Anda di halaman 1dari 2

Tel : 06 5548903

Fax : 06 5548903
Email : mba0020@1bestarinet.yes.my

NAMA PENJAGA:
Ibu/bapa Penjaga
SK Padang Sebang,

Sebagaimana yang Tuan / Puan sedia maklum, 1BestariNet adalah inisiatif unggul Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) untuk menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi
pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia. Pihak YTL Communications telah diberi
amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan
dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan Bandar
dan luar Bandar.

Di bawah projek 1BestariNet, semua sekolah di Malaysia akan dilengkapi dengan perkhidmatan
Internet jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan suatu
Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu Frog VLE (Virtual Learning Enviroment) untuk pengajaran dan
pembelajaran tanpa batasan

Dengan itu, setiap pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh
dicapai di dalam dan di luar sekolah : pada bila-bila masa, di mana jua. Dalam pelaksanaan
program ini, setiap pelajar dan ibu bapa / penjaga akan diberikan satu Yes ID yang unik dan
pelbagai guna. Antara kegunaannya ialah :

Mengakses platrom Frog

Mengakses emel peri

Mengakses semua enjin maya yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti
YouTube Pendidikan

Setiap pengguna mempunyai hak akses yang berlainan dalam frog VLE. Sebagai ibu bapa, Tuan /
Puan akan dapat mengakses Dashboard Sekolah serta Laman Notis Ibu Bapa yang mempunyai
maklumat khas yang akan dipaparkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk mula menggunakan Frog VLE.

ID PENGGUNA = Login ID

KATA LALUAN = Password

URL VLE Sekolah :https://mba0020.1bestarinet.net


Penggunaan Internet dan frog VLE oleh anak-anak Tuan / Puan adalah tertakluk kepada terma-
terma yang terkandung dalam Perjanjian Penggunaan Terkawal yang akan diberikan oleh pihak
sekolah. Kami mengesyorkan Tuan / Puan meneliti isi kandungan perjanjian tersebut dan
seterusnya member panduan kepada anak-anak Tuan / Puan untuk mematuhi syarat-syarat
penggunaan tersebut, demi kepentingan anak-anak Tuan / Puan.

Dalam usaha merealisasikan transformasi pendidikan ini, ibu bapa / penjaga diseru untuk bersama-
sama dengan pihak sekolah sepanjang pelaksanaan penggunaan VLE. Kerjasama dan sokongan
Tuan/Puan amat diperlukan dalam memastikan kejayaan program ini.

Sekiranya Tuan/Puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai program ini, sila berhubung
dengan pihak sekolah. Tuan/Puan juga boleh melayari laman web rasmi projek ini
di www.1bestarinet.net serta di laman web rasmi FrogAsiawww.frogasia.com untuk maklumat
lanjut.

Sekian, terima kasih.

Bersama ke arah Transformasi dalam Pendidikan

Yang benar,

GB

Guru Besar

SK

Anda mungkin juga menyukai