Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : NG CHU RUI

PROGRAM : PISMP BC/PJ/KH AMB JAN 2010

NAMA SEKOLAH : SJK (C) CHAN WA SEREMBAN

NAMA PROJEK / AKTIVITI : PERTANDINGAN BERCERITA

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

KATEGORI TAHAP 1 2013

TEMPOH PELAKSANAAN : 9 JULAI 2013 ( HARI SELASA )

10.30 PAGI 12.30 PETANG

TEMPAT PELAKSANAAN : DEWAN SEKOLAH

OBJEKTIF :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti


pendidikan di Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan
secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem
pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada
peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras iaitu untuk
melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang
juga akan menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan bersepadu
yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting
untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Melalui Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu, guru-guru dapat
mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid dalam bidang bercerita secara
bersahaja dan menyakinkan. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti
sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan
perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Murid-murid
yang berprestasi cemerlang juga mempunyai peluang untuk mewakili sekolah
ke peringkat pertandingan yang lebih tinggi. Pengalaman bukan sahaja boleh
memperkaya dan mengukuhkan ilmu murid-murid tetapi juga mencabar dan
mengubah ilmu yang sedia ada pada murid-murid.
Di samping itu, pertandingan bercerita ini dapat meningkatkan
keberanian, keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya
saing dalam kalangan murid-murid semasa menyertai pertandingan yang
disediakan. Sementara itu, murid-murid dapat merasai suasana pentas
bercerita dan meningkatkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti melalui
pertandingan.
Dalam persediaan menyertai pertandingan bercerita ini, murid-murid
akan mencari dan membaca cerita serta menggalakkan murid-murid bertutur
dalam bahasa Malaysia untuk dilatih. Melalui persediaan ini, amalan
membaca dalam kalangan murid-murid telah dipupuk dan dapat
menggalakkan murid-murid menguasai serta meningkatkan pengunaan
bahasa Malaysia di sekolah. Ini dapat membiasakan murid-murid
menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan harian mereka.
Dengan mengadakan aktiviti Pertandingan Bercerita, guru-guru dapat
menanam dan menyuntik semangat perpaduan dan muhibah ataupun
semangat Cintailah Bahasa Kebangsaan dalam kalangan murid-murid.
Bagi murid-murid yang tidak menyertai pertandingan bercerita, minat
membaca mereka juga dapat dipupuk kerana mereka akan ingin mengetahui
lebih banyak cerita daripada penyampaian kawannya. Secara tidak langsung,
pertandingan bercerita dapat menggalakkan murid-murid membaca dan
menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil
karya sendiri.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Pada hari pertama 1 Julai 2013, guru pelatih berjumpa dengan Guru
Besar dan guru pembimbing berbincang tentang aktiviti yang boleh dijalankan
di sekolah dalam tempoh sebulan bagi projek Internship.
Setelah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah, guru pelatih
diberikan tugasan mengelolakan pertandingan bercerita bagi tahap satu
(Tahun 1 Tahun 3) pada hari Selasa 9 Julai 2013 pada masa 10.30pagi
-12.30petang di dewan sekolah.
Pihak Jawatankuasa Induk telah bersetuju melantik AJK Kerja seperti
mana yang telah dibincangkan dalam perjumpaan yang lepas. Segala bidang
tugas yang diagihkan telah disentuh secara ringkas oleh Guru Penolong
Kanan 3 sebagai panduan umum pelaksanaan tugas tersebut. Di atas
permintaan beliau, pertandingan ini akan dijalankan secara ringkas bagi
memudahkan kerja-kerja perancangan dan perlaksanaan pertandingan
tersebut.
Selain itu, perbincangan berkaitan perbelanjaan dan kos yang
diperlukan untuk membeli piala telah dibincangkan oleh guru pelatih dengan
guru penasihat pertandingan bercerita. Jumlah perbelanjaan dan kos
ditanggungkan oleh pihak sekolah. Oleh itu, bagi menggalakkan penyertaan
daripada para murid, guru penasihat telah bersetuju untuk mewajibkan setiap
kelas bagi tahun 1 dan tahun 2 menghantar seramai tiga orang peserta bagi
setiap kelas manakala bagi tahun 3 setiap kelas perlu menghantar 2 orang.
Guru yang terlibat secara langsung untuk memberi latihan kepada wakil
setiap kelas ialah guru Bahasa Malaysia setiap kelas masing-masing.
Penglibatan daripada guru-guru lain adalah digalakkan bagi mengukuhkan
lagi kualiti persembahan para peserta dalam pertandingan bercerita.
Pada 9 Julai 2013, Pertandingan Bercerita berlansung pada pukul
10.30pagi selepas waktu rehat murid-murid. Sambutan daripada murid-murid
dan guru amat baik dan menggalakkan. Pertandingan tersebut berlansung
dengan lancar dan tiada sebarang masalah besar yang timbul. Pertandingan
berakhir lebih kurang pukul 12.35 petang.
Senarai nama pemenang pertandingan diumumkan pada hari tersebut
selepas semua peserta habis menyampaikan cerita mereka. Pemenang
tempat keenam bagi peserta Tahun 1 jatuh kepada peserta Lim Jia Hooi, dari
kelas 1M; tempat kelima jatuh kepada peserta Tan Jing Yu dari kelas 1B dan
tempat keempat jatuh kepada peserta Yap Ai Leen dari kelas 1K. Tempat
ketiga jatuh kepada peserta Chong Si Hui dari kelas 1M manakala pemenang
kedua jatuh kepada peserta Kylie bt Mohd Sharizuan Chew dari kelas 1M.
Syabas. Johan Pertandingan Bercerita Tahun 1 untuk tahun 2013 telah
disandang oleh peserta Lee Xin Rong dari kelas 1K membawa pulang piala.
Di samping itu, pemenang tempat keenam bagi peserta Tahun 2 jatuh
kepada peserta Yong Wei Lun dari kelas 2B, tempat kelima jatuh pada tangan
Ng Kian Yi dari kelas 2B manakala tempat keempat jatuh pada tangan Ong
Wen Tao dari kelas 2M. Tempat ketiga jatuh kepada peserta Tee Zi Jian dari
kelas 2B . Pemenang kedua jatuh kepada peserta Rene Chong Xin Yee, kelas
2K. Syabas diucapkan. Johan pertandingan pula jatuh pada tangan peserta
Seow Juin Jet dari kelas 2M.
Setelah mengumumkan keputusan bagi tahun 1 dan tahun 2, barulah
pengacara mengumumkan pemenang tempat keenam bagi peserta Tahun 3
jatuh kepada peserta Claudia Wong Xing Yuen dari kelas 3H, tempat kelima
dari kelas 3K peserta Lai Suet Ling manakala tempat keempat jatuh pada
tangan peserta Cheng Loke Yee dari kelas 3B. Pemenang tempat ketiga Low
Wai Kin dipersilakan dari kelas 3M membawa pulang piala. Syabas. Naib
johan dipersilakan Ho Hui Shan dari kelas 3M membawa pulang piala. Johan
Pertandingan Bercerita Tahun 3 untuk tahun 2013 telah disandang oleh
peserta Siew Wei Sze dari kelas 3B membawa pulang piala.

REFLEKSI :

1. Kekuatan Projek / Aktiviti :

Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji.
Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid
memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya
memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa di sekolah adalah salah satu
pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dapat dicapai melalui
aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan ini amat perlu dibudayakan
kepada murid-murid melalui pengelolaan pertandingan bercerita.
Dengan mengadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu, guru
pelatih dapat memupuk minat dan cintakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi Negara terhadap murid-murid. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
ini merupakan salah satu program yang dirancang bagi menjayakan
pelaksanaan program galakan tabiat membaca di peringkat sekolah.
Antara kebaikan pertandingan bercerita diadakan adalah ia dapat
mempertingkatkan kemahiran mendengar. Kanak-kanak akan dilatih untuk
mendengar perkataan dan bunyi suara atau peralatan. Secara tidak langsung
kanak-kanak berkebolehan untuk membezakan segala perkataan dan bunyi
yang didengar secara verbal dan non verbal. Kebiasaannya jalan cerita yang
digunakan untuk bercerita kepada kanak-kanak adalah menggunakan
perkataan mudah dan bahasa yang digunakan adalah bahasa yang berulang-
ulang. Tujuannya adalah untuk memperkukuhkan daya ingatan dan
memastikan perkara yang didengarinya dapat difahami dengan jelas.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat mempertingkatkan kemahiran lisan
dan berbahasa. Oleh kerana kanak-kanak sering meniru percakapan orang
yang lebih dewasa daripada mereka, maka mereka juga akan meniru sebutan
yang didengar dan beraksi mengikut aksi yang telah peserta bercerita
persembahkan. Kanak-kanak boleh mempertingkatkan perbendaharaan kata
dan kosa kata mereka. Apabila kanak-kanak memanfaatkan kosa kata dalam
komunikasi seharian mereka, dalam jangka masa yang panjang mereka
sudah tentu dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan untuk
bersosialisasi dengan semua peringkat umur.
Kemahiran berimaginasi akan timbul apabila murid-murid mendengar
sesuatu cerita kerana sewaktu peserta sedang bercerita, mereka akan
membayangkan latar cerita, rupa watak dan situasi mengikut kefahaman
mereka sendiri. Kanak-kanak juga akan dapat membina kefahaman budaya
apabila mendengar sesuatu cerita kerana dengan bercerita, ia dapat mendidik
dan menanam sikap menghormati amalan budaya pelbagai kaum di Malaysia.
Selepas pengelolaan pertandingan bercerita, guru pelatih mendapat
maklum balas yang agak menggalakkan dari guru-gur sekolah. Juruacara
membuat persediaan yang mencukupi serta menjalankan tugasnya dengan
baik walaupun terdapat sedikit kelemahan.
Prasarana dan layanan yang guru pelatih sediakan memuaskan hati
bagi semua pihak sama ada guru pengadil ataupun murid-murid.
Pertandingan dapat dijalankan dengan lancar mengikut jadual yang telah
dirancang dengan sokongan guru-guru dan murid-murid.
Memang tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa murid-murid yang
menyampaikan cerita dengan agak menarik. Diharapkan murid-murid akan
meneruskan usaha mereka dalam bidang ini.

2. Kelemahan Projek / Aktiviti :

Terdapat beberapa kelemahan dalam projek yang guru pelatih kendali.


Dalam Pertandingan Becerita Bahasa Melayu ini, terdapat beberapa orang
murid yang tidak membuat persediaan dengan baik. Kebanyakan peserta
tidak dapat membuat persembahan dengan baik mungkin terlalu cemas
ataupun takut berdiri di atas pentas manakala segelintir peserta pula mungkin
tidak menghafal skrip cerita dengan baik. Contohnya, peserta dari Tahun 1
yang tidak mempunyai pengalaman dalam pertandingan bercerita pula hanya
menghafal cerita tanpa intonasi dan pergerakan yang sesuai.
Perkara yang amat dikesali adalah semasa pertandingan dijalankan,
disiplin murid-murid dalam dewan kurang memuaskan. Murid-murd asyik
bersembang-sembang dan bermain dengan rakan sebelah. Ini telah
mengganggu guru pengadil dan murid-murid lain yang ingin mendengar
penyampaian cerita oleh peserta. Walaupun juruacara dan guru bertugas
dalam dewan memberi amaran kepada murid-murid, tetapi mereka hanya
dapat bertahan tidak membuat bising sementara sahaja.
Selain itu, guru juga memberikan komen bahawa suara juruacara tidak
cukup lantang dan penyampaian teks ada sedikit cepat, jika boleh bercakap
dengan suara yang lantang dan perlahan, maka guru-guru dan murid-murid
dapat mendengar dengan teliti.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh guru pengadil,


terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang perlu diambil kira untuk
dipertingkatkan dan diatasi bagi membantu para peserta tersebut lebih
bersedia dan yakin semasa menyampaikan cerita. Secara keseluruhannya,
para peserta masih kurang yakin, takut berdiri di atas pentas dan kelancaran
persembahan masih perlu dipertingkatkan.
Peserta pertandingan bercerita perlu memilih dan menggunakan
perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan gaya, suara, mimik muka
dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Pesanan dan arahan
yang kerap perlu dilakukan oleh guru mata pelajaran masing-masing bagi
mengingatkan murid-murid.
Selain itu, guru bertugas disiplin perlu bertegas memberikan arahan
terhadap murid-murid yang membuat bising. Guru boleh memisahkan tempat
duduk murid-murid yang asyik bercakap dengan rakan sebelah atau bermain
dengan rakan kelas lain. Tambahan pula, guru boleh menghukum murid-
murid yang suka bercakap dengan mengarahnya berdiri di depan pentas
sebagai amaran terhadap murid-murid yang lain.
Komen-komen dan ulasan yang diberikan oleh guru pengadil dan AJK
pertandingan bercerita terhadap penambahbaikan percakapan juruacara
banyak memberi panduan kepada guru pelatih untuk meningkatkan mutu
pertandingan tersebut di lain waktu.
Akhirnya, guru pelatih amat berharap pertandingan bercerita ini akan
dapat diteruskan di tahun hadapan kerana ia banyak memberikan kesan yang
baik dan secara tidak langsung mewujudkan semangat kekitaan dan
kerjasama antara guru dengan murid-murid untuk meningkatkan penggunaan
Bahasa Malaysia di SJK(C) Chan Wa.

KESIMPULAN :

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman


untuk memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi
pengalaman. Dalam masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang
Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur lara yang
terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung
kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau
audiens.
Dalam pendidikan sekolah rendah, bahasa dan komunikasi merupakan
teras kepada pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas
bahasa, murid-murid boleh memahami konsep, menerima maklumat, berfikir,
menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang
lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan
akan meningkatkan keyakinan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran.
Penguasaan kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman
pembelajaran yang bermakna dan mengembirakan seperti aktiviti bercerita.
Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada pendekatan belajar melalui bermain,
bersepadu dan bertema seperti pertandingan bercerita akan menjadikan
matlamat kurikulum dapat dicapai. Oleh itu, aktiviti pertandingan bercerita ini
merupakan asas amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid.
Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan.
Justerunya, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

.................................................. ......................................
.
(NG CHU RUI) (PUAN GOH AH
LIANG)
Guru Pelatih IPG Kampus Raja Melewar Guru Mentor Internship

Disahkan Oleh :

..................................................
(PUAN KAN SIOW KUAN)
Guru Besar,
SJK (C) Chan Wa Seremban,
Jalan Tan Sri Manickavasagam,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Anda mungkin juga menyukai