Anda di halaman 1dari 6

KISAH PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

Bismillahirrahmanirrahim.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Salam dihulur pembuka kata,


Buat hakim hadirin semua;
Sudi-sudikan dengar cerita,
Kisah sirah kaum ternama. (Nasyid : Ad-Dinu Lana)

Surah Hujurat memaparkan cerita,


Kisah dua kaum dipersaudarakan;
Muhajirin dan Ansar kaum ternama,
Persaudaraan mereka saya ceritakan.(Pantun)

Muhajirin bermaksud orang Islam yang berhijrah bersama Rasulullah s.a.w.


dari Mekah ke Madinah. Ansar pula ialah orang Islam Madinah yang menyambut
dan membantu perjuangan Rasulullah yang terdiri daripada kaum Auz dan
Khazraj.

Dakwah Nabi ditentang hebat oleh kafir Quraisy,


Bani Mutalib dan Bani Hasyim dipulau mereka;
Penuh duka, penuh hiba dan penuh sengsara,
Akhirnya Allah mewahyukan hijrah.
(Nasyid : Kau Sahabat Kau
Teman)

Penghijrahan yang dilakukan memberi hikmah yang cukup


membahagiakan Nabi Muhammad serta dua kaum yang disatukan itu.

Firman Allah dalam surah An-Nisa, ayat 100.







Maksudnya : Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya, mereka
mendapati di muka Bumi inilah tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.

Kawan-kawan, penempatan hampir 3000 orang guru J-Qaf di serata


pedalaman tanah air termasuklah di Sabah dan Sarawak, haruslah dipuji kerana

1
kesediaan mereka untuk mengembangkan dakwah Islam. Oleh itu, ikhlaskanlah
diri dalam menyebarkan dakwah Islam.

Tersebar berita rombongan kan tiba,


Tak sabar rasanya hati pula berbunga;
Akhirnya yang ditunggu muncul kelibatnya,
Rasulullah dan Muhajirin akan terbela.(Nasyid : Sunnah Berjuang)

Setibanya Nabi di Bumi Madinah,


Sistem keluarga angkat diperkenalkan;
Abu Bakar bersama Kharijah,
Umar dan Utban jadi gandingan. (Pantun)

Subhanallah! Allah telah memuliakan hati-hati kaum Ansar untuk


bersaudara dengan kaum Muhajirin. Kasih sayang terjalin dan sikap
mengutamakan orang lain tersemat di sanubari mereka. Itulah manisnya jalinan
persaudaraan.

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 10.





Maksudnya : Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara.

Kawan-kawan, penganjuran Majlis Tautan Kasih untuk 370 orang anak


yatim oleh kerajaan Negeri Selangor dapatmengukuhkan lagi persaudaraan.
Oleh itu, amalkanlah sikap saling menyayangi sesama kita.

2
Indahnya persaudaraan banyak hikmahnya,
Bukti redhanya Ansar yang mulia;
Kediaman dan makanan semua tersedia,
Islam bersatu berganding tenaga.(Syair Irama Selendang Delima)

Ikatan persaudaraan yang kuat antara Abdul Rahman bin Auf dengan Saad
bin Rabi mendorong Saad untuk menceraikan salah seorang isterinya untuk
dikahwini oleh Abdul Rahman.Beliau juga telahmemberikan modal kepadaAbdul
Rahman untuk memulakan perniagaan di pasar Qainuqa.

Firman Allah dalam surah Al-Maidah, ayat 2.

Maksudnya : Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan


takwa.

Kawan-kawan,

Sikap keprihatinan masyarakat seantero dunia dalam misi pencarian


mangsa MH370 haruslah dihargai. Sikap tolong-menolong ini jadikanlah amalan,
bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

3
Tatkala berhenti unta Baginda,
Diilham Allah Quba yang pertama;
Dijadikan Baginda sebuah masjid,
Tempat istimewa menyatukan umat,
Serta sekalian fungsi dan peranan,
Demi dakwah Islam tercinta. (Sajak)

Pembinaan masjid Quba adalah salah satu faktor penyebaran agama


Islam dan tempat untuk mengeratkan ukhwah kaum Muhajirin dan Ansar.

Firman Allah dalam surah At-Taubah, ayat 108.







Maksudnya : Sesungguhnya masjid yang engkau bina wahai Muhammad telah
didirikan atas dasar taqwa dari mula.

Kawan-kawan,

Program Berbuka Puasa Perdana serta solat Terawih berjemaah di masjid


membentuk kesatuan dalam hati para jemaah. Oleh itu, bersama-samalah kita
menjayakannya sekaligus menyatukan hati-hati umat Islam.

4
Kawan-kawan,

Persaudaraan yang terjalin telah membentuk Kota madinah sebagai


sebuah negara Islam yang pertama di samping masyarakatnya yang
hidupbersatu padu.

Firman Allah dalam surah Ali-Imran, ayat 103.





Maksudnya : Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana
nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.

Isu perdamaian antara kerajaan Filipina dengan MILF baru-baru


ini,memuaskan hati semua pihak. Oleh itu, leraikanlah perselisihan sesama kita.

Ikatan terjalin satukan ummah,


Rapatkan kasih sekalian jemaah;
Walaupun berbeza latar dan fikrah,
Asalkan bersama satu aqidah.(Pantun)

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

AYUNI HAZIRAH BINTI DANIEL LITING


SK AGAMA (MIS) SARIKEI

5
PERTANDINGAN BERCERITA KISAH DARIPADA AL-QURAN
MAJLIS TADARUS AL-QURAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK
TAHUN 2014

Anda mungkin juga menyukai