Anda di halaman 1dari 1

Autobiograf

AKU SEPASANG BAJU KURUNG

Aku sepasang baju kurung. Badanku berwarna biru dan berbunga


putih. Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Shah Alam, Selangor.

Pada suatu hari, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik


pakaian di Kuala Lumpur. Kami digantung di dalam almari kaca di butik itu.
Kami digantung untuk dipamerkan kepada pengunjung yang membeli-belah
di butik itu. Pada badanku diletakkan tanda harga.

Pada suatu hari, seorang wanita mengunjungi butik tersebut. Dia


memegang dan membelek-belek baju-baju yang dipamerkan. Aku terpesona
memandang wajahnya yang cantik. Tiba-tiba, aku rsa seperti ada tangan
yang menarikku. Rupa-rupanya wanita itu berkenan dengan warna dan
corakku. Akhirnya aku dibeli dengan harga RM 149.00. Aku berasa bangga.

Aku dibawa pulang dan disangkut di dalam almari bersama pakaian


lain. Pada keesokan harinya, tuanku memakaiku ke tempat kerja. Semua
rakan-rakannya memuji kecantikanku. Tuanku menjagaku dengan baik. Aku
dicuci dan digosok dengan sempurna. Aku sering dipakai kerana aku warna
kegemarannya.

Beberapa bulan kemudian, warnaku semakin pudar. Kepudaran


warnaku menyebabkan aku sudah tidak dipakai lagi. Aku dilipat dan
dimasukkan ke dalam kotak. Aku dihadiahkan kepada golongan miskin. Aku
mendapat tuan baru. Aku masih lagi dipakai walaupun warnaku sudah pudar.

Anda mungkin juga menyukai