mereka bentuk, melaksana, dan menilai satu program komponen
kecergasan berasaskan kesihatan dengan berpandukan kepada prinsip FITT.
2. Murid menetapkan matlamat untuk meningkatkan program kecergasan berasaskan
kesihatan dan mengenal pasti aktiviti-aktiviti untuk dilaksana bagi mencapai matlamat
tersebut.
3. Guru membimbing murid menyediakan buku log berkaitan aktiviti kecergasan fizikal.

77
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Kapasiti Aerobik
Aktiviti 1: Larian Diagonal

1. Murid dalam kumpulan kecil di empat stesen yang telah ditetapkan.


2. Kira dan catatkan kadar nadi di dalam borang yang disediakan sebelum melakukan
aktiviti.
3. Apabila isyarat diberi:
Murid di stesen A akan berlari ke stesen C, dan melakukan aktiviti lompat tali
sebanyak 10 ulangan.
Murid di stesen C akan berjalan pantas ke stesen B, dan melakukan aktiviti
lompat tali sebanyak 10 ulangan.
Murid di stesen B akan berlari ke stesen D, dan melakukan aktiviti lompat tali
sebanyak 10 ulangan.
Murid di stesen D akan berjalan pantas ke stesen A, dan melakukan aktiviti
lompat tali sebanyak 10 ulangan.
4. Ulang aktiviti sehingga kumpulan tiba ke stesen asal masing-masing.

Ringkuk tubi

78
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Larian Naga

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Berbaris dengan meletakkan tangan di atas bahu rakan hadapan.
3. Murid pertama dalam barisan adalah ketua.
4. Murid akan bergerak dalam barisan mengikut
pergerakan ketua sehingga isyarat diberikan untuk
murid belakang berlari ke hadapan dan menjadi ketua.
5. Lakukan aktiviti selama 10 minit.

Variasi larian :

Jalan
Lari
skip

79
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Kelenturan
Aktiviti 1: Kelenturan Dengan Tuala

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Murid mengenal pasti dan melakukan senaman
menggunakan tuala berdasarkan otot-otot
berikut;
Hamstrings stretch
Quadriceps stretch
Triceps stretch
Trunk rotation and lower back stretch
gastrocnemius
3. Setiap senaman akan dilakukan selama 15 saat.

Aktiviti 2: Sirkit 8
1. Murid berpasangan dan berada di stesen aktiviti.
2. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan di setiap stesen berdasarkan senaman
berikut:

Stesen 1 - Hamstrings stretch Stesen 2 - Quadriceps stretch

Stesen 3 - Trunk rotation and lower Stesen 4 - Triceps stretch


back stretch

80
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Stesen 5 - Upper-back stretch Stesen 6 - Arm stretch

Stesen 7 - Neck stretch Stesen 8 - Heel stretch

3. Murid pertama melakukan aktiviti dengan bantuan rakannya. Tukar peranan.


4. Bergerak ke stesen aktiviti berikutnya mengikut turutan.

Nota: Pastikan tekanan tidak mendatangkan


kecederaan kepada pelaku.

81
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Kekuatan dan Daya Tahan Otot


Aktiviti 2: Kad Kuat dan Tahan Otot
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Sediakan kad-kad yang mengandungi gambar otot rectus abdominis, internal oblique,
external oblique, tranverse abdominis, erector spinae, dan multifidus.
3. Letakkan semua kad di tengah-tengah kawasan permainan berbentuk segiempat
atau bulatan.
4. Pastikan semua kumpulan yang bermain berada di jarak yang sama dari tengah
kawasan permainan.
5. Peraturan permainan ialah:
Seorang pemain sahaja boleh berlari ke
tengah kawasan permainan untuk
mengambil satu kad.
Pemain perlu mengambil kad dengan
segera (tanpa melihat kandungan) dan
membawa terus kepada kumpulannya.
Kumpulan perlu merancang dan
melakukan senaman berdasarkan gambar
otot.
Permainan diteruskan sehingga semua
pemain mengambil kad dan melakukan
aktiviti dalam kad.

82
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Sirkit 6
1. Murid dalam kumpulan kecil dan berada di enam
stesen aktiviti.
2. Melakukan aktiviti di setiap stesen berdasarkan
maklumat yang dipaparkan.
3. Aktiviti yang dicadangkan ialah senaman
meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot teras
yang melibatkan rectus abdominis,internal
oblique, external oblique, tranverse abdominis,
erector spinae, dan multifidus.
4. Bergerak ke stesen aktiviti berikutnya mengikut
turutan.

Aktiviti 3: Bola Segar


1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid berdiri dan melontar bola segar secara sisi kepada rakan di sebelah kanannya.
3. Murid perlu menangkap bola lontaran ini dan melontarnya kepada rakan di sebelah
kanannya juga.
4. Ulang aktiviti sehingga semua telah melontar dan menangkap bola segar tersebut.
5. Lakukan aktiviti yang sama tetapi melontar ke rakan di sebelah kiri pula.
6. Murid duduk memegang bola segar dan mengilas ke sebelah kanan dan kiri selama
30 saat.
7. Murid perlu mengira bilangan lakuan ke kanan dan ke kiri dalam tempoh masa yang
telah diberikan.

83
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Komposisi Badan
Aktiviti 1: Lipatan Trisep
1. Murid berpasangan sesama jantina dengan penguji
berada di belakang rakan yang diuji.
2. Tandakan (+) di bahagian tengah kulit otot trisep
pada tangan dominan.
3. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara menegak.
Pastikan lengan murid diuji berkeadaan relaks.
4. Kepitkan kaliper pada 2 3 cm bahagian bawah
cubitan kulit dan biarkan bacaan pada kaliper
selama 3 saat.
5. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Bacaan penengah
dari 3 bacaan akan dikira sebagai pencapaian ujian.

Aktiviti 2: Lipatan Betis


1. Murid berpasangan sesama jantina .
2. Murid yang diuji berdiri dan meletakkan kaki
dominannya di atas kerusi supaya otot dalam
keadaan relaks.
3. Tandakan (+) di bahagian lilitan terbesar otot betis.
4. Tandaan dibuat di bahagian sisi otot.
5. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara menegak.
Pastikan cubitan tidak terlalu kuat.
6. Kepitkan kaliper pada 2 3 cm bahagian bawah
cubitan kulit dan biarkan bacaan pada kaliper
selama 3 saat.
7. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Bacaan penengah
dari 3 bacaan akan dikira sebagai pencapaian ujian.

84
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 3: Peratusan Lemak


1. Jumlahkan bacaan lipatan trisep dan lipatan betis yang diperoleh.
2. Rujuk jumlah bacaan lipatan tersebut dengan Carta Peratusan Lemak untuk
mendapatkan peratusan peribadi.
3. Rujuk peratusan lemak yang diperoleh dengan jadual Body Fatness bagi
menentukan kadar kegemukan badan.

Carta Peratusan Lemak

Carta Kegemukan Badan

Status Lemak Peratus Lemak

Lelaki Perempuan

Sangat Rendah <6 < 12

Prestasi Tinggi 6 - 9.9 12 - 14.9

Sihat 10 - 19.9 15 - 24.9

Berlebihan Lemak 20 - 24.9 25 - 29.9

Sangat Tinggi 25 + 30 +

85
BORANG AKTIVITI KAPASITI AEROBIK

Kadar nadi maksimum (KNM) = 207 (0.7 x umur)


= 207 (0.7 x ____)
= _____ denyutan seminit

Kadar nadi rehat (KNR) = _____ denyutan seminit

Kadar nadi simpanan (KNS) = KNM KNR


= _____ _____
= _____ denyutan

Intensiti senaman (In) = KNS x %In + KNR


30% In = _____ x 0.3 + _____ = ______ denyutan seminit

40% In = _____ x 0.4 + _____ = ______ denyutan seminit

60% In = _____ x 0.6 + _____ = ______ denyutan seminit

85% In = _____ x 0.85 + _____ = ______ denyutan seminit

Julat senaman kapasiti aerobik berintensiti rendah (30% ke 40% In):


______ ke ______ denyutan seminit.

Julat senaman kapasiti aerobik berintensiti sederhana (40% ke 60% In):


______ ke ______ denyutan seminit.

Julat senaman kapasiti aerobik berintensiti tinggi (60% ke 85% In):


______ ke ______ denyutan seminit.

Senaraikan aktiviti aerobik yang anda akan laksanakan di waktu kesenggangan.


___________________________________________________________________

Tempoh senaman yang anda akan lakukan: _________

Frekuensi/kekerapan senaman: _______

Huraikan kesan melakukan aktiviti dalam meningkatkan kapasiti aerobik kepada


kesihatan diri.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

86
KELENTURAN

Tandakan () pada senaman kelenturan yang membawa risiko


kecederaan:

87
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Murid menduduki satu ujian bertulis yang menguji pengetahuan dari segi istilah
kecergasan berasaskan kesihatan, jenis-jenis senaman dan mengira peratus lemak
badan berdasarkan ukuran lipatan kulit.
2. Murid memilih dan merancang senaman yang bersesuaian untuk satu komponen
kecergasan berdasarkan prinsip FITT dan sumber-sumber yang sedia ada dalam
persekitaran.
3. Murid menganalisis dan menilai program kecergasan berdasarkan hasil program
yang telah dirancang.
4. Murid berkebolehan menerang dan memimpin satu kumpulan kecil untuk melaksana
satu program kecergasan.
5. Murid mentaksir tahap kecergasan kendiri berdasarkan norma SEGAK dan
mengambil langkah-langkah penambahbaikan untuk mencapai kesejahteraan hidup.
6. Murid berkebolehan mentaksir komposisi tubuh berdasarkan kiraan ukuran lipatan
kulit.

88
LAMPIRAN A

Bil. Nama Alatan


1 Trampolin
2 Prop
3 Bola sepak atau bola getah
4 Bola jarring atau bola getah
5 Bola tampar
6 Bola sepak takraw atau bola getah ringan
7 Bulu tangkis
8 Bola segar
9 Jaring
10 Raket
11 Tali atau gelang getah
12 Palang
13 Tiang
14 Kon kecil
15 Blok permulaan
16 Baton
17 Peluru ubah suai
18 Tilam lompat tinggi
19 Frisbee
20 Gelung tayar
21 Tuala kecil
22 Kaliper
23 Kad tugasan
Peralatan Ujian SEGAK
24 Pengukur tinggi
25 Penimbang berat
26 Borang SEGAK Sekolah Menengah (BSSM)

89
LAMPIRAN A

Bil. Nama Alatan


27 Peralatan Ujian SEGAK
28 Penanda 15 cm seperti straw minuman
29 Alat pengukur jangkauan dengan ketinggian 30.5 cm dan jarak
meletakkan telapak kaki adalah pada 23 cm
30 Kalkulator
31 Bangku dengan ketinggian 30.5 cm (1 kaki) yang sesuai dan selamat
32 Jam randik
33 Metronom atau rakaman metronom 96 detik seminit dan 50 detik
seminit
34 Pemain CD atau komputer
35 Span berukuran 5 cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi
36 Tilam senaman (exercise mat atau yoga mat)
37 Pita pelekat bersaiz 2.5 cm lebar
38 Pita ukur sekurang-kurangnya 5 meter

Nota: Alatan yang disediakan hendaklah mengambil kira bilangan


murid di dalam sebuah kelas.

90
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA