Anda di halaman 1dari 2

KONSEP WACANA

Dalam pengertian linguistik, wacana adalah unit bahasa yang lebih besar daripada kalimat.
Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang
penting bagi wacana. Wacana adalah satuan bahasa terlengkap, tertinggi, dan terbesar atas
kalimat/ klausa dengan kohensi tinggi, dengan kesinambungan dan mempunyai awal dan
akhir yang nyata sama ada disampaikan secara lisan atau tulisan. Perkataan wacana itu sama
dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk
wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Selain itu, wacana merupakan satuan bahasa di atas sesuatu kalimat yang digunakan untuk
berkomunikasi dalam konteks sosial. Satuan bahasa itu dapat berupa rangkaian kalimat atau
ujaran. Wacana dapat berbentuk lisan atau tulisan dan dapat bersifat transaksional atau
interaksional. Dalam peristiwa komunikasi secara lisan, dapat dilihat bahawa wacana sebagai
proses komunikasi antara penutur dan pendengar, sedangkan dalam komunikasi secara
tulisan, wacana terlihat sebagai hasil dari pengungkapan idea penulis. Disiplin ilmu yang
mempelajari wacana disebut dengan analisis wacana. Analisis wacana merupakan suatu
kajian yang meneliti atau menganalisis bahasa yang digunakan secara ilmiah, baik dalam
bentuk tulisan ataupun lisan.

Wacana terdiri daripada lapan unsur penting iaitu wacana merupakan satuan bahasa. Selain
itu, wacana adalah terlengkap, terbesar dan tertinggi dalam sesuatu kalimat. Wacana ialah
unit bahasa yang melebihi ayat/ klausa. Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan
fikiran yang berurutan dan mempunyai pertautan atau perkaitan semantik yang meliputi
aspek kohesi dan koheren. Wacana juga memperlihatkan kesinambungan fikiran iaitu
disampaikan secara lisan atau tulisan dan mempunyai awal dan akhir yang nyata.

CIRI- CIRI WACANA

Wacana mempunyai tujuh ciri iaitu perlu dikaji kaitan penutur dengan masyarakat sekitarnya.
Gaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur
dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para
pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek social
( laras bahasa ) dalam pertuturan.
Wacana juga harus mempunyai tujuan yang menentukan jenis ayat. Jika tujuan penutur
adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Penulisan
bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan
pembaca.

Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar. Wacana
lisan adalah perkaitan antara penutur dengan pendengar, manakala wacana tulisan adalah
kaitan antara penulis dengan pembaca.

Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya : Kelmarin
dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur - unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat,
waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat.
Penulis berkesempatan menentukan etika dan prosedur penghasilan penulisan. Ayat- ayat
yang dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi
( makna tautan ) dan koherens ( logik ). Ayat tautologi ( ayat yang sudah dinyatakan
sebelumnya) tidak perlu diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar
andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya
mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca
tanpa ditulis.

Wacana hendaklah ada maklumat baru. Ayat- ayat yang mengesahkan kebenaran ayat
sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Hasil penulisan hendaklah bersifat
kenyataan , logik dan realistik , bukanlah rekaan individu semata- mata.