Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan

Ayam 1 1/2 kg potong kecil


garam

Bahan Kisar/Giling /Blender

20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah hiris
6 ulas bawang putih hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci kunyit hidup).


4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit
2 sudu besar kerisik (di supermarket ada jual sweet grated coconut goreng setengah
bungkus tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian ditumbuk atau diblender
sehingga ia mengeluarkan minyak)

Perahan air asam jawa ( dalam 3 inci)


garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali (kering) bersama campuran yang telah
dikisar dan kunyit panaskan api (med. hi) atau agak-agak

Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan
kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)

Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak. Kacau sekali sekala
sambil masukkan garam sedikit (agak-agak)

Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga
gunakan 2 keping asam gelugor).

Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi. Dan masak di atas api
yang sederhana (medium or low medium)
Selepas dalam 15 minit boleh decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau
kalau anda mahukan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api dan boleh
dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai