Anda di halaman 1dari 40

1.

0 PENDAHULUAN

Tugasan kajian pada kali ini menguji daya pemikiran yang kritis untuk melihat

secara tersurat dan tersirat dalam sistem pendidikan di antara negara Malaysia dan

negara Jepun. Ia bukan hanya melihat kepada ideologi pendidikan negara malah ia

menuntut satu anjakan baharu dalam daya fikir penulis untuk menilai sejauh mana

perkembangan pendidikan negara kita jika dibandingkan dengan negara luar dari

perspektif yang positif sebagai wahana kecemerlangan acuan dalam pembinaan

dasar pendidikan negara. Kenyataan ini selari dengan pendapat Sharifah Nooraida

(2016) yang menyatakan bahawa keperluan sesebuah negara diterjemahkan

kepada masyarakat melalui sistem pendidikan dalam kurikulum yang digubal.

Justeru itu, paparan di bawah adalah perbincangan ilmiah aspek perkembangan

kurikulum secara tuntas di antara Malaysia dengan Jepun.

1.1 KURIKULUM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Secara lazimnya, kita tidak akan dapat memahami perkembangan

pendidikan dan kurikulum di Malaysia sepenuhnya dan rasional

pembentukannya sekiranya kita tidak menyoroti sejarah pendidikan dan sejarah

negara ini sendiri. Untuk memahami di mana kita berdiri sekarang, kita harus

melihat kembali perjalanan yang telah kita tempuhi dalam berpuluh tahun

kebelakangan ini sehingga ke hari ini. Demikian juga halnya dengan

pendidikan dan kurikulum di Malaysia pada masa kini yang diasaskan oleh

zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka.

1.2 KURIKULUM PENDIDIKAN DI JEPUN

Secara ringkasnya, dalam mengenali dan memahami perkembangan

pendidikan di Jepun, didapati bahawa selepas pemulihan Meiji pada tahun 1868,

1
pendidikan moden telah diperkenalkan (Kaori Okano & Motonori Tsuchiya,

2010). Pendidikan moden terebut adalah bersifat sekular dan terpisah dari agama

Buddha dan golongan bangsawan. Sehingga pertengahan kurun ke-19, 40%

daripada rakyat Jepun pandai membaca. Pada masa ini, boleh dikatakan bahawa

seluruh rakyat Jepun celik huruf. Prinsip pendidikan di Jepun ialah untuk

melahirkan negara yang demokratik dan rakyat yang cintakan keamanan. Undang-

undang Asas Pendidikan 1947 berbunyi:

We shall esteem individual dimity and endeavor to bringup people who love truth
andpeace, while education which aims at. the creation of universal yet highly
individualistic culture shall be spread far and wide.

Peluang untuk mendapatkan pelajaran adalah meliputi semua rakyat

tanpa mengira bangsa, agama, jantina, status sosial, kedudukan ekonomi dan latar

belakang keluarga. Pendidikan di Jepun menitikberatkan pengetahuan politik dan

kebebasan agama dalam usaha melahirkan rakyat yang baik (Kaori Okano &

Motonori Tsuchiya, 2010). Pada masa yang sama, sistem pendidikan tidak boleh

terikat dengan mana-mana parti politik atau agama. Kerajaan Jepun menggalakkan

organisasi awam membina perpustakaan, muzium dan dewan untuk memberi

kemudahan kepada para pelajar untuk mengaji.

Pendidikan peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah rendah

adalah selama 9 tahun yang merupakan pendidikan wajib. Semua kanak-kanak

di Jepun diwajibkan bersekolah dari usia 6 hingga 15 tahun. Pelajaran pada

peringkat ini diberi secara percuma (Kaori Okano & Motonori Tsuchiya,

2010). Selepas itu, terpulang kepada para pelajar sama ada ingin meneruskan

pelajaran atau berhenti belajar dan terus bekerja. Namun, kebanyakan pelajar

2
memilih untuk meneruskan pengajian mereka. Pada 1989, pelajar yang

meneruskan pengajian ke peringkat Menengah Tinggi berjumlah 95%. Pada

1976, 39% pelajar memasuki pusat pengajian tinggi. Jumlah ini kemudiannya

menurun kepada 31% pada 1989. Ini kerana 29% pelajar telah memasuki

sekolah-sekolah vokasional dan sekolah-sekolah khas, sementara 35% lagi

memasuki bidang pekerjaan Guru yang merupakan kerjaya yang amat

dihormati di Jepun (Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, 2010). Guru dipanggil

sensei (tuan). Terdapat 5 persatuan guru di Jepun. Lebih dari 50% guru

sekolah swasta menganggotai Nikkyo-so (Persatuan Guru Jepun), iaitu sebuah

persatuan guru yang terbesar di dunia. Selain dari itu, kebanyakan sekolah

mempunyai persatuan guru dan ibu bapa untuk menjalinkan hubungan baik

antara kedua-duanya.

Menurut Kaori Okano & Motonori Tsuchiya (2010) juga, sejak

kebelakangan ini, sistem pendidikan Jepun menerima kecaman kerana hanya

bergantung kepada pengambilan nota-nota, dan mengetepikan daya kreativiti

setiap pelajar. Pelajar sekolah rendah dan menengah diarahkan memakai

pakaian seragam dan mematuhi peraturan sekolah yang ketat. Persaingan pula

merupakan perkara biasa kerana para pelajar dikehendaki lulus peperiksaan

dengan cemerlang sebelum diterima masuk ke sekolah tinggi atau universiti,

yang seterusnya akan menjanjikan kerjaya yang menarik kepada pelajar-

pelajar. Kebanyakan pelajar menghadiri kelas tambahan sebagai tambahan

kepada sekolah biasa. Ini bertujuan untuk menyediakan diri bagi menghadapi

peperiksaan yang dinamakan jukenjigoku atau examination hell.

Kaori Okano & Motonori Tsuchiya (2010) juga menyatakan bahawa

jangka waktu persekolahan di Jepun adalah lebih panjang jika dibandingkan

3
dengan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Sekolah-sekolah beroperasi dari

Isnin hingga Jumaat, dan pada hari Sabtu, pelajar-pelajar di Jepun tetap

menghadiri kelas selama setengah hari. Selain dari itu, jumlah hari

persekolahan dalam setahun di negara Jepun ialah 240 hari berbanding dengan

cuma 180 hari di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula hari persekolahan adalah

sebanyak 190 hari dalam setahun. Oleh itu, secara positif para pelajar Jepun

dikatakan lebih mahir dalam bidang sains dan matematik.

2.0 TUJUAN PENULISAN

Tujuan perbandingan perkembangan kurikulum dan pengajaran yang

melibatkan di antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Jepun adalah untuk

melihat dasar dan corak kurikulum. Perbandingan di antara dua buah negara ini

adalah untuk melihat kepentingan dasar pendidikan di setiap negara. Dengan itu,

kita boleh mengenalpasti corak kurikulum yang dijalankan di Jepun sama ada

sesuai untuk diikuti atau ditambahbaik di negara kita. Selain itu, kita juga boleh

melihat sama ada terdapat persamaan atau tidak dasar pendidikan dan kurikulum

di antara Malaysia dan Jepun. Penulisan perbincangan kajian ini diteruskan

dengan melihat dari pelbagai aspek yang dijadikan bahan perbandingan

perkembangan kurikulum dari aspek falsafah pendidikan; fungsi pendidikan;

peringkat dan kurikulum pendidikan serta kepelbagaian sekolah yang dijalankan

bagi kedua-dua buah negara.

3.0 HASIL DAPATAN KAJIAN PERBANDINGAN PERKEMBANGAN

KURIKULUM ANTARA NEGARA MALAYSIA DENGAN NEGARA

JEPUN

4
3.1 FALSAFAH DAN FUNGSI KURIKULUM ANTARA NEGARA

MALAYSIA DENGAN NEGARA JEPUN

Perkataan falsafah berasal dari dua patah perkataan Yunani iaitu

philos yang bermaksud mencintai dan Sophia yang membawa maksud

ilmu atau kebijaksanaan. (Mohd Nuruddin, Usaamah bin Hilaluddin dan

Mohamad Syuibal Hafiz bin Husin, 2015) Oleh itu, penggabungan dua patah

perkataan Yunani tersebut membawa maksud mencintai ilmu atau

kebijaksanaan. Di samping itu, Kamus Dewan Edisi ke-4 pula mentafsirkan

bahawa falsafah adalah pengetahuan tentang kefahaman yang dianggap

sebagai ilmu tertinggi atau terhebat yang menjadi dasar atau rujukan oleh

ilmu-ilmu yang lainnya. Melalui tafsiran ini, falsafah adalah satu idea yang

dirujuk oleh para ilmuwan yang seterusnya untuk mencipta dan

menambahbaik ilmu yang sedia ada.

Manakala pendidikan pula berasal dari dua perkataan latin iaitu

educere yang bermaksud membimbing atau melatih dan educare yang

bermaksud melatih atau mengasuh (Mohd Nurudin, Usaamah bin Hilaluddin

dan Mohamad Syuib Al Hafiz bin Husin,2015). Justeru itu, fahaman tentang

pendidikan setelah penggabungan dua perkataan latin tersebut adalah satu

tindakan untuk membimbing, melatih dan mengasuh mana-mana individu

untuk memahami atau menguasai pembelajaran.

Sehubungan itu, falsafah pendidikan boleh disimpulkan sebagai

melatih, membimbing dan mengasuh individu untuk mencintai serta

memahami ilmu yang diajar kepada mereka. Justeru itu, pengaplikasian itu

sendiri menunjukkan bahawa falsafah pendidikan dapat membantu

membentuk manusia yang bijak, berakhlak, bertamadun serta saling

5
bergantungan antara satu sama lain untuk bersama-sama memajukan tamadun

mahupun negara masing-masing.

Khairul Azwan (2012) menegaskan bahawa falsafah pendidikan

amat penting dalam memainkan peranan untuk mencorak system pendidikan

di sesebuah Negara. Tanpa penggubalan falsafah pendidikan, pendikan di

sesebuah negara tersebut akan kucar kacir, tidak terarah serta tidak

mempunyai asas yang kukuh untuk membangunkan negara dari pelbagai

sektor.

Sebagaimana hasrat dan cita-cita rakyat Malaysia, maka Falsafah

Pendidikan Negara adalah seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Melalui falsafah tersebut, Zairil Khir Johari (2014) menyimpulkan

bahawa terdapat dua tujuan dasar pendidikan negara iaitu untuk menghasilkan

modal insan terbaik dan yang kedua adalah memastikan tidak terdapat anak-

anak Malaysia yang tercicir mahupun ketinggalan dari segi peluang

pendidikan.

Selain itu falsafah tersebut juga mencerminkan bahawa sistem

pendidikan di Malaysia ingin membentuk individu yang seimbang dari

pelbagai sudut untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang baik serta

berpengetahuan. Malahan menurut Nurshakiraanisa (2014), sistem pendidikan

6
negara menekankan perkembangan potensi diri indidvidu secara menyeluruh

dan bersepadu ke arah melahirkan masyarakat yang baik dan sempurna yang

berlandaskan kepercayaan serta berpegang teguh pada agama masing-masing.

Ini adalah kerana, masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani

dan intelek akan menjadi wargnegara yang baik serta sangat diperlukan untuk

membangunkan negara Malaysia.

Pendapat tersebut hampir sama dengan kenyataan Zaini bin

Abdullah dan rakan-rakannya yang menerangkan bahawa pendidikan di

Malaysia secara umumnya sentiasa berkaitan dengan perpaduan rakyat serta

kemajuan yang menjurus ke arah pembangunan dan kemakmuran Negara.

Hal ini adalah kerana pembangunan negara perlu seiring dengan perpaduan

rakyat untuk membentuk sebuah negara bangsa yang maju memandangkan

rakyat Malaysia terdiri daripada suku kaum yang pelbagai serta amalan

agama dan budaya juga berbeza mengikut kepercayaan masing-masing.

Sementara itu, sistem pendidikan di Negara Jepun dibangunkan atas

prinsip-prinsip legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral, penyesuaian

dan penetapan persekitaran pendidikan serta desentralisasi (Terabassing,

2010). Faktor penyebab Jepun cepat maju adalah masyarakat yang sangat

aktif, berdisiplin dan kreatif (Ahli Artikel, 2015). Manakala menurut Zul Fikri

Zamir (2016), falsafah pendidikan di negara Jepun lebih menekankan

kejujuran. Ini menunjukkan bahawa masyarakat Jepun lebih mementingkan

nilai-nilai kemanusiaan berbanding hanya untuk lulus peperiksaan semata-

mata. Para pelajar di Jepun dinilai berdasarkan tahap kemampuan mereka

sendiri.

Selain itu menurut Amir Al-Makassary (2016), Kurikulum di negara

7
Jepun diatur oleh sebuah komiti khas di bawah seliaan kementerian

pendidikan (MEXT) yang terdiri wakil persatuan guru, pakar pendidikan,

dalam kalangan industri dan juga wakil MEXT sendiri. Komiti khas ini

ditugaskan untuk mempelajari tujuan pendidikan seperti yang tercatit dalam

Fundamental Education Law (Kyouiku Kohonhou) dan menyesuaikan

dengan perkembangan pendidikan yang baik dan berkesan dari dalam

mahupun luar negara.

Berlainan pula dengan Mohd. Sykri Jali (2012) yang menyatakan

bahawa masyarakat Jepun yang terkenal dengan sikap workaholic atau gila

kerja mementingkan pembelajaran sepanjang hayat. Fenomena ini dikenali

sebagai employability fever yang bermaksud masyarakat bertekad untuk

memiliki ketelusan atau kemahiran tertentu untuk menjamin mereka

mendapat peluang pekerjaan dalam bidang yang mereka minati.

Sistem pengajaran di negara Jepun boleh disimpulkan sebagai

pembentukan manusia yang kreatif dan berdisiplin kerana pendidikan di

Jepun juga berkait rapat dengan didikan cara berinteraksi atau bergaul serta

pembentukan peribadi individu. Malahan menurut Amir Al-Makasarry (2016)

lagi, pendidikan di Jepun terarah ke proses pembentukan peribadi individu,

menanamkan jiwa yang bebas serta bertanggungjawab dan bertoleransi untuk

menghargai setiap indidvidu.

Kesimpulannya, falsafah pendidikan Negara Jepun lebih bersifat

humanistik serta berkait rapat dengan kehidupan seharian. Tambahan pula

segala ilmu didikan dapat diaplikasikan serta diperlukan dalam menjalani

kehidupan yang sebenar.

Sementara itu, Falsafah Pendidikan Negara Malaysia telah

8
menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia adalah untuk

memperkembangkan individu secara seimbang dan harmoni dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Nito Tony (2012), menyatakan bahawa Falsafah

Pendidikan Kebangsaan Malaysia dibentuk untuk menangani krisis

penglobalisasian pendidikan masa kini yang sedang pesat membangun.

Menurut Rukiah Johari (2012) pula, pendidikan di Malaysia adalah

mengharapkan perkembangan dimensi intriksik individu untuk membentuk

akhlak, budi pekerti serta keperibadian mulia dan juga keimanan individu itu

sendiri. Ini menunjukkan bahawa seseorang individu perlu membangunkan

diri sendiri terlebih dahulu sebelum berbakti kepada keluarga, masyarakat dan

negara jika dinilai dari aspek dimensi sosial.

Tambahan pula Rukiah Johari (2012) juga ada menekankan bahawa

fungsi pendidikan Malaysia kini dilihat sebagai asas untuk kelangsungan

sesuatu pembangunan di negara iaitu pembangunan modal insan dan

pembangunan negara. Ini membuktikan bahawa fungsi pendidikan bukan

hanya untuk keperluan diri sendiri mahupun keluarga sahaja. Malahan bidang

pendidikan di Malaysia juga dianggap sebagai pemacu ke arah kemajuan

negara.

Pendapat tersebut turut dipersetujui oleh Nurhidayahzul (2012)

bahawa pendidikan berfungsi sebagai haluan ke arah kemajuan dan mencapai

kesejahteraan sosial sekaligus mampu meningkatkan ekonomi Negara.

Melalui pendidikan masyarakat dapat bersaing secara global dengan dunia

luar dari pelbagai bidang termasuk ekonomi, kemajuan teknologi maklumat,

perubatan dan bidang-bidang yang lain serta tidak ketinggalan juga bidang

pendidikan itu sendiri.

9
Kenyataan tersebut turut disokong oleh Nito Tony (2012) yang

menyatakan bahawa Malaysia berhasrat untuk mewujudkan modal insan yang

mempunyai minda kelas pertama. Ianya adalah supaya mereka menyumbang

secara efektif dan aktif dalam pembangunan negara manakala bidang

pendidikan pula dijadikan agen yang memainkan peranana utama ke arah

pembentukan negara bangsa.

Konsep negara bangsa yang menjadi Teras Pertama Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan 2006-2010 turut menuntut warganegara Malaysia

supaya bersikap patriotik, mencintai negara, bersifat global dan berdaya saing

demi meneruskan warisan kebudayaan serta kesenian bangsa seterusnya

menumpukan taat setia kepada raja dan negara berpandukan ajaran agama

masing-masing. Menurut Rukiah Johari (2012), rakyat Malaysia akan bersatu

padu walaupun dilanda gelombang globalisasi melalui perlaksanaan konsep

negara bangsa dan ini dapat dilaksanakan melalui penerapan dalam

pendidikan.

Pendidikan di Malaysia bukan berasaskan akademik semata-mata

malahan juga kemahiran hidup. Individu yang berjaya dalam bidang

akademik seterusnya mempelajari kemahiran tertentu akan lebih berjaya

dalam kehidupan sama ada di rumah, di tempat kerja mahu pun pergaulan

individu tersebut dengan komuniti. Pendapat ini turut disokong oleh

Nurhidayahzul (2012) iaitu pendidikan di Malaysia merupakan institusi sosial

yang berfungsi menyediakan tenaga kerja pakar, pekerja teknikal dan juga

pekerja profesional.

Selain itu, pendidikan juga berperanan sebagai kaedah untuk

meningkatkan kadar celik huruf dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal ini

10
memandangkan kebolehan membaca serta menulis adalah asas utama

individu untuk menjalani kehidupan di era globalisasi ini (Nurhidayah,2012).

Era globalisasi semakin pesat membangun, justeru itu kebolehan setiap

individu untuk membaca, menulis, mengira serta menyelesaikan masalah

amatlah perlu untuk memastikan mana-mana individu tidak ketinggalan

terlalu jauh seterusnya berlaku jurang pendidikan yang sangat ketara.

Sebaliknya bagi negara Jepun, pendidikan berfungsi sebagai salah

satu cara untuk membesarkan anak-anak Jepun yang sihat fikiran dan tubuh

badan serta penuh berestetika untuk membentuk murid yang ideal. Murid

yang ideal pada pandangan masyarakat Jepun adalah murid yang selalu

melatih diri sendiri, sentiasa mematuhi peraturan, bersedia berkerja secara

sukarela serta mempunyai dasar untuk berfikir secara global. Menurut

Damiana (2011), pendidikan di Jepun diharap dapat mewujudkan masyarakat

yang membangun dari segi peribadi diri, berusaha melindungi individu lain,

cintakan keamanan, keadilan, menghargai nilia-nilai individu, menghargai

kerja, bertanggungjawab, bersemangat membangunkan negara serta sentiasa

berusaha mengekalkan keharmonian masyarakat.

Manakala menurut Prof Dr. Muhaya (2013), pendidikan di Jepun

dari awal sekolah rendah hingga ke peringkat tiga pertengahan agak

ketinggalan kerana fungsi utama pendidikan peringkat awal ialah mendidik

dan menanamkan konsep dan pembentukan peribadi juga watak individu dan

bukan hanya pendidikan dan indoktrinasi (dictation) semata-mata. Sistem

pendidikan di negara Jepun tidak hanya tertumpu pada keputusan cemerlang

sahaja sebaliknya lebih ke arah usaha untuk berjaya. Adalah sudah menjadi

budaya di Jepun tidak membezakan pelajar mereka sama ada bijak atau tidak

11
sebaliknya mereka mewujudkan sistem lain supaya para pelajar dapat

bersaing dalam industri pekerjaan selepas mereka meninggalkan bangku

persekolahan (Jelajah Jepun, 2014).

Selain itu, pendidikan di Jepun juga lebih mementingkan ilmiah dan

kelangsungan ikatan kekeluargaan. Buktinya adalah apabila adanya buku

perhubungan antara guru dan ibu bapa yang harus diisi oleh anak-anak ketika

kelas terakhir (Nurafifah, 2014). Justeru, melalui buku perhubungan tersebut

sekurang-kurangnya ibu bapa tahu apa yang anak pelajari pada hari tersebut.

Tambahan pula menurut Damiana (2011), pendidikan di negara Jepun

berfungsi untuk mengekalkan nilai-nilai sosial yang terdapat dalam

masyrakat. Ini menunjukkan bahawa, pendidikan di Jepun tidak berasaskan

kurikulum sahaja tetapi juga berkait rapat dengan seluruh kehidupan mereka.

Manakala menurut Nurafifah (2014), sistem sekolah di Jepun

sangat mementingkan kebersihan. Setiap murid tanpa mengira kecil atau

besar akan bersama-sama mencuci bilik air, mengelap koridor, menyapu

sampah sekolah dan lain-lain lagi akan dilakukan oleh pelajar dari tahun 1

hingga tahun 6 sebagai cara untuk memupuk nilai bertanggungjawab serta

disiplin mereka. Jadi fungsi sekolah-sekolah di Jepun bukan hanya mendidk

dari segi akademik sahaja malahan mendidik dari segi sivik dan moral iaitu

dengan mempraktikkan nilai-nilai tersebut.

Menurut Kaori Okano & Motonori Tsuchiya (2009), terdapat 4

peranan atau fungsi pendidikan di negara Jepun iaitu penyampaian ilmu

dengan memindahkan ilmu pengetahuan kognitif kepada para pelajar, yang

kedua pula ialah mensosialisasi dan mengakulturas para pelajar, seterusnya

yang ketiga pula pemilihan dan perbezaan para pelajar berdasarkan tahap

12
akademik serta kebolehan masing-masing, manakala yang keempat pula

adalah pewajaran ilmu yang perlu disampaikan kepada para pelajar.

3.2 PERINGKAT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN KURIKULUM

Sistem dan amalan semasa persekolahan Jepun menunjukkan

warisan sejarahnya selama 130 tahun. Pembaharuan radikal menandakan

permulaan bagi persekolahan nasionalis sebelum perang (1868-1945) dan

pendidikan bercorak demokrasi selepas perang (1945-sekarang). Pesekolahan

Nasionalis adalah bermula pada tahun 1868 sehingga 1945 yang mana pada

ketika itu pemerintahan adalah di bawah kuasa Maharaja Meiji. Persekolahan

Meiji terbuka kepada semua kanak-kanak dalam negara tanpa mengira tempat

tinggal dan latar belakang. Fokus utama persekolahan pada zaman Meiji

adalah untuk melahirkan jati diri nasional, atau semangat kenegaraan yang

harus dikongsi oleh golongan yang selama ini cuma mengaitkan diri mereka

dengan pemerintahan feudal masing-masing, dan untuk melatih mereka dalam

membina sebuah negara bangsa moden (Okano & Tsuchiya, 2010).

Undang-undang Pendidikan Sekolah 1947 membentuk sistem

persekolahan satu landasan 6-3-3-4 ( iaitu sistem 6-3-3 di tambah empat tahun

di universiti). Penyusunan semula sistem pendidikan ini bertujuan untuk

mendukung satu sistem pendemokrasian yang menekankan pembangunan

individu. Pendidikan menjadi hak asasi individu dan terbuka kepada semua

dan seterusnya menjadi ejen pendemokrasian dikalangan penduduk.

13
14
Sumber : Okano, Kaori dan Tsuchiya, Motonori. (2010). Pendidikan moden
Jepun: Ketaksamaan dan Kepelbagaian. Education In Contemporary Japan.Siri
Pembangunan Profesion Perguruan : Institut Terjemahan Negara Malaysia,
Kuala Lumpur.

Di Malaysia pula, selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun

1945, semangat nasionalis Melayu membara yang mahukan kadaulatan dalam

soal bahasa dan pendidikan. Pada ketika ini, Laporan Barnes dan Laporan

Fenn-Wu dijadikan landasan membenttuk Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan

ini menjadi saluran penting oleh kerajaan untuk membina semangat

kewarganegaraan dan perpaduan kaum. Selain itu, Ordinan Pelajaran ini juga

menjadi batu asas kepada sistem pendidikan negara Malaysia pada hari ini.

Pada tahun 1961, Akta Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan

sebagai asas kepada perkembangan sistem pendidikan moden di Malaysia

pada hari ini. Dasar-dasar penting dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan

Rahman Taib 1960 telah digabungjalinkan menjadi dasar legislative atau

perundangan yang menjadi kemestian untuk dilaksankan oleh sekolah-sekolah

di Malaysia Penegasan terpenting dalam proklamasi Akta Pendidikan 1961

ialah satu sistem pedidikan kebangsaan. Akhirnya, pada tahun 1996

kesinambungan dasar-dasar pendidikan yang sedia ada, Akta Pendidikan 1996

telah dibentuk. Perakuan-perakuan yang diungkapkan di dalam Akta

Pendidikan 1996, telah dizahirkan di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang

diperakui terbeban dengan semangat-semangat globalisasi Wawasan 2020,

Rukun Negara, nasionalisme, integrasi nasional dan demokrasi

Secara keseluruhannya, sejarah pendidikan di kedua-dua buah

negara sama ada Malaysia dan Jepun telah melalui banyak proses perubahan

dan adaptasi bagi memastikan kesesuaian sistem pendidikan atau kurikulum

15
yang bersesuaian dan tepat dengan kehendak dan keperluan masyarakat di

kedua-dua buah negara. Penerimaan sejagat adalah sangat penting,

memandangkan kedua-dua sistem pendidikan yang diwujudkan adalah

berfokus kepada pembentukan semangat nasionalisme, perpaduan dan jati diri

yang tinggi. Di bahagian penulisan yang seterusnya, kita akan melihat

perbandingan pelbagai peringkat laluan pendidikan yang telah ditetapkan di

Malaysia dan Jepun. Hasilnya, kita dapat mengetahui pelbagai laluan

pedidikan dan penentuan corak kurikulum yang telah ditentukan oleh kerajaan

masing-masing bagi membentuk acuan budaya masyarakat berilmu di

Malaysia, juga Jepun.

Jadual 5.1 Perbandingan Peringkat Persekolahan Malaysia dan Jepun

PERI MALAYSIA JEPUN


NGKAT
Prasekolah Kanak-kanak berusia 4 Kanak-kanak berusia 3 hingga
hingga 6 tahun 6 tahun
Sekolah Pelajar mula bersekolah di Pelajar berada di sekolah
Rendah sekolah rendah bermula pada rendah sejak berusia 6 tahun
usia 7 tahun sehingga 12 sehingga 12 tahun
tahun
Sekolah Pelajar berusia 13 tahun Pelajar berusia 13 tahun
Menengah hingga 15 tahun hingga 15 tahun
(Rendah)
Sekolah Pelajar berusia 16 tahun Pelajar berusia 16 tahun
Menengah hingga 17 tahun hingga 17 tahun
(Atas)
Lepasan Pelajar berumur 17 tahun ke Pelajar berumur 18 tahun ke
Menengah/ atas akan melanjutkan atas akan melanjutkan
Pengajian pelajaran ke peringkat pelajaran ke peringkat
Tinggi pengajian tinggi pengajian tinggi

3.3 PERINGKAT PERSEKOLAHAN NEGARA MALAYSIA DENGAN

NEGARA JEPUN

3.3.1 Prasekolah

Di Malaysia, kebanyakan kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6


16
tahun memulakan pendidikan mereka pada peringkat prasekolah. Tadika

telah dibangunkan dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta.

Panduan untuk sistem pendidikan telah disediakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM). Di antara objektif pendidikan prasekolah ialah

memupuk semangat cinta akan negara, menerapkan nilai-nilai murni dan

membina sahsiah yang murni, membangunkan kemahiran asas

berkomunikasi, menghormati bahasa kebangsaan, memperoleh asas

Bahasa Inggeris, menggalakkan aktiviti fizikal sebagai asas untuk

kesihatan yang baik dan menyemai kemahiran berfikir secara kritikal

melalui semangat inkuiri dan penggunaan semua deria (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2001). Pada peringkat ini, kurikulumnya melibatkan

proses bersosial, perkembangan personaliti dan lebih bersifat penyediaan

kanak-kanak ke sekolah rendah.

Manakala di Jepun, kanak-kanak seawal usia 3 tahun dan ke atas

telah dihantar ke tadika. Kurikulum di tadika-tadika di Jepun bertujuan

untuk menyediakan kanak-kanak prasekolah dengan asas untuk

menyedarkan mereka tentang dunia sekeliling dan untuk memberi

galakkan kepada daya kreativiti intelek mereka melalui bermain, melukis

gambar, membuat projek kraftangan dan sebagainya (Persatuan Maklumat

Pendidikan Antarabangsa, 1989). Kanak-kanak akan terlibat dalam

aktiviti fizikal di atas buai dan papan gelongsor atau dalam aktiviti-aktiviti

menunjukkan bakat seperti menyanyi, menari dan sebagainya.

3.3.2 Sekolah Rendah

Di Malaysia, sistem persekolahan rendah bermula pada usia 7 tahun

17
dan ia harus dihabiskan dalam masa antara 5 ke 6 tahun. Terdapat 2 jenis

sekolah rendah berikutan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

kaum iaitu, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Sekolah

kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dipelajari manakala sekolah

jenis kebangsaan menggunakan bahasa Mandarin atau bahasa Tamil

sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan

mata pelajaran wajib dipelajari dalam kurikulum kebangsaan. Pada

peringkat sekolah rendah ini, para pelajar terbahagi kepada dua tahap,

iaitu tahap satu (tahun 1 hingga tahun 3) dan tahap dua (tahun 4 hingga

tahun 6). Pada tahap satu, kanak-kanak akan menguasai kemahiran asas

berbahasa seperti mendengar, membaca, menulis dan bercakap. Mereka

juga akan menguasai nombor dan operasi matematik asas seperti campur,

tolak, darab dan bahagi.

Selain itu, bagi kanak-kanak Islam, pada tahap ini mereka akan

berupaya membaca ayat-ayat Al-Quran dan kesedaran memahami norma-

norma sosial dan nilai-nilai murni. Pada tahap dua pula, kanak-kanak akan

mengukuhkan lagi kemahiran asas berbahasa dan operasi asas matematik,

memperoleh pengetahuan dan kemahiran lain. Mereka juga dapat

membangunkan kemahiran belajar dan kemhiran berfikir selain dapat

membaca dan memahami ajaran dalam Al-Quran untuk kanak-kanak

Islam dan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai murni (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2001). Kurikulum yang diajarkan di peringkat

sekolah rendah terbahagi kepada 3 jenis. Standard kurikulum di Malaysia

telah menentukan jenis subjek yang pertama ialah subjek teras yang

18
mengandungi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,

Pendidikan Islam (bagi yang beragama Islam) dan Pendidikan Moral

(bagi yang bukan beragama Islam) serta bahasa Mandarin atau bahasa

Tamil bagi sekolah jenis kebangsaan. Jenis subjek yang kedua ialah

subjek wajib dipelajari iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik. Jenis subjek

yang ketiga ialah subjek pilihan atau elektif yang merangkumi bahasa

Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa Arab di sekolah kebangsaan. Bahasa

Melayu merupakan mata pelajaran yang mendominasi masa peruntukan

daripada keseluruhannya iaitu sebanyak 50 unit seminggu yang

bersamaan dengan 400 minit seminggu.

Di Jepun pula, Menurut Kaori Okano dan Motonori Tsuchiya

(2009), para pelajar Jepun belajar di sekolah rendah selama 6 tahun sejak

berusia enam tahun. Sekolah rendah di Jepun mengekalkan persekitaran

pembelajaran yang semuafakat, mendidik dan kreatif di mana setiap

pelajar berada dalam keadaan selesa dan digalakkan menyesuaikan diri

mereka. Pada peringkat ini, hampir tiada pengasingan pelajar berdasarkan

kebolehan dan hanya sedikit pengasingan antara individu. Penyertaan

penuh setiap pelajar dalam satu aktiviti dititikberatkan (Sato, 1993 dan

Cummings, 1980). Pencapaian akademik individu dianggap tidak

sepenting pencapaian bukan akademik secara berkumpulan.

Tugas utama sekolah rendah adalah menyediakan pendidikan

menyeluruh kepada individu (Sato, 1993 dan Lewis, 1988). Pendidikan

moral melalui rutin sekolah dijadikan berkesan melalui hubungan jangka

panjang yang diharap dapat dikembangkan oleh guru. Kegiatan bukan

19
akademik seperti cara memberi ucap selamat dan cara mencuci tangan

dilaksanakan untuk pendidikan menyeluruh kepada individu bagi

memupuk sikap bekerjasama, bertanggungjawab terhadap kepunyaan

sendiri, kemahiran prosedur asas dan tanggungjawab kumpulan.

Kurikulum biasa merangkumi mata pelajaran Bahasa Jepun, Kajian

Sosial, Matematik, Sains, Muzik, Seni, Kraftangan, Sains Rumah Tangga,

dan Pendidikan Jasmani. Di Jepun, masa yang diperuntukkan untuk

Bahasa Jepun adalah kecil berbanding keseluruhan masa pendidikan dan

lebih banyak masa diperuntukkan untuk Pendidikan Muzik, Seni Halus

dan Pendidikan.

3.3.3 Sekolah Menengah

Di Malaysia, sekolah menengah menawarkan satu program

pendidikan yang menyeluruh. Kurikulumnya merangkumi pelbagai jenis

mata pelajaran daripada subjek sastera dan sains, mata pelajaran teknik

dan vokasional yang berdasarkan latihan praktikal. Sekolah menengah

terbahagi kepada dua iaitu menengah rendah dan menengah atas. Pada

tahap menengah rendah, para pelajar yang berusia 13 tahun hingga 15

tahun akan menghabiskan sesi persekolahan mereka selama 3 tahun

( Tingkatan 1 hingga tingkatan 3). Pelajar dari sekolah rendah kebangsaan

akan terus masuk ke Tingkatan Satu manakala pelajar dari sekolah jenis

kebangsaan perlu masuk ke Kelas Peralihan dahulu bagi memastikan

pengukuhan mereka terhadap bahasa Melayu telah kukuh kerana bahasa

Melayu merupakan bahasa pengantar di Sekolah Menengah. Mata

pelajaran teras pada peringkat ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

20
Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam (beragama Islam) dan

Pendidikan Moral (bukan beragama Islam). Bagi mata pelajaran wajib

dipelajari pula ialah Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Seni,

Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala bagi

mata pelajaran tambahan ialah bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa

Arab Komunikasi. Pada usia 16 tahun, para pelajar akan memasuki tahap

menengah atas selama 2 tahun (tingkatan 4 dan tingkatan 5). Berdasarkan

keputusan Penilaian Menengah Rendah (kini dikenali sebagai Pentaksiran

Tingkatan 3), para pelajar akan memilih satu-satu bidang yang diminati

dan yang layak dipelajari berdasarkan keputusan akademik mereka.

Berbanding di negara Jepun, sekolah menengah (gred 7-9) yang

berumur 12 hingga 14 tahun untuk menyempurnakan pendidikan wajib.

Pendidikan agak seragam sehingga akhir sekolah menengah, setidak-

tidaknya di sekolah kerajaan, tidak seperti di sekolah tinggi, iaitu di

peringkat seterusnya. Ini adalah waktu peralihan dari persekitaran sekolah

rendah yang penyayang dan pelindung ke pendidikan sekolah menengah

yang bersistem. Sekolah menengah menyediakan pelajar untuk

peperiksaan kemasukan ke sekolah tinggi, titik perubahan paling ketara

dalam alam persekolahan. Pada peringkat ini, kebolehan belum dinilai dan

mata pelajaran pilihan juga belum ditawarkan. Sekolah menengah di

Jepun masih memperuntukkan lebih masa untuk mata pelajaran dan

aktiviti bukan akademik.

Pelajar mula menerima pelajaran daripada guru yang mengkhusus

dalam sesuatu mata pelajaran. Guru tidak mengutamakan hubungan erat

jangka panjang seperti di sekolah rendah. Kurikulum sekolah menengah

21
termasuklah bahasa Jepun, Matematik, Kajian Sosial, Sains, Bahasa

Inggeris, Muzik, Seni, Pendidikan Jasmani, lawatan luar bilik darjah,

kelab dan kelas homeroom. Tidak seperti sekolah rendah, arahan adalah

tegas, penuh dengan fakta dan berdasarkan rutin (Fukuzawa, 1994). Guru

mengajar menggunakan buku teks sepenuhnya kerana banyak tajuk perlu

diajar untuk peperiksaan ke sekolah tinggi dan tidak banyak masa untuk

menyentuh tajuk di luar buku teks. Penilaian oleh rakan sebaya di sekolah

rendah diganti dengan peperiksaan yang menguji penguasaan pelajar

tentang kandungan buku teks (Fukuzawa, 1994). Cara hidup yang teratur

dan berdisiplin yang dipelajari di sekolah menengah membina norma

sosial dalam diri pelajar, dan diperlukan dalam persekitaran pembelajaran

di sekolah tinggi.

Rajah 3.1: Sistem Persekolahan Di Jepun

Sumber : Passin (1982), hlm.308 1982 Kondansha International Ltd

22
Rajah 3.2 : Sistem Persekolahan Di Malaysia
Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -2025
3.4 KEPELBAGAIAN SEKOLAH DI MALAYSIA

3.4.1 Sekolah Akademik

Kebanyakan sekolah menengah di Malaysia adalah sekolah akademik.

Antara mata pelajaran teras bagi tahap menengah atas ini ialah bahasa Melayu,

bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (beragama Islam),

Pendidikan Moral (selain beragama Islam), dan Sains. Manakala pendidikan

Jasmani dan Kesihatan serta pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menjadi

subjek yang wajib dipelajari dan bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Arab

sebagai subjek tambahan. Bagi subjek Sains, jika seseorang pelajar sudah

mengambil Aliran Sains Tulen, maka subjek Sains tersebut akan digugurkan dan

digantikan dengan Biologi, Kimia dan Fizik sebagai subjek elektifnya. Begitu

juga dengan sesiapa yang mengambil aliran agama, dia tidak perlu mengambil

Pendidikan Islam akan tetapi ia akan digantikan dengan Pengajian Al-Quran dan

As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah. Antara subjek-subjek elektif yang lain

23
antaranya Ekonomi Asas, Prinsip Akaun dan Perdagangan (aliran sastera gunaan),

kesusateraan Melayu, Kesusasteraan bahasa Inggeris, Geografi, Pendidikan Seni,

Tasawwur Islam dan Pendidikan Muzik (aliran kemanusiaan), Sains Tambahan,

Teknologi Maklumat, Bahasa Arab Komunikasi, Bahasa Arab Tinggi, Bahasa

Cina dan Matematik Tambahan.

3.4.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional

Sekolah teknik dan vokasional menawarkan pendidikan pada peringkat

menengah atas sahaja. Sekolah-sekolah ini memainkan peranan yang signifikan

dalam menyediakan pelajar untuk menyambung pengajian teknik dan vokasional

mereka pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi atau setara dengan universiti

sekaligus dalam kerjaya sebagai juruteknik atau buruh separa mahir. Sekolah

teknik umumnya menyediakan pelajarnya ke peringkat yang lebih tinggi. Sekolah

vokasional pula berorientasikan peluang kerjaya. Semua sekolah teknik dan

sekolah vokasional menawarkan mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif

dalam kombinasi yang berbeza-beza. Sekolah teknik menawarkan subjek elektif

seperti Teknologi Maklumat, Sains Tulen, Sains Tambahan, Sastera Gunaan,

subjek berkaitan teknologi dan subjek elektif vokasional. Sekolah vokasional pula

hanya menawarkan subjek elektif vokasional.

3.4.3 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Pada mulanya sekolah jenis ini hanya menawarkan Pendidikan Agama

Islam dan Pendidikan Arab bagi menyediakan pelajar untuk bekerja dalam hal

24
ehwal agama Islam, pendidikan dan undang-undang. Namun pada hari ini,

sekolah-sekolah jenis ini telah mengembangkan program mereka termasuklah

dalam bidang yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Selain menawarkan

subjek-subjek dalam kumpulan teras, sekolah jenis ini juga menawarkan subjek

elektif dalam Sains Tulen, Sastera Gunaan, Teknologi, Teknologi Maklumat dan

bahasa.

3.4.4 Pendidikan Khas

Pendidikan khas menyediakan peluang pendidikan untuk pelajar dengan

keperluan istimewa seperti spastik, Orang Kelainan Upaya (OKU), bisu, pekak

dan mereka yang hilang keupayaan belajar. Pelajar-pelajar ini diberikan tempoh

masa yang lebih panjang untuk menamatkan persekolahan mereka.

3.4.5 Pra-Universiti / Sekolah Tinggi

Di Malaysia, sistem pra-universiti menawarkan pelbagai pilihan dalam

bidang akademik, bidang teknikal dan bidang vokasional. Antara pilihan-pilihan

yang ada ialah Tingkatan Enam, Matrikulasi, Politeknik, Program Asasi dan kolej

swasta.

3.5 KEPELBAGAIAN SEKOLAH DI JEPUN

Saat kemasukan ke sekolah tinggi menjadi titik perubahan terpenting

bagi remaja Jepun. Pelajar memilih sekolah yang digemari dan menduduki

peperiksaan kemasukan yang diadakan oleh kerajaan tempatan yang mentadbir

sekolah dalam daerah sekolah, atau di sekolah persendirian. Sijil sekolah tinggi

tidak lagi menjadikan kayu pengukur dalam kalangan remaja Jepun. Ciri-ciri dan

25
kedudukan sesebuah sekolah tinggilah yang mempengaruhi masa depan pelajar.

Setiap sekolah tinggi mempunyai misi yang jelas, khususnya tentang persediaan

untuk hala tuju pelajar selepas alam persekolahan. Oleh itu, setiap sekolah tinggi

menekankan budaya yang berbeza berbanding dengan keseragaman di sekolah

menengah. Berikut merupakan sekolah tinggi yang ada di Jepun. Berbanding

dengan Malaysia, negara Jepun hanya mempunyai lima jenis sekolah tinggi

sebelum para pelajar meyambung pendidikan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

3.5.1 Sekolah Tinggi Akademik Elit

Sekolah jenis ini menerima pelajar terbaik dari segi akademik dalam

kumpulan umur tersebut dan menghantar kebanyakan lulusannya ke universiti

terbaik dalam negara. Hampir semua sekolah tinggi akademik negara terlibat

dengan Fakulti Pendidikan universiti negara.

3.5.2 Sekolah Tinggi Akademik Bukan Elit

Sekolah tinggi jenis ini menitikberatkan persiapan pelajar untuk ke

universiti yang kurang ternama dan kolej rendah tetapi menghantar agak ramai

pelajarnya ke sekolah khas swasta (senshugakko), yang mengajar mata pelajaran

seperti simpan kira, bahasa dan atur cara komputer. Sekolah ini membentuk

majoriti sekolah tinggi akademik.

3.5.3 Sekolah Tinggi Vokasional

Jenis sekolah ini ialah sekolah tinggi vokasional kerajaan atau

persendirian. Terdapat mata pelajaran vokasional dalam perdagangan, sains

rumah tangga, kejururawatan dan perikanan. Kebanyakan sekolah tinggi

26
vokasional swasta adalah sekolah perdagangan kerana sekolah jenis lain

memerlukan kemudahan yang lebih mahal. Umumnya sekolah tinggi vokasional

lebih rendah, maka lebih mudah diterima masuk berbanding sekolah tinggi

akademik. Sekolah tinggi vokasional mempunyai matlamat menyediakan pelajar

untuk terus bekerja selepas habis belajar. Pemilihan jurusan vokasional

mempunyai kaitan dengan jantina. Pelajar lelaki menguasai kursus teknikal dan

pelajar perempuan menguasai kursus perdagangan, sains rumah tangga, dan

kejururawatan walaupun sekolah tinggi teknikal kini mengambil lebih ramai

pelajar perempuan berbanding dahulu.

3.5.4 Sekolah Tinggi Malam

Sekolah malam dahulunya mengajar pelajar miskin tetapi bercita-cita

tinggi, berkebolehan dan menyara diri sendiri sambil belajar. Walaupun pelajar ini

masih wujud, kebanyakan mereka belajar di sekolah ini kerana ketinggalan di

sekolah siang. Pengajian empat tahun mesti ditamatkan untuk mendapatkan sijil

sekolah tinggi. Sekolah bermula selepas pukul 5.30 petang setelah pelajar selesai

bekerja, walaupun ada yang mengganggur pada siang hari. Banyak pelajar tidak

dapat membaca aksara Cina dalam buku teks sastera Jepun yang paling mudah

diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk digunakan di sekolah tinggi.

3.5.5 Sekolah Tinggi Gaya Pos

Sekolah tinggi jenis ini menawarkan proses persekolahan yang lebih

fleksibel bagi mereka yang tidak ke sekolah tinggi zaman remajanya, yang kerap

tidak dapat hadir ke kelas atas sebab kesihatan dan yang tidak dapat

27
menyesuaikan diri atau memilih untuk tidak belajar di sekolah biasa pada waktu

siang.

Sebagai kesimpulannya, dapat dilihat di sini bahawa kedua-dua negara

mempunyai kelebihan dan kekurangan sistem pendidikan masing-masing.

Namun, ada juga beberapa aspek yang sama dalam kedua-dua negara ini. Dari

pihak negara Malaysia, mana-mana pihak yang bertanggungjawab bolehlah

mencuba beberapa kaedah pendidikan Jepun yang menarik untuk diaplikasikan

dalam sistem pendidikan Malaysia. Analisis ini keseluruhannya menjelakan

kepelbagaian dan ketaksamaan dalam proses pembelajaran di sebagaimana di

Malaysia juga di Jepun. Melalui analisis ini, kita dapat mencari altenatif yang

sesuai untuk menambahbaik sistem kurikulum atau pendidikan di Malaysia

dengan mengambil contoh corak pendidikan negara Jepun bagi merealisasikan

wawasan negara bagi melahirkan lebih ramai cerdik pandai menjelang

Gelombang PPPM 2013-2025.

3.6 RUMUSAN PERBANDINGAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

ANTARA NEGARA MALAYSIA DENGAN NEGARA JEPUN

MALAYSIA PERBEZAAN JEPUN


1. Pendidikan zaman Sejarah 1. Pendidikan Nasionalis
Tanah Melayu Perkembangan sebelum pemulihan
2. Pendidikan sebelum pendidikan meiji
merdeka 2. Pendidikan moden
3. Pendidikan selepas
merdeka
4. Pendidikan era milenium
1. Melahirkan modal insan Falsafah 1. Menekankan kejujuran
28
2. Memastikan peluang pendidikan dan nilai kemanusiaan
pendidikan untuk semua 2. Dinilai berdasarkan
3. Perkembangan potensi tahap kemampuan
diri individu pelajar
4. Perpaduan rakyat 3. Pembentukan manusia
5. Pembangunan negara yang kreatif dan
berdisiplin
4. Pendidikan yang baik
dan berkesan dari
dalam dan luar negara
5. Pembelajaran
sepanjang hayat
6. Pendidikan berkait
rapat dengan kehidpa
seharian
1. Megkatan kadar celik Fungsi 1. Membesarkan anak
huruf pendidikan Jepun yang sihat fikiran
2. Mengembangkan dan tubuh badan
dimensi intriksik 2. Membetuk murid ideal
individu 3. Mewujudkan
3. Membangunkan modal masyarakat yang
insan membangun dari
4. Melahirkan tenaga kerja pelbagai aspek
5. Membangunkan dan 4. Memastikan pelajar
memajukan negara dapat bersaing dalam
dalam pelbagai aspek industri pekerjaan
6. Mencapai kesejahteraan 5. Mementingkan ilmiah
sosial dan kelangsungan
7. Membentukan negara ikatan kekeluargaan
bangsa 6. Mengekalkan nilai-nilai
8. Mencapai kehidupan sosial dalama
berkualiti masyarakat
7. Memindahkan ilmu
pengetahuan kognitif
kepada pelajar
8. Mensosialisasi dan
mengakulturas pelajar
9. Pemilihan dan
perbezaan pelajar
berdasarkan tahap
akademik dan
kebolehan
10. Pewajaran ilmu yang
disampaikan
29
190 hari dalam setahun Hari 240 hari dalam setahun
persekolahan
1. Sekolah akademik Jenis 1. Sekolah tinggi
2. Pendidikan teknik dan persekolahan akademik elit
vokasional 2. Sekolah tinggi
3. Sekolah menengah akademik bukan elit
kebangsaan agama 3. Sekolah tinggi
4. Pendidikan khas vokasional
5. Pra universiti/ sekolah 4. Sekolah tinggi malam
tinggi 5. Sekolah tinggi gaya pos
1. Prasekolah (4-6 tahun) Peringkat 1. Prasekolah (3-6 tahun)
2. Sekolah rendah (7-12 persekolahan 2. Sekolah rendah (6-12
tahun) tahun)
3. Sekolah menengah 3. Sekolah menengah
(rendah) (13-15 tahun) (rendah) (13-15 tahun)
4. Sekolah menengah (atas) 4. Sekolah menengah
(16-17 tahun) (atas) (16-17 tahun)
5. Pengajian tinggi (17 5. Pengajian tinggi (18
tahun ke atas) tahun ke atas)
1. Sektor awam dan swasta Prasekolah 1. Objektif
2. KPM menyediakan a. Asas dunia
panduan sekeliling
3. Objektif: b. Mengalakkan daya
a. Memupuk semangat kreativiti intelek
cinta akan negara (main,lukis,
b. Menerapkan bilai kraftangan)
murni c. Mengalakkan
c. Membangunkan aktiviti fizikal dan
kemahiran asas aktiviti
d. Menggalakkan menunjukkan bakat
aktiviti fizikal
e. Kemahiran berfikir
aras tinggi
1. Sekolah kebangsaan dan Sekolah rendah 1. Menyediakan
sekolah bukan pendidikan menyeluruh
kebangsaan kepada individu
2. Dua tahap 2. Tiada pengasingan
a. Tahap 1 (tahun 1-3) pelajar berdasarkan
b. Tahap 2 (tahun 4-6) kebolehan
3. Subjek kurikulum 3. Hanya sedikit
a. Subjek teras (BM, pengasingan antara
BI, MT, SN, PI / individu
PMoral) 4. Menitik berat
b. Subjek wajib (PJ, penyertaan penuh
30
PK, PS, PMuzik) setiap murid
c. Subjek elektif ( BC, 5. Pencapaian bukan
BT, BA) akademik berkumpulan
diberi penekanan
6. Pendidikan moral
dalam rutin sekolah
7. Kegaitan bukan
akademik dilaksanakan
untuk memupuk sikap
baik
8. Kurikulum termasuk
bahasa Jepun, kajian
sosial, Mt, Sn, Muzik,
Seni, kraftangan, sains
rumah tangga dan Pj.
9. Masa peruntukkan
Bahasa Jepun lebih
kecil
10. Penilaian oleh rakan
sebaya
1. Kurikulum yang Sekolah 1. Pendidikan wajib
menyeluruh menengah 2. Peperiksaan untuk
2. Merangkumi subjek memasuki sekolah
sastera dan sains, mata tinggi
pelajaran teknik dan 3. Lebih masa untuk mata
bokasional pelajaran dan aktiviti
3. Dibahagi kepada dua bukan akademi
a. Sekolah menengah 4. Kebolehan belun dinilai
rendah 5. Mata pelajaran pilihan
b. Sekolah menengah belum ditawarkan
atas 6. Kurikulum termasuk
4. Subjek kurikulum Bahasa jepun, kajian
a. Subjek teras (BM, sosial, matematik,
BI, MT, SN, SEJ, sains, Bahasa Inggeris,
PI / PMoral) Muzik, Seno,
b. Subjek wajib (GEO, Pendidikan Jasmani,
KH, PS, Pmuzik, PJ, lawatan luar bilik
PK) darjah, kelab dan kelab
c. Subjek elektif ( BC, homeroom
BT, BA) 7. Menggunakan buku
teks sepenuhnya untuk
tujuan peperiksaan
sekolah tinggi
8. Penilaian kandungan
31
kandungan buku teks

4.0 CADANGAN TINDAKAN

Setelah ditelusuri pelbagai aspek dalam perkembangan kurikulum bagi

kedua-dua buah negara, dapatlah dinyatakan di sini bahawa kedua-dua negara

cuba mencorakkan hala tuju sistem pendidikan berdasarkan latar belakang sejarah

negara masing-masing; yang pertama akibat penjajahan;yang kedua akibat Perang

Dunia Kedua; yang ketiga pengisian kurikulum selepas kemerdekaan dicapai; dan

keempat globalisasi dalam pendidikan dewasa ini. Di situ juga terdapat

perkembangan yang signifikan atas peristiwa yang bersejarah dalam menentukan

falsafah pendidikan negara.

Menyedari betapa pentingnya peranan pendidikan dan merealisasikan

hasrat kerajaan, warga Kemententerian Pendidikan Malaysia dituntut supaya

menjadi pasukan profesional yang responsif terhadap fenomena baharu, cabaran

baharu dan harapan baharu yang didepaninya (Abdul Ghafar, 2011). Sedari atau

tidak, kita sudah berada di alaf 21 yang menuntut kompetensi dalam segenap

aspek bagi melestarikan kurikulum dengan gelombang pendidikan dunia. Jika

dibandingkan status negara kita masih lagi ketinggalan dengan negara Jepun yang

telah mencapai status negara maju. Maka dengan membandingkan perkembangan

kurikulum ini, negara harus menyedari mungkin ada sesuatu yang harus kita

pelajari daripada negara matahari terbit tersebut.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, negara Jepun telah bangkit dan

menjadi kuasa ekonomi dunia yang ketiga selepas Amerika Syarikat dan
32
disebaliknya negara kita Malaysia masih lagi terkial-kial mencari hala tuju sistem

pendidikan. Ini dapat kita lihat daripada kegagalan Pengajaran Pembelajaran Sains

dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang separuh jalan dan

melibatkan kerugian jutaan ringgit. Setelah lebih sedekad kita mencapai

kemerdekaan, kita masih lagi tercari-cari identiti dan jati diri dalam

memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang didepani

cabaran pengguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua walaupun perkara ini

telah dijelaskan dan termaktub dalam perlembagaan negara.

Menurut Wan Afizi et al.,(2014), yang menyatakan bahawa pencapaian

dalam pendidikan merupakan ukuran dan jalan bagi merealisasikan impian untuk

hidup lebih cemerlang dan berjaya. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti

generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan

keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah

yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk

terlibat dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi

pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. Justeru itu, adalah

wajar melihat perkembangan kurikulum negara kita setanding dengan negara maju

seperti Jepun. Ini kerana di negara maju, pendidikan teknikal dan latihan

vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan

prospek kerjaya yang baik.

Asnul Dahar Minghat et al.(2013), berpandangan jika sesebuah institusi

mahu graduan yang dilahirkan boleh bekerja dan berjaya dalam sesuatu kerjaya

yang diceburinya, maka kurikulum pendidikannya mestilah segar dan mengikut

keperluan semasa. Kerjasama antara institusi pendidikan dan insdustri adalah jalan

terbaik untuk membentuk kurikulum pendidikan dalam menentukan kemahiran

33
yang diperlukan. Hujahan ini dikuatkan lagi dengan Laporan Rancangan Malaysia

Ke-10 dalam Bab 5 (2015) yang menyatakan dengan jelas untuk membangun dan

mengekalkan modal insan bertaraf dunia, mencadangkan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran berasaskan projek diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti dan

daya tarikan porgram kepada majikan dan pelajar. Pendekatan ini menggalakkan

penyertaan industri secara langsung dalam program latihan kemahiran. Kolaborasi

ini akan turut mengurangkan kos dan perbelanjaan kerajaan dalam membiayai

pengajian pelajar dalam institusi dengan penyertaan pihak industri dalam latihan

kemahiran ini.

Selain itu, dalam Teras Kedua dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP,2006) iaitu membangunkan modal insan telah menyatakan

hasrat untuk melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif

dan kreatif serta kebolehpasaran. Oleh yang demikian, kemahiran kreativiti perlu

ditekankan dalam kurikulum di samping kemahiran lama dan baru yang lain

sekiranya kita hendak mencapai taraf negara maju dan berjaya dalam k-ekonomi

(BPK,2010). Ini jelas dengan pendekatan negara Jepun yang mengambil

pendekatan pada pendidikan awal persekolahan kanak-kanak di negara tersebut

dengan menyediakan kurikulum yang lebih menekankan tentang dunia sekeliling

dan memberi galakkan kepada daya kreativiti intelek. Maka semakan kurikulum

prasekolah pada tahun 2015 dan kurikulum baharu yang akan digunakan

berkuatkuasa pada awal tahun sesi persekolahan 2017 adalah rentetan kesedaran

pihak kementerian akan faktor ini (BPK,2015). Selama ini, dasar pendidikan kita

terlalu menekankan peperiksaan (exam-oriented) pada akhir pelajaran, keadaan ini

menjadikan kurikulum ini kurang menarik dan memberi tekanan terhadap emosi

pelajar, guru, sekolah dan jabatan.

34
Sementara itu, pihak berkepentingan dalam pendidikan harus melihat

perspektif pendidikan yang merupakan cara untuk menyampaikan maklumat yang

terbaik dan mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi dan menjamin

sesebuah pengajaran itu memberi kesan dalam diri pelajar. Perubahan dan

penambahbaikan kualiti pendidikan adalah suatu kewjiban yang perlu dipikul oleh

mereka yang terlibat dengan pendidikan. Perubahan terancang, kejayaan sesuatu

dasar amat bergantung kepada sejauh mana kefahaman serta komitmen pihak yang

akan melaksanakannya. Kesedaran dan kefahaman semua pihak berkepentingan

dalam pelaksanaan dasar dapat menjamin kesejahteraan pencapaian matlamat dan

seterusnya meraih kejayaan dan kecemerlangan dalam dunia pendidikan (Abd.

Ghafar,2012).

Sementelahan itu, pendidikan Jepun yang bukan hanya mementingkan

penguasaan ilmu malahan kelangsungan ikatan kekeluargaan wajar kita adaptasi

bagi mewujudkan komuniti yang prihatin dengan pendidikan anak mereka.Ibu

bapa yang prihatin ini kebiasaanya akan menyokong semua aktiviti sekolah dan

akan memberikan sokongan moral yang kuat dalam apa sahaja program yang

sekolah jalankan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga akan menjadi hebat

kerana ibu bapa akan bekerjsama untuk memastikan kecemerlangan sekolah

berada di tahap yang paling baik. Aktiviti-aktiviti yang tidak mendatangkan

manfaat (non-value added) harus dipinggirkan dan diganti dengan program yang

berimpak tinggi dalam memacu perkembangan pendidikan negara ke tahap

maksimum (Zaidatol Akamliah et al.,2003)

Akhir sekali, sistem pendidikan Jepun yang harus kita fikirkan alternatif

yang lebih baik dalam sistem pendidikan negara kita bagi mengatasi masalah

keciciran dalam pelajaran. Bagi negara Jepun, masalah tersebut diatasi dengan

35
mengadakan Sekolah Tinggi Malam dan Sekolah Tinggi Gaya Pos. Kedua-duanya

berfungsi bagi memberi peluang kepada individu pelajar yang tidak mampu dari

segi ekonomi serta mengatasi ketidakhadiran pelajar atas faktor-faktor yang lain

yang boleh menjejaskan pendidikan mereka. Hasil pendekatan ini membolehkan

negara Jepun merapatkan jurang pendidikan dan membasmi kadar celik huruf.

Oleh kerana itu, kadar celik huruf di Jepun adalah tinggi dan kenyataan ini jelas

pada pertengahan abad ke-19 sahaja penduduknya pandai membaca (Kaori Okano

& Motonori Tsuchiya,2010).

5.0 RUMUSAN

Guru merupakan tunjang dan pelaksana paling utama bagi menjayakan

reformasi pendidikan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Peranan

guru sangat penting dalam membentuk masyarakat dewasa ini. Mengikut pandangan

Ornstein dan Miller (1980), guru diberi tanggungjawab oleh masyarakat untuk

mendidik anak-anak ke arah kedewasaan. Realiti ini bermaksud bahawa guru sebagai

agen sosial perlu dibentuk sebelum mereka dapat membentuk orang lain. Justeru

itu, perkembangan profesional guru tidak boleh diabaikan. Bantuan dan sokongan

perlu diberi kepada guru-guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada

dalam keadaan yang kemaskini dengan iklim pendidikan. Maka adalah wajar pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melihat perkembangan kurikulum semasa

dan dilestarikan dengan kompetensi guru agar taraf pendidikan negara kita

diantarabangsakan senada dengan irama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan

sinonim dalam merealisasikan Wawasan 2020,sebagai negara maju.

Kecemerlangan pendidikan negara kita juga harusi ditunjangi modal insan

berkelas dunia dengan acuan kurikulum yang mapan dan berdaya saing pada era

36
milenium ini. Bagi melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah, melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistem pendidikan negara di mata dunia,

PIPP yang diwar-warkan selama ini harus difahami dan dihayati dengan jelas. Ini

kerana dengan kefahaman yang tinggi, hasilnya individu pelajar dapat memenuhi

aspirasi negara. Dalam keghairahan melonjakkan insitusi pendidikan negara, pihak

yang berkepentingan harus menilai kembali sejauh manakah kurikulum yang

dirancang adalah bersesuaian dengan budaya dan daya intelektual masyarakat pelajar

negara kita sendiri. Tidak salah kita adaptasi kurikulum negara-negara lain tetapi

harus difikirkan adakah ianya berimpak tinggi dalam memacu perkembangan

pendidikan negara dan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan itu sampai kepada generasi

pelajar dan diwarisi yang mampu memberi gah kepada dunia.

Akhir kalam, pengisian kurikulum yang dijana harus benar-benar

menginstitusikan generasi masa depan bukan sahaja melahirkan golongan

cendiakiawan tetapi juga warisan negara yang utuh, berwibawa dan memiliki minda

kelas pertama dalam mengharungi globalisasi dan kepesatan teknologi terkini. Jangan

sesekali kita lupa sektor pendidikan ini merupakan intipati penting dalam memupuk

perpaduan nasional. Bangsa yang maju,bangsa yang bersatu; rakyat berilmu, negara

maju. Penulisan ini dinoktahkan di sini sahaja, namun arah pemikiran kita harus

diteruskan serta dikukuhkan lagi bagi kesiapsiagaan alaf baru.

37
RUJUKAN

Abdul Ghafar bin Mahmud.(2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian


Pendidikan Malaysia. Selangor: Giga Wise Network Sdn. Bhd.

Asnul Dahar Minghat, Ruhizan M. Yasin, Kamarularifin Subari & Muhammad


Khair Nordin. (2013). Strategi kelestarian pembangunan pendidikan teknikal
dan vokasional (PTV). Second international seminar on quality and
affordable educatioan (ISQAE), 493-501.

Bahagian Pembangunan Kurikulum.(2010). Laporan penilaian peluasan mata


pelajaran vokasional (MPV). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar


Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Beauchamp, E.R. (1987). The development of Japanese educational policy.


History of Education Quarterly, 27, 299-324.

Damiana. (2011). Konsep kurikulum pendidikan Jepum. Retrieved 13 September,


2016, from http://lifemustredha.blogspot.my/2011/10/konsep-kurikulum-
pendidikan-jepun.html

Fukuzawa, R.E. (1994). Laluan ke alam dewasa mengikut sekolah menengah di


Jepun. Journal of Japanses Studies, 20(1), 61-86.

Ishak Ramly. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor: PTS Profesional


Publishing Sdn. Bhd.

Kaori Okano & Motonori Tsuchiya. (2010). Pendidikan Moden Jepun:


Ketaksamaan dan kepelbagaian. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd.

Kay kim Khoo, Mohd Fadzil Othman & Jazamaddin Baharuddin. (2007).
Pendidikan di Malaysia dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan
38
Sejarah Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan (PIPP) 2006-2010: Edisi Pelancaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nitotony73. (2012). KPF 3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah


dan dasar. Retrieved 13 September, 2016, from
https://www.scribd.com/doc/110852908/KPF-3012-PERKEMBANGAN-
PENDIDIKAN-DI-MALAYSIA-FALSAFAH-DAN-DASAR-ESEI-ILMIAH

Lewis,C. (1988). Kelas gred ssatu di Jepun: Kesannya terhadap teori dan
penyelidikan. Comparative Education Review, 32 (2), 159-172.

Okana& Tsuchiya. (2010). Pendidikan moden Jepun: Ketaksamaan dan


kepelbagaian (siri pembangunan profesion perguruan). Kuala Lumpur:
Institut Aminuddin Baki.

Ornstein, A.C. & Miller, H.L. (1988). Staff development in secondary school.
London: Hodder & Stoughton.

Passin, H. (1982). Society and education in Japan. Tokyo: Kodansha


International.

Ruhaiza Rusmin. (2016). Penyeragaman perkasa pendidikan di Jepum. Retrieved


13 September, 2016, from http://www.hmetro.com.my/node/129512

Rukiah Johari. (2012). Falsafah Pendidikan: Apakah fungsi pendidikan untuk


pembangunan.Retrieved 13 September, 2016, from
http://www.slideshare.net/rukiahjohari?
utm_campaign=profiletracking&utm_medium=sssite&utm_source=ssslidevi
ew

Sato, N. (1994). Pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah Jepun: Konteks


untuk difahami. Peabody Journal of Education, 68(4), 111-147.

Sharifah Nooraida Wan Hassan. (2016). The rights of muslin womens and
education. Journal of Law Research, 1(1), 19-40.

Shahril @ Charil Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu pendidikan di
Malaysia: Sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Sufaen Hussin. (2009). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori dan


analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Afizi Wan Hanifi, Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. (2014). Faktor
39
budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak Orang Asli
Malaysia: Kajian Kes di Kelantan. Geografia Malaysia Journal of Society
and Space, 10(5), 107-122.

40