Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS

DESA PERINGKAT SEKOLAH

SJK(T) KALAIMAGAL
2017

18 JANUARI 2017 (RABU)

Disediakan oleh : Disemak oleh :

............................ ..........................

PN.K.TAVAMANI PN.PRAMAKUMARI

PEN. KANAN KOKURIKULUM

1. PENDAHULUAN
Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara
tahunan yang dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan
sukan mengikut calendar MSSS yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pelajaran Sabah. Kejohanan ini memupuk semangat juang pada
setiap atlit yang bertanding untuk menjadi juara individu serta
kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili
mereka menjadi juara berpasukan

2. MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 18 Januari 2017

Masa: 2.00 4.00 petang

Tempat : Perkarangan SJK(T) Kalaimagal

3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN

Semua warga SJK(T) Kalaimagal telah bekerjasama untuk


memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar.
Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah
turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para
guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada
mereka dengan begitu cemerlang. Gurubesar sendiri telah turun
padang untuk melepaskan para peserta.

4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa


yang telah ditetapkan iaitu :-

1. Kategori Murid Tahun 4 (Lelaki)

2. Kategori Murid Tahun 4 (Perempuan)

3. Kategori Murid Tahun 5 (Lelaki)

4. Kategori Murid Tahun 5 (Perempuan)

5. Kategori Murid Tahun 6 (Lelaki)

6. Kategori Murid Tahun 6 (Perempuan)


5. KEKUATAN

Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan


pengelolaan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali
ini. Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk memberi dana
yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Para guru juga
begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Para
pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah
ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6. KEWANGAN

Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak


RM434.80 untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini
telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang serta bahan yang
diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.

8. PENUTUP

Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan


tiada sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara
ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam
penganjuran pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh:

.........................

Pn.K.Tavamani
LAMPIRAN
1. Kertas Kerja

2. Senarai AJK

4. Surat-surat

5. Gambar

6. Senarai Pemenang

GAMBAR

Anda mungkin juga menyukai