Anda di halaman 1dari 21

1.

PENGENALAN

DEFINISI DAN SEJARAH

DLP adalah singkatan kepada Dual Langguage Programme. Dual langguage bermaksudd
Dwibahasa yang mengenengahkan satu bahasa yang diguna pakai seluruh dunia dan satu lagi bahasa
rasmi yang digunakan di negara tersebut. Bahasa Dual adalah satu bentuk pendidikan di mana pelajar
diajar literasi dan kandungan dalam dua bahasa. Menggunakan dua bahasa yang berbeza dalam masa
yang sama mempelajari bahasa kedua di samping terus membangunkan bahasa pertama mereka.
Konsep kedwibahasaan merupakan dua bahasa yang digunakan dalam masyarakat lebih kurang sama
dengan konsep biliggual di mana lebih dari dua bahasa di gunakan dalam masyarakat. Dalam
peggunaan Dual langguage hanya dua bahasa yang diutamakan Menurut Macnamara (1967),
kedwibahasaan bermaksud seorang itu dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran bahasa
dan bahasa keduanya pada tahap pemahaman. Pendidikan dwi-bahasa secara umumnya dilihat
sebagai satu cara untuk memastikan bahawa pelajar bukan berbahasa Inggeris, atau pelajar-pelajar
yang belum mahir dalam Bahasa Inggeris, diberi peluang saksama untuk berjaya dan menjayakan
pendidikan mereka. Pihak sekolah dan guru-guru boleh menggunakan pelbagai strategi dwi-bahasa,
masing-masing dengan matlamat arahan tertentu. Program-program biasanya direka pada masa yang
sama membangunkan kefasihan bahasa Inggeris, pengetahuan kandungan, dan akademik bahasa-
pengetahuan, kemahiran dan kecekapan budaya yang diperlukan untuk berjaya dalam program
akademik.

Cabaran generasi muda dalam mengadaptasi permintaan dunia yang semakin berubah yang
mengharapkan standard serta harapan yang tinggi dan permintaan terhadap kurikulum dalam dwi
bahasa menurut Richard W. Riley 2000, merupakan sebahagian kenyataan mengapa wujudnya dual
langguage. Pendidikan dwi-bahasa telah wujud di Amerika Syarikat untuk kira-kira dua abad, dan ia
mencapai kemuncak populariti pada 1970-an, penggunaan pendidikan dwi-bahasa di sekolah-sekolah
awam telah menurun dengan ketara dalam beberapa dekad kebelakangan ini kerana tindakan undang-
undang yang telah dicari untuk menghadkan penggunaannya, bercanggah penyelidikan mengenai
manfaatnya, perbezaan pendapat pedagogi dan ideologi, dan pembiayaan berkurangan dan sumber
yang semakin menurun dalam menyokong pendekatan program ini. Namun menggunakan
pendekatan dual langguage atau dwi-bahasa peratus pelajar bersaing dalam penggunaan lebih dari
satu bahasa semakin meningkat, Educate America Act of 1994.

1
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, program dwibahasa telah menjadi satu trend di dunia, termasuk
di negara-negara Asia. Penggunaan meluas Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dan universti
disokong oleh dasar kerajaan dan ini menjadikan bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua dan asing
diajar di negara-negara Asia. Kerajaan secara berterusan cuba untuk mencari cara yang berkesan
untuk pengajaran Bahasa Inggeris. Walaupun penggunaan meluas bahasa Inggeris dalam persekitaran
pendidikan, masih terdapat banyak pandangan negatif terhadap amalan pendidikan dwibahasa di
dunia. Mereka sebenarnya tidak mempunyai sebab-sebab saintifik.

Di Malaysia, Menurut Asiah (1999), kepentingan Bahasa Inggeris boleh dilihat dalam perkembangan
ekonomi negara di mana Malaysia masih bergantung kepada ekonomi dunia yang lebih ke arah
ekonomi barat. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa dunia dan keperluan yang melibatkan aktiviti
ekonomi seperti kejuruteraan, perindustrian, perdagangan, kehakiman dan sebagainya. Oleh itu,
Bahasa Inggeris diberi peranan baru sebagai bahasa kedua walaupun peranan terhad berbanding
dengan bahasa Melayu tetapi keperluan bahasa Inggeris adalah penting dari segi perdagagan dan
komunikasi antarabangsa. Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia Tahun 1966 telah meletakkan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan. Ini bererti Bahasa Inggeris dijadikan
bahasa kedua penting selepas bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Menurut Gaudart (1987)
apabila pendidikan kedwibahasaan sendiri tidak diperakui secara terbuka, maka sistem pendidikan
nasional adalah pemangkin kepada pendidikan kedwibahasaan.

TUJUAN
Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid
melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan
pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta
meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan. DLP merupakan satu program pilihan,
sekolah yang berminat dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan boleh membuat permohonan
secara rasmi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. Program ini dapat membantu
dan menarik minat murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari.

2
LATAR BELAKANG DAN PERLAKSANAAN DLP

DLP Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan
kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata
pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan
Teknologi. Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian
mengambil langkah untuk mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23
program. Kini, Kementerian memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi
(Highly Immersive Programme, HIP) dan Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP).
Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran
berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai
keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program
ini bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

Dalam Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan inisiatif DLP dan HIP yang akan mula dilaksanakan di sekolah-sekolah pada tahun
2016 dengan peruntukan sebanyak RM38.5 juta. Sebanyak 300 sekolah perintis akan
melaksanakan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha
pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh
Bahasa Inggeris (MBMMBI)

DLP diputuskan untuk di jalankan bertitik tolak dari kegagalan PPSMI. Kronologi pemansuhan
PPSMI adalah kerana beberapa kelemahan yang dilihat dari pelbagai perspektif .Pada tahun 2008,
keputusan UPSR untuk sekolah perintis PPSMI telah diberi peluang untuk menjawab soalan Sains
dan Matematik dengan menggunakan dwibahasa. Keputusan rasmi UPSR telah mencatatkan hasil
yang menggalakkan dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam jawapan Sains dan Matematik.
Ketua Pengarah Pendidian Datuk Alimuddin Mohd Dom telah melaporkan 31% murid memilih
Bahasa Inggeris untuk menjawab soalan Sains dan 46% daripada 238,153 calon menjawab dengan
bahasa perantara. Akan tetapi, keputusan dipertikaikan oleh beberapa pihak yang mengatakan
terdapat jurang pembelajaran di antara murid bandar dan luar bandar. Murid di bandar berasal
daripada latar belakang berpendidikan Bahasa Inggeris sedangkan murid luar bandar masih kekal

3
dengan penggunaan bahasa ibunda. Perbezaan ini memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.
Bukn itu sahaja, berdasarkan hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar
Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada
474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata.
Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort
1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.Di kalangan 59 negara yang
mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch,
Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata
pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian
pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan,
mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.

Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum
itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun
Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan
pandangan pelbagai pihak.Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang
bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. Antaranya adalah Kelab
Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan
dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim. Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan
bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Dan ini amat merugikan dan pembaziran. Namun keputusan
akhir telah diambil mengambil kira pelbagai elemen akhirnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan
sekolah menengah Malaysia. Tetapi Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di
peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti
politik, ibu bapa cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan
di Malaysia. Setelah pemansuhan PPSMI, satu dasar baru diperkenalkan iaitu Dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah diperkenalkan dengan objektif
untuk memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan
Matemati di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah serta menambahbaikkan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia
kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa Kebangsaan yang akan menjadi alat perpaduan, bahasa

4
perhubungan dan bahasa ilmu ke arah kemajuan negara dan bangsa untuk mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Negara.

5
2. STANDARD OPERATING PROCEDURES (SOP) DLP

DLP merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untuk menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Sains, Matematik dan
mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang lain Program ini
dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Perlaksanaan DLP mengikut :-

1. Kriteria
i. Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi.
Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan
lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pengetua/Guru Besar dan Guru bersedia untuk melaksanakan DLP.
Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek
untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.
iii. Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa.
Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk
membolehkan anak mereka mengikuti DLP. PIBG juga perlu bersetuju dan
menyokong pelaksanaan DLP.
iv. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu menyamai atau lebih baik
daripada pencapaian purata kebangsaan Bahasa Melayu.
Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih baik daripada pencapaian purata GPMP
kebangsaan Bahasa Melayu peperiksaan awam (UPSR dan SPM) bagi tahun
sebelumnya.

2 Pelaksanaan DLP
Kelas DLP mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid bagi satu kelas dengan
mengekalkan bilangan kelas yang sedia ada. Kelas DLP perlu menggunakan bahasa inggeris
sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat.

6
3 Mata Pelajaran Yang Terlibat adalah Sains, Matematik, Reka Bentuk & Teknologi (RBT),
Asas Asas Sains Sains Komputer (ASK) dan mata pelajaran STEM yang akan ditentukan dari keke
ke semasa. Mata pelajaran Sains mesti diambil bersama-sama Matematik.

4 Bahan Sokongan Pengajaran dan Pembelajaran


a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (dimuat naik dalam portal KPM)

b. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (dimuat naik dalam portal KPM)

c. Buku teks

d. Buku rujukan bagi pusat sumber sekolah dan panitia mata pelajaran

5 Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran


Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat dalam
pelaksanaan DLP adalah kekal seperti peruntukan masa yang sedang berkuat kuasa sekarang.

6 Pentaksiran
Semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 2016 akan
disediakan dalam dwibahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.Pentaksiran sekolah
bagi mata pelajaran yang terlibat perlu disediakan dalam bahasa pengantar yang digunakanu

7 Urusan pertukaran guru

i. Guru yang terlibat dalam DLP boleh memohon pertukaran. Walau bagaimanapun PPD
perlu memastikan guru DLP yang bertukar, diganti dengan guru DLP yang baharu
(back to back).

ii. Guru DLP yang berpindah diberi keutamaan untuk ditempatkan di sekolah DLP.

iii. PPD boleh melaksanakan redeployment guru bagi memastikan bekalan guru DLP
mencukupi.

7
3. RIAKSI DARI BIDANG AKADEMIK

Bahasa Inggeris telah dibawa masuk ke dalam negara kita sejak zaman sebelum kemerdekaan.
Malah, selepas kemerdekaan kita masih mengamalkan sistem pendidikan yang dibawa masuk oleh
penjajah, khususnya British. Beberapa orang tokoh pendidikan seperti Lim Lian Gok dan Amanuddin
Baki telah berjuang untuk mengubah sistem pendidikan yang beimej tanah melayu dan menghakis
sistem pendidikan British (Tan Yao Sua, 2010). Namun begitu, Bahasa Inggeris masih dijadikan satu
matapelajaran yang wajib dipelajari di sekolah-sekolah sehingga kini. Pencapaian pelajar di
Malaysia, terutamanya pelajar di luar bandar adalah tidak memberangsangkan. Kesedaran dalam diri
pelajar-pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris, yang menjadi bahasa antarabangsa itu juga sangat
rendah.

Walaubagaimanapun, pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris menjadi isu di negara kita.
Pelbagai pendapat dan cadangan dari masyarakat dapat dilihat terhadap perkara ini. Terdapat juga
kajian-kajian yang dilakukan dalam melihat kesan terhadap pelaksanaan ini. Menurut Wan Norazian
Wan Ali (2009), penggunaan Bahasa Inggeris dalam Matematik menjadi satu masalah terhadap
pelajar sekolah harian. Pelajar dari sekolah berasrama penuh kurang bermasalah dalam mengikuti
pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah
telah menyebabkan seseorang pelajar itu sukar memahami konsep sesuatu pembelajaran lalu
menyebabkan mereka mengalami kemerosotan dalam matapelajaran Matematik. Manakala, persepsi
guru terhadap dasar ini turut dilihat dalam kajian Aziz Nordin dan Yang See Boon (2010). Guru-guru
menghadapi masalah dalam menerangkan tentang sesuatu topik kepada pelajar. Alat bantu mengajar
yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk sekolah-sekolah di luar bandar adalah
tidak mencukupi. Ini menyebabkan sesi pembelajaran menggunakan modul-modul yang disediakan
tidak berkesan kepada pelajar. Namun begitu, penggunaan ICT diakui merupakan langkah yang baik
dalam melaksanakan dasar ini kerana ia mampu menarik minat pelajar dengan kaedah belajar visual
tersebut terutama platform VLE Frog yang sangat mesra pengguna dan interaktif. Ciri-ciri utama
MBMMBI itu sendiri yang mengutamakan penggunaan ICT serta pembelajaran secara didik hibur.

8
Menurut kajian antarabangsa seperti United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization (UNESCO), bahasa ibunda yang mudah difahami oleh murid adalah bahasa terbaik
untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. UNESCO mengakui kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda merupakan faktor utama yang menyumbang
kepada pencapaian matlamat education for all (pendidikan untuk semua), iaitu matlamat
menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua tanpa mengira bahasa,
lokaliti, sosioekonomi dan jantina.

Laporan ismaweb.com 31 march 2016 menyatakan Cikgu Noorzamri Ibrahim Presiden Ikatan Guru-
Guru Muslim Malaysia (i-Guru) meluahkan kebimbangan berhubung Program Dwibahasa (DLP)
bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah dan menengah akan
menjejaskan kedudukan bahasa Melayu. Tambah beliau kelemahan bukan dilihat pada penguasaan
bahasa Inggeris sebaliknya bahasa Melayu tidak diberi peluang untuk diperkasakan dalam bidang
sains dan teknologi.Menurut Robiah Sidin (1994), pelajar sukar memahami konsep dalam mata
pelajaran Sains, Matematik dan lain-lain berpunca daripada kelemahan dalam penguasaan bahasa. Ini
kerana, untuk memahami sesuatu konsep dalam pembelajaran, pelajar perlu terlebih dahulu
menguasai bahasa yang menjadi perantara mata pelajaran tersebut. Penggunaan Bahasa Inggeris
boleh menyebabkan pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa takut untuk belajar subjek Sains dan
Matematik. Pelajar juga mungkin keliru antara menguasai bahasa perantara dan juga konsep
pembelajaran subjek.

Jika dilihat kepada soalan-soalan Matematik dan Sains pada masa kini, terutamanya soalan yang
melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Meskipun soalan dinyatakan didalam Bahasa Malaysia,
kekeliruan terhadap soalan terbabit masih berlaku di kalangan pelajar.

Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong Felo Utama Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) berkata, pelaksanaan program itu bukan sahaja memberi masalah kepada murid
khususnya yang tinggal di luar bandar, malah menjejaskan perpaduan dan bahasa Melayu itu sendiri.
Sebaliknya, beliau menyokong pelaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) kerana tujuan program itu
dilihat selari dengan dasar memartabatkan bahasa Melayu serta memperkukuhkan bahasa Inggeris
dalam komuniti sekolah.

Bahasa, seperti yang diketahui umum amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Sekiranya medium perantara ini mengalami gangguan di
tengah-tengah, maka proses interaksi antara guru dan pelajar akan gagal. Dalam usaha kearah

9
mencapai Wawasan 2020 yang hanya berbaki lima tahun sahaja lagi, kita tidak boleh menoleh ke
belakang lagi. Kesemua strategi, usaha dan kerjasama yang telah dirancang perlu sama-sama
dijayakan agar kita mampu bersaing dalam pendidikan di peringkat global.

4. ISU DLP PADA MASYARAKAT LUAR

Pelbagai pandangan masyarakat yang terlalu pedas mengkritik kewujudan DLP . Namun masih ada
pihak luar yang menyokong dasar ini diteruskan. Rata-rata mereka manganggap DLP tidak lain
hanyalah jelmaan kepada dasar PPSMI yang telah dimansuhkan pada 2009. Kajian yang dijalankan
terhadap para pelajar kesan dasar PPSMI menunjukkan hanya 10-12 peratus guru menggunakan
Bahasa Inggeris dalam proses P&P subjek yang berkenaan. Selain itu, hanya 6.2 hingga 9.1 peratus
murid Tahun 5 menyatakan keselesaan belajar dalam Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan
Sains. Data ini menunjukkan kegagalan PPSMI bukan sahaja meningkatkan kemahiran berbahasa
Inggeris dalam kalangan pelajar, malah, meninggalkan kesan negatif terhadap proses P&P bagi
subjek Sains dan Matematik. DLP hanyalah bayangan kepada kegagalan PPSMI meskipun ia bersifat
pilihan kepada sekolah.

GAGASAN Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Melaka pula menyokong DLP yang
diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris
(MBMMBI) adalah untuk merealisasikan aspirasi rakyat menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013-2025).DLP yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di semua
sekolah adalah satu program untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris melalui peningkatan
penggunaan dan penguasaan bahasa tersebut di dalam komuniti sekolah.

Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2015 merujuk kepada DLP mendapat bantahan daripada
orang ramai, .Satu perbincangan meja bulat diadakan dan dihadiri oleh 15 badan bukan kerajaan
(NGO). Hasil daripada perbincangan tersebut, kesemua NGO tersebut membantah pelaksanaan DLP

10
dan HIP. Hal ini kerana pelaksanaannya adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan
hanya mempunyai kepentingan ekonomi semata-mata. Menurut Ketua II Gabungan Penulis Nasional
(Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan dalam berita Astro awani Jan 2016, pelaksanaan program itu
bukan sahaja tidak berkesan dalam meningkatkan penguasaan dalam bahasa tersebut, malah
membawa kesan yang lebih teruk di mana pelajar sukar memahami dengan sebenar-benarnya konsep
sains dan matematik yang diajarkan. Malah ia juga melanggar wasiat Raja-Raja Melayu dan
bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 152 yang memperjelaskan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi. Turut mempertikaikan program DLP berdasarkan pekeliling yang
dikeluarkan kementerian, program tersebut adalah bersifat berat sebelah kerana program tersebut
hanya dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan tidak pada sekolah jenis
kebangsaan.

Prof Emeritus Dr Abdullah Hasan dalam warkahnya Warkah Rayuan kepada Perdana Menteri
Malaysia bertarikh 25 November 2015 yang menganggap DLP membebankan murid dan pelajar
untuk belajar ilmu Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, apatah lagi jika sekolah yang
melaksanakannya di luar bandar. Banyak terma sains yang sukar difahami walaupun setahun belajar.
Turut menyifatkan DLP adalah satu pendekatan yang tidak wajar kerana guru dan pelajar tidak
mahir dalam bahasa Inggeris bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa
Inggeris. Juga langkah ini akan mencacatkan prestasi pelajar dalam menguasai mata pelajaran
penting ini.

Nasrudin bin Hassan, Ketua Penerangan PAS bersama badan - badan bukan kerajaan dan tokoh-
tokoh pejuang bahasa menganjurkan perhimpunan Perhimpunan Aman Bantah DLP bagi mendengar
secara langsung hujjah dari para pejuang bahasa kenapa DLP mesti dibantah. Menurut mereka
Adalah tanggungjawab PAS untuk meninggikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Di dalam Perlembagaan PAS; Fasal ke 6, item 7 iaitu Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa
al-Quran. b) Pengenalan DLP bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan itu sendiri
pada perkara 152 (1) dan (6) yang menetapkan Bahasa Melayu selaku bahasa rasmi negara ini. c)
Perlaksanaannya adalah tidak seiring dengan kandungan Akta Bahasa Kebangsaan (syeksen 2) dan
Akta Pendidikan (syeksen 17). Begitu juga ianya tidak mendokong usaha yang diterapkan melalui
Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960.

11
Prof Ir Dato Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud dalam artikelnya English Not Only Language of Science
untuk terbitan akhbar The Star menyatakan dominasi Bahasa Inggeris dalam komunikasi saintifik
sebenarnya menunjukkan bahawa Bahasa Inggeris sudah sebati sebagai bahasa komunikasi untuk
sains, tetapi sebenarnya ianya bukanlah satu-satunya bahasa yang digunakan untuk mengajar
mahupun bahasa yang digunakan untuk penemuan sains yang terbaru dapat ditemui. Oleh itu, Bahasa
Inggeris tidak menyumbang kepada sains, tetapi semata-mata sebagai terjemahan atau penulisan
semula. Oleh kerana pelajar MSc dan Ph.D di antara yang menyerlah, mereka tidak mempunyai
masalah dalam berkomunikasi dalam membentangkan keputusan saintifik mereka di dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris di persidangan antarabangsa dengan yakin, kerana hasil kerja mereka
adalah kerja saintifik yang bertaraf dunia.

5. PANDANGAN DAN PERSETUJUAN TERHADAP DLP

Rata-rata lebih banyak pihak yang membantah dari yang memberi respon yang positif terhadap DLP.
Namun Setelah meneliti serta mengambil kira pelbagai perspektif dan pandangan pelbagai pihak
terhadap DLP saya mempunyai pandangan saya tersendiri. Anasir-anasir luar, keyboard warrior,
netizen, paparazzi sentiasa ada untuk menghentam mahupun mengkritik setiap dasar yang dibawa
dalam bidang pendidikan. Namun setiap kecaman dari mereka ada benar dan mempunyai hujah-
hujah yang mempunyai realiti dan logiknya berdasarkan sumber data dan fakta. Memetik dari kata-
kata dari Abraham Lincon Be sure you put your feet in the right place, then stand firm dan When
you reach the end of your rope tie a knot and hang on Sepatutnya pihak yang berwajib bukanlah
melatah dan membuat keputusan yang salah. Sebaliknya mencari dan mengenalpasti di mana
kelemahan dasar tersebut dan memikirkan alternatif yang boleh digunapakai untuk memperbetulkan
segala kelemahan. Sehingga bila dan sehingga mana harus lari dari membetulkan kekurangan asyik
mencari idea baru dan merubah idea yang sedia ada. Berpegang pada apa yang di rancang perbaiki
segala kelemahan dan kaji penambahbaikan yang perlu kerana kami bagi golongan pendidik tidak
sanggup lagi berdepan dengan kegagalan PPSMI sebelum ini dan kini berhadapan dengan cabaran
DLP.

DLP dan HIP yang diperkenalkan di bawah MBMMBI adalah untuk merealisasikan aspirasi rakyat
menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Bagaimanakah ianya dapat
direalisasikan dan dijayakan sekiranya terlalu banyak bantahan dari pelbagai pihak. Namun perkara
ini dapat diteruskan sekiranya tindakan memperbaiki kelemahan dasar itu sendiri termasuklan
perlaksanaan, latihan guru dan pelbagai sudut yang memainkan peranan dalam menjalankan DLP.

12
Baharudin Husin (Timbalan Pengerusi Gagasan Melaka) merasa kecewa kerana terdapat segelintir
masyarakat Malaysia terutama penjawat awam yang membantah pelaksanaan DLP. Menurut beliau ia
satu dasar yang baik untuk penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

Memetik dari kata-kata Dr Khoo Kay Kim dalam keratan akhbar Berita Harian 30 Oktober 2015
menyarankan supaya kuasai pelbagai bahasa sebagai langkah penuhi keperluan semasa dunia serba
moden. Beliau turut menyarankan menambahkan maktab atau Universiti bahasa supaya pelajar dapat
mendalami bahasa dengan lebih baik. Sebab itulah saya katakan dasar yang disarankan oleh
Kementerian Pelajaran dalam menjalankan DLP dalam dunia pendidikan bukanlah satu program
yang teruk ,parah, tidak elok, merosakkan serta mencermar maruah bangsa dan bahasa tetapi adalah
satu program yang dapat membantu peningkatan dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Ia bukan sahaja
dikalangan murid tetapi juga membawa perubahan yang baik kepada guru. Secara tidak langsung
untuk mengajar dalam bahasa Inggeris guru itu sendiri akan mempersiapkan dirinya untuk baik
dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Mengambil contoh pengalaman saya sendiri, semasa PPSMI guru-guru akan dibekalkan kursus
Etems (English for Teaching Mathematics and Science) iaitu kursus peningkatan penguasaan bahasa
Inggeris dalam mengajar Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Namun bagi guru yang
mendapat Kepujian dalam SPM tidak perlu mengambil Ujian disebabkan itu saya berasa terlepas
peluang itu kerana sepatutnya tidak kira guru sudah mahir atau sebaliknya perlu diberikan
pendedahan kerana pada saya English proficiency tidak sama dengan kaedah mengajar dalam bahasa
Inggeris. Mungkin itu antara penyebab guru kurang mahir dalam mengajar Math dan Sains dalam
bahasa Inggeris. Satu kesimpulan yang dapat dibuat di sini, Kementerian selalu mengambil langkah
mudah dengan mengurangkan bilangan guru mungkin barangkali untuk menjimatkan kos.
Sepatutnya semua guru yang terlibat perlu mendapatkan pendedahan yang sama. Berbalik kepada
DLP perkara yang sama perlu dilakukan adalah dengan membekalkan guru yang terlatih dan fasih di
dalam Bahasa Inggeris supaya sesi pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.

Datuk P Kamalanathan Timbalan Menteri pendidikan berkata, perlaksanaan kedua-dua program itu
tidak akan menjatuhkan martabat bahasa Melayu kerana ia menekankan kepada penguasaan kedua-
dua bahasa dalam kalangan pelajar. Beliau berkata pelan pembangunan pendidikan menekankan
penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan tidak bertujuan untuk
menjatuhkan martabat Bahasa Melayu sebagaimana didakwa. Ada benarnya kata beliau DLP tidak
mencemarkan Bahasa Melayu kerana pada saya matlamat DLP adalah mengajar Matematik dan

13
Sains dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri sebagai cikgu matematik dan sains lebih memilih untuk
mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris . Ini kerana banyak terminalogi dalam kedua-
dua subjek ini menggunakan istilah Inggeris dan boleh dilihat di dalam glosari kata yang terdapat
dalam setiap topik. Ini menunjukkan kedua subjek ini lebih jelas diajar dalam bahasa Inggeris .
Sebagai contoh Matematik untuk mengajar nilai baki boleh juga di sebut berapakah lebihan,
berapakah kurangan, berapakah yang tinggal dan pelbagai ayat bahasa melayu yang boleh diguna
untuk menunjukkan baki. Tetapi lebih mudah dalam bahasa Inggeris iaitu hanya menggunakan
ballance atau remaider. Dan dalam DLP subjek diperluaskan kepada RBT dan Asas sains
Komputer yang juga menggunakan banyak terminalogi English dalam sukatan pembelajarannya.
Saya tidak nampak di mana DLP ini mencemarkan bahasa Melayu kerana Dasar MBMMBI itu
sendri menyebut Memperkasa Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris dan matlamatnya
melahirkan murid yang fasih dan yakin dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam era masa
kini yang menuntut penguasaan Bahasa Inggeris untuk berhadapan dengan dunia global ini pada saya
adalah satu cabang untuk persediaan menghadapi dunia luar. Jikalau hari ini saya kelihatan sayang
kepada anak bangsa saya, maka itu adalah kerana saya sayangkan bahasa Melayu, bahasa ibunda
saya. Tapi kasih sayang saya kepada bahasa ibunda saya tidaklah dengan menggunakan bahasa
Melayu sepanjang masa, sebaliknya dengan menggalakkan anak-anak dan cucu-cucu saya belajar
bahasa Inggeris supaya mereka menjadi lebih maju, lebih pandai, lebih kuat. Dengan itu barulah
orang lain akan memandang kepada bahasa ibunda anak bangsa saya itu" ( Awang Selamat, 1995)
Ramai pemimpin dan ahli teknokrat negara tidak menyedari bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
telah mencapai tahap tertinggi, setanding dengan bahasa Inggeris atau beberapa bahasa ilmu lain
dunia. Negara melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan universiti awam (UA) tempatan,
berjaya mengangkat martabat bahasa Melayu pada kedudukan sebenar. Malangnya, ketidakyakinan
sekelompok kecil pemimpin utama negara dan rakyat berpengaruh yang tidak rela menerima Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa ilmu adalah halangan yang paling getis.

Selalu orang bahasa di Malaysia menunjukkan contoh orang Jepun dan Korea yang mampu
menggunakan bahasa sendiri dan masih maju. Tapi orang bahasa seperti ini selalu tidak lihat
sejarah. Selepas peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Perang Dunia kedua, berlaku
perpindahan teknologi secara besar-besaran dari Amerika ke Jepun. Kalau orang Jepun tidak belajar
bahasa Inggeris, bagaimanakah teknologi Amerika boleh berpindah ke Jepun? Orang Jepun berbeza
dengan orang Melayu .Selepas menguasai ilmu teknologi, ilmuan Jepun menterjemah buku-buku
ilmiah Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun, untuk membolehkan proses pendidikan dibuat
menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar. Tapi orang Jepun tidak menjepunkan istilah-

14
istilah Inggeris ke dalam bahasa mereka seperti orang Melayu memelayukan istilah Bahasa Inggeris.
Orang Jepun mencipta istilah sendiri yang maksudnya sama dengan istilah dalam Bahasa Inggeris.
Namun tokoh-tokoh Bahasa Melayu mereka meMelayukan saja istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris,
selepas itu, apabila sudah banyak perkataan yang diMelayukan, kedengaranlah bunyi-bunyi yang
tidak ada dalam sistem fonologi bahasa Melayu. Sebagai contoh Goal = Gol, realization = realisasi
dan beribu-ribu lagi ayat pinjaman bukan sahaja dari bahasa Ingeris tetapi dari pelbagai bahasa lain.
Kalau tokoh bahasa pun mengambil istilah bahasa Inggeris, macam mana dengan orang Melayu lain
yang tidak semuanya dilatih dan belajar pasal Linguistik? Walau apapun asalnya memang dari
bahasa Inggeris. Norhashimah Mamat dalam artikelnya Peminjaman Dalam Bahasa Melayu
menyatakan peminjaman kata daripada bahasa asing juga berlaku disebabkan oleh kemegahan atau
keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada sesuatu teknologi ke dalam sesebuah
masyarakat . Bagaimana mungkin kita samakan orang Melayu dengan orang Jepun? Orang Melayu
tidak sama dengan orang Jepun. Banyak aspek orang Melayu tidak sama dengan orang Jepun,
kerajinan, kesetiaan kepada majikan, ketekunan bekerja dan sebaginya. Ini kerana orang Jepun rajin
dan tekun maka mereka menguasai teknologi, dan seterusnya membuka jalan untuk penggunaan
bahasa ibunda mereka sepenuhnya, tapi tahap penguasaan teknologi orang Melayu belum setinggi
itu. Pasal itulah ahli Linguistik Melayu memelayukan istilah Inggeris.

Pelan Pembangangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 berhasrat memacu sistem pendidikan yang
bertaraf dunia. Bagaimanakah standard kita di mata dunia.Bagaimanakah persiapan kita untuk
bersaing dengan negara luar yang mempunyai sistem pendidikan yang cemerlang sedangkan baru
beberapa transformasi dijalankan sudah mendapat kritikan yang hebat. Seharusnya semua pihak
harus berlapang dada menerima perubahan atau pembaharuan yang cuba diketengahkan KPM dalam
merialisasikan hasrat untuk berada setanding dengan negara yang mantap sistem pendidikannya.
Memberikan cadangan-cadangan yang membina untuk sama-sama memacu sistem pendidikan
negara kita ke arah yang lebih tinggi bukan terus menghentam tanpa memberi sebarang respon
psositif

15
6. RUMUSAN, IDEA DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

16
DLP adalah satu program pendidikan pada pandangan saya sangat baik dan bakal memberi impak
yang positif terhadap sistem pendidikan negara. Program ini dapat membantu murid memahami
istilah-istilah Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa ibunda. Tambahan
pula, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk Sains dan Matematik masih dalam Bahasa Inggeris.
Mudah bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris untuk mencari bahan-
bahan dalam internet dan bahan-bahan bercetak. Walaupun Terdapat pelbagai spekulasi dari pelbagai
penjuru dan pelbagai medium termasuklah media massa golongan cendiakawan, ahli politik warga
pendidik Ibubapa dan setiap lapisan masyarakat memberi tamparan yang hebat terhadap pelancaran
program ini. Spekulasi yang menyatakan DLP mencemar bahasa Melayu mungkin adalah mitos dan
sekadar aidaian . Artikel yang ditulis Oleh Aimon Muhammad bertajuk Bahasa Melayu dan nasib
Bangsa Melayu menyatakan Bahasa Melayu pada hari ini menghadapi berbagai masalah. Masalah
terpenting yang kini sedang terjadi, meskipun kita enggan mengakuinya, ialah krisis ilmu. Kita sama
sekali tidak peduli terhadap krisis nasional, aitu kemuflisan ilmu dalam Bahasa Melayu.
Perpustakaan kita kosong dari bahan-bahan akademik (buku-buku ilmiah) dalam bahasa Melayu, dan
keadaan ini lebih tepat diistilahkan sebagai kemuflisan atau kebangkrupan ilmu. Di tambah pula
Tanpa DLP, Bahasa Melayu tetap dalam krisis tulisan Dr Chin-Huat pada March 15, 2016 turut
menjelaskan bahawa bahasa Melayu itu sendiri sedang dalam krisis walaupun tanpa DLP .Apapun
perhitungannya apa yang telah digubal dan di rancangan sudah pasti telah melihat dan mengambil
kira pelbagai aspek untuk direalisasikan. Namun sepanjang perjalanan untuk menjayakan sesuatu itu
pasti ada pro dan kontranya. Di situlah kajian untuk melaksanakan penambahbaikan program itu
sangat dituntut. Atau erti kata lain ianya pasti menjadi titik noktah dan berkubur menjadi sejarah
sekiranya tidak diperbetulkan. Supaya ianya tidak berulang seperti program lepas yang dianggap
gagal adalah lebih baik kenalpasti kelemah-kelemahan serta apakah alternatif yang logik dan
rasional bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Memetik kata-kata dari Albert Einstein yang sangat memberi inspirasi dalam kemelut DLP ini We
cannot solve our problem with the same thinking we used when we created them dan satu lagi
petikan kata-kata dari beliau If i have 60 minutes to solve the problem , Id spend 55minutes
defining it, and 5 minutes solving it. Mungkin mengambil masa yang lama untuk mencari di mana
punca kelemahan program ini. Pastinya setelah kita mengenalpasti permasalahan nya sudah pasti
dalam masa yang singkat segala masalah dapat dirungkai.

17
Antara kelemahan yang perlu di beri perhatian dan diperbaiki antaranya sikap murid dan ibubapa itu
sendiri. Perlunya dihebahkan dengan saluran yang betul supaya murid dan ibubapa mendapat
penerangan dan makluman yang jelas dan tepat. Hebahan boleh dibuat semasa mesyuarat PIBG atau
perjumpaan prasarana Ibubapa mahupun perjumpaan khas berkenaan program tersebut. Saya pasti
sekiranya ibubapa mendapat pendedahan berkenaan DLP dengan secara lebih jelas dengan saluran
yang betul dan profesional pasti tidak berlaku andaian-andaian negatif dan khabar angin yang
didengar dari pihak luar yang belum tentu kesahihannya .

Kementerian juga perlu memberi peluang kepada umum untuk memberikan pandangan dan idea
secara keseluruhannya supaya seluruh rakyat faham hasrat kerajaan. Benar Kementerian itu sendiri
mempunyai para cendiakawan yang telah duduk bersama berbincang untuk menjayakan program ini
tetapi two heads is better than one head dan apatah lagi dengan mengambilkira pandangan
masyarakat luar yang juga sebahagaian dari entiti sistem pendidikan negara. Mereka juga perlu diberi
ruang dan peluang untuk memberi pandangan tambahan masyarakat Malaysia era kini bukan lagi
masyarakat yang kuno dan otodoks tetapi pemikiran mereka jauh lebih luas dan intelek dengan ilmu
yang diperolehi secara global dan tidak tertumpu dalam skop yang kecil.

Selain itu bahan rujukan yang kurang menjadi kelemahan dalam program ini di mana guru
kekurangan sumber untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajran . Kementerian perlu
menyediakan sebanyak yang mungkin supaya guru-guru sentiasa mewah dengan bahan . Bekalan
bahan akan disediakan oleh Kementerian Pendidikan dan tempoh untuk menerima bahan-bahan
tersebut akan mengambil masa yang lama. Bukankah ini memberi kesan terhadap tanggapan guru itu
sendiri dan berasa bingung tentang tujuan pelaksanaan DLP. Sepatutnya semua courseware bahan
rujukan dan sebagainya telah tersedia sebelum memulakan program tersebut.

Dapatan dari mereka yang menjalankan program ini,Sukatan pelajaran yang tidak selaras dengan
buku teks yang dibekalkan oleh KPM. Selain itu tiada rancangan pelajaran tahunan dalam bahasa
Inggeris dibekalkan . Bukankah ini menimbulkan masalah kepada guru untuk menjalankan
pengajaran dan pembelajaran ini dengan lancar dan teratur. Sebab itulah saya katakan pihak KPM
sendiri perlu bersedia dengan segala kelengkapan sebelum program ini di lancarkan. Ini memberikan
masalah kepada guru yang akhirnya penulisan rancangan pengajaran harian yang tidak standard dan
berbeza anatara satu sekolah dengan sekolah yang lain. Ini antara perkara perkara yang perlu di
pandang serius dan di perbaiki.

18
Yang paling utama sekali dari segi guru itu sendiri yang merupakan peranan utama dalam program
ini. Kesediaan guru untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah penting
supaya keberhasilan murid dapat tercapai. Perbincangan sebelum ini meminta guru-guru yang pernah
mengajar PPSMI untuk mengajar dalam program DLP. Mungkin guru-guru tersebut sudah ada
pengalaman dalam mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris .Namun guru-guru yang
akan diambil untuk mengajar dalam program ini haruslah terdiri dari guru yang opsyen yang
bertepatan dan memberikan latihan atau kursus intensif yang benar-benar dihajati oleh KPM supaya
sejarah guru PPSMI yang mengajar matematik dan Sains menggunakan bahasa Ibunda tidak
berulang. Laporan keratan akhbar Sinar harian 11 disember 2015, Datuk Kamalanathan berkata
Peluang masih dibuka kepada pesara guru (BI) untuk kembali mengajar subjek itu bagi menampung
kekurangan guru dalam subjek itu. Guru pesara BI merupakan calon yang baik untuk mengajar
dalam program DLP. Ini kerana pada pendapat saya mereka mempunyai pengalaman mengajar
bahasa Inggeris. Apa yang diperlukan adalah mereka perlu mempersiapkan diri dengan teknik
pengajaran yang terkini dan memenuhi standard DLP.

Besar harapan saya agar semua pihak menyokong hasrat kerajaan dan memberi semangat kepada
murid-murid dalam pembelajaran. Saya juga berharap Program DLP memberi kelonggaran kepada
sekolah-sekolah yang berhasrat untuk menyertai program tersebut dan tidak terhad kepada sekolah-
sekolah yang memenuhi kriteria sahaja. Pembelajaran Bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan
Matematik sebenarnya memberi peluang kepada murid kita dan dapat menjamin masa depan anak-
anak terutama dalam bidang-bidang yang berkepakaran tinggi seperti teknologi, perindustrian,
pembuatan dan profesion yang lain di mana kebanyakan pekerjaan masih menuntut penguasaan
Bahasa Inggeris yang mantap. Ini dalah antara platform bagi anak didik kita untuk memperbaiki
penguasaan Bahasa Inggeris seawal yang mungkin. Sebaik-baik perancang itu sudah semestinya
Allah SWT namun tidak salah kita merancang dan iktiar ke arah memperbaiki segala kekurangan .Itu
lah yang dituntut. Wallahualam.

SEKIAN

19
SUMBER

1. Kathryn Lindholm-Leary, 2000 book on Dual Langguage


http://www.ncela.us/files/rcd/BE021333/Biliteracy_for_a_Global_Society.pdf

2. Artikel Sistem Pendidikan Dwibahasa di Negara-Negara Asean oleh Mohd Rasdi Bin
Saamah, Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

3. Artikel Reviewing Bilingual Education Program oleh Magdahalena Tjalla Jun 2015,
http://journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/al

3. Garis panduan DLP Versi 1.0 2015, Kementerian Pelajaran Malaysia

4. laporan Berita Astro awani Jan 2016,'Sakitnya di kepala, kenapa diberi ubat cirit?' Gapena
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-program-dwi-bahasa-sakitnya-di-kepala-
kenapa-diberi-ubat-cirit-gapena-88204

5. Keratan akhbar Berita Harian, 30 Oktober 2015 Pelajar di saran kuasai pelbagai bahasa

6. Laporan Utusan Online 03 Mac 2016 BAHARUDIN HUSIN (Timbalan Pengerusi Gagasan
Melaka) Sokong Perlaksanaan DLP dan HIP

7. Keratan akhbar Sinar Harian, 11 Disember 2015, Pintu Terbuka pesara BI kembali mengajar

8. laporan Berita Harian online ISNIN, 9 NOVEMBER 2015 Bahasa Melayu Julang
Keunggulan Bangsa

9. Laporan Ismaweb March 2016 DLP: Kerajaan kena perkasakan bahasa Melayu dalam sains,
teknologi http://www.ismaweb.net/2016/03/dlp-kerajaan-kena-perkasakan-bahasa-melayu-
dalam-sains-teknologi/

10. Laporan Berita Harian Mendaulatkan, mengantarabangsa bahasa Melayu JUMAAT, 13


NOVEMBER 2015 http://www.bharian.com.my/node/96490

20
11. Laporan Utusan , Bahasa Melayu julang keunggulan bangsa
http://www.utusan.com.my/rencana/pemartabatan-bahasa-melayu-8232-perkukuh-
pembinaan-negara-bangsa-1.159154

12. Laporan Utusan.com.my memetik kata -kata Prof. Datuk Dr. Teo Kok SeongUtamakan HIP
berbanding DLP http://www.utusan.com.my/berita/nasional/utamakan-hip-berbanding-dlp-
1.152434#sthash.kzJI6jLI.dpuf

13. Laporan https://www.malaysiamarketing.my/wp-content/cache/wp-


rocket/www.malaysiamarketing.my/tanpa-dlp-bahasa-melayu-tetap-dalam-
krisis//index.html_gzip

21