Anda di halaman 1dari 72

1.

0 PENDAHULUAN

Matematik merupakan subjek yang sering dianggap oleh murid sukar kerana murid

beranggapan terlalu banyak konsep, rumus dan formula yang perlu diingati ( Hafiz, 2013) .

Bahkan juga, rata-rata murid yang berfikiran sebegitu sudah pasti tidak menunjukkan

peningkatan pencapaian. Hal ini mungkin disebabkan proses pengajaran dan pembelajaran

(pdp) yang membosankan dan tidak merangsang pemikiran murid untuk kefahaman sesuatu

konsep Matematik. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Azizah dan Shaharom

(1999), Matematik dianggap sukar kerana ianya melibatkan fakta dan suatu yang abstrak

bagi murid.

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan

perubahan. Subjek ini menggunakan kebolehan untuk berfikir secara logik bagi

menyelesaikan masalah, melihat pola dan membuat ramalan. Teknik tentang operasi asas

pengiraan yang betul akan membantu murid untuk menyelesaikan permasalahan dalam

subjek matematik sekolah rendah dengan betul, cepat dan tepat. Selain itu, guru perlu

bersungguh-sungguh ketika menerangkan sesuatu konsep matematik agar asas mereka

dalam sesuatu topik adalah kukuh dan ini sekaligus akan memudahkan dan menambahkan

minat murid untuk belajar matematik.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM, 2006) telah menggariskan matlamat

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk membina pemahaman

murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Skop bagi bidang nombor yang

perlu dipelajari oleh murid ialah nombor bulat, pecahan, perpuluhan, pengukuran, wang dan

peratus. Kefahaman yang kukuh dalam skop ini sangat penting bagi membantu murid

1
mengendalikan urusan harian secara berkesan serta menjadi asas kepada aspek pembelajaran

murid di peringkat yang lebih tinggi. Justeru, permasalahan yang berlaku dalam kalangan

murid di sekolah rendah perlulah diatasi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran

asas matematik.

Topik pertukaran unit panjang merupakan suatu topik yang sangat penting. Kajian ini

melibatkan pertukaran unit milimeter, sentimeter dan meter dan lebih memfokuskan murid-

murid tahun empat. Menurut Mok Soon Sang (2004), dengan melakukan pemilihan unit-unit

ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik atau pengkaji untuk menyelesaikan

masalah dengan baik. Oleh yang demikian, unit-unit spesifik perlu dinyatakan dan

ditentukan sebelum sesuatu kajian dilakukan. Dalam proses menukar unit panjang, biasanya

murid akan melibatkan proses pendaraban dan pembahagian. Oleh yang demikian,

penggunaan Kaedah Petak 1+3 akan dapat membantu murid bagi meningkatkan

kemahiran menukar unit panjang kilometer kepada meter dan meter kepada meter.

2
1.1 REFLEKSI PENGAJARAN YANG LEPAS

Proses pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang efektif dapat dilaksanakan sekiranya

seseorang guru bijak merancang sesuatu kaedah atau teknik sesuai dengan tahap kemamuan

mereka. Hal ini juga boleh menarik minat mereka untuk mengikuti sesi pdp di dalam bilik

darjah. Berdasarkan pengalaman mengajar menjalankan proses pdp tajuk panjang kepada

murid-murid Tahun 5 Bestari di Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau Dungun, pengkaji

mendapati murid mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran menukar unit khususnya

dari kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.

Murid Tahun 5 Bestari merupakan murid yang mempunyai aras pengetahuan dan

kebolehan yang agak sederhana dalam menguasai pembelajaran semasa proses pdp

dijalankan di dalam kelas. Kelas ini merupakan kelas kedua antara dua kelas yang terdapat

di sekolah ini. Segelintir daripada mereka ini agak perlahan dalam menerima sebarang

pengajaran yang disampaikan oleh guru. Keputusan pencapaian mereka juga agak lemah

iaitu sekitar 30% hingga 40% sahaja terutamanya bagi matapelajaran matematik. Hanya

sebahagian kecil murid sahaja yang menunjukkan minat dan potensi untuk maju dalam

pelajaran matematik. Justeru, pengkaji bercadang untuk menjalankan satu kajian tindakan ke

atas beberapa orang murid berkenaan bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk

melakukan penukaran unit bagi topik panjang.

Tanggal 21 Julai 2014 yang lepas, satu pdp berkenaan kemahiran menukar unit

panjang dari kilometer kepada meter telah dijalankan kepada murid Tahun 5 Bestari. Murid-

murid telah diberi sehelai lembaran kerja yang mempunyai garis nombor. Pada mulanya,

3
murid-murid diajar untuk mengkaji hubungan antara unit meter dengan menggunakan garis

nombor yang mempunyai skala 100m sehingga 1000m.

Setelah mengkaji perkaitan antara kedua-dua unit pada garis nombor tersebut murid

akan mendapati bahawa 1km bersamaan dengan 1000m. Seterusnya, murid diajar pula cara

untuk menukar unit menggunakan operasi darab dan bahagi dengan seribu. Sekiranya soalan

tersebut memerlukan penukaran unit daripada kilometer kepada meter murid-murid akan

meletakkan tanda darab seribu ( x 1000 ) dan jika murid ingin melakukan penukaran unit

daripada meter kepada kilometer maka murid akan meletakkan tanda bahagi seribu ( 1000

) pada atas garis nombor tersebut.

Kemudian, murid-murid telah diajar kemahiran menukar unit daripada kilometer

kepada meter dan daripada meter kepada meter menggerakkan titik perpuluhan. Sekiranya

soalan tersebut memerlukan penukaran unit daripada kilometer kepada meter murid-murid

akan menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan manakala jika murid ingin

melakukan penukaran unit daripada meter kepada kilometer maka murid akan

menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kiri.

Walaubagaimanapun, setelah pengkaji menyemak buku latihan murid terdapat

segelintir tidak boleh melakukan kemahiran menukar unit dari kilometer kepada meter dan

daripada kilometer kepada meter . Antara kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah salah

menggerakkan titik perpuluhan. Ini kerana terdapat segelintir murid yang keliru untuk

menggerakkan titik perpuluhan sama ada ke kiri atau ke kanan. Selain itu, terdapat juga

murid yang hanya menggerakkan titik perpuluhan dua tempat sahaja samaada ke kiri

ataupun ke kanan. Jelaslah disini bahawa murid tidak dapat menguasai konsep penukaran

unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan betul.

4
Rajah 1 : Kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa menggerakkan titik perpuluhan

Oleh kerana murid tidak boleh melakukan kemahiran penukaran unit dengan betul

maka pengkaji mendapat mereka mempunyai masalah untuk menjawab soalan penambahan

dan penolakkan dua unit yang berbeza. Hal ini kerana, murid perlu menukar unit terlebih

dahulu sebelum melakukan operasi tersebut. Dalam hal ini, murid dapat melakukan operasi

penambahan dengan betul tetapi mereka tidak boleh menukar unit meter kepada kilometer.

Ini dapat dilihat, apabila murid terus menambah kedua-dua nombor yang diberi tanpa

menukar nombor unit meter kepada kilometer terlebih dahulu. Justeru, jawapan yang

dihasilkan oleh murid adalah salah. Oleh kerana soalan tersebut memerlukan jawapan di

dalam unit kilometer, maka sepatutnya murid menukar nombor pada unit meter kepada

5
kilometer terlebih dahulu. Selepas itu, barulah murid dapat melakukan operasi tambah untuk

mendapatkan jawapan yang betul.

Rajah 2 : Murid tidak menukar unit terlebih dahulu semasa melakukan

operasi penambahan dua unit berbeza bagi tajuk panjang

Oleh yang demikian, pengkaji telah mencipta satu kaedah yang diberi nama

Kaedah Petak 1+3 untuk membantu murid-murid lemah untuk melakukan kemahiran unit

dari kilometer kepada meter dan daripada meter kepada kilometer dengan betul. Kaedah ini

memerlukan algoritma yang mudah dan senang difahami oleh murid. Kaedah ini juga boleh

digunakan dalam PdP matematik kelak untuk meningkatkan keberkesanan murid dalam

kemahiran penukaran unit panjang. Pengkaji juga akan memilih Model Stephen Kemmis

dan McTaggart sebagai model dalam melaksakan kajian ini. Rosinah (2011) menyatakan

bahawa memilih Model Stephen Kemmis dan McTaggart melibatkan gelung spiral yang

bermula dari empat peringkat iaitu proses mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

6
Kesemua peringkat ini dibuat secara berulangkali sehingga masalah tersebut dapat

diselesaikan dengan sepenuhnya.

7
1.2 SOROTAN LITERATUR

Bahagian ini mengandungi huraian tentang konsep penukaran unit panjang dari kilometer

kepada meter dan dari meter kepada kilometer serta kajian lepas berkaitan penukaran unit

panjang tersebut.

KBSR bermatlamat untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor dan

kemahiran asas dalam pengiraan yang boleh digunakan dalam kehidupan harian secara

efektif dan bertanggungjawab untuk mengekalkan aspirasi sebuah masyarakat dan negara

yang maju, dan dalam masa yang sama dapat menggunakan pengetahuan itu untuk

menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. (Bahagian Pembangunan

Kurikulum, 2010).

Kurikulum Matematik di peringkat sekolah rendah (KBSR) menekankan tentang

penguasaan konsep asas dan kemahiran. Kandungannya dikategorikan kepada empat bidang

yang saling berkaitan iaitu Nombor, Ukuran, Bentuk dan Ruang serta Statistik. Berdasarkan

empat bidang utama mata pelajaran Matematik, bidang ukuran panjang merupakan salah

satu bidang khususnya bagi subtopik Hubungkait Antara Unit-Unit Ukuran Panjang.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,

perkataan Penukaran bermaksud menggantikan sesuatu manakala Unit pula membawa

maksud kuantiti tertentu yang dijadikan sebagai piawai sesuatu ukuran. Justeru, Penukaran

Unit membawa maksud menggantikan kuantiti dalam sesuatu ukuran. Dalam konsep

Penukaran Unit Panjang dari kilometer kepada meter bolehlah didefinisikan sebagai

menukar unit piawai bagi ukuran panjang tetapi kedua-dua unit piawai tersebut mempunyai

ukuran panjang yang sama.

8
Kemmis dan Mctaggart (1988) menjelaskan bahawa terdapat 4 tahap atau proses untuk

menyelesaikan sesuatu masalah dalam matematik dengan berkesan. Proses-proses tersebut

ialah mereflek, merancang, bertindak dan memerhati. Keempat-empat langkah ini

membentuk satu gelungan atau aliran yang berulang dan diulang berkali-kali sehingga

masalah yang timbul dalam kalangan responden terbabit dapat diselesaikan dengan jayanya.

Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan

seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses

kajian tindakan ini bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas masalah

pembelajaran yang ingin diatasi. Kemudian pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai

untuk untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan pelan yang

dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan, pengkaji harus memerhati kemajuan tindakan

yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Kitaran Pertama. Jika

masalah tidak dapat diatasi, pengkaji bolehlah memulakan Kitaran Kedua.

Leonard M.S et al., (1996) pula menjelaskan bahawa guru perlu kreatif semasa di

dalam bilik darjah supaya dapat mewujudkan suasana yang menarik semasa sesi pengajaran

berlangsung. Jika murid menghadapi masalah dengan kaedah pembelajaran yang sedia ada,

maka wajarlah satu kaedah baru diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Justeru, pengenalan kaedah baru kepada murid seperti Petak 1 + 3 diharapkan dapat

membantu mereka untuk menyelesaikan masalah yang diberi oleh guru dengan mudah.

Murid perlu diperkenalkan dengan kaedah yang sesuai bagi membantu mereka untuk

melakukan operasi dengan cepat dan betul. Teknik tunjuk cara yang melibatkan penerangan

yang jelas disertai dengan demonstrasi guru bersama aktiviti pendengaran serta penglihatan

9
dan melibatkan percubaan murid dapat membantu murid menyelesaikan soalan (Mok Soon

Sang, 2000). Justeru, penerangan yang baik oleh guru tentang cara untuk menggunakan

Kaedah Petak 1+3 dapat membantu murid menggunakan kaedah ini dengan betul.

Masalah penukaran unit bagi topik ukuran khususnya ukuran panjang haruslah

dikuasai oleh semua murid. Jika murid gagal menguasai kemahiran ini, mereka akan

menghadapi masalah terutama untuk masalah penambahan dan penolakan nilai yang

mempunyai unit yang berbeza (Zaqwan, 2013). Hal ini kerana, murid perlu melakukan

operasi penukaran unit terlebih dahulu sebelum melakukan operasi penambahan dan

penolakkan tersebut. Oleh itu, guru tidak seharusnya memandang mudah kepada

permasalahan ini dan perlu memastikan murid betul-betul dapat memahami konsep

penukaran unit, khususnya dalam topik panjang.

Menurut Hapsiah (2012) dalam kajiannya telah menyenaraikan lima kesukaran yang

berpunca daripada miskonsepsi yang biasa dihadapi oleh murid-murid dalam mempelajari

tajuk-tajuk tertentu bagi bidang asas ukuran. Miskonsepsi yang kerap berlaku dalam tajuk

ukuran panjang adalah yang melibatkan penukaran unit kilometer (km) kepada meter (m),

meter (m) kepada sentimeter (cm) dan sentimeter (cm) kepada milimeter (mm). Hal ini

kerana dalam topik ini unit yang diperkenalkan terlalu banyak dan murid tidak mengingati

formula penukaran unit. Formula penukaran unit dalam kaedah Petak 1+3 mudah

difahami oleh murid dan pengkaji berharap melalui penggunaan kaedah ini dapat memberi

ingatan jangka masa yang panjang kepada responden untuk menyelesaikan masalah

penukaran unit khususnya dalam topik panjang.

Kaedah Petak 1+3 yang akan didedahkan kepada murid yang berpencapaian

rendah ini, diharapkan dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah penukaran

10
unit dengan lebih mudah. Pengkaji juga berharap teknik ini akan digunakan sebagai pilihan

utama dalam menyelesaikan masalah penukaran unit selain cara lama yang sering diajar.

Nadia Fasha (2010), menyatakan dalam kajiannya bahawa pengaplikasian teknik atau

algoritma yang mudah dibantu bahan yang sesuai akan dapat menarik minat murid untuk

belajar dalam suasana yang menyeronokkan.

Dalam proses menukar unit panjang, biasanya murid akan melibatkan proses

pendaraban dan pembahagian. Murid perlu mengingati sifir bagi membolehkan mereka

menukar unit dengan cepat dan betul. Menurut Azri Aziz (1994) tahap pemahaman

seseorang amat dipengaruhi oleh kebolehan seseorang individu itu untuk mengingat fakta-

fakta yang dipelajari. Oleh kerana murid sukar untuk mengingat fakta-fakta yang telah diajar

oleh guru, maka pengkaji telah memperkenalkan kaedah Petak 1+3 bagi memudahkan

murid memahami konsep penukaran unit panjang dengan mudah. Ini kerana kaedah ini tidak

memerlukan murid untuk mengingat banyak fakta tetapi hanya perlu menghafal beberapa

langkah mudah bagi menukar unit khususnya bagi tajuk panjang.

Menurut Ee Ah Meng (1997), menyatakan di dalam sesebuah bilik darjah setiap

murid mempunyai kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Justeru, guru harus

mencipta kaedah yang sesuai dan mudah difahami oleh murid mengikut aras kefahaman

mereka bagi membolehkannya memahami tajuk yang diajar dengan baik. Dalam kajian ini,

pengkaji yakin bahawa kaedah Petak 1+3 ini mudah difahami dan boleh membantu murid

menyelesaikan proses penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer

dengan betul.

Kesimpulannya, pengunaan Kaedah Petak 1+3 dilihat mampu untuk

meningkatkan meningkatkan kemahiran murid berpencapaian rendah dalam menukarkan unit

11
dalam ukuran panjang. Pengkaji berpendapat bahawa prestasi murid boleh dipertingkatkan

sekiranya kaedah yang digunakan oleh guru sesuai dengan tahap kemampuan murid.

12
1.1 FOKUS KAJIAN

Azizah dan Shaharom (1999), menyatakan bahawa Matematik dianggap sukar kerana ianya

melibatkan fakta dan suatu yang abstrak bagi murid. Ini kerana murid beranggapan terlalu

banyak konsep, rumus dan formula yang perlu diingati dalam matapelajaran matematik.

Dalam konteks fokus kajian, isu keprihatinan perlu diutamakan bagi mematikan psoses pdp

yang dilaksanakan dapat dengan jayanya. Fokus ini termauklah tinjauan masalah tehadap

kefahaman murid-murid Tahun 5 Bestari dalam mempelajari kemahiran menukar unit

kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer bagi tajuk Ukuran Panjang. Seterusnya,

tinjauan masalah tersebut dianalisis bagi mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh

murid dan punca sebenar yang menghalang murid bagi menguasai tajuk tersebut.

Pengkaji telah mengenalpasti masalah murid secara berperingkat iaitu bermula daripada

proses pemerhatian tidak berstruktur kepada murid semasa pdp di dalam kelas. Seterusnya

pengkaji telah membuat analisis terhadap Ujian OTI 1 disamping menyemak buku latihan

murid berkaitan tajuk penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.

Semua proses tersebut akan diikuti dengan Ujian Diagnostik bagi memilih murid yang

bermasalah dalam kemahiran yang difokus pengkaji.

13
2.1 Tinjauan Awal masalah

Pengkaji telah meninjau masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 5 Bestari

melalui empat kaedah utama. Kaedah-kaedah yang dilakukan ialah melalui pemerhatian

tidak berstruktur terhadap murid cara penyelesaian menjawab soalan penukaran unit dari

kilometer kepada meter dan dari meter kepada kilometer di papan hitam, analisis dokumen

melalui semakan buku latihan murid, analisis dokumen melalui pemeriksaan kertas jawapan

Ujian OTI 1 2014 dan Ujian Diagnostik.

Pengkaji telah membuat pemerhatian tidak berstruktur (Lampiran A) terhadap cara

penyelesaian murid menjawab soalan penukaran unit dari kilometer kepada meter dan meter

kepada kilometer di papan hitam. Tingkahlaku murid-murid semasa proses pdp turut

diperhatikan oleh pengkaji. Murid-murid kurang memberi respon kepada soalan yang

diajukan dan berasa tidak yakin untuk memberikan jawapan serta takut untuk mencuba.

Apabila mereka diarahkan untuk membuat penyelesaian di papan hitam, kelihatan mereka

mengambil masa yang lama untuk keluara ke hadapan kelas.

Tambahan pula, mereka sering menoleh ke belakang untuk bertanyakan kepada

rakan-rakan bagaiamanakah untuk menyelesaikan soalan yang diberikan. Mereka teragak-

agak untuk menunjukkan cara kerja di papan hitam. Hal yang sama berlaku apabila guru

meminta murid membuat latihan di dalam buku latihan dimana ada segelintir murid akan

menoleh rakan sebelah agar dapat meniru cara kerja rakan mereka. Masa yang diambil oleh

murid-murid untuk menyelesaikan setiap soalan agak lama. Kadang kala mereka juga tidak

sempat menjawab kesemua soalan dalam masa yang ditetapkan.

14
Pengkaji meminta murid untuk membuat latihan matematik mengenai menukar unit

kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer sebaik tamat sesi pdp (Lampiran B).

Tujuannya adalah untuk mengukuhkan kefahaman murid mengenai tajuk berikut. Namun,

setelah memeriksa hasil kerja tersebut, pengkaji merasa kecewa kerana terdapat murid

menjawab soalan tersebut sambil lewa melalui tulisan buruk yang ditunjukkan. Murid-murid

juga sering melakukan kecuaian semasa melakukan kemahiran menukar unit bagi tajuk

panjang.

Selain itu, pengkaji juga mendapati sebahagian besar murid menjawab semua soalan

dengan salah. Murid-murid menyelesaikan soalan yang diberikan seolah-olah tidak pernah

belajar kemahiran menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Ini

terbukti apabila masih terdapat tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan dengan betul

walaupun telah banyak kali diajar tentang cara menggerakkan titik perpuluhan tersebut

dengan betul. Setelah menyemak buku latihan murid, pengkaji mendapati terdapat murid

yang tidak tahu samaada mengerakkan titik perpuluhan tersebut ke kanan atau ke kiri bagi

melakukan operasi penukaran unit kilometer kepada meter. Jelaslah disini bahawa, murid

tidak dapat menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter.

Disamping itu, terdapat juga segelintir murid yang tidak boleh melakukan algoritma

dengan betul semasa menukar unit meter kepada kilometer. Ini terbukti apabila terdapat

murid yang melakukan operasi bahagi dengan seratus bagi mendapatkan jawapan penukaran

meter kepada kilometer. Ini menunjukkan bahawa murid telah melakukan kesilapan dalam

algoritma tersebut. Bagi menukar unit meter kepada kilometer, sepatutnya murid perlu

melakukan operasi bahagi dengan seribu. Hal ini mungkin disebabkan murid keliru dengan

penukaran unit meter kepada sentimeter.

15
Perkara yang lebih mengecewakan pengkaji ialah ada juga murid yang tidak

menghantar buku latihan mereka untuk disemak.pelbagai alasan yang diberikan apabila

ditanya oleh pengkaji.

Markah keputusan Operation Target Increment (OTI )1 yang ditunjukkan oleh

murid-murid Tahun 5 Bestari amat mengecewakan. Analisa tesebut menunjukkan hanya 6

orang murid yang lulus mata pelajaran Matematik daripada 19 orang murid dalam kelas itu.

Keputusan tersebut cukup menyedihkan pengkaji kerana pelbagai usaha yang telah

dilaksakan sebelum menghadapi ujian tersebut termasuklah ulangkaji. Terdapat 3 soalan

yang melibatkan kemahiran penukaran unit ada di dalam soalan matematik kertas 2 dalam

OTI 1 (Lampiran C). Ketiga-tiga soalan ini membawa skor markah 4. Apabila pengkaji

menganalisis skor markah yang telah dicapai oleh murid Tahun 5 Bestari, keputusannya

sungguh mengecewakan.

Hampir 80% murid mendapat skor 0-2 sahaja. Tiada seorang murid pun menjawab

kesemua soalan dengan betul. Setelah diperhatikan dengan teliti, pengkaji mendapati antara

kesilapan yang dilakukan oleh murid ialah tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan

dengan betul dan tidak menukar unit terlebih dahulu untuk menjawab soalan penolakan dua

unit yang berbeza. Ini bermaksud, murid tidak memahami konsep penukaran unit kilometer

kepada meter dan meter kepada kilometer menyebabkan mereka tidak boleh menjawab

soalan tersebut dengan betul.

Pengkaji telah menyediakan satu set ujian diagnostik yang mengandungi 10

sebanyak sepuluh soalan (Lampiran D). Ujian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap

kefahaman murid dalam menyelesaikan masalah kemahiran penukaran unit kilometer

kepada meter dan meter kepada kilometer . Selain itu, ujian ini juga mengenalpasti masalah-

16
masalah yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan penukaran unit kilometer

kepada meter dan meter kepada kilometer.

Ujian Diagnostik tersebut telah diadakan kepada pada 5 Ogos 2014. Seramai 19

orang murid Tahun 5 Bestari telah menduduki ujian tersebut dalam masa 20 minit.

Sepanjang ujian ini berlangsung, pengkaji mendapati ada murid yang tidak fokus semasa

menjawab soalan yang diberikan. Mereka kelihatan gelisah dan tidak senang sepanjang 20

minit Ujian Diagnostik dijalankan.

17
2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Setiap kaedah tinjauan masalah yang dijalankan oleh pengkaji telah dianalisis secara
terperinci dan sistematik seperti berikut.

Berdasarkan pemerhatian tidak berstruktur pengkaji, murid-murid yang lemah ini

tidak berminat untuk belajar matematik. Malah, mereka kerap ponteng sekolah kerana tiada

minat untuk belajar. Setiap hari, pasti ada murid yang tidak hadir ke sekolah kerana malas.

Purata kehadiran murid tahun 5 Bestari setiap hari dalam seminggu ialah 13 orang daripada

19 orang murid. Sikap malas hadir ke sekolah menyebabkan mereka selalu tercicir dalam

proses pdp serta tidak dapat menguasai asas matematik. Selain itu, murid-murid ini juga

tiada keyakinan semasa menjawab soalan matematik dengan baik.

Tahap kesungguhan mereka untuk belajar juga adalah rendah apabila melihat

keadaan mereka menjawab soalan sambil lewa. Perasaan tidak yakin, ragu-ragu dan kurang

motivasi untuk belajar begitu jelas melanda murid-murid yang berpencapaian rendah ini.

Sebahagian besar murid menjawab soalan di papan hitam dengan salah kerana mereka tidak

menguasai konsep penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang (Lampiran A). Mereka

tidak boleh menukar unit menggunakan operasi mendarab dan membahagi nombor dengan

1000. Murid juga tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan untuk melakukan kemahiran

penukaran unit tersebut. Kesimpulannya, penguasaan murid dalam konsep penukaran unit

kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer berada pada tahap yang lemah.

Setelah menyemak jawapan di dalam buku latihan murid, pengkaji mendapati murid-

murid cenderung melakukan kesilapan semasa membuat penukaran unit khususnya bagi

tajuk panjang. Kesilapan yang dilakukan oleh murid berpunca daripada kecuaian serta

18
menggunakan kaedah yang tidak betul. Pengkaji mendapati ada murid yang melakukan

kecuaian kerana tidak membahagi nombor bulat tersebut kepada seribu seratus bagi menukar

unit meter kepada kilometer. Sebaliknya murid hanya melakukan operasi bahagi dengan

seratus sahaja. Hal ini kerana murid keliru dengan penukaran unit sentimeter kepada meter

yang memerlukan operasi bahagi dengan seratus.

Di samping itu, melalui analisis buku latihan murid pengkaji juga berjaya mengesan

terdapat murid juga tidak boleh menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan atau

kiri dengan betul. Terdapat segelintir murid hanya menggerakkan titik perpuluhan kepada

dua tempat sahaja. Justeru, jawapan yang diberikan oleh murid adalah salah. Ini kerana,

murid mestilah menggerakkan titik perpuluhan tiga tempat ke kanan atau ke kiri bagi

menjawab soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Hal

ini jelas menunjukkan masih ada murid Tahun 5 Bestari yang tidak memahami konsep

penukaran unit menggunakan kaedah gerak titik perpuluhan dengan betul khususnya bagi

tajuk panjang.

Selain itu, tulisan buruk yang ditunjukkan oleh murid dalam buku latihan

mencerminkan mereka kurang berminat dan tiada kesungguhan untuk belajar matematik.

Kegagalan untuk menyiapkan kerja rumah yang melibatkan soalan penukaran unit kilometer

kepada meter dan meter kepada kilometer jelas menunjukkan mereka tidak berupaya

menguasai konsep penukaran unit tersebut dengan baik sekaligus membuatkan mereka tidak

tahu cara untuk mendapatkan jawapan yang betul. lantas mereka mengambil jalan mudah

untuk duduk bersahaja dan bergoyang kaki di rumah daripada menghabiskan masa untuk

menjawab soalan yang diberikan. Sebaik pengkaji meminta mereka menghantar buku

latihan, pelbagai alasan yang diberikan oleh mereka.

19
Berdasarkan kertas jawapan Ujian OTI 1 yang diperiksa oleh pengkaji, nampaknya

murid-murid sememangnya tidak menguasai dan memahami konsep penukaran unit di

dalam tajuk panjang. Terdapat 3 soalan yang memerlukan murid melakukan operasi

penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer di dalam kertas 2

(Lampiran C). Kesemua soalan itu membawa skor markah 4. Hal ini dibuktikan apabila

hanya seorang murid sahaja yang berjaya mendapat skor markah 3. Tiada seorang murid

yang berjaya menjawab semua soalan dengan betul dan rata-rata murid hanya mendapat skor

0-2 sahaja. Apa yang menyedihkan, terdapat juga murid mendapat skor 0.

20
Jadual 1:

Kekerapan Skor di dalam Ujian OTI 1

SKOR KEKERAPAN

4 0

3 0

2 5

1 9

0 5

JUMLAH 19

Jadual 1 menunjukkan terdapat 5 orang murid mendapat skor 2, 9 orang murid

mendapat skor 1 dan terdapat 5 orang murid menjawab semua soalan tersebut dengan salah.

Hampir 74% (14 orang murid) yang mendapat skor 1-2 dan lebih kurang 26% (5 orang

murid) yang mendapat skor 0. Kelima-lima orang murid yang mendapat skor 0 merupakan

murid yang lemah pencapaiannya terutama bagi mata pelajaran matematik.

Keputusan yang ditunjukkan dalam ujian diagnostik cukup untuk membuktikan

bahawa sebilangan besar daripada murid-murid Tahun 5 Bestari mengalami masalah dalam

menyelesaikan soalan penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer.

Jelas kelihatan mereka tidak memahami konsep penukaran unit bagi tajuk panjang dengan

mantap.

21
Berdasarkan semakan ujian tersebut, pengkaji mendapati semua murid tidak

mendapat markah penuh. Berikut merupakan skor Ujian Diagnostik yang diperoleh murid-

murid Tahun 5 Bestari.

Jadual 2:

Skor Ujian Diagnostik

Bilangan Murid Markah

4 100 %

0 90 %

2 80 %

0 70 %

1 60 %

2 50 %

3 40 %

2 30 %

2 20 %

1 10 %

2 0%

JUMLAH : 19

Berdasarkan jadual 2, pengkaji merumuskan bahawa 10 orang murid Tahun 5 Bestari

telah mendapat skor 0-40 %. Ini menunjukkan murid kurang memahami konsep penukaran

22
unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan baik. Namun begitu, murid

yang mendapat markah 30-40 % boleh dikategorikan sebagai sederhana lemah sahaja dan

boleh memahami konsep penukaran unit tersebut dengan baik apabila banyak membuat

latihan berkaitan penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang.

Pengkaji juga telah mengkategorikan murid yang mendapat markah 0-20 % adalah

agak lemah dan gagal untuk memahami konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan

meter kepada kilometer. Murid tersebut perlu diberi bimbingan dan bantuan yang

sewajarnya bagi memahami konsep penukaran unit dengan betul. Berdasarkan jadual 2,

terdapat dua orang murid yang mendapat markah 0 %, seorang murid mendapat markah 10

% dan dua orang murid mendapat skor 20 %. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih

seramai lima orang murid tersebut untuk dijadikan sebagai peserta kajian.

23
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menukar

unit tajuk Panjang Tahun 5 menggunakan Kaedah Petak 1+3

3.1.1 Objektif khusus kajian ini adalah supaya dapat:

i. Meningkatkan penguasaan murid Tahun 5 Bestari dalam penukaran unit dalam panjang

daripada unit kilometer kepada unit meter dan daripada unit meter kepada unit

kilometer menggunakan Kaedah Petak 1 + 3.

3.2 Persoalan Kajian :

3.2.1 Bagaimanakah kaedah Petak 1 + 3 dapat membantu murid Tahun 5 Bestari

meningkatkan kemahiran penukaran unit dalam panjang daripada kilometer kepada

meter dan daripada meter kepada kilometer ?

24
3.3 Kepentingan Kajian :

Kajian ini bertujuan membantu dalam member sumbangan kepada komuniti setempat sama

ada kepada murid, guru mahupun sekolah.

Penggunaan Kaedah 1+3 dapat membantu murid-murid 5 Bestari untuk

meningkatkan kemahiran menukar unit panjang daripada kilometer kepada meter dan

daripada meter kepada kilometer. Kaedah ini dapat memudahkan murid untuk melakukan

kemahiran penukaran unit kerana ia senang untuk digunakan. Justeru, Murid dapat

melakukan penukaran unit dalam panjang daripada kilometer kepada meter dan daripada

kilometer kepada meter dengan betul. Selain itu, penggunaan Kaedah 1+3 membina

kefahaman serta memberi ingatan jangka panjang kepada murid untuk melakukan

kemahiran penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang. Penggunaan Kaedah 1+3 juga

dapat menarik minat mereka untuk belajar. Hal ini dapat memotivasikan murid untuk terus

belajar bersungguh-sungguh kerana dengan adanya kemahuan dan kesungguhan dalam diri

mereka, mereka pasti akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang selain meningkatkan

minat mereka untuk terus belajar subjek matematik yang sering dianggap sukar oleh murid.

Kajian ini turut memberi manfaat kepada guru kerana Kaedah 1+3 dapat

dijadikan sebagai satu alternatif bagi mengganttikan kaedah menggerakkan titik perpuluhan.

Malah, guru juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran. Hal ini dapat menarik minat

murid untuk belajar kerana mereka mempelajari sesuatu yang baru. Pengkaji juga berharap

teknik yang akan pengkaji gunakan ini akan memberikan manfaat kepada guru sekolah ini

dalam membantu murid menyelesaikan masalah penukaran unit. Jika semua guru boleh

25
memanfaatkan teknik yang digunakan ini, pengkaji yakin semua murid akan lebih

memahami topik ini. Ini kerana teknik ini tidak memerlukan pengiraan yang kompleks. Oleh

itu, murid berpencapaian rendah juga sudah pasti dapat memahami teknik ini. Di samping

itu, kaedah ini juga memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam mengajar

kemahiran penukaran unit khususnya bagi tajuk panjang. Jika penggunaan Kaedah 1+3

terbukti mampu membantu murid menguasai kemahiran tersebut, maka kaedah tersebut

bolehlah dikongsi bersama-sama guru di sekolah lain. Kesimpulannya, kajian ini dapat

mempertingkatkan kualiti pengajaran menjadi lebih baik.

Kajian ini turut mempunyai kepentingan kepada pihak sekolah iaitu dari segi

mempertingkat kualiti amalan warga sekolah. Proses penambahbaikan akan dilakukan secara

berterusan agar dapat melahirkan murid yang berpencapaian tinggi dalam matapelajaran

Matematik. Selain itu, pengkaji juga berharap agar teknik ini akan dapat memanfaatkan

sekolah dari segi pencapaian murid. Jika dilihat pencapaian sekolah sebelum ini, murid kelas

belakang sering memberikan masalah dari segi prestasi. Oleh itu, dengan pengapliksian

teknik ini kepada semua murid, diharapkan agar akan ada perubahan dari segi prestasi murid

sekaligus memperbaiki prestasi sekolah untuk lebih berdaya saing dengan sekolah lain.

26
4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 5 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau,

Dungun yang melibatkan lima orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Kelima-

lima orang murid tersebut berbangsa Melayu dan beragama Islam. Semua murid ini dipilih

berdasarkan ujian OTI dan ujian diagnostik yang dijalankan di dalam kelas mereka.

Berdasarkan keputusan Ujian OTI 1 yang telah disemak oleh pengkaji kelima-lima orang

murid ini hanya mendapat skor 0-2 markah sahaja. Murid ini juga hanya mendapat markah

0-20 % dalam Ujian Operation Target Increment (OTI 1). Selain itu, mereka ini juga banyak

melakukan kesilapan semasa menjawab lembaran kerja yang diberi setelah selesai proses

pdp tajuk penukaran unit panjang.

Bagi kajian ini, pengkaji akan lebih tertumpu untuk memberi bimbingan terhadap

lima orang murid tersebut kerana berdasarkan keputusan pencapaian Ujian OTI 1 dan Ujian

Diagnostik mereka, pengkaji mendapati bahawa murid ini agak lemah dan perlu dibantu

untuk memahami konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada

kilometer. Dengan ini, pengkaji dapat menilai keberkesanan penggunaan Kaedah

Petak 1+3 apabila Ujian Pasca dilaksanakan. Keseluruhan peserta kajian bagi kajian ini

berbangsa Melayu dan beragama Islam. Peserta kajian ini juga merupakan anak peneroka di

Felda Jerangau ini. Setelah dianalisis latar belakang murid yang dipilih, rata-rata mereka

berasal daripada keluarga dalam golongan sederhana dan miskin iaitu berpendapatan RM

1500 sebulan. Walaubagaimanapun, kesemua peserta kajian adalah sihat dari segi mental

dan fizikal. Peserta kajian mempunyai purata markah D dan E iaitu berstatus gagal dalam

27
matapelajaran Matematik dan mempunyai pemahaman yang rendah bagi penukaran unit

topik pengukuran Panjang.

5.0 CADANGAN TINDAKAN

5.1 Perancangan Tindakan

Bagi menguatkan lagi kajian ini, Model Kemmis dan Mctaggart (1988) telah dipilih. Model

ini mempunyai 4 tahap atau proses yang perlu dilakukan iaitu mereflek, merancang,

bertindak dan memerhati. Keempat-empat langkah ini membentuk satu gelungan atau aliran

yang berulang dan diulang berkali-kali sehingga masalah yang timbul dalam kalangan

Peserta Kajian terbabit dapat diselesaikan dengan jayanya. Rajah 3 dibawah menunjukkan

bagaimana model Stephen Kemmis dan McTaggart berfungsi bagi menyelesaikan sesuatu

masalah yang dihadapi oleh peserta kajian.

Rajah 3 : Lingkaran Penyelidikan Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

28
Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan

seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses

kajian tindakan ini bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas masalah

pembelajaran yang ingin diatasi. Kemudian pengkaji menyediakan satu pelan yang sesuai

untuk untuk mengatasi masalah tersebut. Seterusnya ialah melaksanakan pelan yang

dihasilkan dan dalam proses pelaksanaan, pengkaji harus memerhati kemajuan tindakan

yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan ini disifatkan sebagai Kitaran Pertama. Jika

masalah tidak dapat diatasi, pengkaji bolehlah memulakan Kitaran Kedua.

5.1.1 Mereflek

Berpandukan model Kemmis dan Mctaggart, pengkaji telah membuat satu refleksi tentang

apa yang hendak dikaji. Kajian dimulakan dengan menganalisis buku latihan dan lembaran

kerja murid murid Tahun 5 Bestari dalam topik penukaran unit ukuran panjang. Setelah

dianalisis, pengkaji mendapati bahawa terdapat banyak masalah yang dapat dilihat dari

masalah yang kecil seperti kecuaian sehinggalah masalah pemahaman konsep. Sehubungan

dengan itu, pengkaji telah merancang satu pelan tindakan dalam menjalankan kajian ini.

Tujuan pelan tindakan ini dibina adalah untuk mencari maklumat dan data untuk dianalisis.

Berdasarkan analisis, 5 orang murid Tahun 5 Bestari telah dikenal pasti mempunyai masalah

dalam menyelesaikan soalan penukaran unit ukuran panjang.

29
5.1.2 Merancang

Model ini adalah relevan terutamanya dalam konteks pengendalian kajian tindakan seperti

yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Proses Kesemua

sampel diperkenalkan dengan satu kaedah baru bagi menyelesaikan masalah penukaran unit

ukuran panjang. Teknik tersebut dikenali sebagai Kaedah Petak 1+3. Teknik ini

memerlukan sebuah kotak yang hanya akan dibuat murid dan ianya sangat ringkas. Teknik

ini diperkenalkan dengan tujuan untuk membantu murid menyelesaikan masalah penukaran

unit ukuran panjang.

5.1.3 Melaksana

Selepas itu, Kaedah Petak 1+3 ini akan diperkenalkan kepada kelima-lima peserta kajian

untuk diuji akan keberkesanannya. Sesi pemerhatian dapat dilaksanakan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah melaksanakan sesi intervensi

sebanyak empat kali bagi menguji keberkesanan Kaedah Petak 1+3 tersebut. Pengkaji akan

membuat pemerhatian ke atas perbezaan terhadap perubahan tingkah laku sampel sebelum

dan selepas kaedah ini diperkenalkan. Ujian pra dan ujian pasca turut dijalankan bagi

membanding beza hasil jawapan dan keputusan markah murid sebelum dan selepas kaedah

ini diterapkan. Keputusan markah tersebut akan dianalisis bersama sama hasil jawapan

murid bagi mengenalpasti akan keberkesanan kajian ini. Temu bual dan soal selidik turut

akan dijalankan ke atas murid bagi mengenalpasti akan keberkesanan kaedah ini dan juga

bagi mendapatkan pandangan murid ke atas kajian yang dijalankan.

30
5.1.4 Pemerhatian

Akhir sekali, satu refleksi akan dibuat bagi mengenalpasti akan keberkesanan kajian ini.

Pengkaji akan membuat penilaian ke atas kajian ini sama ada ianya releven dan sesuai untuk

digunakan bagi mengatasi masalah penyelesaian soalan penolakan nombor bercampur atau

tidak. Pengkaji juga akan memastikan sama ada kaedah yang diperkenalkan ini memerlukan

sedikit pengubahsuaian atau tidak bagi memastikan hasil kajian benar benar berkesan.

Berdasarkan data yang dikumpulkan dan analisis yang telah dibuat berdasarkan data,

pengkaji mungkin akan menyusun semula strategi dan kaedah yang digunakan jika perlu.

Seterusnya, pengkaji akan menjalankan semula tindakan, pemerhatian dan refleksi

berdasarkan pelan tindakan yang telah diubahsuai.

31
5.2 Prosedur Mengumpul Data

Kajian tindakan memerlukan asas emperikal yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang

tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Di dalam kajian

tindakan ini, pengkaji telah merancang pelbagai kaedah pengumpulan data melalui

triangulasi seperti temubual, analisi dokumen dan ujian (Ujian Pra dan Ujian Pos).

Setelah pemilihan sampel dilakukan, maka kesemua sampel menjalani ujian pra

diikuti temubual awal, sesi rawatan sebanyak empat kali, ujian pasca dan temubual akhir.

5.2.1 Temu bual

Temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang melibatkan interaksi bersemuka

antara pengkaji dan peserta kajian. Temubual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan

mendapatkan maklumat daripada peserta kajian secara mendalam. Teknik temubual yang

digunakan pengkaji ialah temubual secara berstruktur (Lampiran E dan Lampiran F). Ciri-

cirinya ialah soalan yang disediakan terlebih dahulu dan temubual dilaksanakan secara

formal. Di dalam kajian tindakan ini, pengkaji menjalankan sesi temubual sebanyak dua kali

iaitu temu bual awal dan temu bual akhir. Kesemua lima orang peserta kajian yang telah

dipilih akan ditemubual bagi mencungkil maklumat berkaitan masalah yang dihadapi

mereka dalam sesi pdp matematik.

32
5.2.2 Analisis Dokumen

Salah satu cara kutipan data bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data bagi

menjawab pesoalan kajian adalah melalui analisis dokumen. Antara dokumen yang

dianalisis ialah set lembaran kerja (Lampiran G, Lampiran H, Lampiran I dan Lampiran J )

yang dijawab oleh murid. Instrumen ini bertujuan menyokong dapatan kajian di mana

maklumat yang terkandung dalam dokumen berkenaaan adalah relevan kepada masalah

yang dikaji. Sebarang bentuk dokumen digunakan akan dianalisis untuk mendapatkan satu

data yang tepat. Berdasarkan cara pengumpulan data ini juga, sebarang bentuk kesilapan

yang dilakukan oleh murid akan dianalisis bagi mengenal pasti kesilapan yang dilakukan

oleh murid dalam menukar unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer. Contoh

dokumen lain yang digunakan boleh digunakan oleh pengkaji ialah seperti Ujian OTI 1,

Ujian Diagnostik serta rekod pencapaian murid.

5.2.3 Ujian

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai kefahaman

murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Menurut Najib (1999), ujian

dibahagikan kepada jenis tertentu berdasarkan waktu ia ditadbirkan. Kebiasaannya, di dalam

penyelidikkan ujian yang selalu digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca. Justeru, pengkaji

telah merancang untuk mengumpulkan data melalui ujian pra dan ujian pasca (Lampiran K

dan Lampiran L). Tujuan ujian pra dijalankan ialah untuk mengukur pencapaian murid

tentang sesuatu penguasaan sebelum tindakan sesi rawatan dijalankan manakala ujian pasca

33
bertujuan untuk menilai pencapaian murid menggunakan kaedah yang telah diajar semasa

sesi rawatan. Soalan-soalan di dalam kedua-dua ujian ini juga telah disemak dan disahkan

oleh Ketua Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau iaitu Pn. Nordiaanah

Binti Othman.

Terdapat 10 soalan yang disediakan di dalam ujian pra dan ujian pasca. Kesemua 19

orang murid Tahun 5 Bestari diwajibkan menjawab kedua-dua ujian ini dan masa yang

diperuntukkan bagi setiap ujian tersebut ialah 30 minit. Pentadbiran ujian pra dan ujian

pasca dilakukan dalam kelas 5 Bestari mengikut peraturan dan protokol yang telah

ditetapkan. Bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian ini, pengkaji telah

menyediakan soalan berdasarkan huraian sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Tambahan pula, soalan ujian pra dan ujian pasca

telah disemak dan disahkan oleh ketua panitia matematik sekolah. Penggunaan instrumen

ujian dalam kajian tindakan ini membolehkan pengkaji untuk mencapai objektif kajian yang

pertama iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam kemahiran menukar unit

kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3.

34
5.3 Perancangan Menganalisis Data

Data telah dikumpul menggunakan instrumen seperti ujian pra, ujia pasca, analisis dokumen,

temu bual awal dan temu bual akhir. Bahagian ini menceritakan tentang data yang telah

dikumpul seterusnya dianalisis dan diinterpretasi mengikut objektif dan soalan kajian.

Cara menganalisis data kajian ini dijalankan secara kualitatif. Penganalisisan data

secara kualitatif melibatkan hasil analisis dokumen dan sesi temu bual. Manakala

penganalisisan data secara deskriptif adalah melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Kesemua

data ini akan dianalisis berdasarkan objektif kajian untuk menjawab persoalan kajian yang

dinyatakan. Penganalisisan data ini dijalankan mengikut Peserta Kajian.

5.3.1 Temu bual

Temubual yang dijalankan akan memudahkan pengkaji mengenalpasti tema bagi setiap

langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan tingkahlaku setiap peserta kajian. Bentuk

naratif akan digunakan dalam mentranskripsikan dan mempersembahkan data hasil

temubual ini. Melalui cara ini, maklumat yang diperoleh dapat dianalisa dengan khusus.

35
5.3.2 Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang dibuat oleh pengkaji dalam kajian tindakan ini adalah melalui

semakan cara kerja murid-murid semasa menyelesaikan soalan penukaran unit kilometer

kepada meter dan meter kepada kilometer. Semakan cara kerja boleh dilakukan ke atas buku

latihan murid dan empat set lembaran kerja yang diberikan semasa sesi intervensi

dijalankan. Tujuan analisis dokumen adalah untuk mengenalpasti isu atau masalah masalah

yang dihadapi oleh murid semasa menjawab soalan penukaran unit ilometer kepada meter

dan meter kepada kilometer.

Data yang diperolehi melalui analisis dokumen ini direkod dan kemudiannya

dianlisis bagi mengetahui jenis-jenis kesilapan yang sering dilakukan oleh murid.

Penggunaan instrumen analisis dokumen ini amat penting kepada pengkaji untuk menjawab

persoalan kajian yang pertama iaitu mengenapasti pola kesilapan murid Tahun 5 Bestari

dalam menyelesaikan soalan penukaran unit dalam panjang daripada kilometer kepada meter

dan daripada meter kepada kilometer.

5.3.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dan Ujian Pasca akan disemak bagi membolehkan pengkaji mengenalpasti jenis

kesilapan yang dilakukan. Secara tidak langsung, pengkaji dapat menilai pemahaman murid.

Skor yang diperoleh daripada Ujian Pra dan Ujian Pasca akan dibuat perbandingan bagi

mengenalpasti tahap penguasaan peserta kajian secara keseluruhannya.

Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, peratus skor akan diguna untuk mengira markah

ujian tersebut. Pengkaji dapat membanding beza pencapaian peserta kajian dengan adanya

36
peratus skor. Peratus skor ini membolehkan pengkaji menentukan gred pencapaian ujian

mereka. Ini bertujuan untuk mengesan sama ada objektif tercapai atau tidak.

5.4 Perancangan Pelaksaana Tindakan

Kajian ini dilaksanakan sepanjang semester lapan Program Pengsiswazahan Guru (PPG)

kohort pertama bermula 1 Januari 2015 hingga 30 Jun 2015 di Sekolah Kebangsaan LKTP

Jerangau, Dungun. Sepanjang kajian, pengkaji akan mengadakan empat Sesi Intervensi

kepada murid. Setiap perlaksanaa sesi intervensi tersebut mengambil masa selama 30 minit.

Perincian perlaksanaan sesi intervensi adalah seperti berikut.

37
Sesi Intervensi 1

Pada peringkat permulaan, pengkaji hanya memperkenalkan Petak 1+3 kepada peserta

kajian memandangkan mereka baru pertama kali dipanggil mengikuti kelas bimbingan

tersebut. Pengkaji telah melukiskan Petak 1+3 yang besar pada kad manila supaya peserta

kajian dapat melihatnya dengan jelas. Selepas itu, pengkaji telah membimbing peserta kajian

untuk melukis Petak 1+3 di papan hitam. Peserta kajian diminta meniru lukisan pengkaji

di dalam kertas masing-masing. Seterusnya, pengkaji telah mengemukakan satu soalan

penukaran unit kilometer kepada meter kepada murid untuk mengajar mereka cara

penggunaan kaedah Petak1 + 3 tersebut. Pengkaji telah memberi beberapa soalan lain

yang melibatkan penukaran unit kilometer kepada meter untuk membiasakan mereka

menggunakan kaedah Petak 1+3 tersebut. Peserta kajian telah diberi peluang untuk

menyelesaikan soalan tersebut. Seterusnya, Peserta Kajian diberi sehelai lembaran kerja

(Lampiran G) yang melibatkan soalan penukaran unit kilometer kepada meter dimana semua

soalan telah disediakan dengan Petak 1+3. Sesi intervensi pertama telah ditunjukkan

seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 3

Perlaksanaan Intervensi 1

SESI RAWATAN 1

Tarikh : 12 Februari 2015


Masa : 8.45 9.45 Pagi
Tempat : Bilik Pemulihan

38
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;
1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter.
2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada

meter menggunakan Kaedah Petak 1+3.

Aktiviti :

1. Guru memaparkan Petak 1+3 yang telah dilukis pada kad

manila kepada murid.


2. Guru memperkenalkan kaedah Petak 1+3 kepada murid.
3. Guru menunjuk cara untuk membina Petak 1+3 di papan

hitam.
km
m

4. Murid diminta untuk membina Petak 1+3 di atas papan

putih yang diberi dengan meniru lukisan guru.


5. Guru menulis soalan 1.55 km = _______m di papan hitam

dan murid menyalin soalan tersebut pada kertas

masing- masing.
6. Guru menunjukkan cara untuk menjawab soalan tersebut

menggunakan Petak 1+3 memindahkan nombor pada petak

kilometer terlebih dahulu sebelum petak meter dan meminta

murid mengisi petak yang tidak diwakili nombor dengan

sifar.

1. 5 5 km

km

meter

39
1 x 5 5 0

Tuliskan 0 di dalam petak yang tidak diwakili nombor

7. Guru meminta murid menanda betul ( x ) pada petak bawah

titik perpuluhan untuk menunjukkan bahawa murid tidak

perlu menulis titik perpuluhan sekiranya penukaran unit

penjang kilometer kepada meter.

7. Guru menyetakan bahawa 1.55 kilometer adalah bersamaan

1550 meter.
8. Guru memberi beberapa contoh soalan lain di papan hitam dan

meminta murid menyelesaikanya pada Petak 1+3 yang

dibekalkan .

i. 2.1 km = _______ m
ii. 6.75 km = _______ m
iii. 3.425 km = _______ m
iv. 2.756 km = _______ m
9. Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi

bantuan kepada murid yang bermasalah.

40
Sesi Intervensi 2

Sesi intervensi kedua adalah lebih kepada mengulangi sesi intervensi pertama cuma pada

kali ini pengajaran hanya melibatkan penukaran unit meter kepada kilometer. Pengkaji juga

telah menyediakan satu lembaran kerja (Lampiran H) yang melibatkan penukaran unit meter

kepada kilometer bagi menilai keberkesanan sesi intervensi kedua ini. Semua soalan ini

telah disediakan Petak 1+3 dan murid hanya perlu memindahkan nombor sahaja ke dalam

petak tersebut. Sesi intervensi kedua telah ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 4

Perlaksanaan Intervensi 2

SESI RAWATAN 2

Tarikh : 20 Januari 2015

Masa : 10.45 11.45 Pagi

Tempat : Kelas 5 Bestari

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter.


2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada

meter menggunakan Kaedah Petak 1+3.

Aktiviti :

1. Guru memaparkan Petak 1+3 yang telah dilukis pada kad

manila kepada murid.


2. Guru memperkenalkan kaedah Petak 1+3 kepada murid.
3. Guru menunjuk cara untuk membina Petak 1+3 di papan

hitam.
km

41
meter

Petak 1+3
4. Murid diminta untuk membina Petak 1+3 di atas papan putih

yang diberi dengan meniru lukisan guru.


5. Guru menulis soalan 475 m = ______ km di papan hitam dan

murid menyalin soalan tersebut pada kertas masing- masing.


6. Guru menunjukkan cara untuk menjawab soalan tersebut

menggunakan Petak 1+3 menulis nombor pada petak meter

terlebih dahulu (dari belakang) sebelum petak kilometer dan

meminta murid mengisi petak yang tidak diwakili nombor

dengan sifar.

4 7 5 meter

km

0 / 4 7 5

Tuliskan 0 di dalam petak yang tidak diwakili nombor

7. Guru meminta murid menanda betul ( / ) pada petak bawah

titik perpuluhan untuk menunjukkan bahawa murid perlu

menulis titik perpuluhan sekiranya penukaran unit penjang

meter kepada kilometer

42
8. Guru menyatakan bahawa 475 meter adalah bersamaan dengan

0.475 kilometer.

9. Guru memberi beberapa contoh soalan lain di papan hitam dan

meminta murid menyelesaikanya pada Petak1+3 yang

dibekalkan .

i. 2455 m = _______ km

ii. 1275 m = _______ km

iii. 5555 m = _______ km

vi. 1245 m = _______ km

10. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid dan

meminta mereka menyelesaikannya.

11.Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi

bantuan kepada murid yang bermasalah.

43
Sesi Intervensi 3

Setelah peserta kajian diperkenalkan cara penggunaan atau prosedur bagi menukar unit

kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3,

pengkaji telah menyediakan satu lembaran kerja untuk mengetahui pemahaman murid

mengenai tajuk yang dikaji. Peserta kajian perlu mengingat kembali pembelajaran yang

lepas, cuma pada kali ini mereka menggunakan petak yang lebih kecil dalam bentuk

lembaran kerja. Sesi intervensi ketiga lebih kepada mengetahui pemahamam murid tentang

tajuk yang dikaji menggunakan lembaran kerja tetapi hanya soalan satu sahaja yang

disediakan Petak 1+3 untuk rujukan peserta kajian manakala soalan lain memerlukan

mereka membina sendiri petak tersebut. Ini adalah untuk mengukuhkan lagi pemahamam

peserta kajian dalam menggunakan Kaedah Petak 1+3 dengan betul. Sesi intervensi ketiga

telah ditunjukkan seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 5

Perlaksanaan Intervensi 3

SESI RAWATAN 3

Tarikh : 21 Januari 2015

Masa : 10.45 11.15 Pagi

Tempat : Kelas 5 Bestari

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter dan

meter kepada kilometer.


2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada meter

dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah Petak 1+3.

44
Aktiviti :

1. Guru memberi sehelai lembaran kerja terdiri daripada 8 soalan

penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada

kilometer dimana soalan satu telah disediakan Petak 1+3.


2. Murid menjawab soalan pada lembaran kerja (Lampiran I)

tersebut menggunakan Kaedah Petak 1+3.


3. Guru meminta murid membina sendiri Petak 1+3 untuk

menjawab soalan 2 hingga 8.


4. Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi

bantuan kepada murid yang mempunyai masalah.


5. Guru memungut hasil kerja murid untuk disemak.

45
Sesi Intervensi 4

Sesi pengajaran seterusnya ialah pengkaji hanya memberikan soalan dan peserta kajian perlu

melukis sendiri Petak 1+3 tersebut tanpa rujukan. Justeru, peserta mestilah betul-betul

mengingati bagaimanakah bentuk Petak 1 +3 tersebut. Daripada dapatan tersebut,

pengkaji boleh menilai keberkesanan kaedah Petak 1+3 hasil ciptaannya samaada

membantu atau tidak murid yang lemah dalam kemahiran penukaran unit kilometer kepada

meter dan meter kepada kilometer . Sesi intervensi keempat telah ditunjukkan seperti dalam

jadual di bawah.

Jadual 6

Perlaksanaan Intervensi 4

SESI RAWATAN 4

Tarikh : 22 Januari 2015

Masa : 10.45 11.15 Pagi

Tempat : Kelas 5 Bestari

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

1. Menguasai konsep penukaran unit kilometer kepada meter


dan meter kepada kilometer.
2. Menyelesaikan masalah penukaran unit kilometer kepada

meter dan meter kepada kilometer menggunakan kaedah

Petak 1+3.

46
Aktiviti :

1. Guru menulis 5 soalan penukaran unit kilometer kepada meter

dan meter kepada kilometer di papan hitam.

3. Murid menjawab soalan tersebut menggunakan kaedah

Petak 1+3 di dalam buku latihan mereka.


4. Murid perlu melukis sendiri Petak 1+3, seterusnya

menyelesaikan soalan penukaran unit panjang yang diberi.


5. Guru memantau cara penyelesaiaan murid dan memberi

bantuan kepada murid yang mempunyai masalah.


6. Guru mengedarkan lembaran kerja (Lampiran J) kepada

murid dan meminta mereka menjawab soalan tersebut dalam

masa 20 minit.
7. Guru memungut hasil kerja murid untuk disemak.

47
5.4.1 Perlaksanaan Tindakan

Jadual di bawah menunjukkan perancangan perlaksanaan tindakan bagi meningkat

kemahiran penukaran unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer dengan

menggunakan kaedah Petak 1+3.

Jadual 7

Jadual Perlaksanaan Kajian Tindakan

BIL. AKTIVITI TARIKH


PERLAKSANAAN
1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid 30 Jun 2014
2. Menganalisa keputusan Ujian OTI 1 murid Tahun 5 Bestari 6 Julai 2014
3. Mengenalpasti masalah murid berkaitan penukaran unit 15 Julai 2014
kilometer dan meter dan meter kepada kilometer
4. Melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (pdp) 21 Julai 2014
Tahun 5 Bestari.
5. Menjalankan Ujian Diagnostik kepada murid Tahun 5 5 Ogos 2014
Bestari
6. Menganalisa Ujian Diagnostik 8 Ogos 2014
7. Mencipta kaedah Petak 1+3 dan cara penggunaannya 15 Ogos 2014
8. Melakukan Ujian Pra kepada peserta kajian 8 Januari 2015
9 Menjalankan temubual berstruktur terhadap peserta kajian 12 Januari 2015
10. Menjalankan Sesi Intervensi 1 19 Januari 2015
11. Menjalankan Sesi Intervensi 2 20 Januari 2015
BIL. AKTIVITI TARIKH
PERLAKSANAAN
12. Menjalankan Sesi Intervensi 3 21 Januari 2015
13. Menjalankan Sesi Intervensi 4 22 Januari 2015
14. Melaksanakan Ujian Pos 26 Januari 2015
15. Menjalankan temubual berstruktur terhadap peserta kajian 28 Januari 2015
16. Menghantar Kertas Cadangan Kajian Tindakan

5.4.1 Anggaran Kos Perbelanjaan

48
Pengkaji juga telah menyenaraikan anggaran kos perbelanjaan yang diperlukan dalam

melaksanakan kajian yang dirancang. Anggaran perbelanjaan seperti jadual 8 dibawah.

Jadual 8

Anggaran Perbelanjaan

BIL BAHAN UNIT HARGA SEUNIT JUMLAH


20 set RM 1.00 RM 20.00
1 Fotostat Soalan Ujian Diagnostik
6 Set RM 1.00 RM 6.00
2 Fotostat Soalan Ujian Pra
6 Set RM 1.00 RM 6.00
3 Fotostat Soalan Ujian Pasca
4 Keping RM 0.50 RM 2.00
4 Kad Manila
3 Batang RM 2.00 RM 6.00
5 Marker Pen
5 Set RM 2.00 RM 10.00
6 Set Alat Tulis
RM 10.00 RM 10.00
7 Kos Sampingan
JUMLAH RM 60.00

49
SENARAI RUJUKAN

Azizah Mohaman & Shaharom Noordin. (1999). Tahap penguasaan kemahiran


saintifik pelajar tingkatan empat daerah kulai. Buletin Persatuan Pendidikan
Sains dan Matematik Johor. 9(1) ; 28-36

Ee Ah Meng.(1997). Amalan Dalam Bilik Darjah.Kuala Lumpur: Syarikat Fajar


Bakti Sdn. Bhd.

Hapsah Munjiat (2012). Bincangkan Lima Kesukaran Yang Berpunca Daripada


Miskonsepsi Yang Biasa Dihadapi Oleh Murid-Murid Dalam Mempelajari Tajuk-
Tajuk Tertentu Bagi Bidang Asas Ukuran. Diakses pada 25 Jun 2014 dari
http://rmmict.files.wordpress.com/2012/04/tugasan-3.pdf

Hafiz Idrus (2013). Meningkatkan Kemahiran Penukaran Unit Panjang Dengan


Menggunakan Congkak ConverterBagi murid Yang Berpencapaian Rendah.
Diakses pada 25 Jun 2014 dari
http://mylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/378/377

Kamus Dewan Edisi Baru (2003). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur

Kemmis,S. & Mc taggart, R. (1988), The Action Research Planner, Geolong,


Victoria.

Leonard M.S et al (1996). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan. KPR 5063

Mohd Izzuddin Makhtar (2013). Teknik BaDap Membantu Mutid Menyelesaikan


Soalan Yang Melibatkan Proses Penukaran Unit Panjang. Diakses pada 25 Jun 2014
dari
mylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/409

Mohd Zaqwan Danial Zahir Rudin (2013). Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun
5 Dalam Topik Penukaran Unit Panjang. Diakses pada 25 Jun 2014 dari
mylib.cakna.net/index.php/staf/article/viewFile/.../407

Nik Azis Nik Pa (1992). Dlm. Tengku Zawawi Tengku Zainal. (n.d). Kefahaman
Konsep Dalam Matematik. Diakses pada 10 Mac 2013 dari
http://www.akademikpahang.edu.my/v3/phocadownload/userupload/Kefahaman
%20Konsep%20dalam%20Matematik.pdf

50
Nur Atiqah Mamat (2013). Penggunaan Kaedah Palang 5+2 Bagi Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Menukar Unit Daripada Kilometer Kepada Meter Dan
Sebaliknya Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Taqwa. Diakses pada 25 Jun 2014 dari
mylib.cakna.net/index.php/staf/article/view/384

Yazid Abdul Manap (2001). Memartabatkan Profesion keguruan Tanggungjawab


Bersama dalan bestari Koleksi Guru Johor, JPN Johor, hlm 15-33.

51
LAMPIRAN A

Pemerhatian tidak berstruktur oleh pengkaji terhadap penyelesaian murid-murid


menjawab soalan penukaran unit kilometer kepada meter

52
LAMPIRAN B

Analisis dokumen melalui semakan buku latihan matematik murid

53
LAMPIRAN C

Analisis Ujian OTI

54
LAMPIRAN D

UJIAN DIAGNOSTIK
MATEMATIK

30 MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU

UJIAN DIAGNOSTIK
TAHUN 5
2014

TOPIK : UKURAN PANJANG


KEMAHIRAN : PENUKARAN UNIT KILOMTER KEPADA METER
DAN METER KEPADA KILOMETER

NAMA : ______________________________________________________

KELAS : _____________________________

MATEMATIK
55
30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 10 soalan.


2. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
3. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruangan yang disediakan.

1. 3 km = __________ m 2. 7000 m = ___________ km

3. 2 km 200 m = ___________ m 4. 5.2 km = _____ km ______ m

56
5. 6.752 km = ____________ m 6. 2976 m = ___________ km

7. 9003 m = _______ km _______ m 8. 670 m = _________ km

9. 8 km 9 m = ___________ m 10. 1010 m = ___________ km

57
58
LAMPIRAN E

TRANSKRIP TEMU BUAL (PK01-TB01)


SELEPAS UJIAN PRA

NAMA PESERTA KAJIAN :____________________________________________


TARIKH : ____________________________________________
TEMPAT : ____________________________________________

BIL. TEMU BUAL CATATAN


1. P : Bolehkah cikgu berbual dengan awak sebentar?
2. PK :
3. P : Cikgu nak tanya ni. Boleh awak jawab dengan jujur?
4. PK :
5. P : Tadi awak dah jawab soalan yang cikgubagi, senang ke susah?
6. PK :
7. P : Apa yang awak faham tentang Penukaran Unit?
8. PK :
9. P : Awak tahu bagaimana cara untuk menukar unit kilometer
kepada meter dan meter kepada kilometer?
10. PK :
11. P : Cuba semak soalan ini. Mengapa awak salah pada soalan ini?
12. PK :
13. P : Soalan ini pun sama. Mengapa awak salah pada soalan ini?
14. PK :
15. P : baiklah, kalau begitu, awak perlu mendapatkan bimbingan
daripada cikgu. Nak tak cikgu tolong awak supaya menguasai
kemahiran penukaran unit.
16. PK :
17. P : Terima Kasih
18. PK :

LAMPIRAN F
TRANSKRIP TEMU BUAL (PK01-TB01)
SELEPAS UJIAN POS

NAMA PESERTA KAJIAN :____________________________________________


TARIKH : ____________________________________________

59
TEMPAT : ____________________________________________

BIL. TEMU BUAL CATATAN


1. P : Bolehkah cikgu berbual dengan awak sebentar?
2. PK :
3. P : Cikgu nak tanya ni. Boleh awak jawab dengan jujur?
4. PK :
5. P : Tadi awak dah jawab soalan yang cikgubagi, senang ke susah?
6. PK :
7. P : Oh ye keMengapa awak kata senang?
8. PK :
9. P : oh.Ini bermakna awak dapat menguasai kemahiran menukar
unit kilometer kepada meter dan meter kepada kilometer lahada
peningkatan yang tinggi pada diri awakCikgu bangga dengan
awak.
10. PK :
11. P : kalau begitu, tahniah kepada awak. Semoga awak menjadi
murid yang lebih cemerlang.banyakkan buat latihan dan elakkan
sebarang kecuaian.
12. PK :
13. P : Sama-sama.

60
LAMPIRAN G

NAMA : _____________________________ TAHUN : _______________

LEMBARAN KERJA

1. 5 km = _____________ m 2. 3.570 km = _____________ m


km
m km
m

3. 4.2 km = _____________ m 4. 2.27 km = _____________ m

km km
m m

5. 1.01 km = _____________ m 6. 7.125 km = ____________ m

km km
m m

7. 3.025 km = ___________ m 8. 5.705 km = ___________ m

km km
m m

9. 7.5 km = ___________ m 10. 5.525 km = ___________ m

km km
m m

LAMPIRAN H

NAMA : _____________________________ TAHUN : _______________

LEMBARAN KERJA

1. 7000 m = _____________ km 2. 5705 m = _____________ km


km
m km

61
m

3. 4222 m = _____________ km 4. 2275 m = _____________ km

km km
m m

5. 2827 m = _____________ km 6. 1296 m = ____________ km

km km
m m

7. 5245 m = _____________ km 8. 5734 m = ___________ km

km km
m m

9. 7589 m = ___________ km 10. 3376 m = ___________ km

km km
m m

LAMPIRAN I

NAMA : _____________________________ TAHUN : _______________

LEMBARAN KERJA

1. 3.3 km = _____________ m 2. 1.25 km = _____________ m

km
m

3. 4.212 km = _____________ m 4. 7.75 km = _____________ m

62
5. 780 m = _____________ km 6. 8225 m = ____________ km

7. 2125 m = ____________ km 8. 7525 m = ____________ km

63
LAMPIRAN J

NAMA : _____________________________ TAHUN : _______________

LEMBARAN KERJA

1. 8 km = _____________ m 2. 1.255 km = _____________ m

3. 2.25 km = _____________ m 4. 6.1 km = _____________ m

5. 2.942 km = _____________ m 6. 2000 m = ____________ km

7. 6060 m = ___________ km 8. 325 m = ___________ km

9. 825 m = ___________ km 10. 5505 m = ___________ km

LAMPIRAN K

UJIAN PRA

64
MATEMATIK

30 MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU

UJIAN PRA
TAHUN 5
2014

TOPIK : UKURAN PANJANG


KEMAHIRAN : PENUKARAN UNIT KILOMTER KEPADA METER
DAN METER KEPADA KILOMETER

NAMA : ______________________________________________________

KELAS : _____________________________

MATEMATIK

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

4. Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan.


5. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
6. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruangan yang disediakan.

1. 5000 m = __________ km 2. 9 km = ___________ m

65
3. 2 200 m = ___________ km 4. 3.7 km = _______m

5. 6.752 km = ____________ m 6. 2976 m = ___________ km

66
7. 3900 m = _________ km 8. 6.75 km = ________m

9. 4.6 km = ___________ m 10. 2020 m = ___________ km

11. 230 m = __________ km 12. 3.5 km = __________ m

67
LAMPIRAN L

UJIAN PASCA
MATEMATIK

30 MINIT

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JERANGAU

UJIAN PASCA
TAHUN 5
2014

TOPIK : UKURAN PANJANG


KEMAHIRAN : PENUKARAN UNIT KILOMTER KEPADA METER
DAN METER KEPADA KILOMETER

NAMA : ______________________________________________________

KELAS : _____________________________

MATEMATIK

30 MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

68
7. Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan.
8. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
9. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruangan yang disediakan.

1. 7000 m = __________ km 2. 7 km = ___________ m

3. 4600 m = ___________ km 4. 2.8 km = _______m

5. 6.752 km = ____________ m 6. 2976 m = ___________ km

69
7. 7200 m = _________ km 8. 7.63 km = ________m

9. 2.8 km = ___________ m 10. 6060 m = ___________ km

70
11. 980 m = __________ km 12. 6.5 km = __________ m

71
72