Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Merurut Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba(1962), laras
ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang, iaitu
tentang perkataannya, ikatan ayatnya, jalan bahasanya, cara susunannya, atau
bentuk peribahasanya. Brian Seaton (1982) pula mendefinisikan laras bahasa
sebagai satu variasi bahasa yang wujud daripada situasi yang berlainan seperti
umur, jantina dan tajuk percakapan. Pendek kata, laras bahasa dapat diterangkan
sebagai cara penggunaan sesuatu bahasa.

Terdapat juga tokoh-tokoh lain yang memberi definisi yang berbeza tentang
maksud sebenar laras bahasa. Ferguson (1968), berpendapat bahawa laras bahasa
merupakan satu ukuran bagi menentukan taraf kemajuan sesuatu bahasa itu. Ure
dan Ellis(1977) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai language patterning
regularly used in a certain kind of situation, iaitu pola-pola penggunaan bahasa
yang lazim digunakan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Nuwairi (1988), berpendapat bahawa laras bahasa mempunyai beberapa ciri


khusus dan ini dapat diteliti pada perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa. .
Faktor-faktor penentu laras bahasa ialah seperti peranan pembicara, bilangan orang
yang terlibat, status penutur dan pendengar dan latar pertuturan atau tajuk. Daripada
satu segi, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk
situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa
mereka sedar akan situasi-situasi social yang berlainan wujud di sekitar mereka.
(Astera, 2011)

Terdapat banyak jenis laras bahasa yang ada seperti laras bahasa iklan, laras
bahasa sukan, laras bahasa teknikal, laras bahasa undang-undang dan laras
bahasa kreatif. Dalam kerja khusus kursus Bahasa Melayu Kontekstual (GBM 1103),
pelajar dikehendaki membuat satu kertas kerja mengenai satu jenis laras bahasa.
Kertas kerja ini akan menerangkan laras bahasa klasik, ciri-ciri laras bahasa klasik,
perbezaan laras bahasa lasik dengan laras bahasa moden, kepentingan dan
kegunaan laras bahasa klasik, contoh laras bahasa klasik dan sebagainya.

1
ISI 1: CIRI-CIRI LARAS BAHASA KLASIK

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, laras bahasa adalah variasi bahasa
berdasarkan penggunaannya. Perkataan klasik pula bermaksud lama atau
mempunyai sifat-sifat yang tidak terpakai serta tinggi atau abadi nilainya. Pendek
kata, bahasa Melayu klasik merupakan sesuatu yang diakui penggunaannya pada
suatu zaman dahulu. Laras bahasa ini mempunyai beberapa ciri yang
membezakannya dengan laras bahasa yang lain.

Salah satu ciri laras bahasa klasik ialah laras bahasa klasik banyak
menggunakan struktur ayat pasif atau ayat songsang dengan pendepanan predikat
dan diikuti dengan subjek di belakangnya. Ayat-ayat di bawah ini dapat membuktikan
kenyataan tersebut.

Setelah dilihat oleh Mansur Syah perihal itu, maka baginda pun..

(Sulalatus Salatin, halaman 139)

Shahadan apabila di-dengar oleh Tuan Raffles akan segala hal-ehwal


itu

(Hikayat Abdullah, halaman 106)

Ciri lain laras bahasa klasik ialah laras bahasa klasik juga memperlihatkan
penggunaan bahasa istana. Sebagai contohnya, perkataan-perkataan kata ganti
nama seperti patik, hamba, tuanku dan sebagainya digunakan. Perkataan kata
kerja seperti titah dan sembah turut digunakan. Di samping itu, nama-nama
jawatan seperti laksamana, bendahara dan hululabang turut diselitkan dalam
laras bahasa klasik. Contoh teks laras bahasa klasik yang mempunyai bahasa istana
adalah seperti yang di bawah.

Maka Sultan Mansur Syah pun semayam di balai kecil menghadap orang
mengepung Hang Jebat itu.

(Sulalatus Salatin, halaman 139)

Maka kata Bendahara Seri Maharaja Apa kehendak hati tuanku,


katakanlah kepada patik.

(Sulalatus Salatin, halaman 251)

2
Ciri seterusnya laras bahasa klasik ialah ayat yang digunakan dalam laras
bahasa ini biasanya panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit. Ayat yang
dipersembahkan dalam cara ini mentebabkan pembaca sukar atau keliru dalam
memahami maksud sebenar ayat tersebut ataupun mesej yang ingin disampaikan
(Cikgu Bahri, 2015). Ayat di bawah ini merupakan contoh ayat laras bahasa klasik
yang berbelit-belit dan sukar difahami.

Adapun hikayatnya terlalu amat lanjut; jika kami hikayatkan semuanya;


jemu orang yang mendengar dia; maka kami simpankan juga, kerana
perkataan yang amat lanjut itu tiada gemar bagi orang yang berakal adanya.

(Sulalatus Salatin, halaman 18)

Seperti yang dapat dilihat di atas, ayat yang panjang dan berbelit itu
menyebabkan pembaca sukar memahami maksud sebenar ayat tersebut. Pembaca
perlu membaca ayat tersebut beberapa kali untuk mendapatkan mesej yang ingin
disampaikan. Tambahan pula, pengulangan perkataan yang mempunyai maksud
yang sama juga wujud iaitu terlalu dan amat.

Selain ciri-ciri di atas, laras bahasa klasik juga sering memperlihatkan


penggunaan kata pangkal ayat. Contoh kata pangkal ayat ataupun praklausa yang
sering digunakan ialah maka, hatta, alkisah dan sebagainya. Perkataan-
perkataan seperti ini sering digunakan di pangkal atau perdu ayat yang
menggunakan laras bahasa klasik. Ciri ini dapat dilihat dalam ayat di bawah.

Syahadan datanglah ke Teluk Belang, maka kenaikan itu tiadalah


tertimba lagi, lalu akan tenggelam.

(Sulalatus Salatin, halaman 39)

Sebagai intihanya, ada beberapa ciri yang dapat membezakan laras Bahasa
klasik dengan laras bahasa yang lain. Sudah terang, lagi bersuluh bahawa ciri-ciri
ini menjadikan laras bahasa klasik satu laras bahasa yang unik dan harus
dikekalkan sampai bila-bila.

3
ISI 2: PERBEZAAN LARAS BAHASA KLASIK DAN LARAS BAHASA MODEN

Laras bahasa klasik merupakan laras bahasa yang digunakan bermula dari awal
abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad ke-18 Masihi (Abdul Rashid Melebek, Amat
Juhari Moain, 2006). Sememangnya, terdapat beberapa perbezaan ketara yang
dapat dilihat antara laras bahasa klasik yang telah digunakan pada zaman tersebut
dengan laras bahasa moden yang menjadi cerah mencecah abad ke-20.

Salah satu perbezaan antara laras bahasa klasik dan laras bahasa moden
ialah laras bahasa klasik lebih menggunakan ayat pasif. Penggunaan ayat pasif
dalam laras bahasa klasik adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab yang
meluas pada zaman dulu. Penggunaan ayat songsang dengan pendepanan predikat
adalah disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan ragam ayat pasif (Goay Teck,
Choo Say Tee, Zainuddin Ahmad, 2007). Para pedagang dari negara Arab telah
berdagang di samping menyebarkan agama Islam di seluruh nusantara termasuklah
di negara kita. Mereka menggunakan bahasa Arab ketika bertutur dan keadaan ini
telah menyebabkan Bahasa Melayu mengalami perubahan khususnya dalam
penggunaan ayat pasif ini (Cikgu Bahri, 2015)

Ada juga beberapa pendapat lain tentang sebab ayat pasif kerap digunakan
dalam laras bahasa klasik. Prof. St. Takdir Alisjahbana berpendapat bahawa
kejadian itu disebabkan oleh cara hidup atau sikap pasif orang Melayu pada zaman
silam. Bagaimanapun, ahli bahasa Awang Sariyan tidak bersetuju dengan pendapat
itu, dan berasa bahawa pemilihan ayat pasif itu sebenarnya "mencerminkan budi
dan peribadi orang Melayu yang tidak menekankan ego individu". Menurutnya,
"barangkali dengan perubahan nilai hidup moden, penulis sekarang lebih banyak
menggunakan ayat aktif yang menekankan pelaku".

Bahasa melayu klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan


perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka
dan gurindam dalam karya prosa. Terdapat banyak kiasan dan penggunaan gaya
bahasa puisi dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Sifat sastera Melayu klasik itu
sendiri pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut
dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.

4
Laras bahasa Melayu klasik juga sering menggunakan kata pangkal ayat atau
praklausa seperti hatta, alkisah dan sebagainya. Kata-kata seperti itu bukan
sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga
pada awal ayat-ayat dalam perenggan (Zaitul Azma, 2016). Perkataan-perkataan ini
boleh dianggap sebagai pembuka bicara dalam ayat-ayat bahasa Melayu klasik. Hal
ini dapat memperlihatkan nilai estetika atau keindahan dalam bahasa Melayu klasik
yang pernah menjadi bahasa lingua franca pada suatu zaman dahulu (Cikgu Bahri,
2015). Walaubagaimanapun, laras bahasa moden pada hari ini tidak lagi
menggunakan perkataan-perkataan pangkal ayat tersebut lagi. Hal ini demikian
kerana perkataan-perkataan pangkal ayat ini dianggap klise atau usang (Zaitul
Azma, 2016).

Seterusnya, ciri laras bahasa klasik yang panjang, berulang-ulang dan


berbelit-belit menyukarkan pembaca memahami maksud sebenar sesuatu ayat
tersebut. Kadang-kala, laras bahasa klasik juga memperlihatkan gabungan
beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung
yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda
koma dan tanda koma bertitik sahaja. Hal ini telah menyebabkan pembaca perlu
membaca ayat tersebut beberapa kali untuk memahami ayat tersebut. Dalam
konteks bahasa Melayu moden, ayat yang digunakan lebih ringkas, padat dan tepat.
Ciri ini menyebabkan laras bahasa moden menjadi sesuai dengan fungsinya untuk
mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang
melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden (Zaitul Azma, 2016).

Laras Bahasa klasik juga banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab,
Sanskrit dan klasik. Hal ini disebabkan oleh bahasa Melayu klasik yang menerima
pengaruh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab yang kukuh bertapak di kepulauan
Melayu pada waktu itu. Antara perkataan-perkataan bahasa Melayu klasik yang
menerima pengaruh bahasa Arab ialah Allah Taala, makhdum, daulat,
wallahualam dan takzim. Di samping itu, antara perkataan yang menerima
pengaruh bahasa Sanskrit ialah dosa, pahala dan raja. Bahasa Melayu klasik juga
menerima fonem Arab seperti kh, dz dan sy. Sebagai contohnya, perkataan-
perkataan yang menggunakan fonem tersebut ialah khamis, zakat dan syarat.

5
Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa
tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau
bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai
aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur
ayat. (Zaitul Azma, 2016).

Laras bahasa Melayu klasik juga kerap mempraktikkan penggunaan bahasa


istana. Hal ini demikian kerana kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik
menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana dalam
bentuk karya sastera. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden yang
berfungsi sebagai bahasa ilmu dan lebih banyak memperlihatkan penggunaan
bahasa Melayu biasa yang mempunyai pelbagai laras.

Terdapat juga beberapa istilah yang digunakan dalam laras bahasa klasik
yang digantikan dengan perkataan lain dalam laras bahasa moden. Contoh
perkataan-perkataan tersebut terdapat dalam jadual di bawah.

Bil Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Moden


1. Berahi Cinta
2. Gharib Ganjil
3. Ratna mutu manikam Batu permata
4. Masygul Dukacita, Sedih
5. Amarah Marah
6. Ceritera Cerita

Kesimpulannya, terdapat beberapa perbezaan antara laras bahasa klasik


dengan laras bahasa moden. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti
pengaruh luar yang berbeza, fungsi laras yang berbeza, perubahan zaman dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa perubahan yang
berlaku ini membawa kebaikan Dalam konteks Malaysia, tempoh kira-kira setengah
abad perancangan bahasa Melayu berlangsung, bahasa tersebut telah membuktikan
kemampuannya sebagai bahasa moden yang duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi dengan bahasa-bahasa moden yang lain. Segala ilmu moden dapat
diungkapkan dan dikembangkan dalam bahasa Melayu, dengan tergubalnya kira-
kira satu juta istilah dalam ratusan bidang ilmu dan professional pada hari ini (Awang
Sariyan, 2005) Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu

6
klasik masih tidak dilupakan dan masih diajar kepada generasi muda dalam bentuk
prosa tradisional dan puisi sebagai komponen sastera (KOMSAS) di sekolah.

ISI 3: KEPENTINGAN DAN PERANAN LARAS BAHASA KLASIK

Bahasa Melayu klasik muncul dan terpisah daripada bahasa Melayu kuno apabila
mula wujud penggunaan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu pada awal
abad ke-14 (Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain, 2005) Terdapat beberapa
definisi yang diberi oleh pengkaji bahasa tentang maksud laras bahasa klasik.
Asmah Hj. Omar (1993) menyatakan bahawa bahasa abad ketiga belas dan ketujuh
belas itu dinamakan bahasa Melayu klasik. Ismail Husein (1966) pula berpendapat
bahawa pembahagian bahasa Melayu klasik dibuat mengikut zaman politik iaitu
zaman Srivijaya, Majapahit, Melaka dan sebagainya.

Bahasa Melayu klasik tersebar luas di beberapa bahagian dunia timur.


Bahasa Melayu klasik bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu tetapi juga oleh
orang bukan Melayu terutamanya di Asia Tenggara. Bahasa Melayu klasik telah
menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.

Di samping digunakan sebagai bahasa lingua franca, bahasa Melayu klasik


juga menjadi bahasa yang penting untuk menyebarkan agama Islam di Asia
Tenggara ini. Sebagai buktinya, kitab-kitab yang dikarang oleh ulama-ulama Asia
Tenggara seperti Sahib-al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dan
Furu al-Masail oleh Syeikh Muhammad Daud al-Fatani ditulis dalam Bahasa
Melayu. Selain tentang agama seperti fiqh, al-hadith, tafsir al-Quran, tasawuf dan
lain-lain lagi, kitab dan buku tersebut juga ditulis mengenai bidang yang lain seperti
sejarah, hikayat, hal-ehwal haiwan, perdukunan dan perubatan Melayu, falsafah dan
lain-lain lagi.

Pada zaman bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu banyak dipelajari oleh
orang bukan Melayu seperti orang Cina, India, Arab dan juga orang dari Barat
seperti Portugis, Itali, Belanda, Inggeris, Perancis dan Sepanyol. Bahasa Melayu
pada masa itu digunakan untuk tujuan perniagaan, perhubungan antara negara dan
raja dan pengembangan ajaran agama terutama Islam dan Kristian. Hal ini telah
membawa kepada kemunculan banyak buku dalam bentuk daftar kata seperti Cina-
Melayu, Itali-Melayu, Melayu-Belanda, Melayu-Inggeris, kamus, buku tatabahasa
dan hasil karya sastera Melayu.

7
Zaman bahasa Melayu klasik juga memperlihatkan berdirinya banyak
kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan
seperti kerajaan Pasai-Samudera, Melaka, Johor-Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga,
empayar Brunei, Patani, Ligor, Palembang, Kelantan, Terengganu dan lain-lain lagi.
Tambahan lagi, ada empayar atau kerajaan bukan Melayu yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan. Sebagai contohnya, kerajaan Aceh di
utara Sumatera menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan.

Berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu


klasik menempuh kemajuan yang pesat. Perkembangan ilmu pengetahuan dan
kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi pada masa
itu. Pada akhir abad ke-16 Masihi, sudah ada hasil karya falsafah tawasuf dalam
bahasa Melayu. Di samping itu, polemik ilmiah tentang falsafah, tawasuf dan ilmu
agama telah berlaku pada awal abad ke-17. Hasil karya bersifat intelektual telah
lahir akibat pengaruh Islam yang meresap masuk ke dalam bahasa dan budaya
Melayu. Hasilnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara
untuk urusan pengembangan agama Islam dan juga menjadi antara enam bahasa
dunia Islam, selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi.

Penggunaan bahasa Melayu menjadi pesat pada zaman bahasa Melayu


klasik. Hal ini demikian kerana pada masa itu, bahasa Melayu sudah berkemampuan
berbanding bahasa lain dalam mengatasi masalah berkaitan dengan perhubungan
antara negara dengan negara di Asia Tenggara sebagai alat perhubungan,
perniagaan dan perdagangan, sebagai bahasa untuk pentadbiran dan pemerintahan
serta untuk penyebaran agama. Bahasa Melayu klasik sampai di puncak
keagungannya pada kira-kira 1750 Masihi.

8
PENUTUP

Sejak laras bahasa klasik diperkenalkan pada awal abad ke-14 Masihi, bahasa
Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan bentuk
tulisan. Bukti kewujudan bahasa Melayu klasik dapat dilihat melalui peninggalan tiga
buah batu bersurat iaitu batu bersurat di Pagar Ruyung, Meningkabau bertarikh
1356 Masihi, batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh bertarikh 1380 Masihi dan batu
bersurat di Kuala Berang, Teregganu yang bertarikh 1303-1387 Masihi. Ketiga-tiga
batu bersurat ini penting dan merupakan bukti catatan terakhir perkembangan
bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011)

Bahasa Melayu klasik dapat dikatakan sebagai bahasa yang penting dan
utama di rauntau Asia Tenggara pada zaman bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu
klasik telah menjadi bahasa yang utama dan mencapai zaman kegemilangnya pada
zaman tersebut. Bahasa Melayu klasik telah memainkan pelbagai peranan pada
masa itu seperti sebagai bahasa lingua franca, bahasa untuk tujuan perniagaan,
penyebaran agama, pemerintahan dan sebagainya.

Kesimpulannya, laras bahasa klasik merupakan salah satu laras bahasa yang
penting dan tidak wajar dilupakan. Bahasa ini pernah menjadi bahasa utama suatu
zaman dahulu dan masih diajar hingga ke hari ini kepada generasi muda. Dalam
kertas kerja ini, definisi laras bahasa dan laras bahasa klasik, ciri-ciri laras bahasa
klasik, perbezaan laras bahasa klasik dengan laras bahasa moden serta
kepentingan dan peranan laras bahasa klasik telah diterangkan. Selain itu, contoh
teks laras bahasa klasik telah disediakan untuk lebih pemahaman. Pendek kata,
dapat dikatakan bahawa objektif kerja khusus ini telah dicapai. Melalui kerja khusus
ini, banyak pengetahuan yang telah saya timba. Saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah saya, Dr Siti Hajar Abdul Aziz atas bimbingan dan tunjuk
ajar yang diberi oleh beliau. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang telah membantu saya sepanjang perlaksanaan kerja khusus
ini.

9
ULASAN

Teks di atas merupakan contoh teks yang menggunakan laras bahasa klasik.
Teks ini diambil daripada buku Hikayat Raja Pasai iaitu muka surat 40 dan 41.
Seperti yang dapat dilihat, kebanyakan ayat yang terdapat dalam teks ini merupakan
ayat pasif. Sebagai contohnya, ayat kedua dalam perenggan pertama muka surat 41
iaitu Maka dilihat oleh kedua mereka itu Tun Beraim Bapa bermain-main dengan
gurunya.. Melalui perkataan dilihat dalam ayat tersebut, pembaca dapat
mengenalpasti bahawa ayat tersebut merupakan ayat pasif.

Contoh teks di atas juga mempunyai unsur-unsur bahasa istana. Perkataan-


perkataan yang biasanya digunakan sebagai bahasa istana seperti baginda,
hulubalang, hamba dan sebagainya digunakan dalam teks tersebut. Sebagai
contohnya, ayat pertama dalam muka surat 40 iaitu ..serta baginda meruah
Dara Zulaikha Tingkap, demikian sabda baginda. Perkataan baginda merupakan
bahasa istana tetapi digunakan dalam teks tersebut. Hal ini demikian kerana karya-
karya yang ditulis dalam bahasa Melayu klasik biasanya menceritakan kisah
mengenai kerabat diraja ataupun orang-orang yang mempunyai hubungan dengan
istana.

Contoh teks yang disediakan juga mempunyai beberapa istilah yang hanya
boleh dijumpai dalam laras bahasa klasik. Sebagai contohnya, perkataan-perkataan
yang digunakan ialah gegak gopohan, dinihari, nyedera dan lain-lain lagi.
Perkataan-perkataaan tersebut merupakan istilah bahasa Melayu klasik dan tidak
dapat dijumpai dalam laras bahasa moden.

Dalam petikan teks daripada buku Hikayat Raja Pasai ini juga, penggunaan
kata pangkal ayat juga dapat dijumpai. Sebagai contohnya, ayat pertama perenggan
pertama muka surat 40 dimulai dengan perkataan pangkal ayat maka. Beberapa
perenggan lain seperti perrengan terakhir muka surat 40 dan perenggan pertama
muka surat 41 juga dimulai dengan cara yang sama.

10
Melalui ciri-ciri yang dikenalpasti dalam contoh teks di atas iaitu muka surat
40 dan 41 buku Hikayat Raja Pasai, tidak dapat dinafikan lagi bahawa teks tersebut
ditulis dalam laras bahasa klasik.

ULASAN

Teks di atas merupakan muka surat 38 dan 39 buku Hikayat Merong


Mahawangsa. Seperti petikan teks daripada buku Hikayat Raja Pasai, teks ini juga
mempunyai beberapa ciri laras bahasa klasik.

Pertama sekali, teks ini banyak menggunakan kata pangkal ayat. Sebagai
contohnya, perenggan kedua muka surat 38 dimulakan dengan kata pangkal ayat
maka. Contoh kata pangkal ayat lain yang dapat dijumpai dalam teks ini ialah hatta
dalam perenggan terakhir muka surat 38 dan juga syahadan dalam perenggan
terakhir muka surat 39.

Teks di atas juga mempunyai ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini
menyukarkan pembaca memahami maksud sebenar ayat yang dibaca dan ayat
tersebut perlu dibaca beberapa kali untuk membolehkan pembaca mendapat mesej
yang ingin disampaikan melalui ayat-ayat tersebut. Contoh ayat yang mempunyai ciri
ini ialah ayat pertama perenggan pertama muka surat 38 iaitu Maka setelah
demikian, titah Raja Merong Mahapudisat, maka menteri keempat pun bersama-
sama Phra Cesim laki isteri pergi mengerahkan segala kaum gergasi dan rakyatnya
daripada kaum manusia dengan sekira-kira dilengkapkan segala kelengkapan
dengan alat senjata.

Di samping ciri-ciri di atas, teks ini juga banyak mengaplikasikan kata


penegas lah dalam ayat-ayatnya. Sebagai contohnya, ayat pertama perenggan
pertama muka surat 39 iaitu Hatta sudah beberapa lamanya berjalan mencari bumi
yang baik, maka bertemulah suatu sungaimenggunakan kata penegas lah dalam
perkataan bertemulah. Ayat kedua perenggan kedua muka surat 39 juga
mempunyai perkataan yang menggunakan kata penegas lah, iaitu Seketika
datanglah jatuh pada suatu tempat pulau; dengan sebab itulah dinamakan Pulau
Indera Sakti. Seperti yang dapat dilihat, perkataam datanglah dan itulah
menggunakan kata penegas lah.

11
Kesimpulannya, melalui pembacaan dan kajian yang teliti atas teks yang
disediakan di atas, kita dapat merumuskan bahawa teks tersebut menggunakan
laras bahasa klasik.

RUJUKAN
Abdul Aziz, S. (2016). Bahasa Melayu 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Abdul Rashid Melebek, & Amat Juhari Moain.,. (2006). Sejarah bahasa Melayu.
Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Azman, M. (2013). Laras bahasa. Slideshare.net. Retrieved 24 January 2016, from


http://www.slideshare.net/marzieta/laras-bahasa-29240922

Bahri, C. (2016). LAMAN CIKGU BAHRI: CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK


(SULALATUS SALATIN & HIKAYAT ABDULLAH). Lamancikgubahri.blogspot.my.
Retrieved 30 January 2016, from
http://lamancikgubahri.blogspot.my/2014/10/ciri-ciri-bahasa-melayu-klasik-
dalam.html

Documents.tips,. (2015). laras bahasa - Documents. Retrieved 25 January 2016,


from http://documents.tips/documents/laras-bahasa-55a0cec328e5b.html

Nua, C. (2010). Bahan Penulisan Cikgu Nua: LARAS BAHASA.


Bahanpenulisancikgunua.blogspot.my. Retrieved 24 January 2016, from
http://bahanpenulisancikgunua.blogspot.my/2011/12/pengenalan-laras-
bahasa-laras-bahasa.html

profile, V. (2012). pejuang: Perkembangan Bahasa Klasik (Kajian Lapangan).


Azhar-pejuang.blogspot.my. Retrieved 30 January 2016, from http://azhar-
pejuang.blogspot.my/2012/05/perkembangan-bahasa-klasik-kajian.html

S. Nathesan.,. (1995). Laras bahasa ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan.

Silv, V. (2014). LARAS BAHASA. My Blog - Viani Silv. Retrieved 24 January 2016,
from https://vianisilv.wordpress.com/2014/10/17/laras-bahasa-2/

12
Zainon Hamzah, Z. (2016). Google.com.my. Retrieved 30 January 2016, from
https://www.google.com.my/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=4&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKE
wiKoK2u0NfKAhWDSo4KHcaIAt4QFgg4MAM&url=http%3A%2F
%2Fwww.vodppl.upm.edu.my%2Fuploads%2Fdocs
%2Fbbm3104_1291175922..Ciri%2520BMK
%2520ppt.ppt&usg=AFQjCNFq6LRIPb7DP6k5gPYdIuPMpC7kNg&sig2=TxEs9t
S6QpbFRZdKwA_XFA

LAMPIRAN

Hikayat Merong Mahawangsa

oleh Siti Hawa Haji Salleh

Buku Bahasa
Melayu 1

oleh Siti Hajar Abdul Aziz

13
Hikayat Raja Pasai oleh

Russell Jones

Buku Laras Bahasa Ilmiah

Oleh S.Nathesan

Buku Sejarah Bahasa Melayu

oleh Abdul Rashid Melebek dan

Amat Juhari Moain

14

Anda mungkin juga menyukai