TEKNOLOGI 3.
E-MEL : taifezwan24@gmail.com
SARAWAK
1
SENARAI KANDUNGAN
Wacana Kreatif
1.0 Aspek Fizikal 19
2.0 Biografi Pengarang 19
3.0 Plot Penceritaan 21
6. Rumusan 23
7. Rujukan 24
8. Lampiran 25
2
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah
tuhan semesta alam atas limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan kerja kursus bagi
memenuhi keperluan subjek GWP1092 Wacana Penulisan.
Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah subjek iaitu
Dr. Faridah Binti Abdullah@Muda atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan
kepada kami sepanjang melaksanakan kerja kursus ini. Tanpa bantuan beliau, sudah tentu
kami tidak dapat melaksanakan tugasan ini dengan sempurna.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang telah memberi sokongan
dari segi kewangan untuk kami membeli segala keperluan bagi melengkapkan tugasan ini
seperti kertas, dakwat pencetak dan komputer riba. Di samping itu, mereka juga banyak
menyumbangkan idea dan sokongan moral kepada kami dalam perlaksanaan kerja kursus
ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli jawatankuasa perpustakaan yang
telah banyak membantu kami mendapatkan sumber maklumat. Mereka juga membenarkan
kami menggunakan segala kemudahan yang terdapat di perpustakaan untuk melaksanakan
kerja kursus ini.
Akhirulkalam, jasa dan sumbangan yang telah diberikan secara langsung ataupun
tidak langsung amatlah kami hargai. Semoga budi baik kalian mendapat imbalan yang
setimpal daripada Allah s.w.t.. Kami berharap agar setiap usaha yang kami lakukan
mendapat keberkatan dan keredhaanNya.
3
Pengenalan
Wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan terbesar di atas ayat atau
klausa dengan koherensi dan kohesi yang berkesinambungan, yang mempunyai awal dan
akhir yang nyata, disampaikan secara lisan atau tertulis (Henry, 1987). Asmah Haji Omar
(1982) mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat di mana
dalamnya menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan
seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerita, dialog, siri buku
cerita dan sebagainya. Pengertian wacana yang dibawa oleh ahli linguistik dan ahli
antropologi berkaitan antara satu sama lain yang dapat disimpulkan sebagai pewujudan
makna di kalangan manusia khususnya dalam kehidupan mereka seharian melalui bahasa.
Wacana akademik terdiri daripada berbagai-bagai jenis iaitu naratif, deskriptif, eksposisi,
penghujahan dan persuasi. Jika diteliti karya-karya akademik sama ada dalam bentuk
laporan, tesis, mahupun jurnal, didapati bahawa karya-karya berkenaan merangkumi
sekurang-kurangnya empat jenis penulisan tersebut. Penulisan akademik seharusnya
mempunyai ciri deskriptif iaitu apabila terdapat huraian tentang sesuatu fenomena atau
konsep. Huraian mestilah diikuti oleh eksposisi iaitu penjelasan bagi sesuatu huraian
beserta dengan maklumat-maklumat yang menyokong penjelasan tersebut. Karya akademik
yang bertaraf tinggi juga haruslah mempunyai ciri penghujahan ataupun bersifat
argumentatif. Ciri ini menunjukkan bahawa penulis mempunyai pendirian tertentu yang
ditaakulkannya dengan baik. Ciri ini juga menunjukkan penulis cuba untuk mengetengahkan
pendiriannya supaya diberi perhatian dan diterima oleh ahli akademik yang lain. Dalam
membuat penghujahan, penulis karya akademik cuba memujuk pembaca dengan
menggunakan pelbagai strategi yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi.
4
Wacana Akademik
Di malaysia, terdapat beberapa gaya menulis rujukan yang dipelopori agensi tertentu
dan menjadi pegangan kepada ahli akademik dan pelajar. Antaranya ialah Universiti
Kebangsaan Malaysia yang membangunkan Gaya UKM, dan Dewan Bahasa dan Pustaka
dengan Gaya Dewan. Manakala pada peringkat antarabangsa nama-nama seperti Gaya
APA (American Psychological Association), Gaya MLA (Modern Language Association) dan
Gaya Chicago (University Of Chicago). Walaubagaimanapun, di Institut Pendidikan Guru,
gaya APA adalah gaya yang telah dipersetujui untuk digunakan oleh pelajar dan pensyarah
semasa menghasilkan tugasan atau kajian ilmiah. Walau apapun gaya yang digunakan
dalam menulis bahan rujukan, ia hendaklah secara piawai dan tekal. Penggunaan gaya
penulisan yang bercampur aduk adalah dilarang. Sebelum saya menelusuri dengan lebih
jauh artikel di dalam kertas kerja akademik daripada Buku Prosiding Seminar Pendidikan
yang telah saya pilih, eloklah sekiranya kita memahami takrifan serta konsep Gaya APA.
Gaya APA ialah akronim kepada American Psychological Association. Gaya APA
telah dibangunkan oleh para sarjana Persatuan Psikologi Amerika. Gaya ini sangat sesuai
diaplikasikan bagi penulisan akademi dalam bidang psikologi. Walaubagaimanapun, Gaya
APA merupakan satu sistem yang boleh diaplikasikan dalam bidang bahasa dan pendidikan
sebagai cara penulis menulis entri rujukan dan merakam kutipan semasa menghasilkan
penulisan ilmiah atau kajian mereka. Ia merupakan gabungan rujukan dalam teks atau
5
citations dan senarai rujukan atau bibliografi yang menjadi maklumat kepada sumber bahan
yang digunakan di dalam sesuatu tugasan. Elemen asas yang terdapat di dalam sesebuah
rujukan ialah nama pengarang, tahun penerbitan, judul, maklumat penerbitan (jilid, isu, edisi,
muka surat, dll), dan beberapa maklumat tambahan seperti URL dan tarikh melayari
internet. Proses dokumentasi diperlukan sekiranya terdapat penggunaan langsung, atau
para frasa dan ringkasan serta idea atau maklumat yang dirujuk seperti statistik dan graf.
Nama pengarang bagi kumpulan ini perlulah diringkaskan kepada nama keluarga
sahaja, dan selebihnya menggunakan parap iaitu huruf-huruf pertama sahaja. Parap
hendaklah ditulis selepas nama keluarga dan didahului denga tanda koma (,) manakala
setiap huruf pula ditandai dengan tanda noktah (.).
b. Pengarang Arab
Bagi pengarang Arab, kedudukan nama gelaran atau keluarga diletakkan pada awal
entri dan ditandai dengan koma (,). Kemudia barulah diikuti dengan nama pengarang
tersebut.
6
c. Pengarang Melayu
Dalam proses menulis entri rujukan, perkataan bin atau binti tidak perlu diletakkan
manakala nama asal dikekalkan. Manakala gelaran kehormat seperti Datuk, Dr., Datin atau
pangkat dalam pasukan beruniform ditulis di hujung nama selepas tanda koma (,) atau
gelaran tersebut tidak diletakkan.
d. Pengarang Cina
Terdapat tiga cara menulis nama pengarang cina. Pertama ialah dengan menulis
nama lengkap. Cara ini sesuai untuk nama pengarang yang mempunyai tiga bahagian
sahaja. Cara kedua ialah gelaran diletakkan pada hujung nama selepas tanda koma atau
gelaran tersebut ditiadakan. Seterusnya, jika nama pengarang tersebut mempunyai empat
bahagian, penulisan nama seperti ini perlu mendahulukan nama keluarga seterusnya nama
pada bahagian pertama dan diikuti dengan parap.
e. Pengarang India
Cara menulis nama pengarang berbangsa India ada dua. Pertama, semua nama
ditulis kecuali simbol a/l ditiadakan. Seterusnya nama keluarga dicatat pada bahagian
hadapan sebelum koma dan diikuti nama pengarang berkenaan.
Penulisan nama bagi pengarang yang menggunakan gabungan nama dan parap
hendaklah ditulis nama terlebih dahulu kemudia koma dan diikuti parap.
Penulisan oleh agensi negara seperti melibatkan kementerian, maka nama negara
berkenaan perlu ditulis terlebih dahulu kemudian koma dan diikuti nama kementerian
berkaitan. Manakala agensi lain ditulis seperti biasa.
Secara umumnya, entri ialah satu susunan lengkap yang dibuat secara urutan
mengikut kepentingan dan tujuan susunannya. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan entri
sebagai satu perkara iaitu butiran, maklumat dan lain-lain yang dimasukkan ke dalam
sesuatu senarai atau rakaman. Oleh yang demikian, entri merujuk kepada susunan perkara
yang diatur oleh penulis secara urutan berdasarkan kepentingannya dalam peraturan
menulis bahan rujukan untuk buku, majalah, bahan internet, kertas kerja dan sebagainya
dengan bantuan tanda baca yang betul.
7
1.3.1 Buku
Terdapat banyak buku sama ada buku teks atau buku rujkan yang mempunyai
seorang atau hingga enam atau lebih pengarang. Mengikut gaya APA, buku yang ditulis oleh
satu hingga enam orang pengarang, semua nama berkenaan hendaklah dicatat dalam entri
rujukan. Manakala pengarang yang melebihi enam orang hendaklah ditulis simbol et al.
selepas nama pertama. Susunan entri bagi buku yang ditulis oleh seorang hingga enam
pengarang ialah nama pengarang, tahun terbit, judul buku, tempat terbit dan diikuti nama
penerbit dengan judul buku ditulis secara italic. Hal ini menunjukkan bahawa cara menulis
susunan entri bagi seorang hingga enam pengarang adalah sama, cuma berbeza dari segi
bilangan nama pengarang sahaja. Simbol & digunakan untuk menggantikan maksud dan
bagi pengarang yang melebihi seorang.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik dari buku yang ditulis oleh lebih enam
orang pengarang ialah nama ketua penulis, et al., tahun, judul buku, nama penterjemah,
tempat terbit, dan nama penerbit. Penggunaan et al. tidak perlu ditulis secara italic jika
bahan dirujuk menggunakan bahasa Inggeris. Makna et al. ialah and others yang
bermaksud dan rakan-rakan. Gaya APA menetapkan penggunaan et al. untuk maksud
buku yang mempunyai lebih enam orang pengarang sahaja.
b. Buku Terjemahan
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada buku terjemahan ialah nama
pengarang, tahun, judul buku, nama penterjemah, tempat terbit, nama penerbit dan diikuti
tahun terbitan karya asal.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada buku cetak berulang ialah
nama pengarang, tahun, judul, bilangan siri cetakan, tempat terbit dan nama penerbit.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada majalah ialah nama penulis,
bulan dan tahun terbitan, judul, nama majalah, bilangan jilid dan halaman.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada akhbar ialah nama wartawan,
tarikh terbitan akhbar, judul berita atau rencana, nama akhbar seterusnya diikuti halaman.
8
f. Tesis dan Latihan Ilmiah
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada tesis dan latihan ilmiah ialah
nama pengarang, tahun, judul tesis, latihan ilmiah/ tesis sarjana/ tesis Ph.D dan nama
universiti.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada kamus ialah nama
pengarang, tahun, judul kamus, tempat terbit dan nama penerbit. Simbol et al. (Ed)
digunakan untuk bilangan pengarang yang terlalu ramai iaitu melebihi lapan orang dan
mempunyai ketua editor. Gunakan simbol & untuk menggantikan dan untuk pengarang
yang melebihi seorang.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada kertas kerja atau seminar
ialah nama pembentang, tahun, tajuk kertas kerja, sumber, tarikh seminar dan tempat.
i. Bahan Internet
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada internet ialah nama
pengarang, tahun, tajuk, tarikh dicapai dan alamat URL.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada bahan internet tanpa tarikh
dan pengarang mempunyai tiga cara. Pertama, entri bagi bahan tanpa pengarang disusun
mengikut judul bahan, tahun, catatan tanpa pengarang, tarikh capai internet dan alamat
URL. Cara kedua ialah disusun mengikut nama pengarang, catatan tanpa tarikh, judul
bahan, tarikh capai internet dan alamat URL. Seterusnya, susunan entri bagi bahan tanpa
tarikh dan pengarang ialah judul bahan, tahun, catatan tanpa tarikh dan pengarang, tarikh
capai internet dan alamat URL.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada nota kuliah, ceramah dan
syarahan ialah nama pensyarah, tahun, tajuk, sumber nota, tempat dan tarikh.
Cara menyusun entri bagi bahan yang dipetik daripada wawancara atau temu ramah
ialah nama orang yang diwawancara, tahun, tarikh, wawancara dan nama tempat.
9
1.4 Kemahiran Membuat Rujukan Berdasarkan Artikel Yang Dipilih
Apabila dianalisis sumber rujukan yang digunakan penulis untuk menghasilkan artikel
tersebut, terdapat dua puluh lima buah rujukan daripada sumber yang berbeza. Penulis
menggunakan tiga puluh empat entri yang dipetik daripada beberapa sumber. Antara
sumber tersebut ialah jadual yang dipetik daripada buku kajian ilmiah. Berikut merupakan
petikan yang dianalisis oleh penulis berdasarkan jadual daripada buku kajian ilmiah:
Berdasarkan Jadual Peringkat Penerimaan oleh Moersch (1995), guru Matematik yang
mengajar tingkatan 1 berada pada peringkat penerapan.
10
Selain daripada sumber internet dan buku, penulis juga ada menggunakan sumber
rujukan daripada penulisan agensi kerajaan iaitu Pusat Perkembangan Kurikulum. Berikut
merupakan penulisan rujukan sumber tersebut:
Berdasarkan artikel yang dipetik daripada prosiding seminar pendidikan yang telah
saya pilih, kesahihan maklumat yang digunakan oleh penulis tidak dapat dinafikan lagi.
Segala maklumat yang dipetik sebagai rujukan atau sokongan hujah mempunyai autoriti dan
jsutifikasi yang jelas. Bahan yang digunakan oleh penulis untuk menghasilkan artikel kajian
tersebut sangat bertepatan dengan tajuk kajian bagi artikel tersebut lantaran penulis
merujuk hasil-hasil kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pengkaji terdahulu. Kesemua
petikan yang digunakan oleh penulis tersebut merupakan penyataan daripada kajian yang
dibuat oleh pakar-pakar dan diambil daripada buku yang bertaraf antarabangsa. Maklmuat
tersebut juga sangat jelas dan mengukuhkan penulisan akademik tersebut.
11
2.0 Gaya Penulisan Akademik
Penulisan akademik ditakrifkan sebagai penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau
saintifik (Sundara, 1999). Di dalam penulisan akademik, setiap persoalan yang dibincangkan
dikaji secara teratur dan teliti. Penulisan akademik yang juga dikenali sebagai penulisan
ilmiah sangat berbeza dengan kaedah-kaedah penulisan yang lain seperti novel yang
berasaskan khayalan atau rekaan dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik
adalah berasaskan kepercayaan bahawa setiap fenomena yang berlaku mempunyai
keterangan yang tertentu iaitu setiap kesan mempunyai sebab. Cara ini menunjukkan
bahawa setiap idea akan mewujudkan satu kesimpulan yang hanya boleh diterima apabila
disokong oleh bukti yang kukuh. Seorang penulis akademik harus mengumpul data secara
objektif. Data yang dikumpul secara kolektif haruslah tidak berat sebelah yang hanya
menyokong kebenaran hipotesis namun mengabaikan yang tidak mengikut kehendak
peribadi penyelidik. Untuk menjadikan pengetahuan biasa sebagai pengetahuan ilmiah,
jalan yang panjang diperlukan.
12
impersonal akan mewujudkan tarikan kepada pembaca untuk mendalami dan memahami
sesuatu penulisan akademik. Di samping itu, penulis juga hendaklah menggunakan lebih
banyak kata nama berbanding kata kerja. Penulis juga haruslah mengelakkan daripada
menggunakan ekspresi emosional. Hal ini akan menyebabkan penulisan tersebut berat
sebelah kerana justifikasi yang berasaskan emosi semata-mata tanpa sokongan hujah yang
kuat. Perkara tersebut juga akan menggambarkan bahawa penulis cuba untuk memberi
pendapat peribadi tanpa merujuk kepada mana-mana pakar yang berautoriti. Karya
akademik yang baik seharusnya menggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta
jelas maksudnya terutamanya ekspresi abstrak, seperti perkataan gender lebih baik
digunakan berbanding lelaki atau perempuan. Daripada artikel tersebut, jelas menunjukkan
penulis menggunakan bahasa yang formal dari awal hingga akhir. Tiada satu pun perkataan
atau bahasa yang tidak formal yang digunakan.
Untuk menghasilkan penulisan akademik, teks mestilah jelas dan mudah dibaca.
Penyusunan idea dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami akan menghasilkan
kejelasan teks danmemberi kesan kepada kesepaduan teks. Ciri-ciri penting dalam
pembinaan ayat yang jelas dan tepat ialah koherensi dan kohesi.
Menurut Asmah Haji Omar (2006), koherensi merujuk kepada pembentangan idea
dan perkaitan idea dengan idea, sama ada mempunyai perkaitan kognitif, masa, tempat,
epistimik atau perkaitan yang lain lagi. Koherensi merupakan kesinambungan ayat dan juga
perkaitan antara perenggan dengan perenggan termasuklah antara bab. Koherensi antara
ayat-ayat yang berurutan dikenali sebagai koherensi berurutan, manakala koherensi antara
bahagian atau bab dikenali sebagai koherensi global atau koherensi menyeluruh (Teun A.
Van Dijk, 1977:97).
Susun atur ayat dan susun atur idea atau fakta merupaka faktor penting untuk
mencapai koherensi. Susun atur ayat termaktub kepada susun atur fakta. Kronologi
tindakan, peristiwa dan sebagainya disusun mengikut tahap-tahap berlakunya dan
mempunyai kaitan dengan masa.
13
Istilah kohesi pula bermaksud perbendaharaan am yang merujuk kepada bagaimana
melekatnya benda-benda antara satu sama lain (Asmah, 2006). Dalam wacana, kohesi
boleh diungkapkan sebagai jalinan teks iaitu bagamana ayat-ayat terjalin antara satu sama
lain supaya proposisi atau idea yang ditegakkan tidak terputus-putus. Jalinan yang berlaku
bukan hanya pada ayat, namun juga antara perenggan. Hal ini kerana teks merupakan
makrostruktur yang menggambarkan pertalian antara bahagian-bahagiannya.
Di dalam sesuatu teks, terdapat pertalian yang erat antara kohesi dan koherensi.
Dalam koherensi, perkara yang diutamakan ialah susun atur idea yang disampaikan melalui
bahasa. Kohesi pula merupakan jalinan bahagian infrastruktur yang dicapai melalui ciri-ciri
linguistik yang ada dalam ayat-ayat dalam sesuatu perenggan atau antara perenggan.
Sama seperti koherensi, kohesi juga terdapat dalam dua peringkat yang disebut sebagai
kohesi lokal dan kohesi global (William O. Hendricks, 1976). Petikan berikut dipetik daripada
artikel yang dipilih:
Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian oleh Grives dan Zemel (2000) dan
Morris (2001) yang mendapati aspek sokongan seperti latihan tentang cara penggunaan
sesuatu teknologi, dan sokongan pihak pentadbiran adalah faktor-faktor yang penting yang
mempengaruhi penggunaan teknologi dalam pendidikan. Di samping itu, kajian-kajian oleh
Groves dan Zemel (2000), Norhayati (2000) dan Sima, Jayakaran dan Roselan (2009) juga
menyokong dapatan kajian ini, di mana mereka mendapati masa memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi penerimaan sesuatu inovasi.
Dalam penulisan akademik, kesemua terminologi yang tidak difahami atau diketahui
oleh pembaca hendaklah dijelaskan. Penulis boleh menulis nama penuh pada kali pertama
atau di awal ayat mahupun perenggan. Penggunaan kata singkatan yang lazim digunakan
adalah dibenarkan di dalam penulisan akademi. Untuk rujukan pertama, istilah sebenar
hendaklah digunakan dalam teks dengan kata singkatan yang diletak dalam kurungan.
Setelah dijelaskan pada awal penulisan, kata singkatan boleh digunakan dalam seluruh
teks. Walaubagaimanapun, kata singkatan tidak boleh digunakan dalam abstrak atau dalam
tajuk. Berdasarkan artikel, terdapat penggunaan singkatan yang telah dijelaskan lebih awal
14
maksudnya. Antaranya ialah ICT iaitu Information and Communication Technology.
Singkatan ini merupakan singkatan yang lazim digunakan di dalam mana-mana penulisan.
Tidak menjadi masalah sekiranya nama sebanar bagi singkatan tersebut tidak dijelaskan.
15
3.0 Analisis Data
Buku Internet
Abstrak Pengenalan
Implikasi Dapatan Kajian
Metodologi Kajian
Objektif Kajian
Kerangka Kajian Pengaruh Faktor Perspektif
Persekitaran Dengan Tahap Rumusan
Penerimaan Perisian
Kursus Di SMK Harian:
Umur Sebagai Moderator Batasan Kajian
Tinjauan Literatur
Rujukan
Dapatan dan Perbincangan
Penyataan Masalah Kajian
Jurnal
Tesis
16
3.2 Penanda Wacana
Penanda Wacana
Di samping itu
Dengan itu
Peta pokok di atas menunjukkan penanda wacana yang digunakan oleh penulis
untuk menghasilkan artikel tersebut. Penanda wacana ialah kata atau rangkai kata yang
digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain untuk menunjukkan wujudnya
satu kesatuan ayat yang utuh (Asmah, 1980). Penanda wacana juga merupakan perkataan
ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah dan
pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Penanda wacana amat penting
dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan pertautan atau
kesinambungan antara sebahagian teks dengan yang lain sehingga membentuk kesatuan.
Penanda wacana juga merupakan unsur bahasa yang mewujudkan kohesi dan koherensi
antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan. Terdapat tiga jenis
penanda wacana iaitu penanda kronologi, penanda organisasi dan penanda idea. Merujuk
peta pokok di atas, penulis kebanyakannya menggunakan penada wacana idea. Hal ini jelas
menunjukkan penulis memastikan kesinambungan idea tersebut jelas dan tepat serta
mempunyai ciri-ciri koherensi dan kohesi. Walaupun tidak menggunakan banyak penanda
kronologi, penulis menggunakan kaedah dengan menjelaskan tahun dan semestinya
pembahagian tajuk-tajuk kecil merupakan kronologi yang jelas menunjukkan aliran
penulisan akademik tersebut.
17
Diffusion of computers in school
Diffusion of innovations
http://www.ijcir.org/volume2-number2/article3.pdf.
http://proquest.umi.com.uum.edu.my/pqdweb?
did=106203&sid=2&Fmt=2&clientId=28929&RQT=309&VNa
me=PQD.
Internet
http://www.deakin.edu
http://loticonnection.com
Rujukan
http://www.ejisdc.org
http://ici9.oum.edu.my
International Journal Of Instructional Media
Jurnal
Journal Of Personality and Social Phychology
18
Wacana Kreatif
Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya HAMKA yang telah saya baca
merupakan cetakan terbaru. Novel edisi baharu ini telah diterbitkan oleh Puteh Press pada
tahun 2016. Dari aspek fizikal, susun atur tulisan bagi tajuk novel ini sangat mudah namun
tidak memaparkan sebarang ilustrasi yang menggambarkan perjalanan cerita novel ini.
Novel ini mengandungi dua ratus tujuh puluh empat muka surat. Kandungannya meliputi
bab-bab cerita dan glosari. Fizikal buku ini juga ringan dan mudah dibawa ke mana-mana
sahaja.
Biografi Pengarang
Novel ini telah ditulis oleh Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih
dikenali sebagai Hamka. Hamka dilahirkan di Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten
Agam, Sumatera Barat pada tanggal 17 Februari 1908. Beliau telah kembali menghadap
Yang Maha Esa di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika beliau berumur 73 tahun. Beliau
merupakan seorang ulama, sasterawan, sejarawan dan juga ahli politik yang sangat terkenal
di Indonesia.
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua.
Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di
Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka
juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang disyarahkan oleh ulama
terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M.
Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.
Pada awalnya, Hamka bekerja sebagai guru agama di Perkebunan Tebing Tinggi,
Meda pada tahun 1927 dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Hamka
kemudian dilantik sebagai dosen di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah,
Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi
rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta. Pada tahun
1951 sehingga tahun 1960, beliau menjawat jawata sebagai Pegawai Tinggi Agama yang
diberi mandat oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno
menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura
Muslimin Indonesia (Masyumi).
19
Hamka lebih banyak belajar sendiri dan melakukan penyelidikan meliputi pelbagai
bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, kesusasteraan, sejarah, sosiologi dan politik,
sama ada islam ataupun barat. Beliau dapat menyelidiki karya ulama dan pujangga besar di
Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan
Hussain Haikal kerana beliau fasih berbahasa Arab. Dengan kemahiran bahasa Arab yang
tinggi, beliau juga meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert
Camus, William James, Freud, Toynbee, Jean Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti. Hamka
seorang yang rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta
seperti HOS Chokroaminoto, Raden Mas Surjoparonoto, Haji Fakrudin, Ar Sutan Mansur
dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang pemidato
yang handal.
Hamka telah menghasilkan banyak karya ilmiah Islam dan juga karya kreatif seperti
novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-
novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Singapura dan
Malaysia termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah
dan Merantau ke Deli.
20
Plot Penceritaan
Di dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Hamka menggunakan teknik
penceritaan imbas kembali dan ke hadapan kerana menceritakan perkara-perkara yang lalu
dan kembali lagi menceritakan kisah yang selanjutnya.
Pada peringkat permulaan, cerita bermula dengan gambaran dan pengenalan situasi
dan latar belakang watak-watak di dalam cerita tersebut. Ini merupakan peringkat
pembukaan cerita iaitu memberi gambaran awal dan seterusnya. Pada mulanya, Zainuddin
tidak pernah tahu bahawa negeri asalnya ialah Minagkabau. Dia mengetahui hal tersebut
ketika ayahnya meninggalkan pesanan terakhir kepadanya. Pada suatu hari, Zainuddin
memutuskan untuk pergi ke padang panjang. Zainuddin berasa gembira ketika kali pertama
dia menjejakkan kaki ke Padang Panjang. Perasaan tersebut kian pudar apabila dia masih
dianggap seperti orang asing.
Konflik timbul apabila Hayati datang ke Padang Panjang dan menginap di rumah
sahabatnya iaitu Khadijah. Kedatangannya ke Padang Panjang dengan alasan untuk
menyaksikan lumba kuda menjadi peluang untuk kedua-duanya melepaskan kerinduan
antara satu sama lain. Sebelum berangkat ke pesta kuda, Hayati didandan oleh Khadijah
dengan gaya bandar. Zainuddin sangat terkejut melihat penampilan Hayati yang sangat
berubah kerana sebelum ini Hayati memakai pakaian yang tertutup. Kesempatan untuk
mereka bertemu tidak seperti yang dibayangkan dek kerana hadirnya orang ketiga iaitu Aziz
yang merupakan abang kepada Khadijah. Aziz juga tertarik dengan kecantikan Hayati.
Ketika Hayati pulang dari Padang Panjang, dia terkejut apabila rombongan keluarga
Aziz datang ke rumahnya untuk melamar Hayati. Beberapa hari sebelumnya, Zainuddin
terlebih dahulu melamar Hayati melalui surat yang dikirimkan kepada bapa saudaranya.
21
Namun demikian, keluarga Hayati lebih memilih Aziz lantaran Aziz dipandang lebih beradab
dan juga mempunyai pangkat dan harta. Tambahan pula, Aziz merupakan seorang yang
berketurunan asli Minangkabau. Pinangan Zainuddin yang telah ditolak oleh keluarga Hayati
telah mengecewakan hati Zainuddin. Zainuddin telah jatuh sakit dan terbaring lemah.
Ditambah pula dengan sikap sebenar Aziz yang telah diketahuinya melalui Abang Muluk.
Untuk melupakan segala masalah yang dihadapi, Zainuddin berpindah ke Jawa dan mula
menulis dan mengarang. Dia dan sahabatnya iaitu Abang Muluk telah menjadi pengarang
terkenal yang dikenali sebagai jutawan yang dermawan.
Pada peringkat klimaks, ketika Hayati dan Aziz berpindah ke Surabaya, kehidupan
mereka semakin susah dan dikelilingi oleh hutang. Semakin lama, sikap sebenar Aziz
semakin diketahui oleh Hayati. Aziz suka berjudi dan kaki perempuan. Ketika mereka
dihalau daripada rumah mereka, secara kebetulannya mereka telah bertemu dengan
Zainuddin ketika menonton persembahan opera yang diketuai oleh Zainuddin. Aziz telah
meminta pertolongan daripada Zainuddin. Aziz dan Hayati menetap di rumah Zainuddin
selama sebulan. Setelah sebulan, Aziz meninggalkan isterinya di rumah Zainuddin keran
malu untuk terus tinggal lama di rumah itu. Aziz telah merantau ke Banyuwangi untuk
mencari pekerjaan baharu. Beberapa hari Aziz keluar daripada rumah itu, Zainuddin dan
Hayati menerima surat daripada Aziz yang menyatakan bahawa mereka berdua perlu
menerima antara satu sama lain semula. Mereka juga telah mendapat khabar bahawa Aziz
telah mati kerana membunuh diri. Walaupun Zainuddin masih mencintai Hayati, dia tetap
rasa bersalah kerana Hayati dan Aziz masih ada hubungan pernikahan. Oleh itu, Zainuddin
telah mengambil keputusan untuk menghantar Hayati pulan ke kampungnya semula.
22
RUMUSAN
Daripada apa yang saya pelajari melalui kerja kursus ini, pelajar IPG perlu
mengetahui format menulis dan merakam kutipan menggunakan Gaya APA sejak semester
pertama PPISMP lagi. Perkara ini berlaku apabila tugasan pertama kerja kursus mula
diterima untuk disiapkan. Bimbingan pensyarah sangat diperlukan untuk memastikan cara
mencatat rujukan dan merakam kutipan adalah betul.
Di peringkat pengajian tinggi terutamanya di IPG, akur dengan tuntutan kolej menjadi
suatu kewajiban dalam mematuhi prosedur pelaksanaan kerja kursus. Amalan plagiat
hendaklah dielakkan dalam menghasilkansesuatu penulisan.
23
RUJUKAN
Abdul Malik Karim. (2016). Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Batu Caves, Selangor:
Puteh Press.
Anderson, J., & Poole, M. (2011). Penulisan Tugasan dan Thesis. Kuala Lumpur: Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Asmah Omar. (2006). Panduan Wacana Akademik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Hamdan Yahya, Johan Jaafar, & Shamsudin Jaafar. (1991). Pengenalan Kritikan Sastera.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad et al. (2012). Bahasa Melayu Kontekstual. Shah Alam, Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Meyske Ali. (2013, Februari 23). Didapatkan April 07, 2016, daripada Langkah-langkah
Menulis Akademik: http://mahasiswa.ung.ac.id/931412187/home/2013/2/23/langkah-
langkah_menulis_akademik.html
Phil. Gabriel Lele et al. (t.t). Panduan Penulisan Akademik. Didapatkan April 7, 2016,
daripada scirbd: https://www.scribd.com/doc/213200426/Panduan-Penulisan-
Akademik
Raja, S. S. (t.t). Penulisan Akademik. Didapatkan April 07, 2016, daripada Pemikiran dan
Penulisan Ilmiah di Universiti:
http://sejarahum.tripod.com/pensyarah/sivaAKADEMIK.html
Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran Belajar. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
24
LAMPIRAN
25
26
27
28